Pulau Jeju yang terletak di Korea Selatan menjadi pilihan Mahani Muhtar sebagai destinasi percutiannya kali ini. Bersama-sama dengan rakan kembaranya, Mahani telah menghabiskan masa selama enam hari lima malam menjelajah pulau yang semakin menjadi tumpuan pelancong ini. Ikuti kisah percutian mereka.

Jeju, Musim Sejuk Umpama Kat Narnia, Best Sangat Percutian Wanita Ini

Walaupun terletak di negara Korea Selatan, suasana di pulau ini sangat mendamaikan, tidak sesibuk Seoul mahupun Busan. Sangat sesuai untuk yang menikmati pulau di negara empat musim, yang dikenali sebagai ‘Hawaii of South Korea’ di kalangan pelancong tempatan.

Jeju, Musim Sejuk Umpama Kat Narnia, Best Sangat Percutian Wanita Ini

Memandangkan Jeju adalah sebuah pulau, pantai adalah tarikan utama pelancong ke Jeju. Selain itu, terdapat beberapa air terjun yang menakjubkan. Ini termasuk air terjun yang mengalir terus ke laut, iaitu Jeongbang Waterfall.

Antara tarikan pelancong juga adalah Seongsan Ilchulobong, iaitu ‘Puncak Matahari Terbit’ (sunrise peak), iaitu kawah gunung berapi yang tidak lagi aktif. Ini merupakan salah satu tapak lawatan Unesco. Untuk melawat Seongsan Ilchulobong ini, kita perlu mendaki anak tangga. Pemandangan dari tangga sangat menakjubkan. Kita dapat melihat pantai dan bandar Jeju dari atas.

Ads

Terjatuh Dalam Longkang Penuh Salji

Disebabkan pergi masa musim salji, dapatlah kami menikmati salji yang memutih umpama Narnia. Salji yang tidak lebat di kawasan luar kepulauan Jeju, tapi salji yang sangat lebat di pusat kepulauan Jeju, iaitu di kawasan pergunungan Hallasan, yang terletak di tengah-tengah Pulau Jeju.

Gunung Hallasan adalah gunung tertinggi di Korea Selatan. Pada musim sejuk, cuaca tidaklah ekstrem sejuk. Sangat sesuai dengan orang Malaysia yang tidak tahan sejuk melampau, tapi masih dapat menikmati cantiknya salji.

Kami berkesempatan ke Pulau Udo, sebuah Pulau kecil berdekatan Pulau Jeju. Untuk ke Udo, ada perkhidmatan feri disediakan dari Jeju, dengan perjalanan lebih kurang setengah jam. Pantai di Udo juga sangat cantik dan menakjubkan.

Ads

Lebih mudah pemandangan dinikmati sekiranya anda sewa motosikal, basikal ataupun smart car. Smart car adalah pilihan terbaik kerana berbumbung dan sesuai sekiranya kekurangan masa. Kami berpeluang menyaksikan penyelam turun ke laut, tanpa membawa tangki oksigen, di Pulau Udo ini.

Jeju, Musim Sejuk Umpama Kat Narnia, Best Sangat Percutian Wanita Ini

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang bercuti apabila saya terjatuh longkang yang penuh salji separas pinggang. Semuanya disebabkan longkang tersebut penuh salji. Saya tidak menyangka itu adalah sebuah longkang.

Ads
Jeju, Musim Sejuk Umpama Kat Narnia, Best Sangat Percutian Wanita Ini
Jatuh longkang penuh salji

Perlu Cuba Makanan Laut

Jeju sangat kaya dengan makanan laut. Kami berkesempatan mencuba pelbagai jenis makanan laut di pulau ini, seperti ikan makarel, abalone, octopus dan sotong. Terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan laut sahaja terutamanya di tepi pantai

Selain itu, nasi campur atau bibimbap juga sangat popular. Jika perlukan bibimbap yang halal, anda boleh meminta ‘sanchae bibimbap’ iaitu nasi dan sayur sahaja. Selain itu, ada juga bibimbap telur atau tuna dijual di kebanyakan convenient store.

Jeju, Musim Sejuk Umpama Kat Narnia, Best Sangat Percutian Wanita Ini
Syurga makanan laut

Makanan ‘Ready food’juga ada dijual convenient store seperti nasi putih, telur rebus atau ikan yang sudah dimasak. Mi segera juga ada di jual di kebanyakan kedai, dengan pilihan mi segera halal untuk muslim.

Jika ke Innisfree House, terdapat banyak pilihan hidangan yang lazat untuk dinikmati di sana, selain daripada membeli-belah produk kecantikan.

Tip Bercuti Di Jeju

  1. Rancang perjalanan dengan teliti, tapi boleh fleksibel dan jangan rigid, lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Sebabnya apabila berlakunya ribut salji, tempat-tempat terbuka seperti pantai atau taman menjadi sangat seju, adakalanya ia ditutup demi keselamatan.
  2. ‘Study’ ramalan cuaca. Jika anda ingin menyaksikan salji yang segar dan tebal, rancang perjalanan ke tengah Pulau Jeju, iaitu di kawasan pergunungan Hallasan pada hari yang ada ‘snowfall’ kerana snowfall di kawasan ini adalah yang tertinggi.
  3. Terdapat banyak hotel di tepi pesisiran laut di Jeju dan yang paling popular terdapat di sekitar barat Jeju. Selain itu, terdapat bannyak hotel berdekatan Seongsan Ilchulbong, di mana anda dapat menyaksikan matahari terbit dari bilik hotel anda.
  4. Sewa kereta untuk perjalanan yang lebih lancar dan lebih fleksibel kerana pengangkutan awam di Jeju sangat terhad dan tidak kerap. Antara sewa kereta yang dipercayai termasuklah AJ rent-a-car dan Lotte Car rental dengan kadar sewa yang berpatutan. Harus diingat, anda perlu memiliki lesen antarabangsa untuk memandu sebarang kenderaan berenjin. Lesen antarabangsa boleh didapati di JPJ dengan bayaran RM150.

Foto: Mahani Muhtar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI