Rambut berbau kerap dialami khususnya oleh wanita terutama mereka yang bertudung.  Masalah ini melibatkan kepam, masam, hapak dan busuk. Walaupun sudah dicuci, bau kurang menyenangkan tetap ada.

Wanita yang berhijab boleh perbaiki penampilan dengan mengambil berat penjagaan rambut. Uruskanlah rambut anda supaya tidak menjejaskan personaliti. Tidak susah cuma anda perlu rajin menjaganya dengan bahan-bahan alami seperti limau nipis, ini kerana ianya mempunyai banyak khasiat.

Elakkan Rambut Berbau, Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Lembap, Rajinlah Rawat Mahkota Sendiri 

Jangan Pandang Ringan Rambut Berbau Hapak, AIR PERAHAN LIMAU NIPIS Rawat & Segarkan Rambut Secara Alami 

Elakkan Rambut Berbau Hapak

Memandangkan rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita, jangan biarkan orang sekeliling dapat menghidu bau masam dari rambut anda. Sama ada berambut pendek atau pun berambut panjang penjagaan rambut sangatlah penting.

Ads

Isteri Jangan Pandang Ringan, Rambut Berbau Hapak Boleh Jejas Hubungan Dengan Suami

Jangan Pandang Ringan Rambut Berbau Hapak, AIR PERAHAN LIMAU NIPIS Rawat & Segarkan Rambut Secara Alami 

TIP & PENJAGAAN RAMBUT DARI BERBAU HAPAK 

  • Pastikan anda memakai tudung yang bersesuaian dan elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala dan seeloknya pilih yang diperbuat daripada kapas.
  • Jangan gunakan anak tudung yang sudah dipakai berulang kali tanpa dibasuh. Ini kerana bakteria berkumpul menjadikan rambut tidak sihat dan berbau hapak.
  • Cuci rambut selang hari. Sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
  • Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Membilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk melembutkan kutikel rambut.
  • Apabila dibuka hijab, berehat seketika bagi memberi ruang udara kepada rambut dan mengeringkan peluh.
  • Pastikan guna syampu yang bersesuaian dengan rambut yang bebas dari chemical tinggi. Dan jika menggunakan perapi tidak mengena pada kulit kepala kerana ianya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak.

RAWAT DIRI DENGAN LIMAU NIPIS

Jangan Pandang Ringan Rambut Berbau Hapak, AIR PERAHAN LIMAU NIPIS Rawat & Segarkan Rambut Secara Alami  Jangan Pandang Ringan Rambut Berbau Hapak, AIR PERAHAN LIMAU NIPIS Rawat & Segarkan Rambut Secara Alami 

Ads

Bahan-Bahan:

2 biji limau nipis

Ads

Cara Membuat:

  1. Perahkan limau nipis.
  2. Sebelum itu dibasahkan rambut terlebih dahulu dan perahan air limau nipis tadi di gosok-gosok kebahagian kulit kepala sehingga habis sekepala.
  3. Biarkan seketika selama 15 hingga 20 minit. Selepas itu bilaskan.
  4. Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C. Ianya membersihkan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur. Juga melebatkan dan menyegarkan rambut secara semula jadi.

Mudahnya Nak Buat DIY Skrub Limau Purut, Rambut Sihat Badan Pun Berbau Wangi!

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI