Hubungan dalam rumahtangga apabila ia dah menjadi retak, memang sukar untuk diperbaiki. Apatah lagi jika ‘keretakan’ tersebut telah sekian lama berlaku namun tidak disedari. Ia boleh menyebabkan rumahtangga tersebut goyah dan boleh mengakibatkan berlakunya penceraian. Buat pasangan suami isteri, jika mempunyai 5 tanda-tanda ini,mohon hati-hati kerana ia menunjukan perhubungan didalam fasa bahaya.

1. Pergaduhan Berlaku Hampir Setiap Hari

Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.Lumrah dalam rumahtangga sesekali pasti berlakunya pertengkaran atau pergaduhan diantara suami isteri. Namun, hati-hati bila pergaduhan selalu je terjadi malah boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang tak kena, ia bukan perkara biasa.

Bila masing-masing asyik nak tunjuk hebat, suami dengan egonya, isteri pula menjawab dan keras kepala, tiada lagi kata sepakat maka ia akan menjarakkan hubungan didalam rumahtangga.

2. Asyik Kritik & Komplen Pada Pasangan Sahaja

Dah lah pujian langsung tak diberi, tahunya asyik nak kritik dan komplen sahaja. 10 kebaikan yang pasangan beri, tapi keburukan yang satu juga asyik dikritik berulang kali.Tak nampak langsung kebaikan yang ada.

Awas bila perkara ini kerap kali terjadi, ia akan semakin meretakkan hubungan suami isteri. Rasa hormat pada pasangan akan semakin berkurangan, tawar hati malah semakin menghilang.

Ads

3. Suami Isteri Malas Nak Berkomunikasi & Pendam Perasaan

Ia rentetan daripada pergaduhan yang berlaku setiap hari. Mulalah suami isteri memendam rasa dan makan hati.Rasa lebih baik berdiam diri daripada asyik bergaduh, bertekak dan tak puas hati.Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami.

Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangan dan hubungan pun menjadi semakin hambar dan tawar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan berbanding suami sendiri.

4. Tak Suka balik Ke Rumah

Jika dulu rumah adalah tempat yang paling menenangkan dan membahagiakan, kini perasaan itu tiada lagi. Jiwa tak suka nak duduk rumah, rasa lemas dan tertekan duduk dirumah menghadap pasangan.Tiada lagi senyum ceria.Malah lebih parah suami/ isteri lebih senang dan tenang dan bahagia bila pasangan tak pulang dan tiada rumah. Hati-hati iya.

Ads

5. Jarang ‘Bermesra’ Diantara Suami Isteri

Suami isteri perlu saling melengkapi, memenuhi keperluan zahir dan batin.Perlu tahu, gurau senda dan hubungan intim diantara suami isteri mampu menambah kemesraan dan pengikat kasih sayang didalam rumahtangga.

Tapi awas, jika semakin hilang minat untuk ‘bersama’ dan semakin jarang untuk bermanja-manja bersama pasangan ia merupakan satu petanda yang bahaya.Apatah lagi jika rasa keperluan batin bukan lagi satu keutamaan diri dan rasa ia tidak lagi diperlukan oleh pasangan.

Sebaiknya jika pasangan suami isteri mempunyai tanda-tanda seperti diatas, perbaikilah hubungan tersebut dengan segera. Berusahalah mencari jalan penyelesaian terbaik bagi setiap masalah yang berlaku. Paling penting, komunikasi diantara suami isteri perlulah jelas, serta asas ajaran agama perlulah diamalkan dan menjadi teras didalam rumahtangga.

Ads

Baca Disini:

Petua Orang Lama, Rahsia Bahagia Rumahtangga Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI