
Isi Kandungan
TogglePajeri orang sekarang tak macam masakan pajeri orang dulu-dulu. Apa yang dikongsikan Syed Mohd Nazli dalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni memang ada betulnya.
Susah dah nak jumpa, kalau ada pun rasa santannya kuat. Hilang rasa asli pajeri itu. Sebab itulah, mak-mak muda terutamanya kena belajar ilmu masakan ini.
Ini cara betul masakan pajeri baik terung atau nenas, 10 rahsia yang dinyatakan ini kena ada. Point yang beliau kongsikan inilah yang akan membetulkan salah faham terhadap pajeri nenas.
10 Cara Betul Masak Pajeri
1. Pajeri bukan sejenis masakan berkuah cair.
2. Ianya berkuah pekat.
3. Rempah yang digunakan ialah rempah kari daging.
4. Bahan wajib ialah kerisik yang digaul bersama rempah sebelum ditumis.
5. Bahan tumisan selain bawang putih / merah ialah hirisan halia dan ’empat sekawan’. Jangan dok rajin tambah serai segala bagai.
6. Proses mati rempah dan pecah minyak adalah sama macam tumisan kari ikan.
7. Cukup sedikit pati santan.
8. Masakan ini jenis masakan manis dan perlukan gula yang sedikit banyak.
9. Nenas hendaklah dicelur air panas terlebih dulu.

10. Rasanya mesti ada rasa rempah, rasa gula, rasa garam dan sikit sangat rasa lemak. Diulangi SIKIT SANGAT RASA LEMAK!
Masakan Pajeri Kena Rupa Macam Ini
Mak-mak, masaklah pajeri tu sampai jadi macam dalam gambar ini. Ini pajeri dari Mak saya yang saya akan gaul nasi di dalam periuk bekas-bekas tinggalan yang ada.
Sumber/Foto : Syed Mohd Nazli via MAHN
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajah Cantik Awet Muda, Maria Farida Nafi Lakukan Suntikan Botoks Mahupun Pembedahan Plastik

Pelakon dan model jelita Datin Seri Maria Farida Atienza berulang kali menepis tuduhan yang dilemparkan netizen yang tidak mempercayai kecantikan asli yang dianugerahkan Ilahi kepada dirinya.
Seperti mana di petik luahanannya menerusi SinarPlus, Maria Farida sudah letih menjelaskan perkara sebenar.
Nak Wajah Awet Muda Dan Bebas Kedutan, Cuba Petua Mudah Ini!
Patutlah Maria Farida Ni Luar Biasa Cantiknya, Ada Mix Rupanya..
“Biarpun sudah banyak kali mengulas mengenai perkara ini, netizen masih tidak percaya. Mereka tetap memerli dan melemparkan tuduhan tidak berasas. Sejujurnya, sehingga kini saya tidak pernah menjalani sebarang prosedur rawatan moden baik suntikan botoks mahupun pembedahan plastik.
“Kadangkala malas nak ambil pusing. Penat untuk menjelaskan perkara yang sama kerana mereka tetap tidak percaya,“ luah Maria Farida.
“Saya Takut Jarum”
Duta produk jenama Lucol-S itu akhirnya mengambil keputusan untuk tidak membalas mesej para pengikut menerusi laman sosial yang majoriti memintanya berkongsi spesifik klinik dikunjungi untuk melakukan pembedahan kosmetik.
“Bukan tak nak membantu, tetapi saya sendiri tiada jawapan bagi soalan terbabit kerana tidak pernah melakukan pembedahan kosmetik. Pertama, saya takut jarum. Kedua, mengapa perlu mengubah ciptaan ALLAH, bukankah DIA telah menjadikan wajah manusia sebaik-baiknya? Tugas kita hanya perlu menjaga dan grooming untuk kelihatan menawan.
“Lagipun berdasarkan pengalaman orang sekeliling, saya melihat individu yang melakukan suntikan botoks misalnya, telah hilang seri wajah asli. Walaupun tersenyum, otot muka tampak tegang dan pelik,” sambung Maria.
Warisi Kecantikan Ibu

Pada usia 51 tahun wanita ini bersyukur memiliki wajah awet muda yang diwarisi ibu tersayang.
“Alhamdullilah, mungkin kelebihan dimiliki adalah faktor genetik yang diwarisi daripada ibu dan nenek yang mana wajah mereka juga kelihatan awet muda walaupun telah berusia.
“Tidak dinafikan, ada berpendapat saya kategori wanita yang 24 jam sentiasa berhias dan melawa. Paling tidak pun, kerap menghabiskan sejumlah wang mengunjungi spa. Persepsi itu tidak benar, sedangkan saya sendiri tidak mempunyai rejim kecantikan khusus seperti wanita lain.
“Ini disebabkan memiliki kulit wajah jenis sensitif menjadi kekangan utama untuk saya mengaplikasi variasi produk kosmetik. Justeru, setiap hari rutinnya hanya membersihkan wajah dan memakai krim pelembap,” akhirnya.

Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/category/sihat-cantik/
Sumber Foto: Instagram Maria Farida
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Benar, Doktor Kongsi Suami Ada HIV Positif Boleh Ada Zuriat. Anak Dilahirkan Sihat & Negetif

Kisah benar, doktor kongsi suami ada HIV positif boleh ada zuriat. Anak dilahirkan sihat & negetif. Bila sebut tentang HIV atau Human Immunodeficiency Virus, ia jelas menakutkan ramai mak-mak jika bakal menantu mereka dikesan mengidap virus ini.
Tidak hanya keluarga mentua, gadis pun belum tentu mahu memilih bakal suami kalau benar dikesan mempunyai penyakit ini kerana ramai beranggapan, ia boleh membawa maut selain berjangkit.
Namun tahukah dengan teknologi perubatan dan kajian yang semakin maju hari ini, dengan memakan ubat dan mengikut arahan doktor, virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang hingga boleh menyebabkan AIDS ini sebenarnya boleh dikawal sama sekali.
Dan ramai pesakit HIV yang kekal positif mampu memanjangkan hayat hidup mereka. Lebih menggembirakan, pastinya stigma pesakit HIV tak boleh ada anak ditepis sama sekali kerana ada pesakit HIV yang ada anak dan anak mereka disahkan tidak dijangkiti virus ini.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- [VIDEO] Ular Dalam Telinga Wanita, Cubaan Doktor Keluarkan Buat Ramai Gerun
Doktor Kongsi Pengalaman Seram, Muncul Tulisan Misteri Di Dinding Rumah Sewa
Mudah Bersalin Bukan Sebab Dosa Diampunkan Suami, Dr Imelda Sekolahkan Pakcik Bawang
Dikongsi dari Tik Tok Dr Hafeez @hefeezdru, doktor perubatan ini mendidik masyarakat sekaligus menghapuskan stigma pesakit HIV tidak mempunyai peluang perkahwinan bersama pasangan.
@hafeezdru Ku ceritakan lagi #medicaldrama #hivawareness #masukberanda #hafeezdru #viralmalaysia🇲🇾 #fypシ゚ #hospitaldrama #fypmalaysia #undetectableisuntransmitible #medicalstory ♬ Einaudi: Experience – Ludovico Einaudi & Daniel Hope & I Virtuosi Italiani
Dari satu perkongsiannya, Dr Hafeez memaklumkan, dari satu kisah dikongsikan ini yang berlaku 14 tahun lalu, ia berlaku kepada seorang penjawat awam lelaki yang disahkan HIV positif semasa melakukan saringan pemeriksaan sebelum berkahwin.
Saat disahkan, lelaki ini bingung, buntu dan hanya mahu melarikan diri dari segalanya.
“Beliau takut, tiada harapan. Hampir putus asa apatah lagi ingin membina keluarga. Alhamdulillah, bakal isterinya ketika itu memahami dan mereka tetap meneruskan membina masjid dan rahsia itu disimpan oleh mereka berdua sahaja.
Jelasnya, sebagai doktor perubatan, dirinya mengingatkan pesakit bahawa hal ini hanya mereka sahaja yang tahu. Yang lain tidak perlu tahu apa-apa. Just patuh ubat dan beri sokongan satu sama lain. Kami akan sentiasa berikan sokongan. Apa yang penting jangan putus asa.
Tambahnya lagi, dugaan demi dugaan datang dan berlalu. Dia kemudian berhenti kerja dan beralih ke bidang ternakan. Ekonomi turun naik dan isteri ceburi bidang online bisnes tetapi bisnes rugi banyak. Dalam apa pun, keduanya cekal dan tabah. Masa yang sama suami patut rawatan dan susulan.
Dalam pada itu, Dr Hafeez kemudian dia ditanya adakah mereka boleh mempunyai anak oleh pasangan ini.
Dia kemudian memaklumkan iya kerana virusnya sudah terkawal.
Jelasnya, baru-baru ini dirinya terserempak dengan pasangan ini di sebuah pekan dan masa yang sama lelaki ini sudah berpindah tempat rawatan.
Apa yang baiknya, lelaki mengidap HIV ini masih kekal sihat walau 14 tahun sudah berlalu. Masih dalam rawatan, masih patut makan ubat, berat badan pun dah naik.
“Isterinya juga kekal sihat dan negetif (tidak dijangkiti) dan di sisi mereka ada dua puteri comel. Keduanya sihat dan montel-montel (keduanya sihat dan negetif, tidak mempunyai HIV.
Ternyata dari penerangannya, antara komen dari pengikutnya barulah mereka tahu bahawa orang HIV boleh ada anak dan zuriat negetif. Dalam pada itu, menjawap satu pertanyaan adakah rawatan bagi pesakit HIV sudah mencapai level undetectable (tidak dapat dikesan)? Dan jawapan Dr Hafeez, iya dan ia adalah KPI bagi pihak Kementerian Kesihatan.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selalunya Orang Datang Untuk Potong Seluar, Tetapi Dia Pula Minta Labuhkan,”

Isi Kandungan
Toggle“Selalunya Orang Datang Untuk Potong Seluar, Tetapi Dia Pula Minta Labuhkan,”. Sesi persekolahan akan bermula minggu hadapan, namun ramai sebenarnya yang masih bergelut dalam membuat persediaan persekolahan untuk anak-anak. Baik daripada kelengkapan sekolah, buku-buku, yuran, pakaian dan sebagainya.
Berbeza agama dan bangsa namun itu bukan halangan kepada Sharipah Sadiah Khalid untuk membantu mengubah suai seluar sekolah remaja lelaki India tanpa mengambil upah. Kisah itu mendapat perhatian selepas wanita berusia 40 tahun itu berkongsi cerita menerusi hantaran di Facebook (Fb).
Sikap Sharipah Sadiah yang tidak berkira itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata netizen memuji kebaikannya.
Rasa Kasihan
Berkongsi kisah sebenar, dia berkata, remaja lelaki itu, M Santosh, 15, datang berseorangan ke kedai jahitnya pada petang Ahad lalu.
“Saya selalu nampak dia dan kenal muka cuma tak tahu nama. Dia pun pernah tiga kali datang ke kedai saya untuk ‘alter’ seluar cuma kali ini dia datang untuk labuhkan.
“Warna seluarnya nampak lusuh dan melihat keadaan itu, timbul rasa kasihan kerana selalunya orang datang untuk potong tetapi dia pula minta labuhkan.
“Ikutkan tak boleh buat tetapi saya tak sampai hati nak tolak kerana kasihan jadi ambil juga,” katanya.
Hantar Sendiri Seluar Ke Rumah
Menurut Sharipah Sadiah, selepas seluar siap diubah suai, remaja lelaki berkenaan tidak datang ke kedainya.Jadi, dia ambil inisiatif menghantar sendiri seluar berkenaan ke rumah remaja lelaki terbabit.
“Sepatutnya dia (datang) ambil kelmarin tetapi tidak datang dan kebetulan, saya tahu rumahnya kerana anak pernah main basikal dengannya.
“Maka, saya pun datang ke rumahnya untuk beri seluar itu dan remaja berkenaan terkejut mungkin kerana tak sangka.
“Dia dan ibunya nak beri upah tetapi saya tolak kerana memang niat nak bantu,” katanya.
Contoh Baik Untuk Anak Muda Lain
Berhubung hantaran di Fb yang tular, Sharipah Sadiah berkata, niatnya adalah untuk berkongsi kisah remaja itu yang dianggap satu contoh baik untuk anak muda lain.
“Saya bukan nak ceritakan dia (remaja lelaki) susah kerana nampak keluarganya tidak begitu malah rumahnya sangat bersih.
“Cuma, mesej cuba saya sampaikan adalah ada lagi anak muda kini yang bertolak ansur dengan ibu bapa dan tak desak untuk pakaian sekolah baru.
“Terkejut juga apabila tular namun rata-rata komen diterima positif malah ada yang minta saya masukkan duit ke akaun saya dan minta sampaikan sumbangan kepada remaja berkenaan,” katanya.
Enggan Susahkan Ibu Bapa
Sementara itu, Santosh ketika dihubungi berkata, dia hantar seluar berkenaan untuk diubah suai kerana enggan menyusahkan ibu bapanya.
“Seluar itu baru dibeli pada tahun lalu dan masih elok cuma perlu dilabuhkan.

“Disebabkan itu, saya hantar untuk ‘alter’ kerana tak sampai hati nak minta ibu dan ayah beli yang baru.
“Lagipun, saya ada tiga adik beradik lain masih bersekolah dan ekonomi sekarang juga tidak baik jadi apa salah pakai yang lama,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Warisan Puteri, di sini.
Mesti Baca:Cara Mudah Bersihkan ‘Daki’ Baju Sekolah, Guna CIF, Sapu, Gosok Saja, Hilang Kotoran!
Baca Lagi Di Sini:Senangnya Nila Baju Sekolah Guna Mesin Basuh,Tak Bercapuk Nampak Seakan Baru!
Artikel Menarik:Sebelum Temui Ajal, Arwah Dah Siap Basuh, Lipat Dan Gosok Baju Sekolah Anak, Rumah Pun Dikemas Bersih
Mingguan Wanita:Terbaik tukang jahit ni, tek berkira untuk membantu orang lain di dalam kesusahan dan tahniah juga buat remaja ni, tidak meminta-minta dan menyusahkan mak ayah untuk membeli pakaian sekolah baru.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI