
Isi Kandungan
ToggleAgak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam kehidupan harian?
Haaa… yang negatif ini biasanya tak ada ribut dan angin tetiba ‘masuk’ konon nak menyelamatkan lah. Tetapi tanpa sedar dia sebar aura negatif dengan main perli-perli.
Hah, itu yang jenis dengar sebelah pihak. Maka terjadilah gosip macam ‘mak cik bawang’. Allahu… betapa buruknya sikap orang negatif. Nak semak sikap negatif lain yang mungkin wujud dalam orang sekeliling kita, jemput baca perkongsian Doktor Zubaidi Hj Ahmad.
Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif
Tidak ramai yang tahu bahawa orang negatif ada pelbagai wajah.
1. Manipulator.
Selalu merendah-rendahkan orang lain dan menganggap dirinya orang yang paling kaya, hensem, pandai, bahagia dan sebaginya. Orang lain tidak berhak mendapat semua itu kecuali dia. Dia akan menggunakan kelemahan orang lain agar sentiasa dipandang tinggi.
2. Gossiper.
Suka bercakap tentang orang. Dia akan bercakap perkara yang betul (mengumpat) tetapi dari sisi negatif, atau bercakap perkara yang dusta (menfitnah). Hatinya rasa puas bila orang sekeliling memandang buruk dan rendah pada orang yang benci.

3. Blammer.
Sering menyalahkan orang lain terutama orang yang dia benci. Dia akan mencari salah walaupun sekecil kuman, dan akan membesarkannya sebesar gunung. Semua orang lain salah kecuali dia.
4. Complainer.
Satu lagi ciri negatif iaitu selalu mengadu perkara yang kecil. Suka membandingkan dengan orang atau tempat yang dibanggakan. Orang ini akan compliant sesuatu yang tidak boleh dikawal, seperti hujan lebat, cuaca panas.
Bila kita bersama orang negatif seperti ini, kita akan rasa panas, mahu marah saja. Malaikat rahmat akan lari jauh. Kita tidak tenang dan bahagia. Paling bahaya kalau perangai dia masuk ke dalam diri kita dan kita akan menjadi berperangai sama.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Bila Terlampau Ralit Dengan Gajet, Anak Membesar Depan Mata Pun Tak Perasan

Isi Kandungan
ToggleSuami yang terlampau ralit dengan gajet, hubungan dengan keluarga semakin renggang. Gajet seperti telefon pintar sememangnya sangat penting dan ianya adalah keperluan dalam hidup. Tetapi jangan sampai menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Banyak kes penceraian berlaku kerana suami isteri kurang berkomunikasi, masing-masing sibuk dengan kerja sendiri. Adik beradik kurang berkomunikasi, anak dengan ayah saling tidak bertegur sapa walau ada didepan mata. Ibu dan ayah tidak bermesra, semuanya kerana gajet.

Suami Bila Terlampau Ralit Dengan Gajet
Suami mula tidak mengendahkan isteri, setiap pertanyaan isteri tidak dihiraukan, yang dipentingkan ialah telefon bimbit. Jika anda dapat meluangkan masa berjam-jam mengadap telefon, mengapa mahu luangkan masa selama setengah jam dengan isteri terasa sangat sukar?
Sangat penting komunikasi dalam sesuatu hubungan, ada satu luahan di mana luahan itu khas buat seorang suami yang pentingkan telefon bimbit dari isterinya sendiri. Diambil dari theasianparent, mari kita hayatinya.
Apabila suami asyik dengan gajet
Wahai suami yang asyik dengan telefon, anda hanya perlu masa 1 minit (atau kurang) untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak-anak. Percayalah, anda – suami asyik dengan handphone akan terlepas semua momen indah yang anda tak jangka ini.
Anda perasan tak bagaimana anak perempuan anda itu ternanti-nanti perhatian dari anda kerana dia sudah berjaya mengeja? Anda mungkin tak nampak momen indah ini kerana anda sibuk dengan handphone.
Anda juga mungkin tak nampak yang isteri tercinta baru saja berjaya mengajar anak lelaki anda menghirup air dengan straw, dan dalam sekelip mata, si manja anda berjaya meniru aksi ibunya! Apabila suami asyik dengan handphone, dia mungkin akan terlepas momen tertentu.
Anak Membesar Depan Mata Pun Tak Perasan
Entah berapa banyak pencapaian anak-anak yang anda terlepas? Entah berapa kali anak lelaki anda memandang anda untuk meminta perhatian, tapi anda tak menghiraukannya?
Entah berapa kali isteri anda terpaksa ulang soalan beliau kerana anda tak dengar apa dia cakap? Entah berapa kali makan malam yang disediakan si isteri sejuk kerana anda lambat nak makan, sibuk main telefon saja?
Suami asyik main handphone tertinggal momen indah yang patut dihargai. Semua ini mungkin antara momen-momen indah dan bernilai yang anda terlepas. Hubungan dengan gajet itu akan merosakkan hubungan anda dengan keluarga anda sendiri.
Ketahuilah… anak dan isteri anda hanya mahukan perhatian dan kasih sayang dari anda. Mereka mahu anda letak sekejap telefon itu. Jangan jadi suami yang asyik main handphone sekejap. Satu minit saja.
Pandanglah mereka. Peluk mereka. Cakap dan bersembanglah dengan mereka. Senyum dan ukir tawa di bibir mereka.
Apabila isteri anda minta sedikit me-time, itu bukan tanda mereka mahu merungut kepenatan dan ingin meninggalkan anda. Itu sebenarnya tanda mereka “meminta bantuan”.

Mereka memerlukan anda
Semua cerita di Facebook itu boleh tunggu. Daripada anda sibuk nak tahu apa yang semua orang sedang buat, apa kata anda cipta “momen” anda sendiri?
Semua permainan dan level dalam game anda itu boleh tunggu. Anda mungkin akan kalah dalam games, tapi anda akan memenangi hati anak anda. Mereka akan menyayangi bapa mereka sepenuh hati.
Malah, emel dari bos anda itu juga boleh tunggu. Bukankah anda bekerja untuk keluarga? Kenapa bawa balik kerja ketika anda bersama keluarga, pula? Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu menyesal di kemudian hari…
Wahai suami yang asyik main handphone, anda tak mahu buat keluarga anda ternanti-nanti kasih sayang dan perhatian anda. Percayalah. Kalau anda buat mereka tertungu-tunggu, anda mungkin akan kerugian besar.
Anda hanya ada satu kehidupan. Anda hanya ada satu peluang di muka bumi ini untuk bersama dengan insan yang anda sayang. Anda hanya ada satu peluang untuk jadi suami dan bapa yang terbaik.
Marilah sama-sama kita menjauhkan diri dari alam maya secara sihat. Marilah kita hidup pada ‘masa sekarang’ di mana isteri, anak perempuan dan anak lelaki anda sedang ketawa riang sambil belajar menyanyi setiap hari.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Jangan Beza-Bezakan Anak, Kesannya Berbekas Sampai Ke Tua

Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.
Perkongsian oleh Hj Hushim Hj Salleh, Kaunselor Motivasi ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah.
Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan diantara adik beradiknya.Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain. Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.
Tambah Hj Hushim lagi, mak ayah kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral.Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus mak ayah tempuhi.
Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga mak ayah sewaktu tua.Bila mana anak-anak yang bijak pandai,sibuk bekerja.Sebab itula jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber: Hj Hushim Salleh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Kalau Nak Kahwin, Tolonglah Sediakan Tempat Tinggal Untuk Isteri

Isi Kandungan
ToggleLelaki kalau nak kahwin, tolonglah sediakan tempat tinggal untuk isteri. Perkahwinan adalah ikatan yang suci dan tanggungjawab besar yang membawa pasangan kepada kehidupan baru sebagai suami dan isteri.
Lelaki Kalau Nak Kahwin
Salah satu tanggungjawab penting bagi seorang lelaki sebelum berkahwin adalah menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Tindakan ini bukan sahaja mematuhi tuntutan agama, tetapi juga melambangkan keperibadian matang dan tanggungjawab seorang suami.
Tolonglah Sediakan Tempat Tinggal Untuk Isteri
1. Kepentingan Menyediakan Tempat Tinggal
Sebagai seorang suami, tanggungjawab menyediakan tempat tinggal adalah satu kewajipan yang tidak boleh diabaikan. Islam menuntut suami untuk memastikan isteri mendapat tempat tinggal yang selesa dan sesuai mengikut kemampuannya. Ini penting kerana:
Keselesaan dan Keselamatan Isteri: Tempat tinggal adalah keperluan asas yang memberikan rasa selamat dan selesa kepada isteri untuk menjalani kehidupan rumah tangga.
Membina Privasi Pasangan: Kehidupan perkahwinan memerlukan ruang untuk pasangan menjalani kehidupan peribadi tanpa gangguan, dan ini hanya boleh dicapai jika mereka mempunyai tempat tinggal sendiri.
Melambangkan Kematangan dan Tanggungjawab: Seseorang lelaki yang berusaha menyediakan tempat tinggal menunjukkan bahawa dia bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
2. Pilihan Tempat Tinggal Mengikut Kemampuan
Tidak semua lelaki mampu membeli rumah sendiri sebelum berkahwin. Namun, apa yang penting ialah usaha untuk menyediakan tempat tinggal yang sesuai mengikut kemampuan. Beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan termasuk:
Menyewa Rumah: Pilihan ini sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan ingin memulakan kehidupan sendiri tanpa perlu menanggung beban kewangan yang besar.
Membeli Rumah: Jika mampu, membeli rumah adalah pilihan terbaik untuk membina aset jangka panjang.
Mengubah Suai Ruang Keluarga: Bagi mereka yang tinggal bersama keluarga, memastikan ruang khas untuk isteri seperti bilik peribadi juga adalah langkah yang baik, asalkan memberikan keselesaan dan privasi.
3. Faedah Mempunyai Tempat Tinggal Sendiri
Menyediakan tempat tinggal sendiri membawa banyak kebaikan kepada pasangan, termasuk:
Meningkatkan Keharmonian Rumah Tangga: Pasangan yang tinggal sendiri dapat membina hubungan yang lebih rapat tanpa campur tangan pihak lain.
Membentuk Keupayaan Mengurus Rumah Tangga: Tinggal sendiri mengajar pasangan untuk saling bekerjasama menguruskan rumah dan menyelesaikan cabaran bersama.
Mengelakkan Konflik: Kehidupan bersama mertua atau orang lain boleh menimbulkan ketegangan jika tidak diuruskan dengan baik. Tempat tinggal sendiri mengurangkan risiko konflik.
4. Persediaan Kewangan untuk Tempat Tinggal
Menyediakan tempat tinggal memerlukan perancangan kewangan yang baik. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
Membuat Simpanan Awal: Mulakan menyimpan seawal mungkin, walaupun dalam jumlah kecil, untuk membina dana bagi membeli atau menyewa rumah.
Mengurus Hutang dengan Bijak: Pastikan hutang lain dikawal supaya tidak membebankan kewangan apabila sudah berkeluarga.
Memanfaatkan Bantuan Kerajaan: Di Malaysia, terdapat pelbagai skim perumahan seperti PR1MA yang boleh membantu pasangan muda mendapatkan rumah mampu milik.
5. Tanggungjawab Suami Yang Lebih Luas
Selain menyediakan tempat tinggal, suami juga bertanggungjawab untuk memastikan isteri diberi nafkah, perlindungan, dan kasih sayang. Perkahwinan bukan sekadar soal tempat tinggal, tetapi tentang membina keluarga yang harmoni dan saling menyokong antara satu sama lain.
Kesimpulannya, menyediakan tempat tinggal untuk isteri adalah langkah penting yang menunjukkan kesediaan seorang lelaki untuk menjadi pemimpin dan pelindung kepada keluarga.
Tempat tinggal yang selesa bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, tetapi juga menjadi asas kepada kebahagiaan rumah tangga. Sebagai bakal suami, pastikan persediaan ini diurus dengan baik agar perkahwinan dapat dimulakan dengan penuh berkat dan keharmonian.
Baca artikel lain juga: Isteri Bertuah, Suami Sediakan 7 Orang Pembantu Rumah, Tanda Terima Kasih, Balas Pengorbanan
Isteri Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua, Suami Wajib Sediakan Tempat Tinggal Berasingan
Elak Duduk Serumah Dengan Ipar Duai Selepas Kahwin, Suami Jangan Buat Isteri Terjebak Dengan Dosa
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI