“Jujurnya Saya Paling Takut Lelaki, Takdir Menentukan Akhirnya 5 Kali Berkahwin,” Mak Mah. Ketentuan jodoh dalam kehidupan semuanya takdir yang telah ditentukan tuhan. Siapa sangka diri yang takut lelaki pada mulanya, akhirnya pernah ditakdirkan bertemu jodoh dengan lima orang lelaki.
Pernah Berkahwin Sebanyak 5 Kali
Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 77, mendedahkan dirinya seorang gadis yang takut kepada lelaki, tetapi kini mencipta sejarah apabila berkahwin sebanyak lima kali.
Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah Kata berkata, dia sudah melalui banyak masam manis dan bersyukur berjaya membesarkan enam anak-anaknya dengan baik sepanjang lima kali perkahwinan.
“Jujurnya, saya paling takut dengan lelaki, tetapi takdir menentukan, saya akhirnya lima kali berkahwin. Mulanya, saya kenal dengan askar, orang tegap dan tinggi.
“Tetapi, pada awal perkenalan askar itu mahu mencium saya, terus tak jadi mahu berkahwin kerana takut. Namun, banyak pula saya berkahwin selepas itu.
“Saya pernah kematian suami sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu, saya memiliki seorang anak perempuan dan lima lelaki. Dan saya memiliki 40 anak tiri,” katanya.
Jaga Hubungan Dengan Allah
Berkongsi pandangan soal perkahwinan, Mak Mah mengakui, sebagai isteri dan wanita, seseorang perlu sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah.
“Kita menjadi wanita, tak kira wajah kamu bagaimana diberikan oleh Allah, jangan kamu jadikan apa yang Allah kurniakan itu untuk kamu melonjak di dunia yang sementara.
Ads
“Kita mempunyai ‘jeneral’ di atas sana, yang menetapkan takdir hidup, jadi apa-apa pun jangan lupa pada ‘jeneral’ kita.
“Saya tahu ada yang merungut soal dugaan, tetapi kita kena nilai diri sendiri, solat bagaimana. Zikir dan selawat yang disuruh itu bagaimana amalannya? Kalau kita sendiri tak tahu mengenai Allah, bagaimana Allah nak tahu mengenai kita.
“Saya cakap bukannya bermaksud menunjuk saya hebat. Apa yang saya nasihatkan ini untuk kebaikan bersama. Solat perlu dijaga dan bila kita buat apa yang diperintahkan Allah, saya percaya kita akan selamat,” katanya yang ditemui pada sidang media dan pelancaran filem Didi & Friends The Movie di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.
Ads
Lalui Ujian Dengan Hati Terbuka
Dan sekiranya diuji dengan perceraian atau kehadiran insan ketiga dalam perkahwinan, Mak Mah berkata, lalui setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah dengan hati yang terbuka.
“Kita jalani sahaja laluan hidup yang ditakdirkan Allah. Andai kata sudah buat yang terbaik, tetapi ia tetap berlaku (perceraian), itu namanya takdir.
“Jangan bila Allah uji dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup, kita terus memberontak, jangan. Buang perasaan jika kita rasa tidak berguna dan sebagainya, itu salah.
“Kita kena terima kerana ini ujiannya kerana Allah nak bagi markah. Jangan tamak sebab setiap orang ada bahagiannya sendiri.
“Itu sebabnya ada perkataan reda dan rela. Kita kena yakin dengan Allah, jadi reda. Kalau sesat di tengah jalan, kita kembali kepada Allah,” katanya.
Ads
Mak Mah berkata, jangan sesekali menyalahkan lelaki kerana dia juga dijadikan oleh Allah.
“Bukan dia minta dilahirkan sebegitu kerana dunia ini memang dicipta untuk berlakunya semua itu.
“Jadi, pesanan saya apabila bersuami, kita kena sayang, suka, hormat dan puji dia. Terima dia seadanya,” katanya.
“Infeksi Jari Kaki Sudah Memakan Tulang,” Ras Adiba Mohon Doakan Kesihatan Suami. Dalam perkongsian ringkas di Instagram bekas personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi, 54 memaklumkan keadaan terkini kesihatan suaminya Mohamed Azam Zainal Ali yang kini positif Covid serta mempunyai jangkitan pada jari kakinya.
“Abang Azam Bear positif Covid semalam dan juga mempunyai infeksi di jari kakinya.Sebelum ini kedua belah ibu jari kedua belah kaki telah pun dipotong.”
“Abang masuk ke hospital petang tadi dan terus pakar Ortho memeriksa jari kakinya dan dapati infeksi sudah memakan tulang”ujarnya.
Pembedahan Jari Kaki
Tambah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) ini juga, untuk memastikan jangkitan tersebut tidak merebak, pembedahan akan dilakukan segera. Ras Adiba juga memohon supaya turut sama mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan suami tersayang.
“Untuk pastikan infeksi tidak merebak dan keadaan beliau yang menghidap Covid serta keadaan jantungnya, operasi akan dilakukan di Hospital DSH2 Bukit Lanjan malam ini pada jam 8.”
“Deep dan seisi keluarga ingin pohon semua sahabat di sini untuk sama-sama doakan Abang Azam Bear,” ujarnya.
Ramai Mendoakan Diberi Kesembuahan & Dipermudahkan Urusan
Ramai yang turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan buat suami Ras Adiba ini.
Terdahulu, meskipun pernah bercerai sebelum ini Senator Datuk Ras Adiba Radzi, telah berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua,dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 2 Jun 2022.
Yis sepaket ( rendam yis bersama air suam setengah cawan, air suam dan gula 1 sudu, kacau dan tutup bekas) biarkan 20 minit.
Ramas tepong bersama planta dan garam sampai jadi seperti serbuk roti.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air yis hingga menjadi doh hingga tak melekat.
Biarkan dalam bekas Dan tutup selama 30 minit.
Dah Kembang. Tumbuk-tumbuk dengan tangan bagi angin keluar. Dan buat acuan ikot kreativiti masing-masing. Saya buat bulat-bulat jer. Masukkan cheese kat tengah-tengah (lipat jadi 4 segi).
Dah siap boleh goreng (api kena panaskan dulu sebelom goreng)
Tabur lah gula aising. Atau chocollate cair.
Siap!
Nota:
Kalau yis yang baik ia akan berbuih kalau tiada tinda kbalas bermaksud yis dah rosak. Pastikan masukkan gula pada air suam juga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada banyak cara mak-mak simpan lauk basah dalam peti tetapi kali ini, tip yang Puan Noraniza Azmei kongsikan adalah bertujan untuk mudahkan anda yang suka masak dalam kuantiti sedikit.
Cara ini lebih praktikal sebab mak-mak cuma perlukan plastik dan lauk basah yang berbeza.
TIPS MALAS JADI RAJIN
Bila dah beli lauk pauk untuk seminggu setiap lauk saya asingkan ikut portion nak masak banyak mana dalam setiap plastik. Bukan tak nak guna tupperware tapi nak jimat ruang.
Tujuan asingkan dalam plastik sebab senang keluarkan satu plastik je lauk yang dah beku lepas itu kita rendam lauk yang nak masak je.
Kadang kita campur semua, rendam lepastu rasa banyak simpan balik peti ais kan. Buang masa satu hal. Renyah satu hal lagi.
Nampak macam malas..Tapi percayalah korang terus rajin nak masak lepas ni.
Hah, esok bolehlah terus cari lauk basah dan plastik untuk kemaskan peti macam yang ibu ini buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...