Jangan tertawakan rumah tangga orang lain, tidak tahu apa ujian yang sedang menanti rumah tangga kita. Benar sungguh apa yang dibicarakan oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli.
Nasihatnya cukup bermakna malah kita tidak perlu mentertawakan kehidupan orang lain bukan saja dari segi rumah tangga malah dari semua segi.
Puan Dzuriasikim
Jangan Tertawakan Rumahtangga Orang Lain
Ads
Ternyata apa yang dikongsikan cukup bermakna dan sememangnya dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua. Berbuat baiklah dengan semua orang dan janganlah mempersendakan kehidupan orang lain.
Sumber Foto : Canva
“Jangan ketawakan suami orang kerana suami kita juga hatinya milik Tuhan. Jangan ketawakan isteri orang, isteri kita sendiri kita belum tahu berapa lama akan terus setia berada di sisi.
“Jangan ketawakan anak dara tua, anak dara kita sendiri belum tentu jodohnya nanti. Jangan ketawakan janda, suami yang ada Allah hanya pinjamkan sekejap sahaja. Boleh jadi esok atau lusa kita juga akan berpisah dengannya.
“Jangan ketawakan wanita yang dimadukan, sedang mereka semua sangatlah bersabar dalam berkongsi rasa dalam menempuh banyak ujian hidup serta tempat mereka mungkin lebih baik di Syurga nanti.
Sumber Fioto : Canva
Semua Orang Mahukan Kesempurnaan
“Tidak ada yang mahu perkara yang tidak baik dalam hidup. Semua orang mahukan kesempurnaan. Tetapi tidak ada manusia yang terlepas dari ujian dari Tuhan juga.
“Oleh itu, ketawa biar berpada. Harus ingat di setiap bahagia itu akan ada tangisan.
Menangis pula, janganlah seolah kita tidak akan bahagia semula nanti.
Orang kaya boleh jadi miskin.
Orang miskin boleh jadi kaya.
“Saya sudah melihat dengan mata saya sendiri semuanya. Yang kekayaannya bukan setakat rumah besar sahaja atau sekadar wang berjuta, bahkan lebih dari itu… Tetapi mudah bagi Allah untuk mengambil semuanya hanya dalam sekelip mata.
“Kita ini, jika Allah jadikan kita sakit gigi sahaja pun, sudah hilang nikmat hidup. Sudah tidak dapat senyum, tidak dapat makan, tidak dapat minum dengan baik. Apa lagi jika Allah tarik lebih dari itu.
Tidak Perlu Pamerkan Kebahagiaan Pada Orang Lain
“Jika benar-benar cukup bahagia, kita tidak perlu mempamerkan kebahagiaan kita kerana happiness doesn’t need any approval.
Jika benar-benar cukup kaya, diam diam sahaja kerana orang yang benar-benar kaya hidup mereka penuh dengan kecukupan yang tidak seorang pun orang yang cukup kaya pamerkan harta mereka.
“Dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk kita semua.
Hiduplah bagaikan seorang musafir.
Apakah nikmat yang terbaik bagi kita hari ini?
Bukan wang.
Bukan rumah besar.
Bukan kereta yang banyak.
Bukan glamour.
Bukan wajah yang cantik.
“Nikmat yang paling besar buat kita semua hari ini adalah kehidupan ini sendiri.
Kerana orang yang sudah mati sangat ingin kembali ke dunia (walaupun sekejap) hanya untuk berbuat amal dan kebaikan yang tidak sempat mereka lakukan selama hidup mereka.
Untuk itu…
“Ucapkanlah Alhamdulillah.
Kerana kita semua masih bernyawa.
Dan selagi kita masih bernyawa, selagi itulah ada harapan yang lebih baik untuk kita.
La Tahzan
Jangan menangis, Allah sayang,” nasihat Dzuriasikim Dzulkefli.
Bila tengok rumah ada kecil bersepah, janganlah tahu nak kritik. Bukannya mak ayah selesa duduk dalam rumah yang penuh dengan mainan tetapi selepas kemas dalam 10 minit pun bersepah balik segala barang permainan.
