Bermula bulan April, bagi negeri di pantai timur memang meriah dengan aktiviti mencandat sotong. Bila musim sotong ini bermula, salah satu menu kegemaran ramai ialah Sotong Celup Tepung. Namun nak buat sotong celup tepung yang rangup dan tepungnya elok melekat ada caranya yang tersendiri. Malah lebih jimat berganda bila buat sendiri berbanding beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lella Mohamad ini sebagai rujukan;
“Di sebabkan sekarang musim sotong, tak kira pagi petang siang malam boleh makan sotong celup tepung kan. Benda boleh buat kat rumah buat apa susah-susah makan kat kedai kan, lagi jimat”
Ni cara saya buat sotong celup tepung
Ads
Bahan-Bahannya:
Tepung beras (pastikan pakai tepung CAP GAJAH!!)
telur sebiji
air kapur sikit
garam
pewarna(kalau takde pakai serbuk kunyit pun takpe)
Cara Membuat:
1. Pastikn sotong dicuci bersih dan buang kulitnya ya.
2. Gaul sebati semua bahan-bahan.Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Saya guna garfu supaya senang nak ambil sotong satu persatu masuk dalam kuali.Goreng hingga kekuningan.
Ads
4. Ok dah siap..yang pasti kriuk krappp gitu.
Ads
Tips Ekstra!
Jangan lupa gaulkan sotong dengan tepung beras sahaja.Anggaran dalam 1 sudu macam tu la supaya bancuhan tepung melekat kat sotong bila goreng nanti ya!
Pastikan minyak biar betul-betul panas baru masukkan sotong.
Selamat mencuba!
Semoga resepi daripada mak saya ni bermanfaat untuk semua.
MW:Menarik resipi dan tips yang dikongsikan ini. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti.
Jika suka makan makanan Korea boleh cuba ‘Oi Muchim’ atau Salad Timun Korea. Rasanya masin-masin pedas, malah sangat menyegarkan, sedap dan rangup. Boleh dimakan dengan nasi atau dijadikan snek, makan begitu sahaja.
Ikut resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefliini sebagai panduan.
Oi Muchim – Salad Timun Korea
Saya kalau masuk Seoul Garden, saya tertarik sungguh dengan menu timun yang dihidangkan. Rasa sejuk-sejuk rangup, masin-masin pedas. Sesuai sangat dimakan dengan daging panggang. Antara timun ni dengan kimchi, saya suka timun ni lagi. Rasa dia tak masam dan sangat sedap.
Sekarang saya buat sendiri je di rumah, disediakan pada waktu pagi kemudian simpan di dalam peti. Malam nanti boleh makan dengan nasi.
Bahan-Bahan:
*1 sudu besar Gochugaru (Korean Chili Flakes)
1 ulas bawang putih yang dicincang halus
1 sudu besar sos ikan atau kicap cair
Secubit garam dan secubit gula
Minyak bijan (Ikut citarasa)
*Boleh juga guna chili flakes yang ada di pasaran.
Cara Membuat:
1.Saya potong sebiji timun Jepun dan buang bahagian lembik tu. Rendam di dalam air sejuk selama 10 minit untuk dapatkan tektur rangup timun.
2.Kemudian, toskan timun dan biarkan di dalam mangkuk. Masukkan Gochugaru (Korean Chili Flakes), bawang putih yang dicincang halus, sos ikan atau kicap cair, garam dan secubit gula serta minyak bijan.
3. Gaul sebati semua bahan-bahan.
4. Siap, ini rupa dia bila dah siap. Pun boleh dimakan terus. Sangat sesuai dijadikan snek sampingan.
5. Memang sedap dimakan, rangup dan berjus. Rasa segar mulut.
6. Saya simpan dalam peti, bila-bila nak makan keluarkan je.
Biasanya lauk singgang cukup popular di negeri Pantai Timur.Rasa masin masam dan manis. Ia masakan yang cukup mudah disediakan tak perlu nak tumis-tumis malah resipi yang sangat menyihatkan. Jika selalu masak lauk singgang menggunakan ikan, rupanya boleh juga gunakan ayam.
Jika ikut resipi Ayam Singgang Kelantan yang dikongsikan oleh Puan Myra Edora ini, cukup mudah. Wajib letak budu dan lebihkan bawang merah untuk jadikan rasanya lebih sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
Hari ni Mekyaa nak kongsi RESEPI AYAM SINGGE KELATE.
Bahan-Bahan:
1 Ekor Ayam (dipotong dan dibersihkan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia(dihiris)
Lengkuas(dihiris)
Serai (diketuk)
Biji Ketumbar (diketuk)
Lada kering (dipotong kecil, direbus)
Lada burung (cili padi)
Asam keping
Garam
Gula
5 Sudu besar Budu
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam periuk. Pastikan halia lebih banyak berbanding lengkuas.
2. Masukkan budu dalam 5 sudu besar bagi nampak kuah merah-merah sikit dan gaul sebati sampai jadi macam ni.
3. Letak pula garam, gula sekali dan kemudian gaul lagi.
4. Buka api dan masukkan air paras ayam saja dulu. Renehkan hingga ramuan sebati dengan ayam. Selepas tu, tambahkan air panas ikut keperluan kuah yang kita inginkan.
Siap!
Tip Ekstra!
Dalam setiap masakan pastikan lebihkan bawang merah dari bawang putih untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan.
Mekyaa suka masak campak-campak je. Mudah,senang,cepat dan pasti sedap.
MW: Boleh cuba resipi AYAM SINGGE KELATE yang dikongsikan ini.Jangan lupa wajib letak budu dan lebihkan bawang merah barulah rasanya lebih sedap!. Selamat Mencuba!
Kuih Samperit Susu antara kuih raya tradisional kesukaan ramai. Rasanya berlemak, rangup namun cair dimulut bila makan.Bahan-bahan yang digunakan tak banyak, tapi kena tahu teknik dan tipnya barulah kuih semperit cantik, warna memikat selepas dibakar. Paling penting tak ‘mengembang’ mahupun pecah.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Hainany Idayu ini. Pastikan guna acuan bunga pecah 10, barulah dapat samperit cantik macam ni.
“Semperit ni muncul time pkp aje.Saya sharekan resepi Semperit Susu sekali ya”
Bahan-Bahan:
250 gm butter
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan susu pekat manis
1 tutup esen vanilla
400 gm ++ tepung jagung
Pewarna liquid, warna red velvet
Cara Membuat:
1. Butter dan gula digaul sebati, masukkan susu dan esen vanilla, gaul lagi.
2. Kemudian masukkan pula tepung jagung dan uli hingga jadi doh yang lembut dan bukannya lembik.
3. Terap dan rehatkan selama 10-15 minit.
4. Akhir sekali, bakar suhu 170, selama 35-40 minit.
Siap! Selamat mencuba!
Info Ekstra!
1. Untuk daun, guna acuan daun.
2. Saya guna acuan bunga pecah 10, pastu saya sambung dengan acuan biasa untuk mudah nak tekan.
3. Teknik menekan juga main peranan untuk hasilkan kelopak yang cantik
4. Ikut resipi ni tak perlu pukul, kacau sahaja.
MW: Cantik sangat samperit ni, warnanya pun memikat. Rupanya kena guna acuan semperit bunga pecah 10 baru dapat corak ni.Paling penting tak perlu pukul, kacau-kacau je dan lepas siap terap rehatkan sekejap sebelum bakar.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)