Memang bukan mudah berkongsi hidup biar pun telah lama bercinta, apatah lagi menuntut kesempurnaan pasangan. Bayangkan selama ini kita hidup dengan cara kita, buat keputusan dengan cara sendiri dan tiba masanya berkahwin serta hidup bersama, segalanya berubah secara total.
Pabila timbul perselisihan, mulalah sang suami menilai baik dan buruk isteri yang tidak kena di matanya. Wahai suami, sebelum menilai isteri, cuba nilai diri anda terlebih dahulu.
Jangan terlalu menuntut kesempurnaan kerana seseorang wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika suami pandai menghargai.
Berapakah nilai kita sebagai seorang lelaki yang bakal atau telah menjadi suami??? Kita selalu mengukur nilai seorang wanita itu terletak pada hantaran dan mas kahwinnya… Semakin tinggi nilai tersebut, semakin besar jugak expectations yang kita harapkan daripadanya…
“Dah bayar 20k, mesti lah kena pandai masak, kena lahirkan anak, kena uruskan hal-hal rumah dan sebagainya…
Ads
“Bayar mahal kot…kenalah tahu serba-serbi dan buat macam-macam…
Tapi pernah tak kita sebagai lelaki yang bakal menjadi suami atau sudah menjadi suami tahu nilai diri kita berapa?
“Nilai seorang lelaki itu terletak pada cara dia menghormati dan melayani wanita…”
Kita boleh bimbing dia? Kita boleh didik dia? Kita boleh bawa dia ke Jannah? Cukup solat kita? On time? Cukup puasa kita? Kita jaga ikhtilat kita?
Ads
Betul tajwid kita, bacaan dalam solat kita? Banyak amalan kita? Berapa dalam ilmu kita, kefahaman kita tentang soal agama?
Sejauh mana kita mempraktikkan agama itu dalam kehidupan seharian kita…? Semua ini kita kena NILAI dahulu diri sendiri sebelum kita MENILAI pasangan kita…
Jangan terlalu menuntut kesempurnaan dari seorang wanita yang bergelar isteri kalau diri kita sendiri penuh dengan cacat-cela…Wanita itu sebenarnya tidak ternilai jika kita pandai menghargai dan melayaninya…
MW: Hargailah isteri sebaik mungkin. Sebelum menilai baik, buruk seorang isteri, kaji dulu nilai diri sendiri sebagai suami. Jika diri sendiri sempurna, barulah tiba masanya menilai orang lain terutama isteri.
Namun apalah gunanya sempurna jika tidak bahagia. Perkara paling penting adalah menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi Nine Zulkarnain berasa sangat seronok menyambut Ramadan tahun ini walaupun dalam norma baharu namun berbanding tahun lalu, dia dapat melakukan solat tarawih di Masjid.
Sewaktu bertemu dengan Nine yang kini semakin aktif dalam bidang seni sejak menyertai program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) berkongsi tentang sambutan Ramadan.
Nine Teruja Raikan Ramadan Bersama Isteri & Anak-Anak
Nine mengakui teruja meraikannya bersama isteri dan anak-anak.
“Alhamdulillah berbanding tahun lalu, Ramadan kali ini lebih menyeronokkan kerana kita dapat kembali untuk solat Tarawih bersama-sama di masjid dan melakukan kebiasaan lain di bulan mulia ini biarpun dalam suasana norma baharu.
“Setiap kali Ramadan, saya juga sentiasa ada aktiviti dengan anak-anak di mana saya akan bawa mereka solat Tarawih di masjid dan meluangkan masa untuk berkongsi sirah-sirah nabi atau cerita tentang para sahabat.
“Isteri juga akan ajak anak-anak sertai dia di dapur untuk buah kuih atau siapkan juadah berbuka bersama,” ungkap bapa kepada tiga orang anak ini.
Ambil Berat Penjagaan Diri
Sewaktu bertemu dengan Nina, ternyata dia kelihatan begitu kemas. Tidak kurang juga ramai yang memuji Nine kerana sentiasa menjaga penampilannya sehingga ke hari ini.
Ditanya bagaimana dirinya menjaga penampilan diri dan kelihatan awet muda, Nine akui sejak dulu dia sememangnya seorang yang amat menitik berat soal penampilan.
“Saya memang seorang yang suka menjaga penampilan diri sejak dulu lagi, cuma selepas bergelar artis saya lebih mengambil berat tentang penjagaan diri termasuk soal menjaga kulit wajah, berat badan dan sebagainya.
“Sebagai selebriti semua perkara itu perlu dititik-beratkan kerana ia adalah pakej untuk kita terus kekal dalam industri, selain produk atau karya yang ditampilkan.
“Jadi saya ada rutin penjagaan diri yang konsisten, termasuk mengunjungi spa untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan sebagaimana yang disediakan Narqes Skintelligent yang menjadi pilihan saya sejak beberapa tahun ini,” ungkap Nina yang ditemubual ketika mendapatkan rawatan di Spa Narqes.
Sumber Foto: Bobong Latif
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya sudah bertaubat, dia tetap tak maafkan.” Ayah tergamak buang anak hamil luar nikah gara-gara kesalahan anaknya itu.
Biarpun anak itu telah sedar perbuatan dan telah bertaubat, sang ayah tetap tidak dapat menerima anaknya lagi, apatah lagi cucunya itu.
Rata-rata netizen bersimpati dengan situasi yang dilalui gadis ini. Kongsi Baitus Solehah, perjalanan hidup yang mendukacitakan…
Apakah ada pelangi dihujung senja?
Saya Sudah Bertaubat
Perjalanan hidup ini telah ditentukan oleh Allah SWT dari awal lagi… Tak kira yang suka atau duka, malah yang bahagia atau derita dan yang senang atau sukar. Segalanya sudah ditentukan…
Masih airmata saya mahu mengalir untuk menaip berkongsi cerita ini. Sayu hati bila berfikir, rupanya masih ada seorang ayah yang kejam dan tidak ada hati kemanusiaan. Mungkin dia cuma fikir hidup cuma setakat di dunia sahaja. Ego sungguh ! Ego kerana tidak menerima qada dan qadar Allah.
Tiga bulan lalu ketika saya membawa pelatih ke sebuah Klinik Kesihatan berhampiran, sedang saya menunggu pelatih menjalani pemeriksaan antenatal, saya didatangi seorang ibu yang agak sebaya saya usianya.
Ibu itu bertanya, ” Ini ummi ke?”
“Hmm…ummi, ada apa ya?”
“Begini, saya ada masalah, anak saya hamil, tadi ketika jumpa doktor, doktor tu yang beritahu saya, cari seorang perempuan selalu berjubah hitam, berniqab dan ramai orang panggil ummi.
Lama saya perhatikan puan, dari puan datang bersama perempuan-perempuan muda yang hamil, saya beranikan diri untuk bertanya sebab saya tak tau nak cari di mana.”
“Ohh, begitu. Mana anaknya?”
“Ini anak saya, hamil 5 bulan. Siapa pun di dalam keluarga saya tak tahu keadaan dia. Boleh puan tolong saya? Ada kekosongan ke di tempat puan?”
“Insyallah , ada . Kebetulan seorang yang baru melahirkan sudah keluar semalam. Boleh lah dia daftar masuk. Bila nak masuknya?”
“Jika boleh hari ini. Nanti lepas balik dari kllinik saya terus ke tempat puan ya, boleh puan berikan alamatnya?”
“Baik, boleh hari ini .”
Ayah Tergamak Buang Anak
Tiba-tiba pelatih ini telah melahirkan bayi pramatang. Pada minggu 33 kandungan, bayi telah lahir dengan berat 1.8 kg (kilogram) sahaja. Bayi dan ibu ditahan di wad selama seminggu. Setelah ibu dan bayi sihat dan selamat, barulah mereka berdua dibenarkan dibawa pulang ke rumah.
Bayi ini mahu dipelihara sendiri oleh pelatih. Tidak mahu diserahkan kepada keluarga angkat. Perancangannya, waris (ibu) akan jemput pelatih untuk diletakkan di rumah ibu saudara pelatih. Tetapi di saat akhir, ibu saudara cuma mahu bayi, tak nak terima dan jaga ibu bayi.
Jadi perancangan waris bertukar. Tak pelah, mereka tak nak jaga ibu cuma nak bayi, maka tak jadi hantar ke sana. Jadi waris bertekad bawa pelatih ni dengan bayinya pulang ke rumah.
Tak sampai sejam, waris menelefon semula, terdengar bunyi esak tangisan di hujung talian. “Ummi, ayah dia tak nak terima.”
“Ayah dia tak nak terima ibu atau bayinya?”
“Dua-dua, ibu dan bayi, ayah dia dah buang dia. Ayah dia tak beri dia masuk rumah. Saya tak tahu nak hantar dia ke mana. Ummi tahu ke tempat lain yang boleh terima anak saya ni?”
Terdiam saya, sambil saya menangis, “Kenapa ayah dia tergamak buang anak? Anak itu sudah taubat dan berubah. Tekad hendak pelihara sendiri bayinya supaya dapat membina masa hadapan yang baru, kenapa ya?”
“Saya tak tahu ummi, suami beri kata pilihan pada saya. Sama ada nak anak atau suami? Saya cuma ada seorang saja anak perempuan, apa saya nak buat ummi? Mana saya nak pilih? Dua-dua ada hak untuk tinggal di rumah inikan?”
“Ya, dua-dua ada hak. Lagi pula , anak perempuan ini masih di bawah tanggungjawab ayah selagi dia belum berkahwin.”
“Ayah dia tak nak ummi, ayah dia tak mahu dia ada dalam rumah ni, ke mana saya nak letakkan dia ummi?”
“Begini sajalah, buat apa ramai orang tahu aib dan maruah dirinya, hantarlah semula dia ke Baitus Solehah. Saya sanggup saja jaga dia sampai mati. Dah ayah dia tergamak buang dia, buanglah dia dunia akhirat.”
“Baik ummi, nanti saya hantar semula ke sana ya.”
Ayah Terus Marah
Rupanya, satu barang pun belum diturunkan dari kereta ketika tiba di rumah tadi. Ketika waris yang bawa pelatih tiba di rumah, ayahnya telah ada di rumah. Apabila melihat pelatih turun kereta bersama bayinya, ayahnya terus marah. Dan berlakulah drama tanpa skrip.
Mereka tiba semula selepas solat maghrib. Ketika tiba, sebaik pelatih turun kereta, terus dia memeluk saya. Menangis di bahu saya, “Ummi, ayah dah buang saya, usahkan anak saya, saya pun ayah tak nak terima. Saya tahu saya dah buat silap. Tapi saya dah bertaubat, ayah tetap tak maafkan saya.”
“Tak mengapalah, mari masuk. Insyallah ummi jaga kamu.” Sambil saya pimpin tangannya masuk ke rumah. Bayinya saya kendong di tangan kanan.
“Bersabarlah dengan ujian ini, bukankah selalu dipesan, yang kamu akan diuji dengan ujian yang besar apabila kamu bertaubat dan ingin berubah menjadi baik? Inilah iman. Insyallah, jika kamu mampu melaluinya dengan redha, Allah akan pimpin kamu di jalan yang benar.”
“Allah nak uji janji dan ikrar kamu, dan kehendak Allah kamu berada di sini. Semoga rahmat Allah bersama kamu sentiasa. Usah risau akan rezeki kamu dan bayi ini, semuanya dalam jaminan Allah, kita hiduplah seadanya.”
Bertangis-tangisanlah kami semua. Padanlah kata bibik, ” Ketika dia pamit mahu pergi tadi, saya tak sedih pun. Rupanya dia pulang semula ke sini.” Bibik lagilah menangis mengogoi sedih melihat dia masuk dengan bahunya saya pimpin.
Sedih yang amat, apabila benar-benar berhadapan kisah nyata. Selalu tengok sinetron saja, cerita sedih yang diarah oleh penulis skrip.
Bagaimana akhiran kisah ini, hanya Allah yang mengetahui. Tinggal dia menjadi penghuni Baitus Solehah semula. Berapa lama tempohnya, hanya Allah yang tahu.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Mingguan Wanita : Kesilapan yang telah anak lakukan adalah ujian buat semua, sama ada pada ayah atau anak. Memang tak mudah terima kenyataan yang menyakitkan, namun jangan ego hingga hingga membuang anak yang menjadi amanah pada mak, ayah.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti diuji dengan bermacam dugaan. Baik dikurniakan cahaya mata yang ramai, malah ada juga yang belum ada cahaya mata.
Itu lumrah bagi mana-mana pasangan yang berkahwin. Cuma, bagaimana mereka menerima ketentuanNya itulah yang menjadikan suami isteri itu damai atau tidak hatinya.
Bagi Enny Mohamad, beliau dan suami juga diuji perkahwinan mencecah 8 tahun, dan belum direzekikan cahaya mata. Tetapi beliau dan suami memilih untuk mencari bahagia dengan cara sendiri.
Berkahwin 8 Tahun, Belum Ada Cahaya Mata
Married for 8 years.
Belum ada cahaya mata. Tapi tak apa, yang penting mata kami tetap bercahaya.
Anak-anak buah ada.
Ada anak-anak kawan pun ramai (sabahat sis ramai yang produktif)
Ok lah untuk menumpang kasih kannn.. banyak lagi nikmat lain Allah bagi di muka bumi ini.
Orang tak ada anak ni.. retirement plan dia lain.. setakat ni perancangannya, nak travel sama-sama ke sana ke mari.. nak ziarah sapa-sapa yang ada kat overseas.. Kalau nanti ada rezeki anak, tak tahu la planning macam mana kan.
’Ujian Tak Ada Anak Tak Seberat Kami Yang Ada Anak’
Tapi sedih juga dengan satu ayat orang..
“Korang tak ada anak, ok lah.. ujian tak ada anak tak seberat kami yang ada anak ni..”
Alahai puan.. kalau laaa awak tahu hati kami yang tengah tunggu rezeki ni. Pasti awak tak nak duduk tempat kami. Pasti awak lihat anak itu sebagai satu rahmat, pasti awak akan rasa syukur nikmat sangat tengok wajah anak.
Allah bagi kita ujian atas kemampuan kita.. Allah Maha Adil.. paling Adil sekalian alam.. berpegang saja pada itu. Insyaaaallah, tak akan terbeban.
Yang best bila belum ada anak ni..
Boleh berlakon pengantin baru
Masa ikut suka la 2 pagi nak keluar pun ok
Travel adhoc kita selalu kasi onz
Nikmat mana nak di dusta?
Sahabat TTC, sabar banyak-banyak ya.. buat masa ni jom kita enjoy.
Mingguan Wanita : Ujian setiap orang tidak sama, tetapi andai bersabar dan bersyukur dengan setiap ujian yang tuhan berikan. Tentunya, hati jadi lebih berlapang dada dan tenang. Semoga isteri yang sedang TTC (Sedang Berusaha Untuk Hamil) diberikan kemudahan untuk bergelar ibu.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...