Walau sekecil mana pun gaji suami atau isteri bekerja pun, jangan sesekali lokek untuk memberi pada isteri. Sementelah isteri bekerja atau bergaji lebih besar daripada suami. Ini tidak, bila isteri mempunyai gaji sendiri, suami mula buat-buat lupa memberi isteri nafkah.
Memang isteri tidak meminta tetapi sebagai suami, kena ada rasa tanggungjawab. Jangan berkira untuk memberi pada isteri dan jangan sesekali meletakkan perbelanjaan rumah atas bahu isteri.
Kadang-kadang suami mula ambil mudah pasal perbelanjaan rumah apabila isteri mempunyai duit poket sendiri. Malah, suami pula mengharapkan isteri yang mengambil alih tanggungjawab untuk perbelanjaan rumah.
Bukan sahaja perbelanjaan diuruskan oleh isteri, bahkan suami mula kedekut keluarkan duit sendiri semata-mata untuk diberikan pada keluarga. Jangan begitu, bimbang rezeki makin berkurang. Jangan berkira-kira nak beri pada isteri, mana tahu dengan niat ikhlas suami, makin berlipat ganda rezeki yang Allah bagi nanti. Percayalah.
Inilah yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop tentang suami yang tidak pernah lokek pada isteri. Sanggup ketepikan keinginan semata-mata mahu dahulukan pada isteri. Asbab tidak lokek pada isterilah, ada rezeki yang tak disangka-sangka datang pada suami.
Baru mula nak lepak sambil makan kacang tadi, tetiba bertalu-talu masuk whatsapps.
Kawan saya meluahkan rasa sebak dan terharu. Dia bagitahu suami dia dapat hadiah utama cabutan bertuah. Televisyen!
Ads
Ironinya, suami dia memang teringin betul nak beli TV baru macam ini bulan lepas.
TAPI… Tak jadi beli. Sebab apa tak jadi? SEBAB… Suami dia belikan kawan saya ni gelang. Sempena ulangtahun perkahwinan diaorang baru-baru ini. Gelang pulut dakap yang orang duk terliur sangat tu. Hah!
Pengorbanan Suami
Baru saja berborak dengan kawan saya tadi tentang post saya baru-baru ni. Tentang pengorbanan. Pasal ikhlas dan pasal sabar. Tup-tup hari ini kena kat dia sendiri.
Sungguh lah kan.
Rezeki Allah.
Tak pernah salah.
Rezeki tu kalau dah kita punya, pusinglah kot ceruk mana pun. Pasti akan jadi milik kita juga akhirnya. Cuma tinggal lambat dengan cepat je.
Ads
Ikhlaskan Hati
Ikhlas menggembirakan orang walau terpaksa mengorbankan kehendak kita tu, sakit. Tapi, sungguh. Besar nilainya sisi Tuhan. Dan pasti. DIA akan beri ganti sebagai ganjaran.
Macam Allah janji. Jangan lokek dengan isteri. Kalau murah hati dengan dia, gembirakan hati dia, Allah pasti akan tambah lagi.
Dan….
Sebagai pengajaran terakhir.
Kalau teringin nak apa-apa, tunggu!
Pergilah belikan isterimu gelang dulu.
Eh!
MW: Jangan berkira nak bagi sesuatu pada pasangan. Baik isteri atau suami. Insya Allah, kalau ikhlas lagi banyak yang Dia beri. Cuma kita kena sabar. Cepat atau lambat saja.
Bukan mudah nak pikat selera anak yang tak makan sayur. Pantang nampak warna hijau, cepat-cepat dia tolak ke tepi. Sudahnya mak susah hati sebab fikir anak tak cukup vitamin dalam badan.
Apa kata cuba resepi bakwan sayur yang dikongsikan Cik Puan Mimi Lyini, cara membuatnya pun mudah saja.
“Hai, happy sunday all.. anak saya memang tak makan sayur tapi bila di buatkan jadi bakwan sekejap je habis. Bila ada anak-anak yang susah makan sayur cubalah macam ni, insyaAllah.”
“Tambahkan sedikit serbuk kunyit nak tambah color dia lagi cantik. Tak nak letak pun ok aje.”
Anak sepuluh tak mampu jaga mak seorang, janganlah kita suka-suka jatuhkan hukum. Menjaga ibu bapa yang sudah tua adalah satu tanggungjawab yang besar dan dianggap sebagai satu kewajipan moral serta agama.
Anak Sepuluh Tak Mampu Jaga Mak Seorang, Janganlah Kita Suka-suka Jatuhkan Hukum
Namun, terdapat situasi di mana anak-anak yang ramai pun tidak mampu untuk menjaga ibu mereka yang seorang. Dalam keadaan seperti ini, adalah penting untuk kita tidak cepat menjatuhkan hukum dan menghakimi mereka.
Berikut perkongsian Dr Tiny Azleen Yahaya yang diberi kesempatan menjaga orang tuanya yang sakit. Setiap anak itu ada bahagian rezeki masing-masing dalam urusan menjaga orang tua yang sakit mahupun sudah uzur.
Setiap kali balik pejabat, inilah dahulu yang dikelola, kemudian nanti, baru balik rumah.
Mengintai Lebuhraya Syurga
Sejak jaga ayah yang sakit ini, banyak sungguh yang Allah ajar dan nampakkan pengajaran.
Saya tak tahu pada orang lain, tapi pada saya, antara yang saya terkesan adalah kata-kata ini yang kemudian saya cuba kaitkan dengan realiti.
‘Mak seorang boleh jaga anak sepuluh orang, anak sepuluh tak tentu mampu jaga mak seorang.’
Ibu Boleh Jaga Sepuluh Anak, Tapi Anak Sepuluh..
Apabila menjaga ayah, baru saya sedar, menjaga orang tua seorang tidak langsung sama seperti menjaga anak yang sepuluh!
Ya. Ibu seorang boleh jaga sepuluh anaknya sebab kalau sekali ibu itu tempik dan jegil bijik mata, berterabur anak-anak yang sepuluh lari ikut cakap mak dia.
Tambahan pula, mak yang ada anak sepuluh, tugas jaga adik-adik yang kecil, di delegate / di alihkan kepada kakak abang yang besar untuk membantunya.
Mak Ada 10 Adik Beradik..
Seperti mak Zakiah Hashim. Mak ada 10 adik-beradik dan antara tugas yang arwah tok delegate kepada mak adalah masak, basuh baju, mandikan adik-adik, siapkan makan pakai adik-adik dan sebagainya.
Sampailah mak kahwin, tetap ada kebajikan dan keperluan adik-adik yang mak bantu selia, yang memudahkan kerja arwah Tok dan Wan dalam mengasuh anak-anak yang sepuluh itu.
Kalau lap muka, ayah mahu, kalau suruh makan, jenuh bergaduh.
Anak Kena Dengar Cakap Mak, Walaupun..
Dan anak-anak, tiada pilihan melainkan duduk jugaklah mengadap mak yang garang, cengei, tarzan atau singa. Mau tidak, duduklah dalam rumah tu juga. Kena dengar patuh pada apa yang mak suruh. Kena DENGAR CAKAP!
Anak yang sepuluh, kalau degil tak dengar cakap, kuasa veto mak membolehkan segala cubitan, jeritan, jegilan mata, rotan, tali pinggang, hanger, segala peralatan naik badan anak.
Kalau anak malas mandi, cempung je masuk bilik air. Kalau malas makan, cekak pinggang suruh diaorang duduk makan. Takpun ugut akan tinggal di rumah tak bawa jalan kalau taknak makan. Senang kerja mak!
Kalau anak dapat hukuman daripada mak, berbirat badan anak, tiada siapa yang persoalkan. TITIK!
Nak Kata ‘Ugh’ Kat Mak Pun Tak Gamak
Cuba kalau mak / ayah kita perlakukan begitu. Aduh. Jangan setakat kutukan makian orang sekeliling, memang menempah neraka paling bawah la tu!
Malah, hati sendiri pun tak gamak, waima untuk berkata “Ugh”!
Itu yang kami lalui saat ini.
Untuk angkat ayah seorang diri, aduhai, silap gaya mahu terlari tulang atau terkena slip disc.
Dua orang minimum diperlukan untuk kelola ayah terutamanya urusan cuci najis, salin lampin dan salin alas katil.
Selesa mukanya dan badannya dilap.
Gelak Dan Tangisan Sudah Sama Banyak
Dan lagi, kami adik-beradik alami sendiri tekanan emosi apabila desak ayah supaya makan. Kakak sampai terpaksa ‘ugut’ ayah untuk suap makannya.
Ayah marah, “Apa ni ugut-ugut!“, jerit ayah dalam suara yang tidak berapa jelas biji butirnya.
Nak gelak atau nak menangis, sama banyak dan sudahnya dah tak tahu nak bertindak apa.
Apabila mak paksa suruh ayah makan, dia kata, “orang kata tak mau, tak mau la. Awat dok paksa-paksa ni?“ lepas tu mukanya merah. Tak tahulah sama ada marah atau sedih, atau mungkin kedua-duanya.
Selepas itu, ayah tak nak cakap dengan mak. Dia panggil anak kakak sahaja walaupun mak ada di sisinya.
Inilah juga yang saya kena semasa di IJN. Dia tetap panggil nurse walau saya ada di sebelah. Dia tak hirau. Merajuk!
Puncanya kerana saya tak bawa dia masuk bilik air untuk mandi! (dah wayar berselirat seluruh badan, celah mananya nak boleh tolak masuk bilik air bagi mandi?!)
Rasa hati, Tuhan sahaja mengetahui. Takut, sedih, kesal, bimbang… Semua rasa ada.
Adik bongsu sepenuh tenaga membetulkan kedudukan ayah.
Logiknya Anak Yang Ramai Tak Mampu Nak Jaga
Berbalik kepada mak / ayah yang seorang dan anak-anak yang ramai itu tak mampu nak jaga. Logiknya di sini adalah:
1. Anak sudah berkeluarga dan keluarganya juga perlu dijaga;
2. Anak bekerja dan kebanyakan kerjaya sekarang mengikat waktu dan tenaga individu kepada kerjayanya, baik yang makan gaji mahupun yang bekerja sendiri. Tipu sangatlah kalau ada yang mempunyai masa yang banyak jika masih perlu mencari duit sara bulanan untuk perbelanjaan (yang memang dah duit berkepuk dalam simpanan, itu memang betullah masa dah terlebih-lebih).
3. Meski ada anak yang ramai, tak tentu mak / ayah serasi untuk tinggal bersama semua anaknya. Mak ayah kadang-kadang ada ‘anak feveret’ mereka yang tersendiri.
… Dan ya, banyak lagi kekangan anak yang 10 itu untuk menjaga mak / ayah yang seorang itu!
Janganlah Sesuka Hati Jatuh Hukum Dekat Anak..
Jadinya, janganlah sesuka hati menjatuh hukum anak sepuluh tak mampu jaga mak seorang dengan perbandingan mak seorang mampu jaga anak sepuluh.
Setiap anak yang sayangkan mak ayahnya pasti mahu merawat dan menyantuni mak ayah mereka sebaiknya. Namun, pelbagai kekangan dan ketidakmampuan menyebabkan ada anak yang tak mampu merawat dan menyantuni usia tua mak ayahnya dengan sebaik-baiknya (yang memang sengaja, itu lain kategori!)
Kerana Semua Ini Berbalik Pada Rezeki
Dan ya, semua ini berbalik kepada rezeki. Rezeki anak dan rezeki mak ayah.
Bagaimana bentuk rezeki yang Allah janjikan kepada hambaNya, dalam menyantuni juga disantuni dengan cara yang DIA aturkan, itu adalah hak-Nya!
Dan kita, terus sahaja doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, mohon Allah permudahkan semuanya. Amin.
Kaktiny, Paling takut mak ayah merajuk atau terasa hati. Boleh rasa macam nak bunuh diri woi!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecur air liur, Sotong Masam Manis Ala Thai Makan mak-mak wajib cuba masak. Sambil dengar lagu raya terkenang suasana di kampung, memang sayu. Hari ini sudah 19 hari kita berpuasa, mak-mak mesti dah terkenang kampung halaman.
Apapun menu berbuka petang ni wajib dihidangkan di meja tau! Apa kata jom kita masak Sotong Masam Manis Ala Thai Makan Sekali Nak Lagi!
Kecur Air Liur
Mudah saja kiranya kalau tutup mata pun boleh buat sebab mak-mak kan dah pro di dapur. Resipi mudah ni 5 minit dah boleh siap yang penting kena ada sotong. Jom cuba resipi ni untuk berbuka petang ini.
Bahan-Bahan:
10 ekor sotong disiang dan dibuang kulit
Bahan sos:
6 ulang bawang putih (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 tangai (akar ketumbar)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam dan serbuk perasa.
1 biji air perahan limau
Daun ketumbar dipotong halus
Cara Memasak :
1.Masukkan sotong ke dalam kuali kemudian masak kan sotong tersebut.(ketepikan sotong yang telah dimasak)
Untuk sos masukkan bawang putih, cili padi, cili merah, akar ketumbar ke dalam mangkuk kemudian gaul.
3.Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula, garam, serbuk perasa dan air perahan limau atau lemon serta daun ketumbar.
4.Kacau dan akhir sekali masukkan sotong dan gaul sebati. Siap! Sudah boleh dihidang bersama menu lain sewaktu berbuka puasa nanti.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...