“Jangan ‘Give Up’ Bila Rumahtangga “Berderai”, Allah Tengah Pilih Yang Baik-Baik,” Che Ta. Bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina jika tiada kesabaran yang tinggi. Namun demikian, jika perkahwinan ‘berderai’ di tengah jalan jangan sesekali serik untuk mencari jodoh dan membina perkahwinan baru.
Itu antara pesanan berharga pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan, 51 pada para wanita yang sedang melalui episod kekecewaan akibat kegagalan perkahwinan.Ia dikongsikan sempena meraikan ulangtahun perkahwinan pelakon ini yang ke-9, pada 13 Disember baru-baru ini.
Jangan Pernah Serik Dalam Perkahwinan
Ramai mengetahui pelakon Kiah Pekasam ini pernah melalui episod duka, jodoh tidak berkekalan dalam perkahwinan pertama. Perkahwinan terdahulu Che Ta dikurniakan 2 orang anak Ammar Effendy,26 dan Aniq Ezzra,24.
Tidak pernah serik mahupun menyalahkan takdir dan sering mengharapkan dikurniakan jodoh lebih baik, perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin,38 merupakan perkahwinan kedua Che Ta, setelah 12 tahun menjadi ibu tunggal.
Ujar Che Ta lagi asas utama dalam bahtera perkahwinan adalah kesabaran yang tinggi barulah ia dapat berkekalan.
“9 taun 9 kali dah saqung baju kawen. Alhamdulilah taun ni rezeki dapat saqung baju kawen harga 80 qibu.”
Ads
“12 taun jadi ibu tunggal, tak penah give up dengan perkahwinan. kadang Allah hantar “peneman” untuk uji kesabaran kita. Kalau sabaq kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabaq, tu yang porak peranda.
“Alhamdulliah 9 tahun ni Allah hantaq yang baik baik saja. Zain Saidin tak pernah suquh kami kemaih qumah ka, tak pernah paksa masak ka, jauh sekali nak control pergerakan kami”
“Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat ? tak sangka mat saleh celup yang kami kawen ni sangat particular tentang agama,”
“Ingat lepaih kawen, nak pakai sekert ataih peha ja. Ye lah kita pulak fefeling macam kawen dengan mat saleh, tapi tequih slowly tutup aurat.. Alhamdulliah! ada sebab Allah hantaq “peneman” hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia.
Ads
“Kalau ada wanita diluaq sana yang giveup bila rumahtangga “berderai” jangan uollsss.. mungkin jodoh uols akan munchul, tengah on the way. InsyaAllah Allah tengah pilih yang baik-baik untuk uols. Doa yang baik-baik akan dapat yang baik. InsyaAllah.
Mingguan Wanita: Setuju dengan Che Ta, jangan serik jika perkahwinan berderai di tengah jalan. Doa yang baik-baik dan bersangka baik dengan Allah, semoga dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.
Tidak semua pasangan yang berkahwin akan dapat merasai nikmat cahaya mata. Ada sampai berbelas-belas atau mungkin berpuluh tahun untuk memperolehinya. Sabar dan usaha. Namun, jika ditakdirkan bukan rezeki pasangan, masih ada cara lain untuk mendapakan zuriat, walaupun bukan dari benih dan rahim isteri.
Bagaiamana dengan suami jenis yang tidak sabar dan mencari pelbagai alasan. Malah, dengan mudah mengambil jalan singkat untuk berkahwin lain. Janganlah cepat menghukum isteri dengan keadaan ini.
Ada solusi yang boleh dilakukan dan tidak hanya mencari alasan untuk berpoligami. Mengupas lebih lanjut tentang perkara ini, Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada jawapannya.
“Dalam Islam, ada kebenaran dianjurkan dalam hukum poligami, antaranya apabila situasi isteri tidak dapat melahirkan zuriat. Ini diseimbangkan dengan hukum yang membenarkan fasakh oleh isteri, jika kes situasi suami yang tidak berupaya menghasilkan benih zuriat, atau pun berpenyakit.
“Hukum sebegini adalah panduan dan menjadi solusi apabila timbul situasi begini, ia bukanlah berbentuk hukuman yang wajib dikenakan kepada suami atau isteri. Ada pelbagai cara penyelesaian lain seperti ikhtiar kaedah IVF, menjadikan anak susuan atau anak angkat bagi menggantikan zuriat kita dan sebagainya.
Rasa Bosan
Tidak dinafikan, kadang kala wujud rasa bosan antara suami isteri yang tiada sebarang perubahan dan pertambahan dalam keluarga, berbanding dengan pasangan lain yang riuh di kelilingi tawa anak-anak.
“Jika memerlukan poligami untuk menyelesaikan masalah tiada zuriat, biarlah ia berbentuk keputusan bersama dan untuk penyelesaian. Begitu juga sebaliknya, jika masalah ini disebabkan oleh suami, biarlah fasakh juga dijadikan sebagai penyelesaian dan bukannya alasan yang macam-macam.
Tidak semua alasan zuriat menyebabkan lelaki itu ingin berpoligami. Antara lain:
Isteri mandil, isteri sakit dan tidak mampu menunaikan tuntutan hubungan batin.
Isteri kurang upaya yang mengganggu hubungan suami isteri.
Alasan psikologi pula, dingin dalam hubungan intim, perangai menyakitkan hati sepanjang masa.
Isteri ‘queen control’, sombong dan suka menghina suami.
Selamatkah Rumah Tangga?
Mungkin ya, mungkin tidak. Ada poligami menjadi penyelamat dan menambahkan kebahagiaan keluarga.
Namun menurut fitrah manusia, biasanya ia sukar diterima oleh isteri untuk bermadu dan sukar untuk suami berlaku adil dalam membahagiakan kedua-duannya.
Wahai Suami!
Anda sebagai ketua rumah tangga, bertindaklah dengan bijak, berhemah dan berhikmah. Buat pemeriksaan dan cari punca masalah sebenar. Terimalah hakikat dan kelemahan kita. Lakuakan rawatan atau cari penyelesaian yang mungkin boleh menggembirakan hati bersama.
Tip
Nikah adalah ikatan dan memerlukan banyak pengorbanan dalam hidup bersama.
Pujuk diri untuk reda dalam menerima kelebihan dan kelemahan diri dan pasangan kita.
Fokus untuk selesaikan masalah yang berlaku, jangan campur aduk dengan perasaan negatif lain. Contohnya, jika isteri menghidap penyakit yang tidak membolehkannya melahirkan zuriat, kita perlulah mencari solusi untuk pulihkan penyakit itu dulu.
Beri perhatian untuk aktiviti lain yang menggembirakan tanpa perlu kepada kewujudan anak-anak. Selagi pasangan kita terisi dengan kegembiraan, lebih mudah untuk merawat kesedihan yang dihidapi.
Usaha yg dibuat perlulah diiringi dengan doa yang tulus ikhlas dan khusyuk, sinergikan doa bersama suami isteri, moga lebih mudah termakbul.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramadhan seperti mana disebutkan oleh Rasulullah s.a.w mempunyai tiga fasa, “Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya keselamatan daripada azab api neraka.”
Hal Ini dikongsikan oleh Dr Muhamad Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi, RMJ Holistic Solution. Biarpun Ramadhan bakal berakhir, istighfar dan taubat itu jangan sesekali hilang dari bibir.
Peribadi Rasulullah s.a.w patut dijadikan contoh ikutan. Walau baginda dijanjikan ‘maksum’ (terpelihara daripada dosa), baginda tetap beristighfar kepada Allah SWT hingga 100 kali sehari semalam.
Sebab itu jangan sampai kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi sepanjang Ramadhan ini.
Ini Doa Yang Diaminkan
Suatu hari, Rasulullah s.a.w berkumpul bersama para sahabat di dalam masjid. Kemudian baginda menaiki mimbar untuk berkhutbah. Ketika menaiki anak tangga mimbar yang pertama, tiba-tiba baginda menyebut, “Amin!” Ketika menaiki anak tangga mimbar yang kedua, baginda menyebut, “Amin!” Ketika menaiki anak tangga mimbar yang ketiga, sekali lagi baginda menyebut, “Amin!”
Para sahabat berasa hairan lalu mereka bertanya baginda tentang perbuatannya menyebut perkataan “Amin!” sebanyak tiga kali, sedangkan tidak ada sesiapa yang berdoa pada waktu itu. Maka Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa dia mengaminkan doa yang dipohon oleh malaikat Jibril a.s. yang berada di sisi mimbar. Lalu para sahabat bertanya Rasulullah s.a.w tentang tiga perkara penting yang didoakan oleh malaikat Jibril a.s. dan semuanya diaminkan oleh baginda. Sebenarnya malaikat Jibril a.s. mendoakan kecelakaan atau kerugian kepada 3 golongan manusia.
Ketahui 3 Golongan Yang Rugi Ketika Ramadhan
Dosanya Yang Tak Diampunkan
Orang yang sempat hidup di dalam bulan Ramadhan, namun begitu, bila Ramadan berlalu pergi, dosa-dosanya masih tidak diampunkan oleh Allah SWT. Maka rugi dan celakalah orang itu.
Tak Mengucap Selawat Ketika Mendengar Nama Rasulullah
Orang yang mendengar nama Rasulullah atau Nabi Muhammad s.a.w disebutkan tetapi dia tidak mengucapkan selawat dan salam kepada baginda. Maka rugi dan celakalah orang itu.
Tak Berbakti Pada Orang Tua Yang Uzur
Orang yang masih mempunyai ibu dan bapa atau salah seorang daripada keduanya yang sedang uzur, tetapi dia tidak memanfaatkan situasi ibu bapanya itu untuk meraih balasan syurga di akhirat dengan berbakti kepada mereka. Maka rugi dan celakalah orang itu.
Kredit Foto: IG waniekasabian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada isteri yang sering merungut dan menyalahkan mentua bila suami enggan menolong membuat kerja-kerja rumah. Letih bila suami hanya tahu semuanya siap terhidang. Tiada langsung usaha untuk membantu isteri.
Pinggan, cawan minum sendiri pun malas hendak dibasuh. Apabila sudah tak tahu nak nasihat suami macam mana, isteri mengeluh. Salahkan ajaran mentua besarkan suami cara salah.
Isteri Jangan Salahkan Mentua Didik Anak Cara Salah Sejak Kecil
Sebagai manusia dewasa yang boleh berfikir, ياسمين حناني محمد سفيان fikirkan sejenak perkongsian ini. Sikap suami yang enggan masuk dapur’ bukan seratus peratus disalahkan atas bahu mentua.
Mentua Besarkan Suami Cara Salah Sejak Kecil?
Salahkan ajaran mertua membesarkan suami kita secara salah sejak kecil?
Bukan sekali kawan perempuan saya merungut yang lebih kurang begini bunyinya;
‘Akak dah tak tahu nak masak kuih apa petang ini, suami akak jenis kena makan kuih petang-petang sebab mak dia memang ajar macam itu dari kecil.’
‘Suami aku makan mesti 4 kali sehari, sebelum tidur paling-paling supper mesti ada teh dan biskut. Macam itulah dari dulu.’
Sepatutnya Suami Itu Sendiri Yang Kena Berubah
‘Suami saya kak, sadin telur memang tak makan, emak dia tak ajar makan. Kuah mesti santan, kuah air dia panggil air basuh tangan, pening saya nak masak.’
‘Susah kak laki saya, anak dan dapur semua tak pernah sentuh. Bapa mertua, ipar lelaki semua macam itu, pinggan letak di singki sahaja.’
Bukan Bermakna Sebagai Lelaki Tak Boleh Berubah
Ketahuilah wahai manusia dewasa, bila sahaja umur kita meningkat baligh, maka sempurnalah akal pemikiran kita untuk membezakan perkara baik dengan buruk. Emak ayah mentua tak pernah ajar anak lelaki ke dapur, bukan bermakna sebagai lelaki tidak boleh berubah selama-lamanya.
Emak tak pernah ajar anak makan budu, bukan bermakna tak boleh kahwin dengan orang Kelantan.
Jangan sesekali menyalahkan emak ayah kita. Kita ada otak ada fikiran, kehidupan manusia berubah. Dan jangan demand bagaimana ibu bapa layan kita maka kita minta pasangan kita layan juga sedemikian rupa.
Itu Cuma Alasan Sebab Tak Nak Ubah Sikap
Kita kahwin dengan pasangan kita, bukan dengan mertua kita. Salahkan orang tua hanya lah alasan tidak mahu berubah.
Jangan salahkan mentua kita dapat pasangan begini, dan jangan salahkan emak ayah sendiri bila kita jadi begitu dan begini, kita ada akal sendiri.
Seperti mana disebut dalam al Quran, apabila ditanya kepada orang jahil kenapa mereka tetap jahil, maka mereka menyalahkan nenek moyang mereka yang mengajar mereka kejahilan dan kesesatan.