Jika suka makan kacang kuda, pastikan direndam semalaman dahulu sebelum direbus.Namun jika selalu direbus biasa sahaja, boleh juga ditumis dengan cili dan daun kari. Rasanya lebih sedap.Bolehlah dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga ketika tengok tv nanti.
Kacang kuda (Rendam Semalaman)
Garam
Daun Kari
Butter / minyak
Bawang putih
Bawang Rose
Serbuk kunyit
Cili Kisar
Cara Membuat:
1.Kacang kuda rendam semalaman sebelum tidur.
2.Bangun pagi rebus letak secubit garam.
3.Letak butter atau minyak.
Ads
4.Tumis bawang putih dan bawang rose kecil (Kalau suka biji sawi boleh letak sikit , kak tak letak).
5. Masukkan Daun kari dan Cili kering diblend. Tumis sehingga naik bau.
Ads
6. Cili tu masak elok, letak garam gula dan perasa (jika suka).
7. (Kak letak kunyit serbuk sikit) tak letak pun tak pa.
8. Buh kacang kuda yang direbus. Kacau-kacau dan angkat. Sangat sedap. Cuba la.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kudap-kudapan untuk anak-anak dan keluarga kat rumah tu, boleh cuba resipi kacang kuda yang dikongsikan ini. Gerenti sedap dan tak muak.
Masakan cina terkenal dengan teknik masakan sihat seperti kukus,rebus dan panggang. Bagi mak-mak yang suka masakan cina boleh cuba resipi Ayam Asap Teh yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadanini.
Menurut perkongsian beliau, resipi ini dipelajari ketika dengan kawannya ketika zaman belajar. Agak unik nama resipi dan cara penyediaan Ayam Asap Teh ini, namun yang pastinya rasanya cukup sedap, secukup rasa masin, manis dan penuh beraroma.
Berikut perkongsian resipi Ayam Asap Teh tersebut;
“Zaman student dulu, saya ada belajar masakan cina daripada coursemate saya. Resepi yang saya paling aneh dia ajar adalah Ayam Asap Teh. Pelik sikit nama dia, tapi sedap.”
Bahan-bahan Perap:
½ ekor ayam
½ sudu teh lada hitam
1 sudu minyak bijan
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu madu
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam secukup rasa
Bahan Perasap:
3 uncang teh (black tea)
3 sudu beras
3 sudu gula perang
Cara Membuat:
1.Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
2.Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
3.Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
4.Ni saya panaskan air untuk kukus ayam. Saya pakai api besar.
5.Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
6.Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
7.OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
8.Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
9.Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
10.Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
11.Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.
12.Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita.
*terlebih pula beras saya
13.Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
14.Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
15.Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!
16.Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
17.Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
18.OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
19.Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.
20.Menggiurkan tak? Makan dengan nasi ayam sedap ni! Kalau beri orang makan, mesti orang tertanya-tanya aroma apa yang kita bubuh pada ayam ni. Aroma dia memang membangkitkan selera.
21.Nah lagi! Lihat gambar ni, boleh bayangkan tak, masin dan manis kulitnya, serta betapa lembut isinya?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang nak mencuba kelaianan, dengan masakan cina. Pastinya lebih sihat, sedap dan penuh beraroma. Selamat Mencuba!
Ini cara paling senang dan cepat nak masak pulut. Tak perlukan santan pun. Tapi pulut tetap dimasak dengan lembut dan tak mentah. Perkongsian daripada Cik Puan Roza Zukri ini bakal memudahkan kerja mak-mak di dapur
Rujuk Nombor Pada Gambar
1. Basuh pulut macam biasa. Kemudian bubuh ja air banyak mana pun. Tak perlu sukat airnya. Dah tu letak ja atas dapur gas..ingat dapur gas ya, bukan periuk elektrik.
Nota: Pulut tu sebenarnya tak perlu nak rendam dulu ya.
2. Masak sampai air mendidih. Jangan biar mendidih lama-lama nanti pulut lembik. Lepas mendidih tutup api.
3. Angkat periuk buang air didihan tu.
4. Bila dah buang air didihan, masak pula dengan periuk elektrik. Jangan lupa tekan butang perituk tu. Nanti tak masak la pulut hampa tu.
Nota: Masa ini dah tak perlu bubuh air dah . Jangan pula masukkan air lagi. Nanti pulut lembik jadi macam bubur.
5. Dalam beberapa minit ja dah masak. 15 minit pun tak sampai.Dalam 10 minit macam tu ja dah masak.
Hasilnya
Memang elok, tak keras, tak mentah dan tak lembik. Lembut saja.
Ramai yang suka kuih semperit sebab ia cantik berbunga, rangup berlemak, namun cair dalam mulut. Namun ramai juga yang ‘frust’ bila payah nak tekan dalam acuan sebab keras dan semperitnya jadi mudah hancur.
Puan Are-u Juliania ada kongsikan resipi dan tip nak buat kuih semperit yang sedap, rangup dan cantik ni.
“Samperit coklat, hitam itu menawan.Acuan samperit pecah 15.Yang penting doh tepung jangan keras sangat untuk mudah tekan, lepas dah tekan biarkan dalam 15 minit kena angin dulu pastu baru bakar”
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...