Semua orang tahu, bila dedah aurat, hukumnya apa? Mulalah ada cakap, mereka yang bertudung pun ada yang buat dosa. Alahai…Hati setiap orang tak sama.
Aurat bukan hanya dengan memakai tudung tapi aurat bagi seorang wanita muslimah baligh adalah seluruh tubuhnya termasuklah dalam kita berpakaian.
Bagi sesetengah daripada kita, merasakan selesa dengan memakai seluar jeans dan tak kurang juga dedah aurat dengan memakai seluar ketat sehingga menampakan bentuk badan.
Bukan nak berlagak baik, tapi adalah peringatan kita bersama sebagai seorang muslimah. Moga dengan perkongsian daripada Farid Rashidi ini dapat memberi kesedaran buat kita sebagai muslimah yang diredhai. Insya Allah.
Sekarang ni bukan kata anak gadis saja, mak-mak, isteri orang pun sama dah terbiasa sangat pakai seluar jeans ketat nipis (stretch jeans), seluar fit atau skinny tu.
Ingat ya, bila mana perempuan pakai seluar macam tu dekat khalayak ramai (juga gambar dan video) ia termasuk mendedahkan aurat sebab bentuk badannya jelas. Dan hukumnya jelas dan terang berdosa dan haram berpakaian seperti itu.
Ads
Ia termasuk peringatan dalam hadis Nabi SAW, bahawa terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua kelompok manusia penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat: kaum laki-laki yang membawa cambuk seperti bontut sapi mereka memukul manusia dengannya, dan kaum perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan kemaksiatan dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka bagaikan punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk ke dalam Syurga dan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal wangi Syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.”
– [Riwayat Muslim no. 2128]
Ads
Paling mengecewakan bila si bapa, suami atau saudara lelakinya tak pernah langsung ambil tahu apa lagi tegur anak gadisnya, isterinya atau saudara perempuannya untuk elak berpakaian mendedah aurat semacam itu. Astaghfirullahal Azim.
Sedih kawan.
Semua itu akan dipertanggungjawabkan kelak. Isteri dan anak gadis, jika tak mahu diri berdosa dan bapa atau suamimu berdosa sama janganlah pakai pakaian begitu.
Dalam hadis sebut lagi, bukan kata tak masuk syurga, cium pun tak jika berpakaian tapi telanjang. Allahu Rabbi.
Simpanlah sikit rasa malu tu dalam diri ya. Tak salah nak berseluar apapun, tapi longgarkan, jangan ketat dan nipis. Atau nak sangat pakai seluar jeans ketat sampai senak tu, pakailah dalam rumah tayang untuk suami saja. Itu tak ada masalah.
Ads
Apapun, sama-sama bermuhasabah, sebab usia kita terus berganjak laju tak tunggu kita pun.
Mingguan Wanita : Moga dapat dijadikan peringatan, teguran dan muhasabah untuk diri sendiri.
Selalu orang tua pesan, angkat pakaian di jemuran sebelum maghrib dan duduk kat luar dan tutup pintu semasa maghrib. Masa ini banyak ‘syaitan’ berkeliaran dan tak elok pun.
Pesanan orang tua itu bukan suka-suka atau nak menakutkan tapi, hakikatnya ada hadis tentang perkara ini. Punca-punca yang boleh buat rumahtangga tak bahagia, anak-anak buat perangai dan sebagainya adalah kerana ummu sibyan.
Apakah ummu sibyan dan kaitan dengan sebelum mahgrib dan gangguan rumahtangga Ustaz Wan Mohammad Firdaus ada jawapannya.
Jika ada tanda-tanda kehadirian ummu sibyan cuba iktihar untuk hindari dan usaha cari rawatan-rawatan terdekat anda.
Menurut pengalaman, jin ini adalah jenis jin wanita yg suka memporak-perandakan rumahtangga kita, mengunci nafsu isteri, membunuh bayi dalam kandungan, menaikkn nafsu lelaki sekaligus memanfaatkan air mani lelaki dan lain-lain.
Wanita mengandung pula, ummu sibyan akan masuk ke dalam kandungan isteri kemudian menendang bayinya sehingga keguguran, menyumbat & mengunci/mengikat rahim isteri dengan tujuan tidak boleh mengandung/mandul dan tiada nafsu kepada suami.
Sebab ummi sibyan masuk ke rumah ada 2 iaitu:
1. Masuk ketika waktu dekat nak magrib, terutamanya cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga.
2. Mengangkat jemuran pakaian selepas maghrib kerana mereka akan menjampi sihir kemudian sihir itu menumpang di pakaian tersebut agar sihir itu dapat masuk ke rumah.
Jadi, tutuplah segala pintu rumah depan belakang dan segala tingkap/jendela sebelum bertemu waktu nak dekat Maghrib atau cahaya matahari berwarna kemerahan / jingga. Dan angkatlah jemuran kain sebelum waktu itu juga.
Tambahan lain, bersihkanlah debu-debu seperti habuk/sarang labah-labah di siling, di dinding dan lain-lain kerana mereka membuat rumah mereka di sana dan beranak-pinak di sana..
Apabila tidak dicegah dan dibiarkan boleh membawa penyakit sehingga tahap kronik seperti suka marah, benci-membenci,tekanan jiwa/hati, malas beribadah, anak nakal & keras kepala dan lain-lain.
Sebagai tambahan pagar rumah, selitkan surah zalzalah dalam bacaan-bacaan lain dlm proses memagar rumah..kerana ia umpama pintu/jendela yg berapi yg dgn izinNya bersifat membakar segala Jin & syaitan..caranya lebihan garam pagar rumah itu campur dgn air kemudian spray/percikkan kat semua permukaan pintu utama & blkng serta semua tingkap/jendela rumah.
Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian.” (Sahih HR Bukhari & Muslim)
Doa usaha tawakal
NURHIKMAH
RAWATAN TRADISIONAL ,ISLAM
PAKAR RAWAT PENYAKIT MISTERI
Mingguan Wanita : Moga kita sekeluarga dijauhkan daripada perkara ini.
Waktu kemuncak ujian hidup. DIA uji pada irang berkehendak dan tahu hambanya itu mampu laluinya. Kehidupan kita hari ini tidak selalunya senang. Ada masa badai melanda dan pasti ada pahit manisnya.
Mungkin ada daripada kita beranggapan dia tidak pernah lalui hidup susah dan semuanya senang-senang saja. Jangan terus takbur. Ujian Allah itu berbeza-beza mengikut kemamapuan dan hanya dia yang mengetahuinya.
Namun, kita sendiri boleh rasakan pada usia 30-39 tahun adalah waktu kemuncak dalam kita menerima ujian hidup yang diberikan olehNYA. Bila kita bersabar dan terima dengna syuku, tentu akan bahagia pada penghujungnya.
Antara titipan dan perkongsian daripadaImam Muda Hassan Adli tentang waktu kemuncak yang dilalui oleh setiap orang.
Waktu Kemuncak Ujian Hidup, Fasa Tarbiah Sebelum 40 Tahun
Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk belajar, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.
Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family.
Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
– Kereta mula meragam – Rumah mula nak bocor sana sini – Yuran sekolah anak makin naik – Mula banyak orang benci kita – Hubungan dengan mertua – Isteri mula merungut tak cukup makan – Suami stress gaji kena potong – Rumahtangga mula goyang – Badan mula sakit sana sakit sini – Badan dah tak fit – Bawa kereta cepat mengantuk – Hutang keliling pinggang – Ah Long mula kejar – Hubungan adik-beradik mula renggang
Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Ujian Sebelum Umur 40 Tahun
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?
Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan,
“Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”
Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.
Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.
Mingguan Wanita : Ujian dan dugaan setiap orang berbeza. Tempuhilah dengan tenang sebab DIA ingin melihat ketabahan dan kesabaran kita.
Amalan doa harian yang isteri boleh amalkan, mesti suami selalu terindu-rindu. Sebagai isteri juga kita dituntut untuk berhias di depan suami. Maka sebab itulah ramai wanita sanggup melakukan apa sahaja demi ‘mengikat’ suami agar tidak ‘disondol’ oleh wanita lain.
Fitrah seorang wanita memang suka bercantik-cantik. Selain menggunakan pelbagai produk perawatan kecantikan, ada cara lain yang elok diamalkan oleh para isteri bagi ‘merantai’ suami. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
Dan ketika Yusuf berkata kepada bapaknya: Hai bapakku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang dan matahari dan bulan, aku lihat mereka bersujud kepadaku (Al-Qur’an, surat Yusuf, ke 12 ayat 4)
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4:
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
CARA AMALAN:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu pada wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaha ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.