
Ahli Keluarga Suami Wajib Minta Izin
Ahli Keluarga Suami Kena Tahu Hukum

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Mentua Kena Ikhlas Terima Menantu, Baru Aura Kasih Sayang ‘Sampai’!

Isi Kandungan
ToggleMak mentua yang penyayang, dapat terima menantu seperti anak kandung dan memahami adalah idaman semua menantu terutama menantu perempuan. Namun tak semua mak mentua begitu. Ada mak mentua yang sentiasa inginkan yang terbaik daripada menantunya, tapi dirinya sendiri banyak kurangnya!
Ya, memang mahukan menantu yang baik tetapi apa halnya kalau kita sendiri pun tak baik? Bagaimana hendak dikatakan baik kalau sikap kejam terhadap menantu itu bermula sejak hari pertama dia masuk ke rumah kita lagi. Hari-hari kita menilai dia, kesalahan yang sedikit sengaja kita besar-besarkan, kebaikan yang dilakukan kita pejam mata pula.
Mak Mentua Baik, Menantu Pun Baik
Seorang ibu mentua yang tidak baik sememangnya tidak layak mendapat anak menantu yang baik. Sebenarnya anak menantu itu sudah baik tetapi disebabkan mentuanya tidak baik, akhirnya dia menjadi tidak baik sama. Asalnya sangat menghormati orang tua, bersikap lembut dan taat, sekarang jadi kurang ajar pula. Dari mana datangnya sikap-sikap begitu? Kadang-kadang daripada emak mentua sendiri.
Dalam hendak menilai seseorang, jangan mengharapkan seratus peratus terbaik, sebab mana ada manusia yang sempurna. Sesetengah orang hanya perlukan tunjuk ajar untuk dia faham sesuatu pada permulaannya. Apabila dia faham akan kehendak dan cita rasa mentua dia akan penuhi pada hari-hari seterusnya.
Mak Mentua Kena Berlapang Dada
Misalkan begini, hari pertama menantu tinggal di rumah mentua, sudah tentu dia tidak biasa dengan semua perkara yang menjadi kebiasaan di rumah mentuanya itu. Dia akan melakukan banyak kesalahan seandainya tidak diberitahu terlebih awal.
Adalah menjadi kebiasaan mengelap dahulu pinggan mangkuk selepas dibasuh sebelum menyusunnya di para. Menantu yang tidak diberitahu terlebih dahulu akan hal ini mungkin akan menyusun sahaja pinggan mangkuk itu ke para sejurus dibasuh.
“Ei, emak engkau tak ajar ke lap dulu pinggan mangkuk sebelum susun?”
Kata-kata yang begini pasti meninggalkan kesan yang tidak enak. Lain jika anak menantu itu memang jenis tebal jiwa, dikata apapun dia tetap tersengih dan sambut dengan gurau senda. Daripada situ dia belajar. Tetapi anak menantu yang sensitif akan berasa kecil hati, sedih dan juga malu, dia boleh jadi merajuk hingga takut hendak berbuat apa-apa lagi selepas itu.
Hal Kecil Boleh Jadi ‘Barah’
Di sinilah hal yang kecil-kecil menjadi permulaan barah yang kronik beberapa bulan kemudian. Salah siapa? Mungkin menantu bersalah sebab terlalu mudah berkecil hati tetapi mentua juga bersalah kerana beranggapan menantu perempuan mesti serba tahu kesemuanya.

Setiap mentua sekurang-kurangnya letakkanlah tiga faktor ini dalam hendak memilih sikap terhadap menantu;
- Itu adalah jodoh anak. Apa yang tidak kita ketahui berada dalam pengetahuan ALLAH sentiasa. Jodoh seseorang bukankah sudah ditentukan?
- Dia yang berkahwin dan itu pilihannya. Hormatilah pilihan anak supaya kehidupannya harmoni selepas itu. Jika kita terlalu menampakkan rasa benci, takut-takut bukan setakat menantu yang hilang hormat, anak sendiri pun turut pergi.
- . Hidup bukan terlalu lama. Oleh kerana tidak terlalu lama itu, bertimbang rasalah. Setiap manusia ada lebih dan kurangnya. Kita juga serupa. Barangkali orang cukup bersabar dengan sikap-sikap buruk kita selama ini, kita saja yang tidak tahu. Oleh itu, berikan restu, ia lebih baik dari menjadikan seseorang seteru (musuh).
Sumber artikel: Oleh: HM TUAH ISKANDAR al-Haj http://www.drtuah.com
https://www.mingguanwanita.my/mentua-elak-ganggu-rumah-tangga-anak-menantu-yang-sedang-bahagia/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Termasuk Yang Dah Kahwin Memang Suka Tengok Perempuan Lain, Sekadar Pandang, Itu Normal

Isi Kandungan
ToggleLelaki termasuk yang dah kahwin memang suka tengok perempuan lain, sekadar pandang, itu nomal. Selalunya bila keluar bersama pasangan, si dia melirik atau curi-curi pandang wanita lain tentunya membuatkan ramai wanita berasa sakit hati.
Lelaki Termasuk Yang Dah Kahwin Memang Suka Tengok Perempuan Lain
Pantang nampak wanita cantik lalu di depan, mata pasti melirik, memandang dan kadang-kadang depan isteri pun dipuji wanita yang lalu di depan mata. Bagaimana seorang isteri untuk lalui keadaan bila suami mata keranjang?
Menurut Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM), mata keranjang itu sendiri adalah simpulan bahasa yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang suka melihat wanita atau lelaki yang pantang nampak perempuan cantik atau mengayat perempuan.
Sekadar Pandang, Itu Normal
Secara fitrahnya, lelaki memang dicipta tertarik dengan kecantikan dan keseksian wanita. Kalau ada lelaki yang tidak suka melihat wanita cantik dan seksi, itu bukan lelaki normal dan dia perlu mendapatkan rawatan untuk mengembalikan kepada fitrah asalnya.
Walau bagaimanapun fitrah asal itu tifak boleh terlalu ditentang dan tidak boleh terlalu ditatang. Sebaliknya perlu diuruskan dengan sebaiknya dengan ilmu dan iman. Sebab itulah, lelaki yang baik hendaklah menundukkan pandangannya daripada meliar melihat wanita cantik dan menarik dengan bernafsu kerana ia boleh membawa kepada kesan yang lebih negatif.
Melihat untuk berkahwin dan sekadar suka-suka. Itu adalah dua perkara yang berbeza. Secara jujurnya, ada lelaki yang suka melihat wanita cantik bukan untuk tujuan berkahwin.
Isteri, Jangan Lupa Berhias
Fitrah lelaki suka melihat perempuan cantik, jadi kita sebagai isteri boleh mengubah diri kita supaya menjadi seorang wanita cantik, manja, menarik dan seksi. Bila kita tahu, suami suka melihat wanita sebegini, isteri jangan lupa untuk mengubah seperti yang diinginkan.
Kadang-kadang isteri selekeh, memakai mekap bila keluar rumah dan tanpa sedar menjadi tatapan suami orang lain.
Isteri, cantik dan seksilah di rumah
Suami, fokuslah dengan kecantikan dan keseksian isteri di rumah
Lelaki, kawallah pandangan agar tidak melihat banyak tarikan yang boleh mempengaruhi kita untuk bertukar menjadi mata keranjang.
Pesanan Untuk Isteri
1.Yakinlah bahawa kita dipilih oleh suami kita untuk dikahwini dulu kerana kita terbukti cantik di matanya.
2.Elakkan salahkan orang lain yang mengganggu pandangan suami kita, tetapi gunakan kelebihan kita sebagai pasangan yang sah untuk menarik pandangan suami kita.
3.Tahu suami suka melihat wanita cantik, sentiasalah jaga kecantikan kita dan biasakanlah berpakaian yang cantik dan sesuai bila waktu bersama suami
4.Tahu suami kita suka melihat wanita ‘gedik’. ‘Gedik’lah ikut kesesuaian untuk suami kita, pastinya ia tidak lagi memerlukan kepada wanita lain untuk menggembirakannya.
5.Tahu suami kita kadangkala suka melihat wanita seksi, fikirkan cara yang sesuai untuk jadi lebih seksi bersama suami.
6.Sekiranya berlaku sekali sekala, sebaiknya ambil sikap untuk memahami dan menerima dengan tenang, di samping berusaha untuk mengelakkannya dengan melakukan perubahan-perubahan pada diri kita.
Baca juga artikel lain: Lelaki Muda Bila Kahwin Dengan Wanita Berusia, Hidup Lebih Bahagia
Lelaki Berusia Calon Suami Paling Perfect Idaman Wanita Muda, Lebih Matang Romantik

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia 7 Anak Dengar Kata, Lepas Wuduk Sapu Lebihan Air Di Wajah Anak

Isi Kandungan
ToggleIbu 7 anak ini, Rohamiah Muda berkongsi tip mendidik anaknya yang ramai. Ada juga tip yang diperoleh dari seorang ustazah. Inilah zikir dan doa malah amalan yang boleh ibu lakukan bila-bila waktu.
Lagi-lagi bila ada anak ramai, cabaran ibu semakin berganda. Itu orang fikir, pandangan ibu ini yang telah melalui nyata berbeza. Anak ramai semakin memudahkan kerjanya.
Haa.. macam mana ibu ini buat. Dengan amalan, doa dan zikir yang ibu ini catatkan.
Macam Mana Saya Handle Tujuh Anak..
Ada yang tanya saya macam mana saya handle anak tujuh orang. Ada yang anak baru dua pun dah kelam kabut. Rumah tak siap, nak buat sarapan tak sempat, terkejar-kejar dengan masa pula.
Saya hanya senyum mendengar komen daripada kawan dan sahabat tentang perkara ini.
Sebenarnya, ketika saya anak dua dahulu pun begitu juga. Saya kagum dengan ibu-ibu yang dikurniakan anak yang ramai.
Tetapi, apabila saya sendiri dikurniakan anak yang ramai, terasa mudah. Dan, hakikatnya ketika anak pertama hingga ketiga masih kecil terasa agak susah dan agak penat
Namun, apabila anak pertama, kedua dan ketiga semakin membesar, urusan saya sebagai ibu semakin mudah.
Kenapa?
Kerana anak pertama sudah boleh diharap untuk menolong kita apa yang patut.
Kemudian, anak kedua dan ketiga semakin besar, mereka dapat adik lagi. Urusan juga semakin senang.
Hinggalah sekarang, apabila semua anak semakin besar, mereka sudah pandai urus diri dan berdikari.
Saya sebagai ibu memberi tunjuk ajar dan arahan sahaja.
“Baju sekolah jangan lupa gosok!”
“Baju lipat sendiri!”
“Kemas ruang tamu!”

Ibu Perlu Jadi Teladan Yang Baik, Baru Anak Mudah Ikut Arahan
Alhamdulillah, jika kita sebagai ibu memberi contoh teladan yang baik, anak-anak mudah mengikut arahan yang diberi
Mudah, kan?
Jika kita fikir mudah, ia akan menjadi mudah. Jika kita fikir susah, ia akan menjadi susah.
Begitulah cara mendidik anak yang seterusnya.
Bahkan, anak ramai ni mereka sudah ada kawan bermain di rumah. Tidak perlu keluar rumah lagi untuk mencari kawan.
Seperkara lagi, ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai mesti ada satu sifat iaitu sabar, sabar dan terus sabar. Itulah yang Islam ajar.
Setiap hari, ibu-ibu berhadapan dengan karenah anak-anak yang sama seperti bermain, bergaduh, bergurau dan juga usik-mengusik. Sekejap ketawa, sekejap lagi menjerit.
Telinga yang mendengar pun rasa sakit. Lama-lama ibu juga bertempik.
Itulah rutin saya setiap hari. Saya angggap ia sebagai suara-suara yang sedang menyanyi. Kerana saya fikir, tanpa mereka, pasti rumah akan sunyi. Itulah dunia untuk mereka nikmati.

10 Amalan, Doa Dan Zikir Agar Direzekikan Mudah Urus Anak
Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip dalam pendidikan anak:
1. Selepas berwuduk, lapkan air basahan wudhuk pada wajah dan kepala anak-anak sambil membaca selawat.
2. Mengulang zikir ‘Ya Latif Ya Latif ketika membuat air dan memasak.

3. Memeluk dan mencium mereka ketika mereka bergaduh.
4. Ucapkan mama sayang ….(sebut nama anak)
5. Doakan anak-anak dan sebutkan nama setiap anak.
6. Sebelum mereka ke sekolah atau ke asrama, bacakan surah Ar-Rahman ayat 1-4 ke ubun anak-anak. Kemudian zikirkan “Ya Hafiz Ya Muhaimin”. Boleh juga letakkan tangan di kepala mereka sambil membaca ayat dan zikir di atas.
7. Setiap hari, sedekahkan al-fatihah untuk setiap anak.
8. Sentiasa berkata yang baik dan tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
9. Jika anak-anak bergaduh, sama ada di dalam rumah atau di dalam kereta, ibu boleh laungkan azan di hadapan anak. Kerana anak yang sedang bergaduh, sebenarnya sedang diganggu syaitan. Apabila azan, syaitan akan lari. Tapi, dengan syarat lafaz azannya mesti betul ya.
10. Ilmu ini saya dapat daripada seorang ustazah di sekolah anak saya. Ketika anak tidur, bacakan ayat Qursi dan surah Al-Insyirah serta tiupkan pada ubun-ubun anak.
Insya-Allah, Allah akan mudahkan urusan kita dalam menjaga anak-anak. Sebagai ibu, kita bukan sahaja menjaga fizikal anak, bahkan rohani dan jiwa mereka perlu diberi keutamaan.
Sumber/Foto : Rohamiah Muda , Kisah mama anak tujuh
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI