Bagi mak-mak yang rajin buat kek, biasanya menggunakan whipping cream ini sebagai salah satu bahan utama. Namun sedia maklum, sekotak kecil harga Whipping Cream ni pun boleh tahan harganya. Kalau berniaga, lebih jimat kos bila buat sendiri Whipping Cream ni. Nak buat pun mudah sahaja, gaul rata semua bahan dalam 6 minit dah siap!
Boleh cuba buat sendiri Whipping Cream Homemade ini perkongsian resipi daripada Soleh Fattah sebagai panduan;
“Siapa niaga kek mesti tau whipping cream dan mesti tau benda ni wajib ada standby, lebih-lebih lagi yang jual cheese cake leleh”
“Alkisah sis ni, masa agak terhad untuk keluar cari bakery supplies nak buat niaga, tapi nak jugak berniaga untuk lepaskan niat sis, berniaga sambil bersedekah. Sambil-sambil nak cut cost, whipping cream kan mahal.. maka gigih la cari resepi untuk buat whipping cream sendiri di rumah”
“Dan terhasil laa, tadaaaa.. Whipping cream homemade.. Jimat pun jimat, sedap pun sedap.(Bagi sis la) resepi sis sertakan di bawah dan jugak ada di setiap gambar.”
Bahan-Bahan:
1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu besar susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family)
3 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 bekas ais batu (pastikan dalam ketulan kecil-kecil, senang nak mix)
Pengadun Mixer
Ads
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ye, jangan pakai mangkuk kecil. Nanti whipping cream kembang semangkuk, panik pulak.
2.Gaul rata semua bahan-bahan, bagi sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer.1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah.Alasannya, nanti ais batu terkeluar dari bekas, habis bersepah nanti.
Ads
3.Minit ke-2,boleh tingkatkan kelajuan, sederhana dalam 3 minit.Mix je sampai tak nampak ais batu tu.Masa ni akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.
4.Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat yaaaa..Then, siap la whipping creamnya.
Ads
Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja
Cuba la. Yang nak share, boleh je.. Doa kan sis murah rezeki yaa.
MW: Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri whipping cream ini di rumah. Bila buat sendiri lebih yakin kebersihannya, terjamin halalnya dan jimat kos.
Musim PKP ni kadang-kadang kering idea mak-mak nak masak apa. Anak-anak pulak asyik-asyik tanya, hari ni masak apa. Breakfast makan apa, lunch makan apa…nanti minum petang makan apa. Lepas tu sebelum maghrib dah tanya malam ni nak makan apa pulak?
MW kongsi satu resipi yang amatlah mudah dan kosnya pula murah. Resipi perkongsian dari Ameera ini hanya gunakan dua bahan utama. Iaitu biskut oreo dan juga susu coklat. Cara nak buatnya seperti berikut :
KEK KUKUS OREO
Bahan-bahannya :
Dua pek biskut oreo
Susu UHT apa-apa jenama perisa coklat (1L)
Cara penyediaannya :
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH 4
Hanya dengan EMPAT langkah mudah. Anda dah dapat sebiji kek yang bukan saja senang nak buat, tapi rendah kosnya. Bagi mak-mak yang nak mengisi masa anak-anak dengan ilmu kemahiran masak memasak. Ini salah satu projek perintis yang anda boleh buat bersama anak-anak. Confirm ada yang nak buat lagi kalau bahannya pun semudah ini. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam jenis kuih lepat. Kali ini apa kata kita cuba buat lepat tepung pulut berintikan kelapa parut. Lepat yang dibalut daun pisang ini, kita perlu kukus dulu sehingga masak.
Dah siap masak, bolehlah makan. Sedap kalau dimakan panas-panas.
Boleh cuba ikut resipi dan cara buat lepat oleh Siti Hadirah yang dikongsikannya melalui grup Kongsi Resepi Masakan di Facebook ini.
Resipi Lepat Tepung Pulut
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula putih
garam sikit
daun pisang (layurkan dulu kemudian potong ikut saiz yang kita nak)
minyak (untuk sapu pada daun pisang)
Bahan Inti
kelapa parut – sebiji
garam
gula
(campur kelapa parut dengan garam dan gula. Gaul sebati)
1-Gaul semua sekali gula merah, gula putih, air masak sekali sehingga larut. Tapis dan sejukkan.Selepas itu, masukkan tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas. Air gula tadi campur dengan santan dan kacau sebati. Tuang ke dalamnya tepung sikit-sikit tau sebab adunan tepung ni lebih kurang macam kita nak buat buah melaka. Tak lembik dan tak keras sangat.
2-Ok dah siap adun tepung ambil daun pisang yang dah siap layur tadi. Sapu minyak sikit kemudian ambik 1 sudu besar adunan tepung dan letak kat tengah daun pisang. Tekan-tekan sikit kemudian ambil kelapa parut dan letak di tengah tepung. Kemudian boleh la balut.
3-Susun dalam pengukus cantik-cantik. Kukus lebih kurang 20-25 minit. Balut kena kemas takut nanti masa kukus daun pisang ternganga pulak.
Hidangan berasaskan daging lembu boleh dimasak dengan pelbagai masakan yang lazat. Mungkin ada yang masih mempunyai stok daging korban di dalam peti sejuk. Ha…boleh cuba tiga resipi mudah yang kami kongsikan ini. Mudah tapi sedap! Sila cuba ye…
TIGA HIDANGAN BERASASKAN DAGING UNTUK DICUBA
UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangan sedia dinikmati.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang | potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.