Dengan rasa berat hati penyampai radio, Abby Fana atau selesa membahasakan dirinya sebagai Kak Bed dengan pendengar mengucapkan selamat tinggal kepada Sinar FM.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar, 54, meminta maaf kerana tidak memaklumkan hari terakhir bersama Sinar FM, 31 Disember lalu lebih awal. Malah dia juga tidak tahu bagaimana untuk berkongsi perkara itu.
Abby berpengalaman selama 20 tahun sebagai penyampai radio.
Kak Bed Ucap Selamat Tinggal, 14 Tahun Bersama Sembang Sinar
Abby juga menjelaskan dia bukannya berhenti mahupun bersara, sebaliknya kontrak bersama stesen radio itu tidak disambung.
“Namun begitu saya nak anda tahu, yang saya rasa amat dihargai dan terharu.
“Terima kasih atas sokongan anda selama 14 tahun di Sembang Sinar dan mereka yang terlebih dahulu bersama saya di THR.
“Saya rasa ramai yang dah tahu bahawa 31 Disember 2020 adalah hari terakhir saya bersama Sinar FM.
“Saya Tidak Berhenti Atau Bersara”
“Ramai yang bertanya kenapa berhenti? Bersara ke? Buat apa selepas ini? Jadi saya jawab secara ringkas sahaja.
Ads
“Saya tidak berhenti atau bersara, cuma kontrak tidak disambung. Tetapi tidak perlulah saya menjawab bagi pihak atasan mengapa kontrak tidak disambung.
“Saya rasa sudah tiba masanya saya memberi laluan kepada penyampai radio yang lebih fresh, mempunyai idea yang baharu,” luah Abby menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya.
“14 Tahun Lalu, Seseorang Terpaksa Kosongkan Tempat Itu Untuk Saya”
Mengimbas kembali 14 tahun lalu sewaktu menyertai Sinar, Abby memberitahu seseorang terpaksa mengosongkan tempat untuk beri laluan kepada dirinya bersiaran.
“Sebab 14 tahun lalu ketika saya menyertai Sinar, seseorang terpaksa kosongkan tempat itu untuk saya.
“Itulah lumrah kehidupan, setiap permulaan adakah pengakhiran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan,” kongsinya.
Tambah Abby, dia berharap ukhwah yang terjalin diantaranya dan pendengar dapat diteruskan sampai bila-bila.
20 Tahun Sebagai Penyampai Radio
Abby juga rasa begitu terharu dengan reaksi ramai orang tentang kisahnya itu.
“Saya mohon ampun dan maaf andai anda yang terguris hati dengan saya, jika gurauan terkasar. Maklumlah saya manusia biasa.
Ads
“Saya juga terharu dengan reaksi ramai orang dan ada yang terkejut sebab maklumlah saya ini penyampai yang biasa-biasa.
“Namun begitu saya nak anda tahu, yang saya rasa amat dihargai dan terharu. Terima kasih atas sokongan anda selama 14 tahun di Sembang Sinar dan mereka yang terlebih dahulu bersama saya di THR.
“Secara keseluruhan sudah 20 tahun saya berada dalam dunia penyampaian radio,” akhirnya.
Seharian dihujani dengan cerita kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung tetiba terselit sesuatu mencurigakan dalam kejadian kebakaran semalam apabila ada antara mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning di luar bilik asrama.
Seorang tenaga pengajar yang juga warden pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi, berkata sebelum tidur jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu bilik asrama di tingkat 3, berhampiran tangga semasa dia melakukan pemeriksaan ke bilik asrama pelajar.
“Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.
Tong Gas Kuning
“Saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mohd Arif berkata, dia sendiri pelik bagaimana dua tong gas berwarna kuning itu boleh berada di luar pintu asrama sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan berwarna hijau dan diletakkan di dapur di tingkat bawah.
“Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran di pusat tahfiz itu bukan berpunca daripada litar pintas.
Hasil Siasatan
Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.
“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.
“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak.”
Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.
“Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran jam 5.15 pagi tadi.
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah pun diumumkan. Tahniah pada pelajar yang cemerlang, apa yang anda usahakan hasilnya terlihat sudah.
Tentunya kejayaan itu bukan usaha sehari dua. Jika tiada kerja keras yang tak kenal putus asa, sukar untuk raih keputusan cemerlang. Apa pun setiap kejayaan itu ada jalan ceritanya sendiri.
Kisah kejayaan salah seorang daripada 12 pelajar yang mendapat 4A dalam STPM 2018 bagi seluruh negeri Perlis ini, begitu bagus untuk dikongsi. Ada tip yang boleh dihadam oleh pelajar malah mak ayah untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar kelak.
Maslissa Mansor, 20 merupakan anak bongsu dari enam beradik. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman di Beseri, Perlis ini berkongsi tip raih keputusan cemerlang 4A dalam peperiksaan STPM 2018.
5 Tip Maslissa Raih Keputusan Cemerlang STPM
1. Mendisiplinkan diri dengan tidak melambatkan solat serta rajin membaca Al-Quran setiap kali sebelum mengulangkaji pelajaran.
2. Fokus ketika belajar di dalam kelas. Dia bukan berasal dari keluarga yang senang. Jadi, tidak pernah ikut mana-mana kelas tambahan di luar sekolah. Maslissa ambil sikap seadanya dan enggan menyusahkan mak ayah yang fuma bekerja kampung dengan pendapatan tak seberapa.
3. Waktu menunggu keputusan STPM pun, Maslissa buat kerja sambilan. Itu persediaan untuknya masuk universiti. Tabungan itu dah dibuat sejak sekolah rendah lagi. Dari dulu dia dah pasang impian mahu sambung pelajaran dan ubah nasib keluarga.
4. Pengorbanan ibu ayah yang tiada penghujungnya. Ibunya, Aishah On, 63 tahun dan ayahnya, Mansor Mad Seman, 69 pernah bergolok gadai demi membeli keperluan persekolahan dan buku rujukan Maslissa. Dan itu semua bukan bebanan malah berbangga dengan pencapaian anak.
5. Kata ibunya, sejak dari darjah satu anaknya tak tinggal solat. Ibu dan ayah tekankan pendidikan cara Islam. “Dia anak yang baik, tak melawan.”
MW : Semoga impian Maslissa mahu bergelar seorang pendidik dan menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak menjadi kenyataan.
Sumber/Foto : Astro AWANI
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Malang sungguh nasib isteri ini yang maut ketika sedang tidur, gara-gara dipatuk ular tedung yang dilemparkan oleh suami sendiri. Walau apapun alasan dan puncanya, ia sangatlah kejam dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Lepaskan Ular Tedung
Seorang lelaki di India didapati bersalah atas kesalahan membunuh isterinya dengan melepaskan ular tedung ke arah isterinya ketika mangsa sedang tidur.
The National News melaporkan, P Sooraj, 27, membuat perancangan teliti dan melakukan penyelidikan internet mengenai bisa ular.
Mahkamah di daerah Kollam di selatan Kerala, minggu ini, mensabitkan lelaki itu atas tuduhan membunuh isterinya Uthra, 25.Dia didakwa melakukan kesalahan itu, pada Mei tahun lalu.
Cubaan Bunuh Isteri Kali Kedua
Sooraj kali pertama melakukan cubaan membunuh isterinya dengan menggunakan ular kapak Russell, namun ia gagal. Bagaimanapun, percubaan kali kedua berjaya menyebabkan isterinya yang cacat itu meninggal dunia.
Hakim Manoj M mendapati Sooraj bersalah menggunakan ular berkenaan agar ia mematuk isterinya. Pihak pendakwaan menuntut tertuduh dikenakan hukuman mati.
Bagaimanapun, hakim akan memutuskan hukuman terhadap tertuduh pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Rancangan Pembunuhan Teliti
Kes itu sebelum ini menggemparkan negara dan penyiasat menyiapkan 1,000 halaman kertas pertuduhan dengan memperincikan rancangan pembunuhan yang teliti.
Sooraj dan Uthra berkahwin pada 2018 dan mempunyai seorang anak perempuan.
Bagaimanapun, keluarga Uthra mendakwa Sooraj, seorang pekerja swasta bergaji rendah, ingin membunuh Uthra untuk mengambil harta kekayaannya dan berkahwin lain.
Penyiasat mendapati Sooraj membeli seekor ular berbisa pada Mac tahun lalu dan menggunakannya untuk menyerang isterinya.
Pada kejadian pertama itu, isterinya terselamat dan dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu sebelum dibenarkan keluar dan tinggal di rumah ibu bapanya.
Pada kejadian kedua, Sooraj membeli ular tedung berbisa dengan harga 10,000 rupee (RM552) dan melemparkannya ke arah Uthra ketika isterinya tidur.
Mingguan Wanita: Tergamak suami lempar ular berbisa ketika isteri sedang tidur sehingga meragut nyawa.Kejam sungguh! Semoga lelaki ini mendapat pembalasan yang setimpal atas perbuatan yang dilakukan.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...