Ini dinamakan jodoh di tangan Tuhan, apa yang berlaku atas kehendak Allah. Biar pun jarak usia 34 tahun namun bukanlah penghalang untuk bahagia. Malahan dikatakan Datuk Zaleha banyak membantu pemuda berusia 28 tahun ini mendalami Islam kerana dia seorang mualaf.
“Sebenarnya saya mualaf. Sepanjang lima tahun perkenalan kami, dialah yang banyak membantu saya mendalami Islam,” kata Muhammad Asyraf Daniel, 28, yang menamatkan zaman bujang dengan Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang, 62.
Pasangan itu berkahwin pada 11 September lalu dan kini berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang.
Bantu Mendalami Islam, Dia Seorang Mualaf
Muhammad Asyraf berkata, Zaleha juga yang menemani dia mengucapkan kalimah syahadah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Melaka tahun lalu.
“Alhamdulillah, majlis perkahwinan kami berjalan lancar walaupun banyak ujian ditempuhi antaranya tentangan daripada keluarga dan perbezaan usia,” katanya lagi.
Menurutnya, hampir enam bulan mereka berusaha untuk mendirikan rumah tangga selepas dia memberanikan diri meluahkan perasaan cinta kepada Zaleha.
Ads
“Saya bersyukur kerana isteri menerima cinta saya dan bersetuju untuk berkahwin. Kami memilih tarikh 11 September yang juga adalah hari Jumaat yang penuh barakah,” jelasnya.
Jarak Usia Bukan Penghalang
Menurutnya, hubungan mereka semakin rapat ketika sama-sama bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pahang pada Januari 2019 dan bertambah rapat ketika PRK Tanjung Piai, Johor pada November 2019.
Foto: Astro Awani
Dia yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, lima tahun perkenalan bersama Zaleha sudah cukup meyakinkannya untuk mengambil keputusan menamatkan status bujang.
Muhammad Asyraf berkata, dia dan isteri akan ke Sabah minggu depan selepas berbulan madu di Cameron Highlands.
Sementara itu, Zaleha ketika dihubungi enggan mengulas lanjut namun sempat memaklumkan beliau dan suami sedang berbulan madu di Cameron Highlands dan dalam perjalanan mencari bunga.
Terdahulu, gambar pernikahan Zaleha bersama pasangannya, Muhammad Asyraf tular di media sosial dengan rata-rata warganet berpendapat perbezaan usia 34 tahun bukanlah penghalang dalam membina rumah tangga yang bahagia.
Zaleha juga pernah tular dengan tindakannya yang mendermakan gelang emas kesayangannya bagi membantu Tabung Solidariti Datuk Seri Najib Razak, dua tahun lalu.
MW: Ternyata perbezaan usia yang jauh bukanlah penghalang bahagia. Sama-sama kita doskan kebahagiaan pasangan ini sehingga ke syurga, insyallah.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, “mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat saman kali kedua buat bekas bapa mentuanya, Ustaz Engku Ahmad Fadzil yang juga Tokoh ASWAJA ekoran difitnah menggunakan bantuan dari Mufti Perlis pada saman kali pertama dia memenangi kes fitnah terhadap bekas bapa mentuanya itu.
Shakila Saman Bekas Mentua Kali Kedua
Menurut pelakon yang pernah menggugurkan kandungan kembar luar nikahnya selepas diyakinkan bahawa Islam membenarkan pengguguran, mengakui begitu terkilan apabila dikaitkan dengan Mufti Perlis yang didakwa telah membiayai kos peguamnya, Faizal Rahman yang mewakili dirinya dalam saman fitnah yang dikemukakan oleh Engku Fadzil terhadapnya sebelum ini.
Shakila pernah muncul dalam podcast Mingguan Wanita segmen Sembang Wanita Xtra bulan lalu
“Mak Saya Gadai Emas Bayar Peguam, Tiada Kaitan Bantuan Mufti Perlis”
Dalam satu kenyataan kepada Mingguan Wanita, Shakila Saiful memaklumkan, “ekoran hantaran Facebook Ustaz Engku Ahmad Fadzil meminta derma untuk rayuan, peguam saya telah pun mengeluarkan LOD bagi pihak saya terhadap Engku Fadzil atas cerita “Mufti Perlis membiayai peguam Shakila melalui dana peribadi dan/atau dana zakat” kerana ia merupakan satu tohmahan jahat dan fitnah beliau. LOD tersebut telahpun diterima dan ditandatangani oleh pihak beliau pagi tadi.
Shakila bersama peguamnya, Faizal Rahman selepas diumumkan menang dalam saman dikemukankan bekas mentuanya, Tokoh ASWAJA Engku Ahmad Fadzil
Jelasnya yang pernah melalui detik terburuk dalam kehidupan di mana dirinya bukan saja pernah diminta menggugurkan kandungan tetapi juga kandungannya gugur semasa dalam perkahwinan.
“Bila saya baca kenyataan dikeluarkan di facebooknya, jujurnya saya terkejut dan terkilan. Bagi saya kalau nak minta sedekah dari orang ramai untuk membiayai kekalahannya dalam saman sebelum ini iaitu RM105,000, saya tak kisah, tak ada masalah. Tapi tak perlu fitnah saya lagi dengan mengaitkan dengan Mufti Perlis.
“Bagi saya dia memuat naik satu kenyataan tak benar sama sekali. Saya dan mak sangat kecewa dengan kenyataan disiarkannya. Kami menggadai emas untuk biayai kos peguam. Selepas Engku memuat naik kenyataan minta bantuan orang ramai selepas kalah saman itu, emak saya memberi komen di hantaran facebooknya tapi ianya telah di hidekan.
“Bagi saya, saya percaya bagaimana dia saman saya pada kali pertama di mana dirinya berfikir tindakannya betul. Tapi kali ini saya menyamannya kembali atas fitnah dia lakukan ini. Kata orang, what goes arround, comes arround.Kata orang kifarah. Peguam saya dah hantar surat tuntutan kepadanya atas saman fitnah ini. Cukuplah apa saya alami sebelum ini namun jangan sesekali memfitnah hal yang tak betul,”kata Shakila ketika dihubungi.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita buktikan kasih sayang mampu ubah pandangan anak “mak tiri jahat” hingga hubugan sangat rapat. Skeptikal mak tiri jahat sudah lama bermain di minda masyarakat khususnya generasi lama.
Bila anak hendak berkahwin lain selepas bercerai, ada nenek yang cuba menakut-nakutkan cucu bahawa mak tiri jahat dan akan memukul mereka. Bahkan cerita bawang putih bawang merah yang menceritakan kekejaman ibu tiri masih bermain di minda mereka yang lahir sekitar tahun 70-an ke atas.
Walau generasi baru mungkin tidak lagi menonton cerita begini tetapi andaian mak tiri jahat itu masih berlegar-legar di kalangan masyarakat.
Satu perkongsian dari Ezlinda Ismail di Tik Toknya nyata mengubah skeptikal ini kerana dengan kasih sayang yang ditunjukkannya sebaik mengahwini suaminya yang juga duda anak dua sebelum ini jauh berbeza. Bahkan sebak saat menontonnya.
Menumpang kasih sayang anak tiri yang di awal usia kecil mereka dahulu mengatakan mak tiri jahat ditambah dirinya tidak dikurniakan zuriat, hubungan yang dahulunya dianggap “jauh dan mungkin renggang” berubah dengan penuh kasih sayang dan kemesraan.
Walau tidak dikurniakan zuriat dari rahimnya tetapi hubungannya dengan anak-anak tiri ini sangat baik. Bahkan anak-anak juga dilihat sangat menyantuninya dan hubungan itu sangat rapat, umpama anak yang lahir dari rahimnya sendiri.
Dalam satu perkongsian di Tik Toknya yang ditonton hampir sejuta orang, Azlinda mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat anak sulungnya, Ziad yang ke 17 dan memaparkan perjalanan kehidupan remaja itu seawal usia 7 tahun hingga 17 tahun.
Menariknya, dirinya mencantumkan video kenangan ketika kecil di mana anaknya itu mengatakan tidak mahu ibu tiri kerana ibu tiri jahat. Tapi dengan kasih sayang, didikan yang baik, anak bujangnya itu yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran Wa As Sunnah (MTAQWAS) Sunway Kayangan, U9 Shah Alam tumbuh membesar sebagai anak yang baik dan hafiz Quran.
Lebih menyejukkan hati dengan didikan yang baik, anak hafiznya itu sering dijemput menjadi imam solat selain menjadi imam solat tarawih ketika bulan Ramadan.
Ternyata kasih sayang mampu mengubah pandangan seorang anak dan ia berjaya dilakukan dengan kelembutan dan sentuhan yang akhirnya mengubah pandangan anak terhadapnya. Ramai menzahirkan rasa kagum dengan dirinya yang berjaya mendidik anak-anak ini dengan baik dan tidak wujud istilah ibu tiri atau anak tiri.
Ini bukan mengharapkan anak lelaki buat kerja-kerja rumah dan memasak sepanjang hidupnya, tetapi menjadikan dia manusia yang serba boleh. Dia boleh menukar tayar, boleh memanggang daging, mencuci pakaian, memotong rumput di halaman rumah dan sebagainya.
Nak tahu cara mudah nak mendidik anak lelaki biasa dengan semua kerja rumah ini macam mana? Semak perkongsian daripada doktor Taufiq Razif ini…
Biasakan Anak Lelaki Buat Kerja Rumah
Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.
Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!
Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!
Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi.
Sebab tu la :
+ jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
+ kena berani suruh anak lelaki buang sampah
+ kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
+ kena biasakan anak lelaki memasak
+ kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata
Ini semua adalah persediaan hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.
Taufiq Razif
Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...