Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi jika diserikan dengan menggunakan alat mekap, ia akan dapat menjadikan wajah kelihatan halus dan sempurna bak sang dewi.
Tampil dengan wajah yang bersolek memberikan keyakinan dan penampilan yang segar. Malah dengan calitan mekap juga mampu memberikan keyakinan dan mood yang lebih baik.
Rias Wajah Idaman Sekaligus Menaikkan Seri
Naluri wanita juga mahu tampil menawan dengan wajah berseri, anggun dan bergaya. Jenama unggul WonderLab menerusi ‘Koleksi Catz WonderDewi’ mampu membantu menaikkan seri wajah, kelihatan lebih segar dan mood yang lebih baik. Sekaligus dapat riaskan wajah idaman dan membuatkan anda berkeyakinan dalam mengorak langkah.
Alat solekan yang tepat dan menarik juga mampu menaikkan mood pada wajah anda! Jangan risau kerana ada satu rahsia yang mampu menyelesaikan sekaligus menjadikan penampilan anda penuh bergaya dan menawan.
Seriuslah setiap wanita mampu bergaya berseri-seri serta merta dengan bantuan Koleksi Catz WonderDewi! Bukan itu saja anda juga mampu tampil seksi dan menawan.
Penampilan Buat Ramai Terpesona
Paling hangat Koleksi Catz WonderDewi ini juga menarik, pintar, comel dan manja seperti sifat kucing yang selalu menjaga diri dan setia menjadi diri mereka yang sebenar. Ibaratnya penampilan anda mampu membuatkan ramai terpesona. Bukan itu saja anda sendiri akan berasa hilangnya tekanan dengan lahirnya pelbagai mood yang cukup menyenangkan bila melihat wajah cantik menyerlah.
Koleksi Catz WonderDewi mempunyai enam jenis alat solek yang berkonsep sifat si comel kucing yang boleh menampilkan pelbagai mood dan juga membebaskan watak felis dalaman wanita.
Bukan itu saja, penyanyi yang cukup lincah, manja dan punya aura kecantikan yang tersendiri Nabila Razali juga turut menggunakan Koleksi Catz WonderDewi ini. Malah duta penuh ceria ini juga mewakili Koleksi Catz WonderDewi.
Ads
Paling seronok dilihat, apa jua gaya dan wajah ingin ditampilkan oleh selebriti popular ini mempamerkan Koleksi Catz WonderDewi. Bagi anda yang mengoles menggunakan solekan jenama ini “Seumpama Meow Seribu Manja, Dewi Seribu Gaya Koleksi Catz Bagi Wanita Sempurna”.
WonderDewi Pilihan Terbaik
Sememangnya jenama WonderDewi memang terbaik dengan kualiti produk yang cukup memuaskan.
WonderDewi Bedak Kusyen O₂ pula antara pilihan tepat buat asas solekan anda!
Ads
WonderDewi Palet Eyeshadow (Earth Tone & Warm Tone) pula pastinya menjadi pilihan terbaik anda. Dengan pilihan eyeshadows menarik, WonderDewi Palet Eyeshadow mempunyai empat warna setiap palet (1 matte, 2 shimmer, 1 glitter). Anda boleh mencampurkan beberapa untuk membuat penampilan yang anda miliki. Semestinya anda akan teruja melihat hasilnya!
Ads
WonderDewi Pen Kening dan WonderDewi Eyeliner direka untuk menjadikan aplikasi solekan yang mudah sesuai untuk kegunaan seharian. Malah akan menjadikannya rutin solekan harian anda. Pen Kening WonderDewi juga membolehkan mengawal definisi kening sendiri, warnakan kening, sama ada mahukan kening yang gebu atau semulajadi.
Pertama di Malaysia menerusi WonderDewi Flexi GOOODPLAN™ anda boleh memilih produk penjagaan kulit, kosmetik kegemaran dan minuman Vitamin C dengan harga yang rendah.
“Dengan hanya bayaran RM50 sebulan para pelanggan dapat menikmati penjimatan hebat Catz Collection dan produk WonderDewi pilihan bernilai sehingga RM1,900. Selain produk penjagaan kulit dan kosmetik kegemaran, WonderDewi C mengandungi Vitamin C dan Zink yang dapat menguatkan imuniti, meningkatkan kesihatan kulit dan membantu proses penghadaman baru saja berada di pasaran dengan harga yang rendah. Malah khabar gembira yang pasti anda nantikan, paling menarik akan datang tawaran istimewa untuk pelbagai produk WonderDewi Flexi GOOODPLAN™ tidak lama lagi. Wow cukup menarik!”
Anda yang ingin kelihatan jelita dan anggun selalu, bolehlah mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan menghubungi agent Wonder Star atau lawati www.wonderlab.com.my, WonderLabOfficialFacebook danInstagram .
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang masih beranggapan bahawa krim tabir suria (sunscreen) dan pelindung matahari hanya perlu digunakan ketika berada di pantai. Stigma salah ini masih membelenggu masyarakat sehingga ramai yang mengabaikan kepentingan pemakaian krim ini.
Namun, Sunplay Ultra Shield membawa konsep perlindungan kulit lebih jauh dari sekadar keselamatan semasa berjemur di pantai. Tahukah anda, Sunplay Ultra Shield telah ditingkatkan dari Solarex-3 ke Solarex-5, menjadikannya pilihan terbaik untuk memelihara kulit anda sepanjang hari!
Memahami masalah kulit rakyat Malaysia
Dibandingkan dengan pemikiran umum tentang pelindung matahari, Sunplay Ultra Shield bukan sahaja melindungi daripada sinaran UVA dan UVB, tetapi juga memberikan perlindungan terhadap cahaya biru, inframerah, dan faktor-faktor lain yang merbahaya. Tekstur lembutnya di bawah sinar matahari, bersama dengan sifat antioksidan, sekaligus memastikan kulit anda kekal lembap dan berseri tanpa rasa kering atau kasar.
Keistimewaan Sunplay Ultra Shield tidak terhenti di situ sahaja. Produk ini memahami masalah kulit yang umum di kalangan rakyat Malaysia, seperti kulit berminyak dan masalah jerawat. Ia diformulasikan khas dengan sifat kawalan minyak yang membantu mengatasi masalah keradangan kulit, serta mengandungi Niasinamid untuk mengawal pengeluaran minyak dan mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat.
Sebelum memilih pelindung matahari, terdapat beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian. Sunplay Ultra Shield bukan sahaja memenuhi kriteria-kriteria tersebut tetapi juga menambah nilai dengan bahan-bahan seperti Gliserin + Asid Hyaluronik untuk melembapkan kulit, Niasinamid untuk mencerahkan tona kulit, dan ekstrak epal, karnosin, serta Fullerene sebagai bahan antioksidan.
Kebiasaannya, ramai pengguna pelindung tabir matahari merungut tekstur produk yang melekit dan tidak memberi keselesaan selepas pemakaiannya. Namun, Sunplay Ultra Shield dilengkapi teknologi yang mesra kulit basah di mana anda boleh menggunakannya terus pada kulit walaupun kulit berada dalam keadaan basah. Ia memberikan lapisan perindungan yang berfungsi walaupun di dalam air dan lebih penting, ia tahan peluh dengan lebih lama.
Satu lagi keistimewaan Sunplay Ultra Shield yang ternyata memenangi hati para pemakai pelindung matahari ialah ia didatangkan dalam tekstur ringan yang tidak berminyak sekaligus memudahkan ia diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan bercapuk dan putih!
Dengan SPF50 PA++++, Sunplay Ultra Shield bukan hanya pelindung matahari biasa. Ia merupakan pilihan terbaik untuk melawan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kulit setiap hari, menjadikan penggunaan pelindung matahari bukan sekadar keperluan, tetapi juga satu bentuk penjagaan kulit yang holistik!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Bahkan amalan ini sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana bulan ini Allah Taala menjanjikan bagi tiap-tiap amal soleh itu akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.
Ramadan bulan yang mulia ini adalah waktu yang terbaik untuk bersedekah, sempena itu juga pihak PTPTN telah berbesar hati menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga asnaf yang terjejas disebabkan Pandemik Covid-19. Malah PTPTN juga telah menyempurnakan kelengkapan sambutan Aidilfitri Zaki Udin dan isterinya, Junaidah Isa sekeluarga.
Pasangan ini tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada jualan nasi lemak, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih rumah orang. Mereka merupakan keluarga yang dipilih melalui Yayasan Basmi Kemiskinan.
Rezeki Rahsia Allah, Hajat Bawa Anak Beli Belah Baju Raya Termakbul
Sememangnya rezeki yang hadir tidak diduga buat pasangan asnaf Zaki Udin dan Junaidah Isa yang menetap di Shah Alam, Selangor. Menerusi program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita mereka sekeluarga bukan sahaja berpeluang membeli belah pakaian raya bersama Ketua Eksekutif PTPTN iaitu Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, malah menikmati jamuan berbuka puasa di hotel dan menerima duit raya dalam bentuk pembukaan akaun SSPN-i.
Sememangnya rezeki yang tertulis itu adalah rahsia dari Allah. Malah hajat pasangan ini yang terpendam bertahun hendak bergaya dengan baju raya baharu termakbul daripada satu panggilan telefon.
“Alangkah baiknya kalau kita boleh dapat sumbangan hadiah pakaian hari raya untuk anak-anak macam dalam iklan radio ni kan bang?” tutur puan Junaidah kepada suaminya.
Enam Tahun Tidak Ada Baju Raya Baru
Siapa sangka beberapa hari setelah mendengar iklan tersebut, Junaidah ibu kepada sepuluh orang anak ini dihubungi pihak Mingguan Wanita mewakili PTPTN menyampaikan berita tidak disangka.
“Saya rasa sangat terharu, bila keluarga saya terpilih dalam kempen Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita. Berterima kasih banyak-banyak kerana tak sangka tahun ini dapat bawa anak-anak membeli belah.
‘Secara jujur sejak enam tahun lalu kami sekeluarga tak ada baju raya apatah lagi baju raya sedondon. Bila anak-anak dapat membeli belah mereka rasa seronok malah selepas pulang mereka membuat sebuah karangan yang menggambarkan perasaan girang mereka sewaktu membeli belah.
“Anak-anak sangat berterima kasih dan berdoa apabila mereka sudah besar nanti mereka juga ingin membantu orang lain seperti mana pihak PTPTN berikan kepada mereka. Apatah lagi bila dapat berbuka puasa di hotel. Mereka dah biasa tak boleh membazir dan bertanya kepada saya tak mahal ke mama makan di hotel? Saya terangkan pihak PTPTN belanja makan dan anak-anak begitu girang. Sememangnya tak dinafikan kami sekeluarga rasa teruja dan berbesar hati bila PTPTN meraikan kami.
“Lagi-lagi bila dapat tahu Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut sama hadir berbuka bersama. Anak-anak tambah ceria. Syukur dengan layanan yang diberikan PTPTN yang mana jasa baik mereka kami tak akan lupakan sampai bila-bila,” ujar ibu kental ini yang sentiasa sedaya upaya menyediakan yang terbaik buat sembilan orang anaknya.
Disebalik keceriaan Junaidah dan suami menyambut Ramadan dan Syawal, sebenarnya hati kecil mereka sentiasa berasa sedih bila teringatkan anak sulung yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Keluarga Asnaf Teruja PTTN Belanja Makan Di Hotel
Seusai membeli belah, keluarg Zaki Udin dan isterinya, Junaidah Isa dibawa pula berbuka puasa di Acapella Hotel, Shah Alam.
Selain Encik Ahmad Dasuki turut hadir bersama, Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN dan Puan Wan Zawiah, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat Dan Pemasaran PTPTN.
Sepanjang majlis berbuka puasa ini Norman dan Memey melayan anak-anak pasangan ini dengan penuh mesra lagi. Apatah lagi si kecil yang bernama Ashraf bagaikan tidak boleh berengang dengan Norman.
Terpancar wajah keriangan pada wajah enam orang anak pasangan ini. Apatah lagi dengan kehadiran pasangan selebriti popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Sempurnakan Raya Beri Keceriaan & Kegembiraan Buat Ahli Keluarga Puan Junaidah – Ahmad Dasuki
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita ini memberikan keceriaan buat Puan Junaidah sekeluarga.
“Ini adalah program CSR tahunan yang dijalankan oleh PTPTN untuk mendampingi masyarakat. Dilaksanakan setiap tahun menjelang Ramadan dan menyambut Syawal. Kajian pemilihan mereka yang terjejas pendapatan disebabkan Pandemik Covid-19. Mendapat maklumat juga dari Yayasan Basmi Kemiskinan.
“Saya terharu dapat berjumpa dengan keluarga Puan Junaidah yang mempunyai sembilan orang anak tapi yang hadir untuk membeli belah enam orang anak. PTPTN atas dasar tanggungjawab CSR kita kongsikan apa yang kami ada untuk membantu keluarga Puan Junaidah. Selaras dengan hashtag kami, #kami kongsi kami bantu.
“Selepas membeli belah di Jakel Shah Alam, Team CSR PTPTN sekali lagi telah membawa Puan Junaidah sekeluarga berbuka puasa di Hotel Acapella, Shah Alam. Kita bawakan tetamu istimewa pasangan selebriti popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza untuk memeriahkan lagi suasana berbuka puasa. Sempurnakan Raya ini memberi keistimewaan kepada keluarga Puan Junaidah bahawa apa jua keadaan yang berlaku mereka jua berhak mendapat suasana gembira menjelang hari raya.
“Bagi PTPTN juga kami menyediakan sedikit simpanan kepada keluarga Puan Junaidah dalam bentuk akaun simpanan. Tujuan utama untuk menggalakkan keluarga Puan Junaidah memulakan penabungan akaun SSPN. Bagi memastikan anak-anak beliau seramai sembilan orang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walau apa jua yang berlaku kepada keluarga Puan Junaidah. Program Sempurnakan Raya ini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang, memandangkan ianya memberi manfaat yang jelas kepada masyarakat terutamanya buat keluarga asnaf seperti keluarga Puan Junaidah,” jelas Encik Ahmad Dasuki.
Norman Hakim & Memey Suhaiza Terharu, Teruja & Gembira
Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang dijemput khas juga berasa sangat teruja dan gembira dapat meraikan keluarga asnaf ini.
“Rasa terharu, teruja dan gembira diberi peluang bersama-sama diberikan kesempatan dan peluang meraikan keluarga Encik Zaki dan Puan Junaidah. Selain itu saya dan Memey juga dapat memeriahkan lagi persiapan hari raya enam daripada sembilan anak-anak mereka.
“Ini satu pengalaman yang manis terutama pada bulan Ramadan. Selain dapat meraikan golongan asnaf kita dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia. Sebab kita tak nak ada jurang dalam kehidupan ini.
“Perasaan rasa kesyukuran dan kepuasan, sejujurnya pemgalaman ini terngiang-ngiang dalam memori. Anak lelakinya yang kecil, Ashraf sangat peramah dengan abang dan yang perempuan rapat dengan Memey. Macam-macam soalan yang mereka bertanya menyentuh hati dan perasaan, contohnya mereka tanya anak-anak abang pakai handphone? Best tak ada handphone? Seronok tak dapat naik kereta besar, selesa ada orang bawa? Pada saya yang boleh saya cakap pada mereka, dalam kehidupan ini kita kena amalkan konsep bersyukur. Jangan buat perbandingan sesama manusia. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Dapat bersama dengan orang tersayang pun adalah satu nikmat yang terkata. Tak ada jurang sesama manusia. Sudut material Cuma luaran saja.
“Ini adalah modul yang terbaik dari pihak PTPTN, program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita yang berkonsep bersedekah dan berkongsi rezeki. Adalah sesuatu yang sepatutnya diadakan dari semasa ke semasa. Paling penting nawaitu kita untuk membuat konsep sebegini.
“Kalau buat sesuatu biarlah datang dengan keikhlasan. Sedekah yang terbaik adalah apabila kita menghulur tangan kanan tangan kiri tak nampak apa yang tangan kanan bagi. Bila kita buat konsep bersedekah terang-terangan supaya kita dapat memberi satu inspirasi kepada orang di luar sana. Dimana mereka yang berkemampuan membuat perkara yang sama kepada golongan asnaf ini. Pada saya niat kena betul, jujur dan ikhlas kerana Allah SWT,” ungkap Norman.
Norman bersama adik Ashraf.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keadaan sekarang ini mungkin kita lebih fokus dalam keselamatan diri atau SOP untuk mengelakkan diri dari wabak pandemik COVID-19. Namun kita jangan lupa dan perlu juga ambil cakna tentang masalah demam denggi.
Sebenarnya, ancaman wabak demam denggi ini tetap perlu diberi perhatian sama memandangkan ia adalah endemik (yang bermaksud berlaku sepanjang tahun) dan turut menyebabkan masalah kesihatan kepada kita sejak dahulu lagi.
Tidak dinafikan, kes demam denggi pada tahun 2021 menunjukkan tren penurunan sebanyak 75 peratus dan kematian demam denggi juga menunjukkan pengurangan sebanyak 91 peratus berbanding tahun lalu. Penurunan kes demam denggi ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara ASEAN yang lain.
Caption: Antara sukarelawan COMBI yang terlibat dalam aktiviti promosi pencegahan denggi.
Malah, dari Januari sehingga 12 Jun 2021 sebanyak 12,188 kes demam denggi dan lapan (8) kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 48,584 kes demam denggi dan 84 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.
Caption: Sukarelawan COMBI mengedarkan flyer untuk memberi kesedaran pada orang ramai dalam mencegah jangkitan demam denggi sekaligus menghapuskan denggi.
Mengelakkan penyakit demam denggi sebenarnya tidak sukar. Hanya dengan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes mampu untuk mencegah jangkitan demam denggi sekaligus menyelamatkan nyawa. Inilah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia dalam usaha untuk membasmi tempat pembiakan Aedes.
‘10 Minit Hapus Aedes’ Tema Sambutan Hari Denggi ASEAN
Pada 15 Jun setiap tahun, Hari Denggi ASEAN disambut di peringkat kebangsaan dan 10 Minit Hapus Aedes merupakan tema pada tahun ini bagi tujuan untuk menekankan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat, jabatan, agensi kerajaan mahupun swasta dalam usaha membanteras demam denggi.
Caption: Luangkan masa 10 minit untuk hapuskan aedes di kawasan kediaman.
Menurut Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia, setiap individu dan setiap lapisan masyarakat perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di premis masing-masing. Malahan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sebahagian besar waktu diluangkan di rumah, setiap individu perlu memastikan kediaman masing-masing bebas dari tempat pembiakan Aedes.
“Dalam usaha memperkasakan pencegahan denggi, sebanyak 3,084 pasukan sukarelawan COMBI dengan penyertaan seramai 28,381 sukrelawan (Sumber COMBiS: Data pasukan COMBI sehingga 31 Mei 2021) yang terdiri daripada komuniti di seluruh negara telah bersama-sama dalam aktiviti promosi pencegahan denggi”.
“Dengan komitmen dan usaha semua pihak diharapkan usaha membanteras denggi ini akan diteruskan demi memastikan rakyat dapat menikmati tahap kehidupan yang berkualiti dan bebas dari ancaman bahaya demam denggi,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...