Jangan tak tahu, rupanya kulit limau yang kita buang begitu saja selama ini pun ada fungsinya. Pada kita, ia nampak biasa tapi berguna untuk tanaman kita.
Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, pasti tidak akan terlepas dengan serangan serangga pada pokok tanaman kesayangan. Tak tahu cara nak tangani, pokok pun boleh mati. Sedihnya, tak dapat nak makan hasil dari tanaman tersebut.
Kalau dah cuba pelbagai cara, apa kata cuba cara ini pula. Katanya, kulit limau boleh dijadikan pati untuk semburan pada pokok yang menjadi serangan serangga. Malah, ia juga boleh dijadikan nutrien pada pokok tanaman itu sendiri.
Jadi, lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Paling penting ia 100% organik. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Ads
Masukkan sedikit air, pastikan air masak sebab bila guna air klorin, ia kurang berkesan. Peram lama-lama dan bila sudah keluar pati, masukkan sedikit ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ni guna pati lain tak menjadi, boleh cuba guna kulit limau pula.
Rupanya salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang berbanding tombol. Ini kerana walaupun ia hanya perkara kecil, namun pemilihaan rekaan Tuil Jenis Pemegang ini menjadikan ia lebih selesa, memudahkan dan besar maknanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Baca perkongsiaan daripada Doktor Perubatan Rehabilitasi Fizikal ini iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan sebagai rujukan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Mesra Kanak-Kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin & Mudah Dipulas
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang.
InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsiaan ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob) iya. Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
‘Nak jimat, pasang paip renjis air.’ Memang kurang panas, tapi lama-lama bumbung jadi berkarat dan tak pasal-pasal anda perlu keluarkan kos untuk repair bumbung.
Musim panas ini macam-macam cara mak ayah lakukan untuk buatkan rumah sejuk dan keluarga lebih selesa. Bagi yang berkemampuan, mungkin boleh pasang aircond.
Namun bagi yang kurang berkemampuan, mungkin cara memasang paip di atas bumbung untuk merenjis air dikatakan kaedah yang menjimatkan untuk mengurangkan panas atau haba dari bumbung.
Namun sebenarnya langkah ini sebenarnya mendatangkan keburukan. Ikuti perkongsian Lee Wai Wan dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Pasang Paip Renjis Air
Hari ini ingin berkongsi berkenaan dengan memasang paip merenjis air di atas metal deck untuk mengurangkan panas dari bumbung.
Jangan buat sebegitu ya kawan-kawan. Hari ini kami pergi ke satu kilang yang meminta kami untuk mengecat cat penebat haba di atas bumbung serta mengatasi masalah karat di atas bumbung.
Memang Kurang Panas
Bila kami naik atas bumbung dan melihat keadaan sambil mengukur saiz bumbung, kami mendapati bahawa bumbung itu berkarat disebabkan dahulu mereka ingin jimat duit dengan memasang renjisan air di atas bumbung untuk menyejukkan bumbung.
Sekarang kena keluarkan duit yang lebih banyak untuk membaiki bumbung itu pula. Kan lebih merugikan.
Langkah yang sepatutnya mereka lakukan dahulu adalah memasang kertas aluminium yang lebih berkualiti ataupun mengecat semula bumbung dengan cat penebat haba.
Disertakan gambar kawasan yang berkarat serta bumbung di kilang sebelah untuk dibuat perbandingan.
Mingguan Wanita : Jangan dek kerana ingin berjimat akhirnya membuatkan mak, ayah terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi.
Sebenarnya, tak mahal pun, beli dan simpan pemadam api dalam kereta elakkan kebakaran yang lebih besar berlaku.
Beringat dan pastikan pemadam api sentiasa ada dalam kereta kerana malang tak berbau. Sekurang-kurangnya bila berlaku kebakaran, mak ayah boleh gunakan pemadam api sebagai langkah pencegahan awal.
Ikuti perkongsian Nazri Ahmad ini dan ketahui betapa pentingnya alat pemadam api.
Beli & Simpan Pemadam Api Dalam Kereta
Semalam ke Plaza Shah Alam dengan anak-anak, ada urusan sikit di situ.
Once keluar saja dari situ, ternampak ada asap tebal dekat kawasan parking kereta tepi jalan bertentang dengan plaza tu. Ada sebuah kereta Peugeot terbakar rupanya.
Ternampak sorang chinese guy brader Lalamove tengah kelam kabut ke sana sini kat kereta tu dengan sebotol air mineral kecil di tangan cuba nak padamkan api yang dah mula besar.
Elakkan Kebakaran
Saya berhenti kereta tepi jalan dan keluar terus capai pemadam api yang sentiasa standby dalam kereta sebelum ni. Alhamdulillah berjaya juga padamkan api besar tu walaupun dengan fire extinguisher 1 kilogram (kg).
Dan ada seorang lagi brother turut membantu padamkan api dengan jaket yang dia pakai. Steady brother!
Itu pun masih ada bahagian fiber di bonet yang masih terbakar, spontan rentap pakai tangan saja untuk elakkan dari terus terbakar di kereta.
Tak Mahal Pun
Saya belajar 3 benda dalam insiden ini semalam :
1. Sentiasa simpan standby 1 atau 2 unit pemadam api dalam kereta. Kebakaran besar kereta dapat dielakkan dari awal semasa api masih
kecil. Dah banyak kereta terbakar saya saksikan sendiri sebelum ni yang betul total loss.
Dalam keadaan semalam, mungkin lebih baik selepas ini simpan pemadam api 2kg. Saiz tak banyak beza dengan yang 1kg.
2. Sentiasa latih diri untuk cepat bertindak hulurkan bantuan ke mereka yang perlukan bantuan. Sewaktu kejadian semalam, sekeliling tu ramai ja orang.
Banyak kedai dan banyak sumber air. Malah, ramai orang berhenti dan jadi penonton. Tiada yang hulurkan bantuan. Kesian kat brother itu minta tolong. “Tolong saya, tolong saya!”
Hulurkan Bantuan
3. Jangan sembang kemas kalau tak mampu membantu. Haha ni ramai.
Once sudah selesai padamkan api. Adalah sorang abang ni. Datang komen itu dan ini. Ditambah, persoal itu dan ini. Sedangkan waktu kejadian dia berdiri ja jadi penonton.
Ini yang kita panggil Bystander Effect. The term bystander effect refers to the phenomenon in which the greater the number of people present, the less likely people are to help a person in distress.
When an emergency situation occurs, observers are more likely to take action if there are few or no other witnesses.
Lagi ramai orang jadi penonton, makin kurang yang akan membantu. Ini yang banyak terjadi. To brother Benny, hope everything will work out well for you and your car.
Ni sebenarnya awareness post. Sangat recommend untuk beli. Saya tak jual. Tapi kalau nak beli jugak, boleh terus dapatkan di sini.
Murah saja. Semalam tengok di Shell harga sebalang RM100 untuk 1kg dan RM130 untuk 2kg. Di link ni https://shp.ee/jysutjt harga tak sampai RM40 pun untuk 2kg.
Mingguan Wanita : Tip penting buat mak, ayah, pastikan kereta masing-masing ada alat pemadam api. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang boleh dilakukan bula sesuatu perkara buruk berlaku.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...