
Isi Kandungan
ToggleMak-mak penggemar pancake atau nak cuba kelainan untuk buat sarapan pagi atau minum petang, boleh cuba resipi Japanese Fluffy Pancake ini. Nampak sungguh gebu, lembut dan sedap dinikmati dengan jem strawberi, aiskrim mahupun whipped Cream. Cara nak buat pun mudah sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak, masak atas kuali non stick je.
Jom cuba resipi viral yang dikongsikan oleh Puan Ruzita Mohamed ini;
“Japanese fluffy pancake.. kegilaan apakah ini, dua hari berturut-turut buat. First time akak makan di Labsoy cafe uptown Damansara .. mahai giler ! Cafe kat Damansara kan..Kalau nak puas makan cuba laa buat sendiri. Recipe chef google.
Ok darling-darling semua.. ni resipiya untuk 1 adunan, alang-alang doublekan ye takut tak cukup!
Bahan-Bahan:
(A)
2 biji kuning telur
40 gm superfine flour
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanilla
25 gm fresh milk full cream
*Campurkan semua bahan-bahan A.
(B)
2 biji putih telur
25gm gula castor
1/2 sudu kecil jus Lemon (tak letak pun tak pe ganti cuka)
Cara Membuat:
1. Whisk (putar) putih telur, gula castor dan jus lemon sampai kental.
2. Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan A tadi.
3. Masak atas non stick pan, lihat video google kalau nak dapat yang cantik-cantik pluffy dan tinggi.

Selamat mencuba ya!
Jangan lupa letak butter atas non stick pan.
Bertambah sedap hidang dengan strawbery atau raspbery compote atau jem!
Juga boleh makan dengan ice cream atau whipped cream.
Boleh rujuk perkongsian video cara-cara untuk membuat Japanese Fluffy Pancake ini disini;
MW: Cukup mudah nak buat Japanese Fluffy Pancake Gebu ini ikut resipi yang dikongsikan. Pasti puas hati makan,malah lebih jimat bila buat sendiri.
Sumber: Ruzita Mohamed
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi Tip Paling Senang NAK IKUT Untuk Badan ‘Lentik, Otak ‘Cerdik’

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tak mahu badan lentik dan langsing ditambah pula dengan otak yang cerdik. Kiranya itu satu pakej yang cukup istimewa dianugerahkan olehNya.
Bersyukur, hanya itu yang boleh diungkapkan bila diberi badan lentik atau pun lebih mudah dengan badan langsing yang diidamkan oleh setiap perempuan.
Semuanya ini boleh berlaku, asalkan kita berusaha untuk dapatkan apa yang diinginkan. Kejayaan yang diinginkan itu tidak datang bergolek. Kena ada usaha.
Apa yang dimaksudkan badan lentik dan otak cerdik ini dan cara untuk mendapatnya. Ikuti tip berguna daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak-mak Yang Target Langsing, Ikut Saranan Dietitian Dengan Cara Mudah Mulakan Pemakanan Sihat’
Info Lebih Menarik DI SINI
Badan Lentik, Otak Cerdik Idaman Wanita
Ini saya bagi tip yang senang nak ikut untuk dapatkan otak cerdik, cantik dan badan lentik. Perlu buat ini saja, senang untuk ikut.
.
1. Berhenti ambil processed food
2. Jauhi fast food
3. Hindari gula putih
4. Banyakkan makanan berserat
5. Ambil smart fat seperti avocado, minyak kelapa, yogurt, minyak zaitun atau mct oil.
6. Katakan tidak pada makan bergoreng – deep fried
7. Minum air putih. Boleh campur potongan lemon, timun atau halia. Nikmat berganda kat situ.
8. Elak jajan. Bawa bekal kacang kacang atau buah buah kering.
9. Masak dengan cara sihat di rumah seperti stim, bakar dan rebus.
10. Awalkan sarapan pagi.
11. Jauhi tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal
12. Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.
Tip di atas untuk yang mahu sihat hingga ke liang lahad, mahu cantik di saat orang lain lembik dan mahu badan lentik di saat orang lain badannya gelebeh..
Terima kasih.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Perkara yang senang nak ikut. Tak perlulah beria-ia nak ‘potong usus’ semata-mata nak kurus. Cuba tip mudah ini pun dah cukup.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

#DrRizal
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Semai Capsicum, Dari Biji Benih Sampai Pokok Berbuah!

Isi Kandungan
ToggleCapsicum atau Lada Benggala selalu dicampur dalam pasta, pizza, sup sayur, salad dan sebagainya. Ada pelbagai warna seperti hijau,merah dan kuning. Rupanya mudah je kalau nak tanam sendiri pokok capsicum ni di rumah. Semai je guna biji benih dari buah capsicum yang kita beli di pasaraya.
Ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Mell Akmal ini.
ANAK POKOK CAPSICUM
Haritu ramai pm saya, tanyakan cara semai anak pokok.
Cara saya;
1. Beli capsicum dekat pasar berdekatan.
2. Ambil bijinya dan rendam dalam air semalam.
3. Biji yang terapung tu dibuang. Yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Saya letak di tempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Gambar pertama usia anak pokok lebih dari 10 hari.
8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2 kali seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain.
Bagi yang nak beli anak pokok, saya tak jual. Saya boleh bagi free, cuma masalah sekarang saya tak sure macam mana saya nak post anak pokok ni. Saya dekat Kuala Lipis Pahang.
Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term-term dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar.

Info Ekstra!
- Saya guna tanah baja biase je. Beli tanah campuran yang RM2
- Cocopeat saya letak bawah sekali.Tak wajib letak tapi saya suka letak sebab nanti nak alihkan senang terletak je akar tu. Saya beli dekat kedai Eco RM2 je.
- Yang penting siram hari-hari dan dua kali seminggu kena letak vitamin siam ni.
Baca Lagi Di Sini:
Mudah Tanam KESUM, Tebuk Lubang Penutup Bekas, Cucuk Batang Letak Air
MW: Menarik juga bila tanam capsicum ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, boleh cuba semai anak pokok capsicum guna biji benih ikut cara yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Sumber: Mell Akmal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak-Anak Mudah Terkena Jangkitan Kutu Kepala, Tak Jaga Kebersihan, Suka Kongsi Mainan Puncanya

Isi Kandungan
ToggleMungkin masa kecil kita pernah lalui masalah kutu kepala. Selak saja helaian rambut, mulalah nampak telur dan kutu yang merayap pada kulit kepala. Belum lagi gatal-gatal yang membuatkan kita sentiasa ingin menggaru kepala.
Masalah serangan kutu kepala ini bukanlah sesuatu perkara biasa. Orang dewasa pun boleh dijangkiti apatah lagi pada kanak-kanak. Namun, bagaimana keadaan ini boleh berjangkit dan rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Jangan Terlalu Ikut PERMINTAAN ANAK, Bukan Tak Sayang, Latihlah Anak Rasa KECEWA
Petua Anak Demam, Batuk, Selesema, Mandikan 3 KALI SEHARI, Buang Haba Panas
Kutu Kepala, Elakkan Penularan Parasit Ini
Tidak jalan selain mendapatkan rawatan yang sebaiknya di klinik untuk mematikan serangkan kutu kepala. Biasanya pengambilan ubat kutu boleh membantu. Antara perkongsian daripada Faizatul Iman Makpol, pegawai Farmasi HKL tentang pencegahan masalah ini.
Apakah Kutu Kepala
Kutu kepala adalah sejenis serangga atau parasit yang menghisap darah dari kulit kepala sebagai sumber nutrisi untuk terus hidup.
Bertentangan dengan kepercayaan orang awam bahawa jangkitan kutu ini terjadi disebabkan kebersihan diri yang tidak dijaga, jangkitan ini sebenarnya tersebar melalui sentuhan dan perkongsian barang peribadi.
Kutu betina menghasilkan bahan melekit yang melekatkan telur pada rambut. Telur kutu ini menetas selepas 8 hingga 9 hari. Kutu yang belum matang dipanggil nimfa akan mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk menjadi kutu dewasa.
Serangan kutu kepala menyebabkan kegatalan dan berasa seperti ada sesuatu yang merayap-rayap di kulit kepala, leher dan telinga. Selain itu, telur kutu yang berwarna putih-kuning juga dapat dilihat dengan mata kasar apabila helaian rambut diselak.
Ubat Kutu
Serangan kutu kepala lazimnya menular dalam kalangan kanak-kanak yang berada di pusat jagaan atau prasekolah. Mereka yang terkena jangkitan kutu ini harus mengasingkan diri dan mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan parasit ini.
Terdapat dua jenis ubat kutu iaitu ubat am atau ubat over the counter (OTC) yang tidak memerlukan preskripsi dan jenis ubat terkawal yang memerlukan preskripsi doktor.
Pyrethins dan permethrin adalah contoh ubat OTC yang boleh didapati di premis farmasi.
Pyrethins hanya boleh membunuh kutu hidup sahaja tidak termasuk telurnya. Ubat ini selamat digunakan bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas.
Seandainya pesakit mempunyai alahan terhadap bunga kekwa, elakkan dari menggunakan ubat pyrethins kerana ubat ini adalah sebatian kimia yang diekstrak dari bunga kekwa.
Permethrin pula selamat untuk digunakan bagi kanak-kanak berusia kurang 2 bulan dan boleh digunakan untuk membunuh kutu hidup dan telurnya.
Rawatan kedua disyorkan selepas 9 hingga 10 hari rawatan pertama dengan pyrethins dan permethrin untuk membunuh kutu yang baru menetas.
Bagi ubat preskripsi untuk rawatan kutu, pesakit perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Antara ubat preskripsi yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
• Losen benzyl alcohol 5% selamat digunakan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas dan juga warga emas namun losen ini hanya dapat membunuh kutu hidup sahaja.
• Syampu malathion 0.5% pula boleh digunakan untuk membunuh kutu hidup dan sebahagian telur kutu. Syampu ini tidak sesuai untuk digunakan oleh wanita hamil dan ibu yang menyusu. Jauhi sumber haba seperti pengering rambut semasa menggunakan produk ini kerana syampu malathion adalah bahan yang mudah terbakar.
• Gamma Benzene Hexachloride 0.1% lotion boleh membunuh kutu hidup dan sebahagian telur kutu namun tidak boleh digunakan oleh pesakit yang mempunyai sejarah sawan.
Cara Menggunakan Ubat Kutu
1. Guna ubat kutu mengikut arahan yang terdapat pada kotak atau label. Gunakan mengikut kuantiti yang betul kerana ubat yang digunakan untuk merawat kutu adalah racun serangga dan boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan teknik yang betul atau digunakan secara berlebihan.

2. Gunakan sikat kutu bergigi halus untuk menghilangkan kutu dan telur daripada rambut selepas rawatan. Rawatan perlu diulangi selepas 8 hingga 9 hari untuk membunuh kutu yang telah menetas sejak rawatan pertama.
3. Semua ubat yang disenaraikan di atas hendaklah dijauhkan daripada mata. Jika terkena mata, harus segera dibilas.
4. Jangan menggunakan jenis ubat kutu yang berbeza pada masa yang sama melainkan diarahkan berbuat demikian oleh doktor dan ahli farmasi.
Jika pesakit mengalami tanda-tanda radang kulit seperti kemerah-merahan, bengkak, pedih, gatal-gatal dan sakit, hentikan penggunaan ubat tersebut. Dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi untuk rawatan alternatif.
Sebelum memulakan rawatan kutu kepala, pastikan pesakit memaklumkan kepada doktor tentang keadaan kesihatan atau alahan yang mungkin dialami, ubat-ubatan yang diambil, status kehamilan atau menyusu, dan sebarang informasi penting tentang kesihatan pesakit.
Penularan jangkitan kutu boleh dielakkan dengan melakukan langkah-langkah pencegahan.
a) Kanak-kanak boleh diingatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang melibatkan sentuhan dari kepala ke kepala.
b) Pastikan mereka tidak berkongsi barangan peribadi seperti tudung, topi, cadar dan sarung bantal. Basuh pakaian, cadar dan sarung bantal menggunakan air panas.
c) Barang yang tidak boleh dibasuh dengan air panas seperti mainan dan anak patung boleh disimpan di dalam plastik kedap udara selama dua minggu.
d) Berus, sikat dan aksesori rambut juga perlu direndam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit sebelum dikeringkan dan digunakan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI