Mak-mak jangan marah kalau anak buat salah, cuba dengar dulu dan beri peluang anak jelaskan kenapa benda itu berlaku dan ajar dia minta maaf.
Kemudian barulah anda boleh bagi nasihat dan tegur anak. Ya, tak mudah sebab bila tengok benda dah jadi bubur pastinya rasa nak marah itu tak boleh dikawal.
Tetapi itulah, kesan buruknya anak akan terus berbohong di kemudian hari. Untuk jentik hati mak ayah dalam mendidik anak-anak kecil menjadi orang berguna, jemput baca perkongsian Nurul Ilyani…
Kali pertama..
“Siapa yang makan tinggal?” -Sang ibu
“Saya ibu” -Sang anak
“Kenapa kamu makan tak kemas? Ibu pukul nanti. Eii geramnya!!!!!”- Sang ibu
“?”- Sang anak
Kali kedua..
“Siapa yang makan tinggal?”- Sang ibu
“Tak tahu” – Sang anak
Ads
“Kamu tipu ya. Kamu je ada kat sini!!” – Sang ibu
“Tak, mana ada” -Sang anak
“Ya, ibu tahu, kamu yang makan tak kemas” -Sang ibu
“Tak, ibu. Betul” -Sang anak
Semasa dengar sharing Ustaz Nouman Ali Khan, ia seperti muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar, perlakuan kita terhadap anak, sedangkan anak memang fitrahnya baik dan suci, kita yang mencorakkannya. Termasuklah apa yang kita kata, apa yang kita buat.
Antara tip yang beliau share ditambah dengan pengalaman dan pengetahuan saya:
Ads
1) Jangan marah
Maksudnya, apabila anak berkata benar, terima kesalahannya dan betulkan. Terus beritahu apa yang perlu dia lakukan.
“Okay, Dani sekarang, makan kena kemas, jadi, pinggan semua letak sinki, basuh, sapu lantai, lap meja”✅
“Hiiii pergi sekarang ambil penyapu!!!kemas meja. Malas. Pandai makan tak pandai kemas!!”??❌
2) Jangan hukum
Maksudnya akibat dia berkata benar, jangan hukum.
“Kamu makan tak kemas ya, lepasni tak payah makan. Faham!”?❌
Apa nak buat jika anak sudah bohong?
Ads
Ustaz Nouman Ali Khan share lagi:
1) Selalu percayakan anak, walaupun kita tahu dia bohong.
“Okay Dani, ibu percaya Dani tak kan makan sepah dan tak kemas”✅ (Ketap bibir tu, sabar ibu, sabar)
Kemudian, beritahu dia supaya bantu kita selesaikan.
“Dani, ibu nak minta tolong kemas tempat makan ini, ya?”✅
2) Macam biasa, lepas habis anak selesaikan isu itu, beri pujian perbuatannya dengan betul.
Sebutkan perbuatan dan impaknya. (Boleh rujuk teknik nabi)
Nota:
Anak takut kena marah atau dihukum, jadi mereka akan terus berbohong. Peranan kita didik anak berkata benar dan sentiasa benar dan berani mengakui kesalahan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cuba tanya diri sendiri, bila kali terakhir suami suap makanan ke mulut isteri? Adakah waktu makan beradap masa hari persandingan? Kalau betul memang rugilah kaum suami sebab tak merebut pahala yang banyak bagi suami yang suap isterinya makan.
Dari Sa’d bin Abu Waqash RA bahwasanya dia mengkhabarkan, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu dengan mengharap reda Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu”.(HR Bukhari No: 54) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap pemberian suami ke atas isterinya dengan mengharap reda Allah akan tetap mendapat ganjaran pahala.
2. Pemberian suami ke atas isteri seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal adalah suatu kewajipan. Setiap yang diberi kepada isteri termasuk menyuapkan makanan ke mulut isteri akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW:
ولهنَّ عليكم رزقُهن وكسوتُهنَّ بالمعروفِ
“wajib bagi kalian (para suami) memberikan rezeki (makanan) dan pakaian dengan baik kepada mereka (para isteri)” (HR. Muslim No:1218)
Juga hadis yang diriwayatkan dari Muawiyah Al-Qusyairi:
قلت: يا رسول الله! ما حقُّ زوجة أحدِنا عليه؟ قال: أن تُطعِمَها إِذا طَعِمْت، وتَكْسُوَها إِذا اكتسيت، ولا تضربَ الوجه، ولا تُقَبِّحَ، ولا تهجرَ إِلا في البيت
Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa yang berupa hak isteri yang wajib kami tunaikan?’. Baginda bersabda: ‘engkau beri ia makan jika engkau makan, engkau beri ia pakaian jika engkau berpakaian, dan jangan engkau memukul wajahnya, jangan mencelanya, dan jangan memboikotnya kecuali di rumah” (HR. Abu Daud No: 2142) Status: Hasan.
3. Para suami wajib menunaikan hak isteri yang menjadi tanggungjawabnya seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.
Maksud hadis ini ialah memberi nafkah zahir iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal…
Tapi kalau suami selalu melazimi menyuap makanan ke mulut isteri lagi bertambah pahala…
Jadi, banyak pahala suami suap isteri makan. Mudahnya nak bagi nafkah makan, ya! Janganlah suap isteri pada hari makan beradab itu saja,. cuba jadikan amalan dalam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mahasiswa dulu memang kental. Sudah terbiasa hidup susah, tapi tahu bagaimana mahu mengubah situasi sukar menjadi peluang yang membina masa depan hari ini.
Perkongsian Abdul Qayyum Hadi (Abu Syifaa’), tenaga pengajar bahasa Arab di CALSD ini boleh dijadikan panduan yang cukup baik untuk anak-anak muda. Beliau mendirikan rumah tangga ketika masih dalam pengajian.
Selepas menjadi suami, Abdul Qayyum jimat cermat uruskan wang bulanan yang ada. Untungnya, isteri juga mempunyai pengalaman dan pemikiran yang sama.
Mahasiswa Ikat Perut
Adakah situasi terkini dengan 10 tahun lepas sama? Saya tak pasti. Cuma saya teringat:
“10 tahun lepas saya dan isteri, Norfatihah Omar melangsungkan perkahwinan ketika sama-sama masih dalam pengajian. Tak terfikir pula istilah ikat perut.”
Berbekalkan pinjaman PTPTN (sekarang masih istiqamah membayarnya) + buat kerja home tuition dapatlah menyara keluarga TANPA meminta bantuan kewangan daripada keluarga (untuk tujuan makan minum).
Pada 2010 kami membeli kereta baharu VIVA, kami istiqamah membayar ansuran bulanan TANPA sangkut sehinggalah habis tempoh ansuran. Selepas habis ansuran, kami beli Alza pula. Itu sahaja kemampuan kami.
Apa yang kami lakukan?
Hanya sikap berjimat cermat jalan penyelesaiannya. Bukan jadi Haji Bakhil ye. Tapi berbelanja ikut situasi semasa. Perangai ini terbawa-bawa sehingga kini.
Sebagai contoh, kemampuan isteri saya sebagai guru kerajaan memang boleh dapat lebih daripada sekarang. Banyak benda beliau ‘tak jadi beli’ sebab memikirkan banyak perkara.
Kawan-kawannya hairan kenapa tak upgrade diri dengan peralatan dan perhiasan diri yang class class gitu. Dia tak minat.
Buku catatan dari zaman mahasiswa masih elok disimpan.
Pelajaran Dari Zaman Mahasiswa Berguna Sampai Sekarang
Saya katakan “inilah yang kita belajar masa kita susah dulu“.
Kita sangat menghargai wang dan pendapatan yang diperolehi. Jangan biarkan ianya berlalu dengan begitu sahaja.
√ Buat simpanan tetap. √ Niatkan wang simpanan akan digunakan untuk membantu saudara mara kita atau ibu bapa kita yg dalam kesusahan. √ Dan ketika berbelanja, fikirkan apakah sesuatu barang tu keperluan atau kehendak. √ Jangan sertai mana-mana aktiviti scam. √ Berdoalah agar kita tidak terjebak dengan perkara itu.
Kita banyak mengorbankan diri kerana mahu nampak gah di sisi orang lain. Tapi diri merana. Jadilah diri sendiri.
Banyak benda lagi yang boleh dipelajari dalam hidup ini. Berjalan atas kehendak Ilahi, pasti hidup akan diredhai.
Catatan Isteri Bila Baca Perkongsian Semula Suami
Ini tulis isterinya, Norfatihah Omar, “Kumpul duit beli barang baby last minit. 30 july baby dah lahir. Bila tengok catatan ni rasa berair dan menitis air mata. Suka duka masam manis ado blako..alhamdulillah.“
MW : Jadi anak-anak muda, andai ketika ini anda merasai sukarnya menuntut ilmu di jalan Allah. Maka, kentalkan hati dan emosi. Kerana pelajaran waktu susah inilah, kelak jadikan anda seorang yang hebat.
Bukan sekali kes kepala kena kipas angin, terbaru seorang kanak-kanak lelaki pula jadi mangsa disebabkan seronok bermain.
Macam kita tahu, agak gerun apabila mendengar ungkapan kecederaan di kepala kerana kita yakin dan percaya bahawa kecederaan kepala ialah suatu keadaan yang boleh membawa maut.
Ujian Allah datang dalam berbagai wajah untuk menguji kesabaran hambaNya untuk dekat dengan DIA.
Kejadian Sebelum Kena Kipas Angin
Dan ini salah satunya yang dilalui oleh keluarga waris Pasti Assalam 2017, anak lelaki yang ceria dan lasak naik atas bumbung kereta. Masa itu kipas angin di bumbung tempat parking tengah berpusing kena kepala dia hingga berdarah bersemboq ke dinding dan patah sayap kipas tu.
Dia turun sendiri dari kereta dan dapatkn ibunya yang tengah makan tengahari di dapur.
Syukur alhamdulillah, berminggu di hospital akhirnya kering dan lega dah lukanya terus boleh balik berehat di rumah.
Dia dibekalkan ubat untuk makan di rumah.
Tapi Tak Sangka Sekali Jadinya…
Baru nak baik, mungkin salah ubat atau dia memang alergi dengan ubat tu, lepas makan ubat terus badan dan mulut jadi biji-biji macam campak.
Dibawa ke hosptal kulim dan dihantar ke hospital Penang, dah tak boleh nak makan minum guna mulut. Hanya makan melalui wayar ke hidung.
Sabarlah wahai anak… ibu ayah dan ahli keluarga yang lain doakan kamu.
Bagi Yang Nak Hulur Bantuan
InsyaaAllah anak lelaki ini akan kembali baik, tetapi andai ada yang nak hulurkan bantuan pada keluarga ini seikhlas hati, boleh teruskan niat sebab ayahnya sekadar berniaga ais kiub ke kedai-kedai. Ibunya pula suri rumah.
Nombor untuk hubungi: 0194579386
Semoga diberi kesembuhan kepada anak ini lebih cepat dan segala urusan mak ayahnya dipermudahkan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...