Sebelum bayi lahir lagi dan duduk dalam perut mak-mak, dia sudah mempunyai deria pendengaran. Apa jua yang mak ayah cakap dia boleh dengar. Bila dengar kata yang baik-baik daripada persekitaran, ia boleh memberi kesan pada peringkat awal kehidupannya. Sebab itu, dalam pertuturan, mak-mak kena bezakan antara kata-kata kesat, kasar atau pun tegas.

Inilah topik yang dibincangkan dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pada tengah hari tadi, ‘Kesan Pertuturan Kesat Terhadap Anak-anak’. Menurut panel jemputan, Dr Aminah Kassim, pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur:

“Sebenarnya, perkataan ini bergantung kepada penerimaan anak-anak itu. Mungkin ia boleh memberi kesan pada jangka masa panjang. Pada masa sama, mak-mak kena tahu bezakan kerana ada juga perkataan yang boleh menjadi tegas.

“Kata-kata inilah, anak boleh rasakan dirinya disayangi atau tidak. Bikla disayangi, akan wujud jalinan kasih sayang. Jika tidak, ia memberi kesan jangka masa panjang, yang mana anak-anak akan memberontak, takut, agresif dan tidak berani bercakap.”

Ads

Kalau Marah Anak Kena Bezakan Antara Kata Kesat, Kasar Atau Tegas
Berkongsi pengalaman, Sharifah Shahirah yang sering berkogsi keletah anak-anaknya di IG, berkata:

“Saya jenis yang bercakap kasar dengan mulut akan pot pet-pot pet, tetapi nanti akan ada sentuhan kasih sayang. Anak-anak pun sudah faham, kita marah tapi di akhir nanti anak tetap datang pada kita.

“Paling penting, komunikasi dengan anak-anak sangat penting, Jangan sesekali bercakap di belakang. Selepas itu, barulahkita umpan dengan masakan kita, bonding tu sangat penting.

Ads

Kalau Marah Anak Kena Bezakan Antara Kata Kesat, Kasar Atau Tegas

Ads

Bagi paparan lanjut, saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD jam 8 malam bersama Siti Elizad dan Sherry Al-Hadad.

Kalau Marah Anak Kena Bezakan Antara Kata Kesat, Kasar Atau Tegas

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI