Seronoknya bila dapat balik kampung dan keluarga berkumpul ramai-ramai. Kalau sebelum ini, hanya adik beradik saja, Tapi bila dah berkahwin, makin bertambahlah ahli keluarga, anak saudara dan sepupu sepapat.
Mungkin masa awal-awal, keluarga ramai berkumpul hanya ada adik beradik, ipar duai. Bila dah berkahwin ada anak, makin meriahlah rumah mak ayah di kampung. Tambah-tambah bila semua berpakat nak berkumpul bersama. Seronoknya lain macam.
Masa berlalu, anak-anak yang kecil makin membesar, ada anak dara, anak bujang bagai. Mulalah, rumah mak ayah yang besar pun boleh jadi sempit Maklumlah ramai. Ada yang rasa seronok tapi tak kurang juga ada adik beradik kurang selesa dan mencari hotel atau homestay untuk bermalam.
Bukan sebab nak menunjuk tapi inilah yang harus dijaga terutamanya anak-anak dah besar. Antara perkongsian daripada Insyirah Soleha pun turut berkait rapat tentang perkara ini.
Kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung check in homestay atau motel murah, berusahalah tidak kecam dan perli-perli.
Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.
Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.
Ads
Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.
Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.
Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.
Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.
Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.
Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat.
Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.
Ads
Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu.
Bapa saudara seks grooming anak saudara.
Sepupu sama sepupu terlanjur.
Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.
Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan.
Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.
Ads
Mingguan Wanita : Memang betul. Kalau dulu, rasa dah besar rumah mak ayah tapi bila cucu cicit dah makin membesar, rumah yang luas pun dah nampak sempit. Seronok tak payah cakaplah bila berkumpul tapi kena ingat aurat sepupu dan ipar duai bagai.
Hari ini memasuki hari kedua, seluruh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Macam-macam cerita terjadi di sebalik perintah duduk rumah ini selama 14 hari ini.
Kedua isteri ini juga terkesan, kerana madu wanita ini, Hannan Alias merupakan seorang doktor yang bertugas menjaga ibu-ibu hamil di hospital. Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini tugasannya lebih mencabar.
Sehinggakan ada ketikanya tak pulang ke rumah. Apabila taska ditutup, madunya juga terkesan. Malah, sebahagian besar kakitangan hospital juga terkesan. Dan inilah yang dilakukan oleh madu doktor ini apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakan di keluarkan.
Taska Tutup, Madu Rela Jagakan Anak Madu, Staff Hospital..
“Awak..taska pun ditutup juga la kan?” Tanya cik puan madu selepas mendengar perutusan khas semalam.
“Haah. Semua la. Tutup. Kenapa?”
“Tak, kesian la kat staff kesihatan. Lebih-lebih lagi frontliners. Mana depa nak campak anak-anak depa tu? Misi-misi saya pun dah bising di group. Tak tau nak letak mana anak diorang. Kalau salah seorang je kerja hospital tak pe. Bagaimana kalau yang dua-dua staf hospital?” Dia mula meluahkan rasanya.
“Erm.. tu la kan. Tak pe..”
Tetiba dia memandang saya. Matanya dibesarkan. Mukanya terkejut.
“Awak jangan nak tak pe sangat. Tak yah nak buat baik sangat gi ofer kat diorang untuk diorang hantar anak diorang kat awak pula. Nanti saya tak de siapa nak bagi sokongan emosi. 2 minggu tu bukan sekejap.”
Pap! Tepuk dahi!
“Jauhnya awak fikir. Saya dok dang nak fikir pun ke situ..adoi. Laju je kan saraf otak awak ni berhubung.”
“Awak tu bukan boleh kira sangat. You unexpected person ok. Elok nak gi KL tetiba dah sampai Mekah!”
Kahkahkahkahkah! Hahahahhahahahahahahaha!!!!
Tak Tahu Dapat Balik Ke Rumah Atau Tidak..
Itu lah dia. Madu saya. Isteri kedua suami saya. Salah seorang kakitangan kesihatan. Antara yang berada di barisan hadapan. Walaupun bukan dibahagian saringan, namun di bahunya terpikul beban untuk memastikan ibu-ibu mengandung berada dalam keadaan selamat dan bebas dari wabak yang sedang tular sekarang.
“Hari ini tak tahu la saya balik rumah ke tak. Tapi saya dah bawa baju standby. Hari ini pesan kat kawan-kawan awak, kalau sakit sikit-sikit tu tak yah datang hospital. Sebab hari ni,ada rombongan dari dua buah kawasan akan datang buat saringan. Malam tadi dah ada kes positif di sini.”
“Ok. Baiklah.”
“Awak pun, jangan duk aktif sangat ke sana kemari. Duk rumah je. Jaga suami saya. Pastikan dia pun tak ke mana-mana.” Titipnya lagi.
‘Nasib awak la.. dapat suami dan madu yang aktif. Selagi kaki kami boleh bergerak, awak boleh simpan dulu harapan untuk lihat kami stay di rumah tanpa buat apa-apa. Huhu’
Kata-kata ini sekadar dalam hati.. huhu
Apa pun, marilah sama-sama kita doakan agar apa yang berlaku ini kembali pulih seperti sedia kala.
Kita tak mampu ubah keadaan sekarang, tapi kita boleh ubah diri kita agar kurangkan risiko jangkitan. Dengan cara tetap berada ditempat yang sepatutnya. Iaitu rumah kita.
Jelas??
Klik butang share jika anda dapat sesuatu dari coretan ini.
MW :Dalam keadaan pandemik Covid-19 sebegini, belajarlah untuk berkorban. Dan paling penting, bagi anda semua ketika ini adalah berkorban untuk DUDUK SAJA DI RUMAH. Keluar cuma bila perlu.
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya. Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga. Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya.
Ibu Bapa Bila ‘Tersalah’ Didik Anak Lelaki
Ada banyak kes anak lelaki buat perangai bila sudah berumah tangga, siap ada yang cuma tahu mengarah isteri dan lagi teruk tak hormat mak ayah, apa lagi menjaga hati mentua. Sebab itu nak membesarkan anak lelaki mak-mak kena tahu cara supaya bila sudah besar nanti dia tak jadi besar kepala dan mungkin boleh buat isterinya merana.
Nak tahu lebih jauh soal kesilapan mak ayah dalam mendidik anak lelaki, jemput baca perkongsian Puan Nurul Ilyani ini.
1.TIDAK AJAR CINTA ALLAH, AL-QURAN DAN CARA HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
Sama ada kita sangat sibuk dengan tanggungjawab kita mencari nafkah. Mungkin kita sangat sibuk memenuhi keperluan material hidup di dunia, penuh hawa nafsu dan keinginan.
Ibu bapa sangat sibuk memenuhi keperluan hobi dan minat sendiri hingga lalai dengan tanggungjawab mendidik anak faham ajaran Al Quran dan Sunnah. Ambil dunia sekadarnya sahaja.
Kesannya Boleh Buat Anak Jadi Ketua Keluarga Yang Gagal
2. KITA TIDAK MENDEKATI DAN MERASAI JIWA ANAK LELAKI
Kita selalu pesan, “abang kuat, anak lelaki mana boleh nangis”❌ Ini perlu dibetulkan.
Kata-kata ini membuatkan anak lelaki selalu memendam rasa, sedangkan mereka perlu juga meluahkan rasa sedih, kecewa supaya mereka dapat lebih belajar tentang hidup.
Ada satu kisah yang direkod dalam Sahih Bukhari, Nabi sallahu alaihi wasallam selalu approach seorang kanak-kanak, Abu Umayr dan tanya pasal burung yang dia bela. Satu hari burung Abu Umayr itu mati, dia datang dengan keadaan sedih. Nabi sallallhualaihi wasallam pun pujuk.
Kalau ikut kisah ini, it is okay to be sad eventhough you are a boy or a guy. Tugas kita, pastikan anak lelaki tidak abaikan emosi negatif dengan cuba jadi kuat dan control macho.
3.ABAIKAN ASAS KEADILAN
Anak lelaki selalu respon lebih baik pada sesuatu yang adil.
Ada satu cerita yang direkod oleh Imam Abu Daud, ibu Abu Amru panggil anaknya kemudian janji nak bagi sesuatu. Nabi sallallahualaihi wasallam beritahu kapada ibu itu, kalau kamu tidak beri apa yang dijanji, ia dikira berbohong.
Ini biasakan kita baca? Jangan bohong anak. Malah anak lelaki, jika kita bohong, maka hilang kepercayaan pada kita, jadi proses mendidik dan mendisiplinkan lebih sukar, mereka tidak mahu respon lagi pada arahan dan kata-kata kita.
Kesimpulannya didiklah anak lelaki sebaiknya. Jika betul cara didikan ibu bapa maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.
‘Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua.’ Jangan sampai yang tinggal hanya penyesalan. Lupakan segala sengketa dan dendam, pulang berhari raya bersama orang tua.
Mak ayah kita meniti hari-hari tua dan belum tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita. Apa saja yang berlaku, maafkan saja dan binalah bahagia untuk untuk orang tua.
Kongsi Rohana Saad & Bik Garage Zambri Bik, tidak ada mak yang sempurna.
Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.
Luangkan Waktu Bahagiakan Orang Tua
Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.
Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya.
Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...