Malah kadang mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan karenah anak lagi. Tetapi kalau ada yang rasa rimas dan tak puas hati, jemput renungkan perkongsian Puan Surina Shahril Rayyan ini…
Bila Rumah Ada Anak Kecil
Bila rumah ada anak kecil jangan lah terlalu menggunung tiggi harapan yang rumah kamu tu akan bersih 24jam…sebab anak-anak ni dia belajar ketika bermain. Sambil makan nasik time tu laa die nak buat renjis-renjis di pilis…. habis di renjis nasi ke sana sni… kau pkir mak kau duduk kat kusi ni tengah tunggu pegantin lelaki ke dik.
Bila rumah ada anak kecil ruang tamu tu ibarat syurga anak-anak…sebab apa? Sebab luas…punya besooo ruangan tu makin banyak laa akal die….mse tu la tetibe korng akn jumpe mainan tecabut tayar laa…kertas tekoyak2 la..pensel color patah patah laa…silap-silap baldi pun blh ade kat ruang tamu tauu…sebb die punya explore 1 rumah tu mmg x tercapai dek akal..dengan benda-benda tu la dia bina kereta..bina keretapi la..tepijak mainan die yg kecil-kecil tu pun benda biasa.
Bila rumah ada anak kecil bilik air pulak ibarat sunway lagoon utk mereka…kalau di biar mandi sendri sila prepare dri supaya x btukoo ijoo…sila prepare diri supya x terpacul suara bang sajat sebb anak-anak ni kalau die mandi sorang2 mmg depa lupa tu bilik air bknnya wet world… habis die basuh 1 blik air..tu blm lagi die habis kn 1 botol shampoo..1 botol sabun….air belayar2 kat lua blik air..silap2 nko pun blh tegolek jatuh (ok penah alami)
Rumah yang ada anak kecil ni memang selalu besepah…susah nak jumpa yang tak bersepah….10x kemas pun tetap besepah..tu bukan LUAR BIASA..tu BIASA!
Salah Ke Kalau Marah?
Kita marah sikit-sikit boleh tapi jangan marah sampai menyentak emosi mereka…sebab bermain sambil belajar tu mmg sikap anak-anak…mereka x paham pun pasal sepah-sepah tu lagi-lagi kalo usia below 3y..cakap la mcm mana pun mmg mereka tak paham.
Kite beruntung rumah bersepah tu tandanya rumah kita di serikan dengan anak-anak kecil… jika di beri plihan kepada mereka yg tiada anak pasti jawapan mereka” tak kisah rumah besepah asal dikurniakan anak…dapat 1 pun jadi lah”
Jadi redha laa rumah anda besepah… walau mak kau ni dik kadang-kadang da bukan ijoo da muka…Kelabu..itam hanguss smuaa ada bila tgk ko sepah kn rumah…. yang penting mak kau walau singaaa tp hati mak kau suweet.
Masa Yang Sesuai Nak Kemas
Sebenarnya kalau nak kemas rumah yang ada anak kecil ini ada caranya, jangan kemas waktu si comel sedap memunggah tapi elok simpan segala mainan waktu malam. Senang cerita, waktu anak dah tidur. Jadi… waktu malam sajalah waktu mak-mak nak tengok rumah cantik tersusun. Mudah, kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Keadaan sekarang, banyak pasangan lebih suka luahkan apa yang bermain di fikiran melalui media sosial. Bahkan, tidak terkecuali ada yang bertemu jodoh atau ada hubungan dengan orang ketiga juga melalui platform ini.
Kadang-kadang, melalui media sosial ini pasangan suka kongsi kegembiraan atau kesedihan. Dengan harapan mampu meringankan beban yang ditempuhi. Lebih teruk, boleh berlaku pasangan curang dan lebih tertarik pada wanita mahupun lelaki lain.
Sebenarnya, jangan letakkan kesalahan pada suami semata-mata, isteri juga ada membuat kesilapan dan jangan hanya katakan suami cari orang ketiga hanya kerana suka-suka. Ada banyak sebab boleh berlakuknya perkara seperti ini.
Ikuti luahan seorang isteri terhadap pasangannya yang mula cari orang ketiga dan cara bagaimana penyelesaian diberikan oleh Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan & Keintiman, Ehati International Sdn Bhd dalam mejadikan wanita isteri sebagai isteri pilihan di mata suami.
Kehadiran pelbagai platform online termasuk media sosial membuatkan komunikasi lebih mudah antara satu sama lain. Begitu juga dengan hubungan suami isteri yang jauh mahu pun dekat.
Komunikasi mereka menjadi lancar dari masa ke semasa. Tapi, jaga-jaga ada juga individu yang menyalahgunakan kemudahan platform ini. Sehingga seringkali kita melihat pelbagai cerita viral yang sentiasa terutamanya berkaitan pasangan kantoi curang di platform-platform online seperti Facebook, Instagram mahupun Whatsapp.
Isu yang pasangan berkahwin selalu hadapi adalah bila pasangan mereka menggunakan platform itu untuk sesuatu yang tak wajar dilakukan dalam hubungan. Antaranya adalah menggunakan Instagram untuk mencari cinta ataupun menggunakan Whatsapp untuk melampaiankan nafsu.
Ikuti kisah wanita ini yang penuh dengan pancaroba dan bagaimana dia mampu atasi masalah yang dihadapinya dengan tenang.
“Saya dan suami bercinta dari zaman universiti lagi. Memang perkahwinan tu merupakan impian kami bersama-sama. Kata orang, kita tak akan kenal pasangan kita sepenuhnya selagi kita tak tinggal bersamanya. Bagi saya, benda tu tak menjadi masalah pun sebab kami dah kenal lama. Saya amat yakin yang saya dah kenal sangat dengan pasangan saya. Tapi, semuanya tak semudah disangka, rupa-rupanya apa yang saya tahu sekadar surface sahaja. Apa yang saya tahu selama ni dikira macam tip of the iceberg yang tak nampak dasarnya.
Saya dapat tahu suami saya berskandal dari awal perkahwinan kami lagi. Suami sering Whatsapp dengan perempuan yang dia jumpa di Instagram tu. Saya terbaca Whatsapp suami bersama orang ketiga dan sekelip mata je, kebahagiaan yang kami bina selama ni musnah. Suami bukan sahaja sexting (mesej sex) bersama wanita itu bahkan turut disertakan dengan gambar-gambar lucah. Bayangakan perasaan hati saya sewaktu membaca text tu pedihnya rasa macam ditoreh berkali-kali.
Perkara yang membuatkan saya lebih sakit adalah bila saya tahu yang suami bertukar-tukar perempuan sepanjang tiga tahun perkahwinan kami. Saya juga dapat tahu, walaupun dia asyik bertukar-tukar skandal, perempuan yang paling latest ni lah yang dia dah mula nak ada serious affair hingga melampaui batas. Bayangkan mereka berselingkuh di rumah saya sendiri setiap kali saya pergi oustation. Bukan setakat itu sahaja, saya pernah menonton sendiri video mereka bermesra di atas katil kami yang dirakam & disimpan dalam phone suami saya.
Apabila kecurangan suami terbongkar, suami berterus terang dengan saya yang dia berhasrat nak mengahwini perempuan tu. Saya bagi kata dia kepada suami sama ada dia nak teruskan perkahwinan atau kami bercerai sahaja dek keranan hati saya yang dah terlalu hancur kerana kecurangannya. Dari perbualan kami, saya faham yang suami saya masih berharap kalau ada jodoh kemudian hari, mungkin dia akan kahwin dengan perempuan tu. Tapi buat masa sekarang, dia memilih saya kerana saya cuma bagi dia dua plihan sama ada saya atau kekasihnya.
Saya cuba untuk memaafkan suami dan move on dengan apa yang dah terjadi. Walaupun hati hati cuba memaafkan, tapi saya sentiasa mengungkit perkara tu kecurangan suami sampai sekarang. Saya mengungkit sebab saya masih curiga kalau suami saya masih contact dengan wanita itu. Keadaan ini menjadi masalah yang tak pernah selesai. Benda ni dah macam yoyo, sentiasa berulang-ulang benda yang sama. Saya kecewa sebab selama ni saya dah diperbodohkan berkali-kali. Mampu ke saya nak maafkan penipuan suami tak pernah berakhir ni?
Saya asyik teringat-ingat akan video lucah suami bersama dengan perempuan tu. Sakit mana sekalipun saya gagahkan diri dan menyimpan segala bukti macam gambar dan text. Bukti tu menghantui saya dari dulu tapi saya cuba bertenang dan redha dengan ujian ni. Saya simpan segala bukti kerana pada awalnya saya nak gunakan untuk fasakh. Tapi, bila disimpan rasa sakit. Bila nak lepaskan untuk rasa bebas, saya memang perlukannya sebagai bukti untuk kemudian hari sekiranya terjadi apa-apa.
Saya buntu macam mana nak keluar dari cycle penipuan suami selama 3 tahun ni. Saya sentiasa maafkan suami dengan niat nak mulakan episod baharu hidup kami. Suami saya pon dah berubah walau dia memilih saya berbanding kekasihnya tapi dia bersikap dingin dengan saya. yelah kan, girlfriend dah tinggalkan dia. Bila cuba nak buat baik dengan suami, suami saya tak interested pun. Inilah yang mempengaruhi mood saya sebab saya rasa diri ini tak dihargai. Disebabkan ni, kami asyik bergaduh. Saya sentiasa dalam keadaan yang tak tenang, tak tenteram, buruk sangka walaupun kadang saya nak percaya suami saya dah berubah, tapi deep inside saya rasa saya akan ditipu lagi.
Lama-kelamaan, diri saya menjadi lebih toksik. Saya sedar yang saya perlukan bantuan untuk meneruskan perkahwinan kami. Bukan sekadar perkahwinan je, saya nak cari bantuan untuk diri saya sendiri untuk maafkan diri saya dulu atas kerosakan yang saya dah buat dalam marriage saya. Saya banyak membuat kesilapan bila treat husband saya. Tapi, bila ada kesedaran tu datang, saya tak tahu nak buat macam mana dah. Semuanya macam tak ada solusi.
Di sinilah titik permulaan perubahan hidup saya dan belajar tentang 3 strategi rahsia isteri pilihan. Saya sedar yang saya gagal nak urus emosi selepas dicurangi. Rupa-rupanya, perbuatan saya ni membuatkan suami makin jauh.
Saya mula cipta kasih sayang dalam diri dengan merawat hati. Saya tak bergantung 100 peratus terhadap suami dan mula untuk menjadi lebih emotionally independent. Bila saya macam ni, hati saya macam lebih senang. Fikiran pun tak serabut. Saya sedar yang kita ni tak perlu pun nak meminta-minta kasih sayang dari orang lain. Cukup dengan sayangi diri, kita dah boleh capai bahagia.
Hari demi hari saya menjadi lebih positif dan fokus untuk menjadi pencipta bahagia. Tak sangka suami pun terikut-ikut sekali. Setelah sekian lama, akhirnya kami dapat bersama kembali tapi hubungan intim kami sangat berbeza. Saya amalkan Diet Sentuhan Cinta yang Puan Diyana kongsikan. Buat pertama kalinya, saya dan suami dapat merasakan kepuasan tu. Saya belajar yang suami akan rasa lebih confident bila dia mampu puaskan isterinya. Selama ni, hubungan intim kami macam nak tak nak je. Sekarang, melekat setiap weekend. Alhamdulillah…”
Strategi Rahsia Isteri Pilihan
Terdapat 3 strategi rahsia isteri pilihan. Melalui strategi inilah anda akan tahu bagaimana nak mengurus kesakitan selepas dicurangi. Anda juga akan tahu tentang teknik-teknik untuk kembalikan kesetiaan suami. Salah satu strategi yang boleh dikongsikan adalah untuk menjadi pencipta bahagia di dalam rumah tangga seperti apa yang wanita dalam cerita di atas lakukan.
Aspek-aspek yang anda perlu fokuskan adalah untuk menjadi pencipta kasih sayang untuk anak-anak, suami dan pencipta orgasme untuk suami. Ramai wanita bila diuji masalah, mereka meletakkan diri mereka sebagai mangsa. Bila menjadi mangsa, mulalah nak mengabaikan tanggungjawab sebab mereka adalah mangsa.
Sekiranya anda tak berhenti menjadi mangsa, anda tak akan dapat capai bahagia. Padamkan api kebakaran di dalam hati yang membara. Fokus menjadi isteri pilihan suami kerana itu adalah kunci kepada hati suami. Bila anda berjaya buka kunci hati suami, kebahagiaan pun mendatang. Perkara ini memerlukan proses dan teknik yang betul. Tanpanya, susah untuk anda kekal konsisten untuk membaiki rumah tangga anda.
Diet Sentuhan Cinta Kunci Keintiman
Diet Sentuhan Cinta, ataupun DSC akan membantu dari segi hubungan intim anda dan suami. Sekiranya sebelum ini anda tak tahu dengan mendalam tentang hubungan intim, anda boleh belajar tentang DSC ni. Bila sentuh pasal hubungan intim ni, ramai yang akan tersipu malu sebab ni merupakan privasi di dalam hubungan masing-masing. Ada juga yang terlampau berhati-hati hinggakan hubungan intim menjadi hambar.
Belajar untuk lebih terbuka bersama pasangan anda tentang hubungan intim ni. Bincang apa yang anda boleh lakukan untuk menghangatkan lagi hubungan intim anda dan pasangan. Jangan biarkan masing-masing tak tahu apa yang sebenarnya anda nak bila bersama dengan pasangan. Sekiranya masing-masing tak dapat nak capai kepuasan tu, pasangan anda akan cuba mencari kenikmatan di luar perkahwinan.
Kembali Bahagia
Ada di antara wanita yang lupa tentang dirinya sendiri sehingga mengabaikan kebahagiaannya bila berdepan dengan konflik. Bila mereka ingin mengubah diri mereka kembali, ramai yang lost sebab tak tahu macam mana nak mula.. Sepatutnya, pasangan kena sama-sama menjadi pencipta bahagia di dalam rumah tangga!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Bila sebut nak kahwin 2 atau 3, memang orang lelaki ‘menggeletis’ dan suka sangat. Tapi sebaliknya bagi seorang isteri yang cukup pantang bila sebut ‘madu’. Sedangkan kalau tak mampu adil dan ada isteri seorang pun tak mampu nak jaga, baik lupakan saja.
Tak dinafikan orang lelaki cukup suka bab-bab bercakap tentang ‘madu’. Mungkin ada suami yang hanya sekadar bergurau manja dengan isteri. Tapi tak kurang juga yang beria-ia dan pasang angan-angan untuk ada dua tiga orang isteri.
Itu bagi yang rasa mampu tidak perlu persoalakan, Cuma isterilah yang kena redha. Sedangkan kalau suami tak mampu adil, jangan mimipulah untuk pasangan dua atau tiga.
Sedihnya, ada yang sanggup kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Tak kurang juga isteri pertama terima dengan hati terbuka.
Janji-janji manis sebelum berpoligami, selepas itu timbul masalah lain. Tak mampu adil dan peritnya, isteri pertama yang menjadi mangsa.
Bagi yang tak mampu adil, kes-kes ini boleh dipertikaikan di mahkamah dan ada cara yang betul untuk isteri mendapatkan haknya. Inilah antara ulasan yang diberikan oleh Peguam Syarie: Amalina Adam tentang isu poligami dan tidak mampu berlaku adil.
“Kalau takut tidak berlaku adil dan menzalimi, maka hanya seorang isteri sahajalah ya!”
Betul. Tidak dinafikan bahawa menyekat poligami itu sebenarnya tidak membawa ke mana-mana pun sebab pada akhirnya suami dan wanita itu akan berkahwin juga di sempadan ataupun melalui pernikahan secara tertutup dengan berwalikan bapa wanita itu sendiri di mana-mana negeri.
Yang kesalnya apabila kita menyemak alasan-alasan mereka, rata-rata menyatakan alasan “berkemampuan” dan “nak elak maksiat serta takut berlaku zina”. Bila diteliti semula, apa fikiran bakal pasangan ini hanya berfikir tentang zina semata-mata sahajakah?! Emm!
Apabila siasatan dijalankan lagi, didapati pula suami itu masih bertanggungan dengan rekod tuntutan nafkah anak yang tertunggak bagi 4 orang anaknya dan saman penghutang penghakima (SPP) akan dilaksanakan selepas ini oleh bekas isterinya yang terdahulu sebelum suami itu berkahwin kali kedua. Permohonan poligami kali ini adalah bagi perkahwinan yang ketiganya.
Jadi dimanakah kemampuan yang sebenarnya yang suami sebut-sebutkan dan tercari-cari itu?? Kemampuan yang bagaimana pula? Elak maksiat dan takut berlaku zina bagi suami yang sudah berkahwin??!
Kalaulah sudah berpoligami tetapi wujud kezaliman yang berterusan, maka isteri itu boleh mengangkat dan mengadu kesnya bagi tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah.
Waallhu’alam.
Mingguan Wanita : Kalau mampu dan adil tidak menjadi persoalan. Daripada isteri ‘makan hati’ lebih baik selesaikan cara baik. Jangan lepas tangan. ‘Habis madu sepah dibuang’. Sedih.