Tanyalah mana-mana isteri di luar sana, kalau masuk dalam kereta, hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja, mungkin juga setengah jam perjalanan. Selepas itu, isteri mula senyap dan dibuai mimpi indah. Tidur dalam kereta.

Lebih-lebih lagi, bila berjalan jauh atau balik kampung. Mahunya dua tiga kali isteri boleh tidur dalam kereta. Asalnya untuk teman suami supaya tidak mengantuk semasa memandu. Last-last, isteri yang tidur.

Jangan dimarah atau kejut isteri bila dia tidur dalam kereta. Sebenarnya, rata-rata isteri memang akan begini dan inilah tempat yang paling tenang buat isteri berehat kerana dia akan lupakan segala kerja-kerja rumah dan segala kepenatan dapat dihilangkan bila berada dalam kereta.

Begitulah juga apa yang dikatakan oleh Dr Redza Zainol. Isteri tidur dalam kereta bukan sengaja tapi dia ingin hilangkan kepenatan dan ingatan pada hal-hal urusan kerja rumah yang memang tak habis.

Rancak Berborak, Tiba-tiba Senyap

Saya perhati saja sejak kami masuk ke dalam kereta.

Pada mulanya kami rancak berborak sampailah lama-lama tu baru saya perasan. Eh, senyap je.
Rupa-rupanya isteri dah tertidur.

Dulu masa mula-mula nampak isteri saya tertidur dalam kereta, saya tersenyum seorang diri. Saya fikir ruginya tidur dalam kereta.

Saya ni jenis yang suka tengok keadaan sekeliling. Tengok bangunan, kedai atau apa-apa saja. Signboard besar-besar tepi jalan pun saya suka tengok.
Dah lama kahwin, barulah saya perasan yang isteri saya tidur tu sebenarnya sebab dia sedang kepenatan.

Sejak tu, saya akan biarkan je dia tidur selena-lenanya. Kalau di lebuh raya, saya akan pandu kereta dalam kelajuan yang sama dan saya tak akan potong kereta lain melainkan kalau sangat perlu.

Kalau boleh, saya tak nak dia terbangun pun. Biarlah dia rehat.
Paling kelakarnya, setiap kali dia terjaga dari tidur, dia akan rasa bersalah sebab tertidur. Dia kata dia patutnya temankan saya masa memandu. Saya gelak je. Nak tidur, tidur je lah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ketika Isteri Penat Sangat, Suami Cuci Pinggan, Kosongkan Sinki Sebelum Tidur

Isteri Asyik Terbaring Bukan Malas Tapi Penat Emosi. Suami Kena Hati-Hati!

Ads

Info Lebih Menarik DI SINI

Tempat Paling Tenang

Sebenarnya, bila isteri kita ada dalam kereta, itu boleh jadi tempat yang paling tenang untuk mereka. Bilik mandi pun tak setenang macam dalam kereta.

Dalam kereta, minda isteri bertukar kepada minda berehat. Mereka tak lagi nampak dapur yang bersepah, lantai yang kotor atau baju yang bersepah.

Setiap masa di rumah, otak isteri akan bekerja tanpa henti menguruskan itu dan ini di rumah. Tak habis satu, ada lagi satu kerja nak dibuat.

Ads

Tapi bila masuk dalam kereta semua imej rumah bersepah, baju bertimbun pun menghilang. Sebab tu bila masuk dalam kereta, terus otak dan badan isteri sama-sama berehat.

Jadi bila isteri ajak kita keluar rumah, niat tanpa sedar sebenarnya dia cuma nak berehat.

Bukan Malas

Kadang-kadang suami nampak isteri macam malas nak temankan suami memandu sebab asyik tidur. Itu bukan malas tapi kemungkinan besar isteri sedang ada penat yang melampau.

Percayalah, kalau isteri dapat tidur walaupun hanya 20 minit, kita boleh nampak muka dia jadi segar dan lebih berseri-seri. Sebab tu saya tak berkira pun kalau dia nak tidur.

Ads

Bila isteri terlalu penat, isteri yang baik pun boleh berubah menjadi garang pada anak-anak dan keluarga.

Kalau nampak isteri tengah tak keruan dan masam muka sepanjang hari, itulah tanda mereka sedang kepenatan. Cuti hujung minggu ni bawalah mereka berjalan.

Bila isteri dapat rehat yang cukup, dia akan membahagiakan keluarganya semula.
Isteri ni kadang-kadang tak tahu macam mana nak cerita benda begini pada suami.

MW: Kadang-kadang terlelap 10 minit pun dah cukup, rasa macam dah lama tidur kan!

Sumber: Dr. Redza Zainol

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI