
Isi Kandungan
ToggleBagi mak-mak pastinya risau bila anak ada batuk, selsema mahupun berkahak.Selain menggunakan perubatan moden, sebenarnya mak-mak juga boleh cuba petua tradisional semula jadi untuk atasi penyakit ini, iaitu dengan menggunakan Minyak Bawang Putih.
Bergelar ibu muda, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35,tidak terkecuali mencuba petua tradisional ini bagi merawat batuk, selsema dan kahak yang dihidapi anaknya, Ungku Arsalan Haq Ungku Hariz Faizal, 4 bulan yang juga digelar sebagai ‘babyninja’.
Menurut pengacara Gegar Vaganza ini, rawatan petua tradisional ini khusus untuk bayi, diperolehi daripada kawan-kawannya dan dikongsikan didalam laman instagramnya baru-baru ini.Jihan turut berkongi cara serta kaedah rawatan yang dilakukan untuk anaknya.
Berikut antara perkongsian oleh Jihan;
Untuk bayi sahaja. Sebab saya dah jadi mak jadi hidup saya lebih teruja bincang pasal anak. So hari ini dapat ilmu baru dari kawan-kawan.
Petua hilang batuk, selsema, kahak.
Kaedahnya :
Bakar 2 ulas bawang putih. Campur 2 sudu minyak zaitun. Ganyang bawang putih sehingga sebati. Selepas itu sapu dekat dada, belakang badan dan tapak kaki bayi. Boleh simpan 2 hingga 3hari.
Kongsi apa petua & cara korang pula. Mungkin boleh cuba dan lebih mujarab. Lain orang lain caranya. Kita bawak berbincang, kongsi pengalaman & ilmu memasing.
Terdahulu, Jihan mendirikan rumahtangga dengan pelakon Ungku Hariz Faizal, 32, pada 20 Mac 2016 dan pasangan selebriti ini menimang cahaya mata lelaki pertama pada 25 Januari lalu.

Jadi buat mak-mak yang anak mengalami masalah batuk, selsema dan berkahak bolehlah cuba petua tradisional yang diamalkan oleh Jihan ini buat anaknya. Semoga bayi cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Jihan Muse
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penat Jaga Anak Kecil Tak Lama, Nikmatilah Momen Indah Sebab Waktu Takkan Berulang Lagi!

Jaga anak kecil bukannya boleh buat mak-mak rileks. Mungkin ada satu tahap boleh hilang sabar di buatnya. Lepas tu, mulalah menyesal bila ingat kembali apa yang dah dilakukan.
Tanpa kita sedar, waktu jaga anak kecil ini tak selamanya mereka kecil. Masa akan berlalu dan pasti kita akan rindui waktu anak-anak kecil nanti. Mungkin juga ada mak-mak fikir alangkah baiknya kalau mereka kecil selamanya.
Maklum sajalah, layan anak kecil tak sama dengan layan anak yang dah besar. Karenahnya berbeza dan tahap kesabaran mak ayah pun berbeza juga. Betul tak?
Sebab itu, mak-mak jangan mengeluh bila jaga anak kecil, mereka ini tak selamanya kecil. Layan saja dan nimmatilah momen indah mereka ini. Nanti bila dah besar, tentu akan rindu kenangan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rumah Bersepah, Tanda ‘Diserikan’ Anak Kecil, Beruntunglah! Mak Jangan Harap Bersih 24 Jam
Ibu Muda 9 Anak Berbelanja Makanan RM7K Sebulan, Bakal Lahirkan Anak ke 10
Jaga Anak Kecil Tak Selamanya
Dalam perkongsian Azura Nasir ini seolah mengimbau kembali momen indah bersama anak-anak. Masa mereka dilihat cukup bijak berkata-kata dan ada masanya datang sifat mengada-ngada sampai pening mak ayah di buatnya.
“Malam-malam begini tiba-tiba aku jadi rindu bila teringatkan anak-anak sewaktu mereka kecil dahulu.
Waktu itu, masing-masing berebut nak tidur di pangkuan. Masing-masing berebut nak duduk di sebelah waktu menonton tv. Masing-masing petah bercerita tentang hal-hal seharian di sekolah ketika makan malam. Masing-masing belum tahu erti malu-malu minta dipeluk dan dicium. Lalu bergumpallah kami tiga beranak berpelukan.
Pulang dari sekolah, dari jauh lagi mereka sudah tersenyum riang bila nampak aku berdiri menunggu di hadapan gate sekolah. Berlari-lari lalu menangkap tangan dan berpimpinan kami menuju ke kereta sambil menghayun tangan.
“Ibu, boleh tak singgah kedai. Nak beli air ngan jajan”
Rindu. Rindu sangat.
Sekarang ni, bila aku membaca tentang bagaimana kawan-kawan bercerita tentang lelahnya mereka menguruskan anak-anak yang masih kecil, aku hanya mampu berkata di dalam hati…
“Nikmatilah momen-momen ini. Kelak kamu akan rindukan hiruk pikuk riuh rendahnya suasana ini. Penat yang sedang kamu rasakan ini tidak akan lama wahai teman.
Tiba masa nanti anak-anak kamu akan pandai menguruskan diri mereka sendiri. Dan waktu itu kamu akan rindukan keletah mereka mencari-cari dan memanggil-manggil kamu meminta perhatian”
Waktu tidak akan bisa diputar semula. Nikmatilah setiap detik waktu yang sedang kita jalani ini dengan sebaik-baiknya. Kelak apabila kita rindukan kenangan-kenangan, pastikan ianya tidak diiringi dengan penyesalan.

Mingguan Wanita : Sungguh..bila tengok kembali gambar masa kecil, geramnya lahai…tapi apakan daya masa yang berlalu tidak akan diulang kembali.
Sumber: Azura Nasir
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Cium & Teman Anak Sebelum Tidur’ Ini Antara Petua Jaga 3 Hero, Rumah Teratur, Balik Kerja Sempat Lagi Masak 3 Lauk

Isi Kandungan
ToggleWanita ini, Basyirah Ahmad menyatakan kekagumannya terhadap adiknya dan pasangannya yang masih muda. Adiknya berjaya urus rumah tangga dengan teratur. Walau jaga 3 hero, rumah tetap kemas malah balik kerja sempat lagi masak 3 ke 4 jenis lauk untuk keluarga.
Anak-anaknya pun mendengar kata. Haa.. apalah agaknya rahsia si adik ini ya? “Saya memang sangat adore dengan adik saya yang sorang ni. Pasangan muda. Dua dua bekerja. Orang kita, suka cari rumah jauh jauh dari tempat kerja. Dia pun sama.”
Maksudnya tipikal family macam kita. Balik kerja penat. Kemudian kena kelam kabut tangan macam sotong uruskan rumahtangga.
“Tapi saya sangat terkesan dengan anak anaknya. Jarak umur anak anaknya boleh dikira agak dekat.”
Semua hero boboyboi kuasa 3 kata orang. Yang sulong baru nak masuk 3 tahun. Selalu kalau yang ada anak kecil, memang susah nak buat kerja. Yang sana meraung, yang sebelah sini pulak buat okestra lepas kena usik.
Belum campur dengan rumah bersepah dengan mainan, dengan bantal tilam penuh peta yang bersidai depan TV. Kain baju macam gunung.
Seram!
Tapi dia ni rilek ja. Balik rumah boleh bantai masak 3-4 menu. Siap bergulai bagai. Rumah kemas tersusun. Lantai rumah tu kira boleh buat golek golek lah. Anak anak pun sangat jarang cranky. Tak adalah 24 jam asyik bergayut kat kaki dan buat muka kucing comel untuk mintak perhatian.
Satu hari, saya saja bertanya sekadar nak sembang sembang. Minta petua. Macam mana dia uruskan anak anak kecil dia.
“Saya share petuanya kat sini. Harap harap boleh membantu mak mak kat luar sana yang kadang kadang kejung rambut jugak bergelut dengan urusan anak dan rumah tangga.”
5 Petua Urus 3 Hero BoboyBoi Kuasa 3
PERTAMA : MAK JANGAN TERJEBAK SEKALI BILA ANAK MENGAMUK
Kita paling kelam kabut kalau anak tantrum. Nak nak lagi kalau dah sampai guling guling hentak kaki dengan menangis volume tinggi. Emosi kita pun macam melayang sekali.
Kata dia, kalau tantrum, selalunya dia buat tak reti ja. Bila dah penat dan tekak pun dah sakit, masa tu tau lah diaorang diam.
Nanti bila dah ok, Baru dia cakap ngan anak. Bila time tu jugak nak pujuk, memang tak jalan. Silap silap lagi tinggi volume dia.
Jangan pukul.
Bila dia dah tenang nanti, hug dia kuat kuat. Buat sepakatan untuk selesaikan apa yang dia marah tadi.
KEDUA : JAGA MASA TIDUR UNTUK ELAK ANAK MERAGAM TAK TENTU PASAL
Waktu maghrib ja, biasakan anak anak dengan khidmat diri (mandi, pakai baju tido). Kalau diaorang keluar, seboleh bolehnya dia akan balik sebelum Maghrib supaya tak kacau jadual.
Lagi satu, bila kita arahkan budak budak masuk tidur, jangan pula kita dok depan TV layan drama.
Temankanlah anak anak tidur. Bercerita sekejap. Jangan lupa cium anak anak. Masa nilah nak tunjuk yang kita sayang dan hargai diaorang.
KETIGA : BAGI ANAK MAIN SELAGI TAK MENDATANGKAN CEDERA PARAH
Sikit-sikit luka tu bak kata dia itu biasa. Tambah tambah anak lelaki. Masa main, biar ja rumah berkecah. Mak jangan sibuk nak marah marah.
Bagi timing sampai pukul berapa boleh main. Lepas main, ajar anak anak minta suruh kemas mainan masing masing. Kalau anak yang besar dah terbiasa buat, senang. Nanti dia yang tolong bising dekat adik adik.
Boleh buat cabaran, siapa siap kemas dulu dia menang. Budak budak kan memang suka berlumba.
Dah siap kemas, puji. Jangan sibuk komplen anak simpan mainan tak ikut nombor siri!
KEEMPAT : ACTION FIRST DARI MEMBEBEL
Hati kena kental. Kalau salah rotan ja sekali. Tapi kena sakit sampai menangis.
Kalau tak menangis anak akan pendam. So anak akan berdendam dengan parent.
Lepas rotan, biar anak relax dulu. Ambil segelas air baca la al-Fatihah or any surah bagi anak tenang. Dan masa tu juga main dengan dia. Bagi dia makan. Lepas tu slow talk.
Masa ni bagitau anak apa yang dia buat tu salah. Dan jangan ulangi.
So anak akan ingat sampai bila bila.
Esok esok jeling sikit pun, anak dah faham parent marah kalau buat perkara tu.
Tapi jangan sikit-sikit nak pukul. Nanti jadi kebal pula
Contoh lain.
Bila anak cakap words yang tak elok.
Warning dulu.Tapi kalau tak lut ambil ja cili api, tonyoh kat mulut dia. Confirm insaf.
Saya tanya, pernah ke tonyoh?
Dia bantai gelak.
Dia kata setakat ni belum kena lagi. Tapi sepuk dekat mulut anak tu pernah la.
Masa tu anak dah belajar sebut words yang tak baik. Terikut ikut dari budak lain. Budak budak ni macam span. Semua dia serap.

Cakap bodoh, b***.
Terus secara spontan mak ni sepuk anak dia. Berdarah pula masa tu. Gelabah juga. Terus lari masuk bilik tinggal bagi ayah budak budak tu yang handle.
Hakikat nya mak mana sanggup tengok anak sakit. Tapi demi mendidik akhlak, kena sanggup.
Kalau tak boleh tahan nak marah sangat, mak masuk la dalam bilik bagi cool. Pastu baru datang kat anak semula.
Masing masing dah tenang, baru boleh cakap elok elok.
KELIMA : MAK MAK KENA TAU JUGA JADI TOK MOH
Ada juga time bila anak anak menangis tak tahu punca. Kadang kadang pukul 3-4 pagi terjaga. Pujuk tak kena, tukar pampers pun tak jadi juga. Perut pun elok tak ada kembung segala.
Kalau macam ni, biasa dia akan ambil bawang putih. Jadi tok bomoh kejap.
Yang ni simple. Potong ja bawang putih tu, terus calit kat semua sendi anak anak.
Maklumlah, kita berkongsi bumi ni dengan mahkluk lain. Kadang kadang nak juga diaorang menyakat. Sapu sapu sikit, bacakan ayat Kursi, Insyaa Allah yang duk menyakat tadi tahu la dia nak lari.
Pesan dia lagi dengan rendah diri.
“Tapi kak, kami pun masih belajar parenting. So kami pun masih mengexperimentkan anak anak ikut cara orang tua dulu dulu.
Yang baik kami ikut, tak baik kami letak tepi.
“Jadi mak ayah ni, mana ada yang sempurna. Kalau tengok anak orang tu buat perangai sikit, rumah pula berkecah macam baru lepas perang, jangan cepat cepat jatuh hukum. Kita tak tau, mungkin dia dah struggle setengah mati nak jadi mak ayah mithali”.
Sumber/Foto : Basyirah Ahmad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Baby Bump’ Datin Sri Shahida Semakin Jelas Kelihatan, Anak-Anak ‘Excited’ Ketahui Jantina Bayi

Memang seronok melihat wanita mengandung namun kekal cantik dan berseri-seri seperti Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini.
Memasuki trimester 2 usia kehamilan, ‘baby bump’ beliau semakin jelas kelihatan dan anak-anak beliau Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5 ternyata kelihatan cukup teruja untuk mengetahui jantina adik baru mereka nanti.
Perkara ini dikongsikan menerusi video didalam laman instagram Datin Sri Shahida sendiri;
Sebelum ini, Datin Sri Shahida ada mengumumkan yang usia kandungan beliau kini tiga bulan dan disahkan hamil anak ke-empat sebelum menunaikan umrah pada November 2017 lalu.Beliau juga mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih pada yang mendoakan beliau cepat hamil dan terus mendoakan agar beliau dan baby dalam kandungan berada dalam keadaan sihat, setelah melalui alahan kehamilan yang teruk.
“Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2.Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi,Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan..Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil…Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hamil…3 bulan pertama saya mengalami morning sickness yang sangat teruk.Alhamdulillah kini semakin sihat.Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat.”
Rezeki Ambil Anak Angkat
Ramai yang mengetahui bahawa pasangan ini ada mengambil dua orang angkat iaitu Ameena Aliffsha yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum Aliffshah, pada awal Disemberlalu yang usianya hampir sebulan.Tidak sangka mendapat rezeki dan tuah pasangan ini mendapat cahaya mata sendiri lagi selepas mengambil anak-anak angkat tersebut.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat, dilimpahkan lagi rezeki dan kebahagian yang melimpah ruah buat keluarga ini hendaknya.
Sumber: Instagram @shahidadherbs
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI