Kacang Pedas Bilis memang sedap dimakan begitu sahaja. Rasa pedas, manis dan lemak kacangnya secukup rasa. Lebih-lebih lagi jika ikan bilisnya banyak. Rupanya rahsia buat kacang pedas ikan bilis kekal rangup, tak lemau dan tahan lama ialah kacau masa sambal cilinya dah sejuk. Bukan apa jika tak tau caranya, kacau semasa sambal cilinya masih panas, ia membuatkan kacang pedas ini mudah lemau dan tak tahan lama.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain yang merupakan penjual kacang pedas bilis sendiri. Didalam page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Buat mak-mak yang suka makan kacang pedas bilis rangup ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan sebagai panduan. Nak buat jual berniaga pun boleh sangat.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Berapa ramai agaknya yang suka kacang pedas ikan bilis banyak. Maaf ya resepi ni lambat sikit, pada yang hampir 12 k like dan komen post saya tu terima kasih bebanyak. Alhamdulillah rezeki saya pun mencurah-curah dek pic kacang pedas ikan bilis tu.”
Resepi kacang pedas bilis (cara saya ye)
Ads
Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah
RM 5 ikan bilis
3 senduk lada mesin (ikut orang la nak jenis pedas ke tidak)
10 ulas bawang putih (kisar)
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu makan gula merah
3 biji gula batu
1/2 cawan air
Cara Membuat:
1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak dan api yang perlahan (makan masa la ye).
2. Nak garing (jangan smpai pahit) angkat dan toskan miyak.
3. Goreng pulak ikan bilis sampai garing dan toskan.
4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam sesenduk je dalam kuali tu.
5. Tumiskan bawang putih tadi sampai kuning-kuning sikit, masukkan lada mesin, gula, garam ,gula merah, gula batu dan air.
6. Api perlahan kacau sampai dia likat dan pekat. Sambil-sambil tu rasa la, apa-apa yang kurang, tambah.
7. Bila dah cukup rasa semua, tutup la api dan biarkan sejuk.
8. Bila dah betul-betul sejuk baru la gaulkan kacang dan bilis dalam lada tu tadi.
9. Masukan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan dalam bekas bertutup.
Ads
Siap!!
Semoga bermanfaat!
Ads
Info Ekstra!
Kacang perlu dikacau ketika sambal cili dah benar-benar sejuk, agar tahan lama, kekal rangup dan tak lemau.
MW: Sedapnya kacang pedas bilis rangup ni, cukup rasa pedas, manis dan lemaknya. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah dan jual untuk berniaga pun boleh sangat!.
Bosan asyik makan daging dan ayam, sesekali boleh cuba buat Ikan Bilis Goreng Petai pula. Menu ini agak bahaya sebab kesannya boleh buat makan bertambah-tambah sekali buat!
Lain orang mungkin lain caranya, bagi Puan Datin Nor, dia tidak goreng asing petai dan bilis tetapi teruskan masuk selepas siap tumis bawang. Nah, jemput godek.
Resepi Ikan Bilis Goreng Petai
Ikan bilis 400gram
Bawang besar 4 labu
Bawang putih 30 ulas/boleh kurangkan jika tidak suka
Cili api 15 biji
Cili besar hijau & merah 10biji
Petai 5 papan
Minyak secukupnya untuk menumis,garam dan secukup rasa
Panaskan minyak dalam 1 setengah cawan, tumiskan bawang merah dan bawang putih (jangan terlalu garing kemudian masukkan ikan bilis, goreng juga jangan garing, biar lembut-lembut sikit ikan bilis tu
Masukkan petai,cili api dan cili besar, secubit garam dan secukup rasa, kacau-kacau dan boleh di hidangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sempena musim durian ni, macam-macam resipi yang mak-mak boleh cuba buat sendiri dirumah. Baik bubur, pengat, kuih muih, serawa dan sebagainya. Tapi untuk kelainan, sebenarnya mak-mak pun boleh buat aiskrim yang lemak berkrim dengan buah durian ini. Mudah je cara nak buatnya, bahan-bahan pun tak banyak dan boleh dapat dalam sebekas 1.5 liter. Pastinya lebih menjimatkan, anak-anak pun mesti suka!
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Syu Islamiah untuk buat sendiri Ais Krim Durian Homemade ini;
“Bila dah banyak sangat durian, tempoyak dah buat, kuih-kuih pun dah buat so kita buat ice cream durian pulak la sebab kalau nak beli 1 scoop pun dah rm8 harganya. Ni dah kali kedua saya buat dan rasanya memang yummy lemak berkrim. Senang je caranya, pakai blender je pun boleh.”
Bahan-Bahan:
1 cawan isi durian ( nak letak lebih pun lagi sedap)
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Blend semuanya hingga hancur dan sebati dalam 2 hingga 3 minit.
2.Selepas tu, masukkan dalam mixer selama 5 minit untuk kembangkan bagi bertambah isinya dan gebu.
3.Masukkan dalam bekas ais krim 1.5L, dalam sejukkan dalam peti beku.
Bila teringin sangat nak makan roti canai, kalau boleh time tu juga nak makan. Tapi risau pula musim sekarang ni. Ha..jangan risau. Boleh buat sendiri di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Boleh cuba resipi roti canai homemade ini. Buat sendiri di rumah. Kebersihan dan kesedapan terjamin! Resipi ini ada dikongsikan di Facebook https://www.facebook.com/mohdalafiz.
Ha..Anak-anak pun mesti suka. Lagi pun, tak rumit sangat bahan-bahannya, semua dah sedia ada kat dapur rumah kita kan? Tak reti nak tebar? Jangan risau, kalau nanti rupanya tak cantik sangat..yang penting rasanya kebabom! Selamat mencuba!
Bila Teringin Buat, Semak resipi di bawah ni ye…
Bahan-bahan:
Tepung gandum (agak-agak nak buat banyak mana)
1 biji telur
2 sudu makan susu pekat/cair
2 sudu makan marjerin
Sedikit garam
Air suam
Minyak masak
Cara Membuat:
Satukan tepung, majerin dan susu (gaul sehingga ia jadi macam serbuk roti).
Masukkan air garam dan telur. Uli menjadi doh.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat pada tangan.
Lumur tangan dengan sedikit marjerin dan bulat-bulatkan doh hingga membentuk bebola. Kemudian rendam dalam minyak masak (2 jam atau lebih).
6. Kemudian bolehlah digoreng hingga masak sepenuhnya. Sekiranya hendak dijadikan frozen, goreng sekadar separuh masak dan bolehlah disejuk beku. Keluarkan dan goreng bila hendak makan.
7. Sedia dimakan bersama kuah kari, sambal sardin, dhal dan sebagainya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...