Jodoh adalah takdir Allah SWT, jadi tak perlu sesal tersilap buat keputusan binalah rumah tangga sebaiknya dengan pasangan yang telah ditakdirkan untuk bersusah,senang.
Tak perlu dikenang itu dan ini serta menyesal bila pasangan tidak seperti yang diidamkan. Sedarlah manusia itu tidak sempurna.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
Jodoh Adalah Takdir Allah
Antara jawapan yang kita dapat bila ditanya mana jumpa jodoh;
“Kami sama belajar dulu. Satu universiti.”
“Sama sekolah rendah. Jumpa dekat kenduri kawan-kawan.”
“Ohh. Dia bos dekat tempat kerja. Saya setiausaha dia. Lama kerja sama, sudahnya kami berkawan. Jatuh cinta pula.”
“Kami terhantuk masa nak pilih durian. Saya nak ambil yang belah kanan, dia nak ambil yang belah kiri. Bertembung dekat tengah-tengah. Sweet kan?”
“Kawan jodohkan. Saya dah lama cari, tapi tak retilah. Rasa macam tak ada jodoh. Bila kawan kenalkan, ok je pula.”
Haa! Tak kisahlah cara macam mana kita jumpa dengan pasangan kita, saat berlaku ijab kabul, itulah jodoh kita.
Berlaku sahaja rukun nikah, lengkap semua, terjalin hubungan suami isteri, itulah rahsia jodoh kita.
Jumpa tepi jalan ke, dalam lif ke, dalam sekolah ke, bila dua saksi sebut ‘sah’, maka itulah jodoh kita.
Saya selalu kena tanya, macam mana hendak tahu orang itu jodoh kita. Tak ada jawapan melainkan jika usaha ke arah ijab kabul berhasil, dan ijab kabul berjalan lengkap.
Maka itulah jodoh. Kalau kalian dah usaha, tapi tak juga berlaku. Maksudnya jodoh kalian masih rahsia. Tak ada siapa dapat tahu.
Ads
Ada yang sehari lagi nak akad nikah, malam sebelumnya kemalangan dan meninggal. Maksudnya itu bukan jodoh dia. Sampai macam itu contoh nak bagi faham yang jodoh itu sangat rahsia.
Cuma terbongkar jika akad nikah berlaku. Itu sahaja.
Binalah Rumah Tangga Sebaiknya
Maka, di satu bahagian yang lain pula;
Jika berlaku ijab kabul, siapa pun yang menjadi pasangan kita, percayalah itulah jodoh yang Allah dah takdirkan. Sejak sebelum kita lahir tahu dah ada.
Jadi tak perlulah kita nak ada perasaan sesal. Rasa tersilap buat keputusan. Tak tak. Kalau berlaku ijab kabul, lengkap rukun nikahnya semua, itulah jodoh kalian.
Seterusnya bina lah rumahtangga itu bersama-sama. Saling memberi dan menerima. Ketawalah, menangislah bersama. Itulah syurga kalian.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Mari membina syurga.
MW: Setelah sah bergelar suami dan isteri, cubalah menerima baik dan buruk pasangan. Belajar untuk redha dan jangan mempersoalkan takdir kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Rupanya nak bercakap dan memeluk anak pun ada cara dan teknik tertentu yang mak ayah boleh amalkan. Malah, cara memeluk serta bercakap dengan anak lelaki juga berbeza dengan anak perempuan.Jika selama ini, anak agak kurang mendengar kata dan ambil sambil lewa dengan apa yang kita cakap, teknik yang dikongsikan oleh Puan Rehan Sidik ini mungkin boleh membantu.
Berikut antara perkongsian menarik tersebut;
Salam Mama semua.
K.Rehan nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak, menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme);
1) Teknik Bercakap Dengan Anak Perempuan & Lelaki
–> Dengan ANAK PEREMPUAN, kita bercakap terus muka kepada muka
Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak-anak bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai-santai saja, sambil makan-makan petang. Ok kan?
–> Dengan ANAK LELAKI pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’
Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. Insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
2) Teknik Memeluk Anak Perempuan & Lelaki
–> Lihat pelukan pada ANAK PEREMPUAN ya. K.Rehan tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya
Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, Insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan..bila tahu tekniknya ni.
–>Bagi ANAK LELAKI, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas
Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak2 yang mendengar kata.
Selamat mencuba Teknik Islamic NLP.
Semoga bermanfaat dan menambah lagi ilmu keibu bapaan kita semua.
Sakit hati kerana curang, isteri sanggup upah orang tamatkan riwayat suami. Tergamak sungguh seorang isteri mengupah tujuh lelaki dek kerana marah dan kecewa dengan sikap suami.
Benarlah, disebabkan perasaan marah seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan fikiran. Mungkin begitulah yang dialami wanita ini hingga dia sanggup mengupah orang lain membunuh suaminya. Allahuakbar!
Sakit Hati Kerana Curang
Sayang sekali melihat mahligai perkahwinan berusia puluhan tahun musnah gara-gara perselingkuhan si suami.
Perkara yang lebih tragis terjadi selepas si isteri menghidu kisah kecurangan suaminya.
Menurut Tribunnews, gara-gara berang dengan suami curang, wanita bernama NW, 49 nekad mengupah tujuh lelaki untuk menamatkan riwayat suaminya, Khairul Amin, 54.
Isteri Sanggup Upah Orang
Lebih tragis, kematian pemilik restoran makanan padang itu berlaku di kediamannya sendiri pada 27 Oktober lalu.
Pada jam 11.40 malam, anak mereka menemui Khairul dalam keadaan cedera parah akibat ditikam. Dia ketika itu menjerit meminta tolong.
Susulan itu, anak mereka menghubungi NW dan memberitahu Khairul yang cedera parah diserang kumpulan samseng.
NW kemudian berpura-pura terkejut dan sedih dengan keadaan menimpa suaminya.
Tamatkan Riwayat Suami
Bagaimanapun perbuatan NW didedahkan polis. Polis Krawang mengatakan kematian Khairul adalah pembunuhan terancang yang mana si isteri adalah dalangnya.
Hasil penyiasatan polis, pasangan yang dikurniakan tiga orang cucu itu bahagia sehingga perselingkuhan Khairul terbongkar.
Apa yang meremukkan hati NW, Khairul rupanya memiliki beberapa orang lagi isteri muda.
Malah NW turut mendedahkan suaminya sering meminta wang dalam jumlah yang banyak selama ini untuk diserahkan kepada isteri-isterinya yang lain.
Ia berlarutan hingga duit simpanan daripada perniagaan mereka juga semakin susut.
Merancang Pembunuhan Suami
Menurut polis, bertitik tolak dari itu kemarahan wanita terbabit memuncak sehingga nekad bertindak merancang pembunuhan si suami pada September lalu NW.
Bukan sekali dua cubaan membunuh dilakukan, tetapi tiga kali.
Selepas dua kali gagal, percubaan kali ketiga menyaksikan riwayat Khairul berakhir.
Difahamkan, tujuh lelaki upahan berkenaan menerima Rp 30 juta (RM 8706.54) sebagai upah.
Mingguan Wanita : Benarlah ikut kata, binasa. Ikutkan hati, mati. Beginilah nasib seorang wanita apabila marahnya pada suami memakan diri sendiri. Semoga kisah ini membuat mak-mak tidak terlalu mengikut perasaan bila mengetahui suami curang.
Suami kena faham, isteri bukan robot semua benda nak kena buat malah ada yang berdikari. Tambahan zaman sekarang tak ramai yang ada peluang duduk rumah jadi suri pada suami mahupun anak-anak. Separuh daripada masa mereka, dihabiskan di pejabat dari hari Isnin sampai Jumaat. Ada yang membawa ke hari Sabtu malah Ahad.
Bayangkan macam mana stress ke tak stress, serabut ke tak serabut fikiran isteri. Bebanan kerja pula kadang kala melebihi daripada kemampuan dan kudrat usia malah tenaga mereka. Agar suami lebih memahami, bacalah catatan perkongsian Tuan Ehsan Halimini.
Semoga suami akan lebih menghargai dan tahu bagaimana mahu mendapatkan kembali ketenangan dalam sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang.
Zaman sekarang isteri kebanyakan kerja. Isnin sampai jumaat.
Balik rumah kena masak, urus anak dan urus rumah lagi.
Kalau suami isteri yang PJJ (perkahwinan jarak jauh) macam saya ni lagi la. Semua dia kena buat sendiri.
Hujung minggu baru dapat jumpa.
Isteri ni dia akan letih. Letih rohani dan jasmani.
Letih jasmani kita boleh hilangkan dengan bantu kerja-kerja rumah dan jaga anak.
Letih rohani, kita kena bagi ruang untuk isteri kita masa yang selesa untuk dia ibadah dan dapat pengisian.
Kalau saya bila hujung minggu waktu jumpa anak isteri, saya akan bawa mereka ke surau atau masjid untuk solat Maghrib dan Isyak.
Bila di masjid, lepas solat maghrib saya akan jaga anak. Biasakan dia dengan suasana masjid.
Biar isteri dapat beriktikaf dengan tenang untuk buat amalan fardi dia seperti baca quran atau zikir.
Dengan cara tu rohani dapat dirawat dan digilap.
Rohani yang letih dan tidak dirawat akan jadikan isteri kita tak tenang.
Kerana isteri ni dia ada bom jangkanya sendiri. Jangan sampai meletup.
Kalau dah meletup tu yang kadang-kadang isteri tu jadi suka bercakap kasar dengan suami, marah-marah anak dan lain-lain.
Jadi para suami sekalian, bawalah anak dan isteri sekurang-kurang seminggu sekali ke masjid atau surau. Cari majlis-majlis ilmu.
Dengar kuliah ilmu kat TV atau radio tak sama dengan hadir dan duduk dalam majlis ilmu di masjid.
Kerana Allah mengutuskan malaikat rahmat bagi mereka yang berada dalam majlis ilmu. Sakinah (ketenangan) akan diisi dalam hati mereka yang hadir ke majlis ilmu.
Kepada para isteri yang membaca status ini, mintalah suami kalian bawa ke masjid.
Jangan hanya asyik minta bawa pergi shopping bila stress kerana shopping hanya memberi kegembiraan tetapi tidak memberi ketenangan.
Ketenangan Allah akan bagi bila kita ingat kepada Dia (seperti banyak disebut banyak dalil dalam Al-Quran dan hadis).
Kepada para isteri yang membaca tulisan ini, kongsikan pada suami kalian supaya mereka tahu.
Pesan Saya
Harap tulisan ini dapat seimbangkan dengan tulisan saya baru ni. Kalau tak semua isteri asyik nak ajak suami pergi shopping sahaja. Kena ajak pergi masjid surau juga ya. Baru dua-dua jadi mithali.