Jangan tertawakan wanita bernikah lambat. Lambat atau cepat mendirikan rumahtangga bukanlah penentu kebahagian.

Buat wanita di luar sana yang masih berjuang mendapatkan jodoh, jangan putus asa dan teruskan perjuangan. Satu hari nanti, kebahagian memiliki pasangan juga bakal menjadi milik kalian.

Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan olehNYA adalah yang terbaik buat diri kita.

Jangan Tertawakan Wanita Bernikah Lambat

Hari ini, trend kahwin lewat semakin ketara selaras pemodenan dunia dan pembangunan negara berserta kemajuan yang dikecapi oleh masyarakat pada hari ini. Namun janganlah wanita di luar sana berasa rendah diri jika masih belum mendapat jodoh, Hakikat hari ini walaupun sudah berumahtangga tidak semua yang bahagia.

Seperti mana yang dikongsi oleh Puan Dzuriasikim menerusi Facebook Dzuriasikim Dzulkefli banyak tip dan nasihat yang boleh digunakan oleh wanita di luar sana. Wanita yang lambat bertemu jodoh tolonglah jangan rasa rendah diri.

Jangan Tertawakan WANITA BERNIKAH LAMBAT, Banyak Yang Menangis Setiap Hari Biarpun Punya PASANGAN

“Jangan tertawakan wanita yang bernikah lambat…

Samada mereka ini belum mendapat jodoh biarpun usianya sudah banyak.  Atau mereka sudah pernah menikah dulu, kemudian ditakdirkan menjadi seorang ibu tunggal untuk tempoh yang lama.

Kamu harus tahu.  Kadang bukan tidak ada yang mahu memperisterikan mereka.  Tetapi mereka ini sangatlah berhati-hati dalam memilih pasangan.  Kita bernikah bukan suka-suka.  Bukan juga untuk sehari dua.

Kamu juga harus tahu, ada sangat banyak wanita yang bahagia biarpun tanpa pasangan.  Dan ada sangat banyak juga wanita yang menangis setiap hari biarpun punya pasangan.  Tidak semua wanita yang berumahtangga itu bahagia.

Ternyata bahawa mempunyai pasangan itu bukanlah syarat untuk menjadi bahagia.

Orang yang tidak bahagia adalah orang yang sering meletakkan syarat untuk kebahagiaan mereka sendiri.  Mahu miliki banyak perkara barulah mereka bahagia.  Tetapi ada banyak orang yang sangat mudah menjadi bahagia tanpa ada banyak perkara dalam hidup.

Selagi kita redha dalam hidup.

Selagi kita selalu tenang.

Ads

Selagi kita yakin dan sabar.

Bahwa jika tidak di dunia, pasti akan ada bahagian kita kelak nanti.

InsyaAllah, kita akan tetap bahagia biarpun kelihatan kurang di mata manusia lain.

Kebahagian kita itu tidak perlu dipamerkan.  Orang yang benar-benar bahagia tidak perlu mempamerkan kebahagian mereka.

Happiness doesn’t needs approval…

Dan lagi…

Dalam keluarga kita.  Ada anak perempuan, adik perempuan, kakak, bahkan ibu malah isteri sendiri.  Pasangan mereka adalah pinjaman.  Suatu hari nanti barangkali juga akan menjadi seorang ibu berdikari atau lambat dinikahi.

Jodoh itu kan urusan Tuhan

Jangan perlekehkan apa sahaja urusan Tuhan.

Ads

Kerana kita tidak pernah tahu apa-apa tentang itu.

Tetapi Tuhan tidak pernah berikan yang tidak baik.

Biarpun sesuatu itu lewat hadir, ianya pastilah kerana untuk hal yang terbaik…

InsyaAllah.Trust Allah ok,” tulis Dzuriasikim Dzulkefli

 

Jangan Tertawakan WANITA BERNIKAH LAMBAT, Banyak Yang Menangis Setiap Hari Biarpun Punya PASANGAN

Baca Di Sini : Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga “Kongsilah Nikmat Dengan Insan Tersayang”

Jangan Tertawakan WANITA BERNIKAH LAMBAT, Banyak Yang Menangis Setiap Hari Biarpun Punya PASANGAN

Ads

 

Jangan Tertawakan WANITA BERNIKAH LAMBAT, Banyak Yang Menangis Setiap Hari Biarpun Punya PASANGAN

Jangan Tertawakan WANITA BERNIKAH LAMBAT, Banyak Yang Menangis Setiap Hari Biarpun Punya PASANGAN

Baca Sini : Cepat UBAH DIRI! Wanita Tolonglah Bersiap Walaupun Di Rumah, Jaga Kecantikan Untuk Diri & Suami

Wanita Pintar & Pandai Masak Bonus “Celah Gigi Handle, Nak Makan Sedap Sama-Samalah Masak” Komen Netizen

 

View this post on Instagram

 

Mingguan Wanita :  Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah.

Sumber / Sumber Foto :  Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI