
Isi Kandungan
ToggleSetiap hari, banyak masa suami isteri dihabiskan di tempat kerja. Anak-anak pula dihantar ke taska atau rumah pengasuh. Hantar seawal pagi dan ambil anak-anak pada petangnya. Ini belum termasuk isteri suri rumah sepenuh masa, suami pulang dari tempat kerja memang ditunggu-tunggu.
Cukuplah dengan pasangan pulang dengan selamat. Namun, keterujaan keluarga terutamanya isteri dan anak-anak, apabila pasangan membawa sesuatu sebagai buah tangan. Bukan meminta tapi mungkin ini akan lebih membuatkan keluarga rasa bahagia.
Mungkin cara ini, kita ak tahu, rezeki untuk kita dan keluarga akan bertambah-tambah. Walaupun tidaklah mahal, sekurang-kurangnya ia membuatkan orang dlama rumah itu tersenyum.
Ini antara perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad yang cukup menekankan tentang bawa pulang sesuatu buat isteri dan anak-anak. Kena amalkan, tidak kiralah suami mahu pun isteri ye!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Kena Bayar Isteri Minimum RM5000 Sebulan. Itulah Nilainya Kerja Di Rumah
Kalau Suami Boros, Cubalah Jadikan Isteri ‘Menteri Kewangan Keluarga’
Info Lebih Menarik DI SINI
Teruja & Bahagia
Masa nak balik rumah tadi, saya singgah beli roti.
Saya yakin dan percaya, jika kita bawa pulang sesuatu buat isteri. Mereka akan teruja dan rasa bahagia.
Saya juga percaya, rezeki kita akan bertambah jika tiap kali pulang ke rumah bawa sesuatu bersama .
Minum petang dengan isteri dan anak anak adalah nikmat luar biasa.
Belilah Sesuatu
Kawan kawan yang mulia.
Tiap kali pulang ke rumah, belilah sesuatu buat mereka. Mereka pasti teruja.
Tidak semestinya benda mahal, sekadar kuih tepi jalan pun jadilah. Mereka nak dengar cerita kita seharian di pejabat tadi.
Kita juga nak dengar cerita, bagaimana susahnya mereka bergelut angkat baju waktu hujan petang tadi.
Cerita itu mungkin biasa biasa pada kita, tetapi bila mereka sedang layan cerita korea dan hujan melanda. Menangkat baju adalah cabaran yang luar biasa.
Bawalah pulang sesuatu buat keluarga. Bila mereka rasa bahagia, ada rezeki buat kita bersama disana.
Kedamaian, kesihatan, keluarga yang rukun dan nama baik adalah kekayaan. Jangan menolak kekayaan.
Kesibukan mencari nafkah menjadi tujuan utama, tetapi jangan sehingga melupakan hal penting yang utama iaitu, Tuhan, keluarga, dan kesihatan diri sendiri.
Abah Qilah.
Berjuang Buat Keluarga
MW: Sibuk macam mana pun atau terkejar nak ambil anak atau nak pulang ke rumah, jangan pulang dengan ‘tangan kosong’. Kita pakat praktikkan selepas ini yer.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami ‘Sura Rumah’, “Fenomena Isteri Mencari Nafkah Keluarga Semakin Menjadi Kebiasaan”

Isi Kandungan
ToggleSuami ‘sura rumah’, isteri pula mencari rezeki begitulah tajuk yang begitu hangat diperkatakan. Malah pada hari ini ramai wanita yang mengalami masalah sedemikian.
Menerusi perkongsian Soal Jawab Keluarga Siri 3 dari Ustazah Asma’ Harun yang juga Bekas Perundingcara Rumahtangga, ada yang bertanyatakan soalan tentang suami yang tidak bekerja manakala isteri yang mencari nafkah.

Suami ‘Sura Rumah’, Isteri Cari Nafkah

Penerangan jawapan yang diberikan oleh Ustazah Asma’ menerusi perkongsian di akaun Facebooknya cukup jelas dan boleh menjadi panduan kepada isteri dan ibu yang mengalami masalah yang sama.
“Assalamualaikum ustazah. Saya nak bertanya. Suami saya tidak bekerja. Dia hanya duduk di rumah. Kalau ada kerja pun, tak bertahan lama. Bila tanya kenapa asyik berhenti kerja, jawapannya sebab ada masalah dengan majikan.
Sekarang saya yang tanggung keluarga sepenuhnya. Suami langsung tak ada rasa bersalah biarkan saya kerja seorang diri. Malah dia minta duit dari saya pula. Katanya gaji saya seorang sudah cukup untuk kami semua. Situasi ini menyebabkan kami kerap bergaduh.
Saya betul-betul sedih dan kecewa dengan suami. Sepatutnya dia yang menyara keluarga, bukannya saya. Tapi, bukanlah bermaksud saya berkira dalam perkara ini. Cumanya saya mahu dia sedar tanggungjawab dia. Bantu saya ustazah. Terima kasih,” soal seorang wanita kepada Ustazah Asma’.
JAWAPAN USTAZAH :
“Wa’alaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Subhanallah, Puan adalah isteri yang kuat kerana mampu bertahan dengan ujian ini. Pastinya berat bebanan yang ditanggung kerana terpaksa menggalas peranan menyara keluarga. Insya-Allah, saya akan menjelaskan isu ini secara umum.
“Fenomena isteri mencari nafkah keluarga semakin menjadi kebiasaan sebahagian masyarakat kita atas faktor tekanan ekonomi. Maka, jika suami pula berperanan sebagai ‘sura rumah’, menjaga anak-anak, memasak dll, ia dikira satu bentuk sefahaman dan toleransi yang menjadi pengimbang kepada kehidupan yang berlawanan dengan fitrah ini. Semoga ihsan isteri membantu mencari rezeki dan kesabaran suami untuk menguruskan rumahtangga keduanya akan mendapat balasan baik daripada Allah.
“Yang menjadi isu ialah, seperti aduan di atas, iaitu bagi suami yang tidak membantu dalam urusan rumahtangga. Dalam situasi ini, pelbagai konflik akan mudah tercetus.
Asasnya, Suami Bertanggungjawab Menjaga Kebajikan Orang-Orang Dalam Jagaannya
“Baiklah. Asasnya, suami berperanan sebagai yang bertanggungjawab menjaga kebajikan orang-orang dalam jagaannya.
Allah SWT berfirman:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ
Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. [ An-Nisa’:34]
Dalam ayat di atas, Allah melebihkan kaum lelaki daripada kaum perempuan dengan beberapa keistimewaan menunjukkan besarnya tanggungjawab seorang lelaki terhadap wanita.
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak seperti mana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a:
ابْدَأْ بِنَفْسِكَ فَتَصَدَّقْ عَلَيْهَا فَإِنْ فَضَلَ شَيْءٌ فَلأَهْلِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ أَهْلِكَ
شَيْءٌ فَلِذِي قَرَابَتِكَ فَإِنْ فَضَلَ عَنْ ذِي قَرَابَتِكَ شَىْءٌ فَهَكَذَا وَهَكَذَا
Maksudnya: “Mulakan nafkah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” [HR Bukhari & Muslim]
Para ulama mazhab Syafie menetapkan bahawa nafkah yang wajib di beri adalah:
1. Makanan
2. Barang-barang dapur
3. Pakaian
4. Tempat tinggal
5. Alat-alat untuk membersihkan diri
6. Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
[Rujukan: Mughni al-Muhtaj]
Selain itu, kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama dilaksanakan oleh bapa seperti dinyatakan dalam firman Allah:
وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” [Al-Baqarah:233]
“Merujuk kepada dalil di atas, jelas menyatakan bahawa wajib bagi suami berusaha sebaiknya menafkahi keluarga. Kegagalan menyediakan keperluan keluarga akan merendahkan martabat seorang lelaki, kecuali bagi yang tidak mampu dengan faktor tertentu.
“Seandainya seorang lelaki itu enggan dan tidak berusaha menafkahi keluarga dalam keperluan asas sedangkan beliau mampu, maka selama itu beliau menanggung dosa, maka isteri memiliki hak untuk mohon fasakh (cerai) perkahwinan dan itu tidak termasuk perkara dosa bagi isteri.
Daripada Abi Hurairah r.a, katanya:
فِي الرَّجُلِ لاَ يَجِدُ مَا يُنْفِقُ عَلَى امْرَأَتِهِ قَالَ يُفَرَّقُ بَيْنَهُمَا
Maksudnya: “Nabi bersabda tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai sesuatu untuk diberi nafkah kepada isterinya: “Pisahkan mereka berdua.” [HR Al-Daraqutni]
Allahuakbar, betapa pentingnya perihal nafkah ini sehinggakan Rasulullah SAW mengizinkan isteri memohon fasakh jika pengabaian nafkah terjadi.
Hal ini juga dinyatakan dalam seksyen 52(1(b)) Akta 303 iaitu Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu seseorang perempuan boleh membubarkan perkahwinan iaitu membuat permohonan fasakh sekiranya suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh tiga bulan.
“Walau bagaimanapun, jika isteri menafkahi suami dan anak-anaknya, itu dikira sebagai ihsan serta beroleh pahala kerananya. Suami pula janganlah mengambil kesempatan sehingga tugas hakiki beralih kepada isteri. Berazamlah untuk bekerja semampunya dengan kudrat yang ada bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Berikut adalah doa-doa yang boleh diamalkan:
1. Doa memperbaiki urusan:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku. Jangan Engkau serahkan diriku ini kepada diriku sendiri walau sekelip mata.” [HR An-Nasai]
2. Doa diberikan kefahaman agama.
اَللّٰهُمَّ فَقِّهْنَا فِى الدِّ يْنِ وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيلَ
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kami kefahaman agama dan ajarkan kepada kami takwil (tafsir al-Quran). [HR Ahmad]
3. Doa menolak keburukan.
اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ
Maksudnya: “Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan yang datang dari-Mu, dan tidak ada nasib baik kecuali nasib baik yang datang dari-Mu, dan tidak ada Tuhan selain-Mu.” [HR Ahmad]
4. Doa keluarga bahagia:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Al-Furqan:74]
Buat para isteri yang dikala ini menggalas tugas mencari rezeki, perbuatan kalian merupakan satu tindakan yang terpuji dan pengorbanan yang wajib dihargai oleh suami” kata Ustazah Asma’ Harun.
Baca Disini Juga:
BETUL! Isteri Banyak Berkorban Tapi Janganlah Sampai Mengungkit Dan Lupa Kebaikan Suami
Isteri Ajak Suami Berbual, Jangan Tak Layan, Inilah Yang Dirindu Kalau Dia TIADA
Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?

Sumber/Sumber Foto: Facebook Ustazah Asma’ Harun & Canva
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Wanita Ibarat Bunga.’ Kalau Suami Baja & Jaga Dengan Betul, Mesti Maintain Cantik

Isi Kandungan
Toggle‘Wanita ibarat bunga.’ Kalau suami baja dan jaga dengan betul, mesti maintain cantik. Begitulah perumpaan yang tepat kerana rata-rata rela berkorban untuk keluarga daripada kecantikan sendiri.
Bagi wanita selepas berkahwin, biarlah anak-anak makan cukup, baju bertukar daripada memenuhi kehendak sendiri. Ikuti perkongsian Putera Nur Muhammad Raihan ini dan hadam baik-baik.
Artikel Berkaitan: Cepat UBAH DIRI! Wanita Tolonglah Bersiap Walaupun Di Rumah, Jaga Kecantikan Untuk Diri & Suami
Wanita Ibarat Bunga
Aku tadi adalah terstalker awek yang dulu aku memang admire betul masa dulu-dululah…
Aku berapa kalilah try nak masuk jarum. Bagi ayat-ayat pick up line bagai. Chat dia, kacau-kacau dia…
Ibarat macam burung merpatilah senang cerita. Aku punya muka tak malu dulu. Dia reject pun, aku masih kawan dengan dia…
Walau hati tahap berdarah juga, tiap kali dia cakap dia tak nak aku..
Last-last dia yang kahwin dulu…
Frust menonggenglah cerita dia. Aku pun stop berharap, sebab sudah jadi bini orang kan…
Kalau Suami Baja
Sekejap tadi terperasan dia dekat page viral, aku terus stalker lah cerita dia..
Anak dah ramai. Aku macam tak kenallah dia, dulu senyuman dia saja dah buat ramai lelaki cair..
Sekarang, memang totally dah lain. Tak terurus, terus terdetik dekat hati aku, “Nasib aku tak kahwin dengan dia.”
Itu jam barulah terfikir pasal jodoh Allah rancang dan atur itu betul bla bla bla..
Seolah berterima kasih pula sebab dia reject aku… Bangga…
Jahat gila pemikiran aku…
Baca Di Sini : Isteri Berhias Cantik Di Luar, Lambang Bagusnya Suami Menjaga – Dr Say
Jaga Dengan Betul
Tapi bila aku mula muhasabah diri. Aku mula faham, wanita ini memang seperti bunga…
Kalau kita orang lelaki baja dan jaga dengan betul, mesti akan mantain elok..
Lagilah dunia sekarang wanita dah tak kisah untuk cari duit sendiri dari harapkan suami…
Walau dah tak cantik macam dulu, masih juga ada hak berhias. Ada rasa hendak cantik-cantik.
Walaupun suami cakap tak pakai apa-apa pun dah cantik. Buat apa hendak lawa-lawa.
Tapi mostly wanita berhias sebab untuk diri dia. Bukan untuk suami pun. Sebab wanita itu sendiri adalah perhiasan.
Mesti Maintain Cantik
Kalau emas pun letak dalam lubang tahi pun akan jadi sia-sia. Aku pun tak tahu kenapa.
Sebab faktor kewangan ke? Sebab sudah mengandung so badan dah tak macam anak dara dulu then lost confident.
Atau sebab suami melarang atau mengawal. Bukan yang ini saja aku jumpa gini…
Banyak… Dekat Facebook ini pun aku tengok pun ramai saja yang sudah mula less everything…
Maybe sekampit pampers lagi penting dari sebatang celak… Bini aku pun macam itu…
Padahal bagi saja dia peruntukan untuk cantik-cantik. Tapi dia lebih pada makan. Lebih pada kebajikan anak..
Artikel Menarik : Wajib Baca Kalau Anda Ada Sindrom Malas Berhias, 4 Saranan Ustaz Ini Akan Buka Mata Para Isteri
Anak dan Suami Lebih Penting
Kadang kena marah kena paksa barulah terkial-kial hendak belek dekat Watson itu…
Tapi mesti buat aku geleng kepala. Dalam plastik Watson itu ada kadang gula-gula. Air botol Ribena, ubat anak, losyen anak dan minyak rambut aku…
Dia punya cuma sebatang gincu… Cukup dah, kuatnya jadi wanita ni…
Tapi bila kita masuk balik part awek yang aku minat tadi. Aku kasihan dekat dia…
Bila balik rumah aku tengok cermin dekat rumah aku… “Astaghfirullahalazim”
Terkejut ingatkan siapa dalam cermin. Aku rupanya, ingatkan mamat pakistan jual karpet… Hahahahahaha…
Biasalah faktor usia..
Tiberr..
Mingguan Wanita : Wanita yang telah bekeluarga rata-ratanya melebihkan keperluan suami dan anak-anak berbanding diri sendiri. Tetapi perlu diingat sesekali raikan diri sendiri.
Sumber : Putera Nur Muhammad Raihan
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Isteri Jenis Apa Kamu Ni, Suami Kena Basuh Pinggan..’ Terkejut Ditegur Saudara Jauh

Isi Kandungan
ToggleSekarang ini tak hairan dah bila suami tolong isteri di dapur. Bukan setakat basuh pinggan mangkuk, malah memasak untuk isteri dan anak-anak pun ramai dah suami buat.
Sebab kesedaran untuk membantu isteri itu semakin menebal. Lagi pula, ada isteri yang bekerja demi bantu suaminya. Jika dia tidak bekerja sekalipun, isteri bukan duduk diam semata di rumah.
Paling tidak isteri menjaga anak-anak malah mengurus rumah dengan sebaiknya. Dan tugasan itu sebenarnya lebih berat kerana bukan sejam dua isteri hadap. 24 jam pun takkan habis.
Sayangnya ketika suami malah mentua semakin memahami, ada juga segelintir makcik pakcik yang tidak dapat menerima perubahan sedemikian. Bagi mereka, kerja rumah tetap hak mutlak isteri. Suami jangan sampai isteri arah itu ini.
Inilah yang dialami Nuraisyah Abu Husin yang berkongsi catatan dengan Mingguan Wanita. Walau pun suami dan mentua memahami keadaannya, tetap kata-kata ‘pedas’ saudara jauh yang datang ke rumahnya berbekas di hati.
Saudara Jauh ‘Sound’ Suami Basuh Pinggan Untuk Isteri
Terbaca 1 posting, maknye marah anak dia tolong isteri buat kerja dapur…. Ok meh kita cerita real story la ye.
Masa saya stay dekat shah alam almost 5 tahun, pernah skali rumah kami didatangi “saudara jauh”. Memang jauh sebab masing-masing pun xberapa kenal, tp kami invite sebab parent suruh singgah berkenal-kenal dengan sedara.
Saya panggil pakcik & makcik jela ye. Masa dorang datang ni, anak-anak kami kecik lagi. Ayra baru lahir, Adam pun kecik lagi sebab saya beranak dekat 2 beradik ni. Honestly saya memang kurang buat kerja rumah sebab saya LETIH. Letih apa? Letih jaga anak. Iya, letih berjaga malam, letih menyusukan BOTH Adam and Ayra.
Jadi siapa yang uruskan rumah? Yes husband saya. Pagi dia uruskan butik, lepas zohor balik uruskan rumah. Saya buli suami ke? Gilaaaa apa statement ni !
Makcik Bangga Menantunya Tip Top Uruskan Rumah
Ok balik semula cerita sedara jauh tadi, both of them datang singgah sekejap dalam 2 jam je tapi 2 jam tu teruk mental saya kena torture. Dorang sangat-sangat suprise sebab husband saya basuh pinggan lepas makan. I cannot brain la basuh pinggan je pun.
Makcik tu sound saya direct “Isteri jenis apa kamu ni, suami kena basuh pinggan” Nak menjawab orang tua, sedara suami pulak tu. Sambungnya lagi “anak makcik, isteri dia mmg TIPTOP uruskan rumah. semua siap, balik rumah tinggal nak rehat je”
Darah saya mendidih masa ni, kejap lagi kelentang kat meja makan Adam jatuhkan pinggan. Habis berlambak semua. Husband cepat-cepat kutip dan bersihkan kotor-kotor kat lantai.
Maka terkejut besarlah pasangan sedara tadi, pakciknya sound direct kat suami saya. Kenapa Faruq kamu yang bersihkan anak ni, kenapa bukan isteri kamu yang buat? Tugas urus rumah ni tugas isteri, jangan kita suami takut kat isteri pulak.
Baca sini : Isteri kena biasakan suami buat kerja rumah, barulah dia rasa tanggungjawab dan diperlukan
Pak Mentua Sejenis Tolong Mak Mentua Kat Rumah
Aihhhhhhhh, saya panas gila dah. Masalahnya saya ni ada mertua lagi, pak mertua saya memang sejenis tolong mak mertua saya kat rumah. Tolong kemas, tolong masak, tolong everything. Dorang memang handle rumah sama-sama. Dah kenapa pulak acik-acik ni lagi pandai dari mertua saya kan?
Ok long story short, cerita pun dah basi. Cerita lama pun, tapi apa yang saya nak sampaikan macam mana kita didik anak lelaki kita itulah diri dorang lepas kahwin nanti. Kalau kau latih jadi tuan dari kecik, sampai besar panjang dia jadi tuan kat isteri and anak-anak.
Mak pak tak payah la ada mentaliti orang pompuan ni kena buat semua kerja rumah, ni semua mentaliti lapuk. LAPUK DEK ZAMAN ! Orang lelaki sekarang pandai berdikari, pandai tolong isteri, pandai basuh pinggan, selagi dia tak cacat jangan kau cacatkan dia ok !
Sumber/Foto : Nuraisyah Abu Husin
Cari pinggan mangkuk cantik di sini : https://invol.co/cl8zo2f
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI