Masih ramai mak ayah yang suka pukul anak disebabkan rasa geram. Tengok anak lambat bertindak, pukul. Hadap anak yang lembap bila terima arahan, pun kita pukul! Allah… betul ke tindakan kita itu? Untuk selamatkan emosi anak-anak daripada jadi bertambah teruk, jom baca perkongsian daripada Nurul Ilyani ini…
Semasa talk minggu lepas (teknik meningkatkan self-esteem kanak-kanak daripada perspektif pendidik), saya mengulang-ngulang yang kata-kata negatif dan kritikan negatif, pukulan dan jeritan hanya menjatuhkan daya percaya diri anak-anak.
Anak lambat bersiap boleh jadi dia ada isu dengan fokus.
Apabila dia buat satu kerja, dia cepat terganggu dengan benda lain. Contoh, masa dia nak pergi mandi, sudah cepat-cepat, tiba-tiba dia teringat belum cari baju, dia cari baju dulu.
Kemudian masa dia nak cari baju, dia teringat, dia belum cerita dekat mama, ada kucing beranak dalam bilik, dia pergi jumpa mama dulu.
Semua jadi lambat, dia susah nak organize kerja dan aktiviti. Semua jadi lambat.
Ads
Kadang-kadang end up semua tak siap. Dia cuma duduk termenung, mengelamun.
Kasihani anak begini. Dia perlukan bantuan.
Bukan kritikan.
Bukan bebelan.
Bukan herdikan
dan tolong jangan pukul dia.
(Hati sayu, sambil bayangkan Dhuha Tihani? Semua yang saya tulis di atas, semua ada pada Dhuha. Saya sudah lalui. Saya kasihankan dia setiap hari. Saya juga perlu lebih gigih mendidik dia setiap hari)
Ads
Saya terbaca satu status, suaminya pukul anaknya lambat. Semua lambat. Nak bersiap pergi sekolah lambat. Lembab.
Sungguh.
Jiwa kecilnya makin sedih. Makin rendah diri. Makin kurang percaya diri. Dia boleh jadi cepat putus asa.
Ads
Semua pengalaman kecilnya boleh mempengaruhi hidupnya bila dewasa.
Dia mungkin cepat putus asa.
Dia tak berani cuba perkara baru.
Dia lebih moody.
Dia boleh mudah stress.
Dia jadi lebih sukar kuasai pembelajaran.
Dan, bukankah dia yang lambat dan lembab itu anak kita? Amanah kita?
Kadang-kadang kita lebih mudah melabel anak itu dan ini. Lembab. Bodoh. Lambat. Degil. Buas. Tanpa kita tahu apa sebenarnya bentuk pendidikan yang diperlukan mereka.
Untuk saya dan suami,
Ummu Ilham dan Abu Ilham.
Dan untuk pembaca yang mahu ambil inspirasi. Didoakan bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau hari minggu memang mak terutamanya tak ada masa untuk rehat. Ada sahaja kerja rumah yang hendak dibereskan. Ini belum lagi termasuk nak sediakan makanan, jaga anak, buatkan susu anak dan macam-macam lagi.
Ada pun rehat mak-mak, bila anak sedang tidur. Tapi, masa anak tidurlah, macam-macam mak nak buat sebab sebelum ini hanya uruskan anak. Itulah mungkin rutin sehari-hari mak ini. Bayangkan bagaimana pula ayah yang jaga anak. Mesti nampak mudah sajakan. Maklumlah, adanya anak lebih dengar cakap ayah berbanding mak.
Ini belum lagi, kalau mak-mak yang bekerja dan terpaksa tinggalkan anak-anak pada ayah. Macam manalah yer. Rasanya hati mak-mak pun tak tenang bila ingatkan suami dan anak-anak di rumah.
Walau bagaimanapun, tak perlulah nak marahkan anak bila anak lasak atau buat perangai macam-macam. Semua ini sebab dia perlukan perhatian daripada mak ayah. Kena ingat, mak ayah yang bekerja, hanya ada masa berapa jam sahaja untuk bersama anak pada malam hari.
Perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ini, ada benarnya. Bila anak-anak dijaga oleh ayah kerana mak perlu ‘outstation’ atau keluar atas urusan kerja. Mahunya tidak keruan ayahnya melihat telatah anak yang tak reti duduk diam.
Setiap mak ayah pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun, bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar mendengar kata, mengikut ajaran agama yang sepatutnya. Meskipun anak-anak masih kecil, perlu terapkan didikan agama dan batasan dalam pergaulan yang memenuhi syariat. Jika perlu, lebih bertegas dengan mereka terutama dalam bab solat, aurat, pergaulan dan sebagainya.Lebih-lebih lagi, jika mempunyai anak perempuan.
Baru-baru ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 32 ada berkongsi pendirian dalam mendidik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra, 9.
Ramai yang mengetahui Qadejah El-Zahra atau nama panggilannya Cess, merupakan satu-satunya, anak kandung perempuan jutawan kosmetik ini.Dalam video yang dikongsikan, Aliff Syukri sedang menyapu ubat sambil meminta maaf dan memujuk anaknya, selepas merotan puteri kesayangan ini. Ia berpunca kerana Qadejah tidak menjaga batasan aurat.
Berikut perkongsian didalam Instagram beliau;
“Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik”
“Maafkan abah cess, abah teramat sayang cess tapi ni semua untuk masa depan cess.Hari ni abah rotan cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan.”
“Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal…mungkin dia tak faham sebab dia kecik lagi tapi dari kecik ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas tutup aurat.”
“Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri.Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan.”
Terdahulu, Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri berkahwin pada Ogos 2007. Selain, Qadejah El-Zahra, pasangan ini dikurniakan dengan 3 cahaya mata lain iaitu Ammar Ahyan 11, Ibraheem Adham, 7 dan Yusoff al-Qardawi,1 serta seorang anak angkat Ameena, 1.
MW: Melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik anak biarlah daripada kecil agar anak tahu batasan agama yang sepatutnya. Semoga Qadejah El Zahra menjadi anak solehah dan taat pada perintah agama hendaknya.
Jangan buat main-main dengan kecederaan dekat kepala anak, baik luka mahupun benjolan akibat terjatuh dan terhantuk kepalanya. Dibimbangi memberi risiko kecacatan mahupun kematian kepada anak jika mak ayah tak bertindak cepat.
Menerusi instagramnya, Dr Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon, Ummi Nazeera berkongsi tip untuk mak ayah alert tentang kecederaan kepala anak.
Kecederaan Kepala Baby Atau Budak
Anak-anak kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar-sedar dia dah menangis dan baru perasan ada benjol/lebam kat kepala dia.
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan/kematian pada kanak-kanak (Kalau kecederaan terukla). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan / mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam, gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Bila dah parents dah perasan anak tu ada benjol / luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom-simptom kecederaan kepala yang ada pada anak ni. Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom-simptom kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka.
Bila Anak Pernah Terjatuh Dan Kepalanya Terhentak
Bila anak ada menunjukkan simptom-simptom ringan tu, bolehla monitor dulu kejap ke di rumah dan bawa ke klinik kalau risau.
Tapi kalau ada simptom-simptom sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita tak nak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
So ibu bapa, kalau anak-anak tu ada terjatuh dan terhantuk kepala ke, atau tiba-tiba menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom-simptom kecederaan kepala yang dah diterangkan. Jangan lambat bawa jumpa doctor kalau ada simptom-simptom kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta-minta dijauhkan. Aminn