Mahunya tak sedih bila barang kemas yang kita sayang tiba-tiba putus atau patah. Tak tahu apa punca, mungkin tersangkut pada benang pakaian atau tersangkut.
Apa yang membuatkan kita lagi terasa bila lebihan barang kemas yang putus itu tak tahu ke mana atau lebihan yang sedikit itu kita biarkan atau buang saja. Kononnya sudah tak ada nilai. Maklumlah terlalu kecil.
Jangan buang, sekecil macam mana pun barang kemas yang putus itu masih ada nilainya. Malah, mak-mak boleh bawa ke kedai emas untuk dipateri dan sambung balik.
Tapi kalau barang kemas yang putus atau patah itu hilang entah ke mana. Memang tak bileh nak buat apalah.
Perkongsian daripada Nur Zulaikha ini boleh dijadikan panduan untuk mak-mak tentang cara dan pilihan yang boleh dilakukan apabila barang kemas putus atau patah.
Pertama sekali, jangan dibuang. Ini emas. Patah dan putus pun tetap emas. Tetap ada nilai.
Ads
Jika ada penimbang, cuba timbang berapa berat. Darab dengan harga buyback semasa, sekadar untuk tahu nilainya.
Contoh:
18.12 gram x RM210= RM3805.20.
Paling kurang pun,
18.12 gram x RM200 = RM3624.00
Ini adalah emas yang dah putus dan rosak ni!
Letak dalam plastik ziplock, jika ada. Setiap bahagian kecil, masukkan sekali. Sekecil biji loceng atau daun pun tetaplah emas.
Ads
Sebenarnya untuk barang kemas yang dah patah dan putus, kita ada tiga pilihan,
1. BAIKI
Bawa ke kedai untuk dibaiki. Boleh cuba tanya dulu jika boleh dibaiki atau dipateri. Ini terhad kepada sesetengah rekaanyang boleh dibaiki dan boleh dipakai semula. Saya juga pernah baiki (pateri) love gantung yang tercabut. Jika dah banyak kali baiki, biasanya tak kukuh lagi untuk dipakai.
2. JUAL BALIK
Jual balik ke kedai emas dengan harga kedai beli balik (buyback). Untuk barang kemas yang putus, ada yang ambil murah sedikit. Ada yang ambil harga sama saja macam barang elok. Ini kena survey harga tertinggi.
3. LEBUR
Boleh lebur semula buat barang kemas, buat bentuk yang lain atau pun buat gelang/ loket ukir nama. Kita hanya bayar upah lebur dan buat balik. Apa pun buat kira-kira dulu, berbaloi atau tidak. Ni kena deal dengan tukang emas/ kedai emas yang boleh buat.
Take note:
Barang kemas yang dah patah atau putus, dan tidak dipakai selama setahun dikira sebagai EMAS SIMPANAN (untuk zakat emas, kategori emas simpanan 85 gram).
Samalah jika ada barang kemas yang dah ketat dan tak boleh pakai, juga dikira sebagai emas simpanan. Inii penting kena tahu.
Ads
#AspirasiEmas
Mingguan Wanita : Sebolehnya, kalau kejadian cangkuk rantai putus pada masa itu, cepat-cepat cari. Melainkan tak tahu bila masa ia putus. Mungkin dah tak ada rezeki kita la…
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pewangi rumah semulajadi atau potpourri dari buah oren dan gabungan bunga cengkih ini mudah saja nak buatnya. Menariknya sebab boleh tahan sehingga sebulan.
Cikgu Nida berkongsi panduan cara membuatnya bagi bau semerbak mewangikan rumah. Sekaligus cantik nak cantikkan potpourri semulajadi ini.
Kongsinya,
Dapur, tandas atau rumah berbau? Atau inginkan aroma semulajadi mengharumi rumah? Sesekali terbau macam dok dalam rumah kayu tepi hutan gitu.
Again,sekali jatuh cinta dengan baunya,mokcik terus setia. Mokcik dengan cinta kan tak boleh dipisahkan. Potpourri dari bahan alami semulajadi.
Cara Buat Pewangi Rumah Semulajadi
Bahan dan caranya mudah saja:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi sate
Untuk buah oren tu,korang jangan pi beli Sunkist lima nam hengget sebiji tu. Tu untuk makan, boleh makan dengan kulit sekali sebab mahai. Hat tu manis yakmat macam mokcik.
Tapi mokcik beli yang sebungkus dalam lima nam hengget jer. Proses mokcik tunjukkan dalam gambarlah. Kang mokcik beleber kat sini korang tak faham.
Kepada yang alah atau tak sukakan bau bunga cengkih, lupakan saja. Asal jangan kau lupakan nama mokcik, sudah.
Rujuk Step Bergambar Ini
Gunakan lidi sate untuk membuat corak diingini. Cucukkan sedikit untuk membuat lubang bagi memasukkan tangkai bunga cengkih. Mokcik dah level expert. Mokcik terus je cucuk bunga cengkih tu. Tapi kalau korang nak buat macam mokcik,pastikan jari korang demuks macam jari mokcik.Cucukkan bunga cengkih ke dalam lubang tadi. Alamak mokcik lupa ambik gambar limau yang mokcik dah siap hias cucuk bunga cengkih ni.Satu dari corak yang ada. Kat atas sekali tu korang pacak batang bunga telur tu. Patahkanlah sikit batang tu. Kang tembus ke bawah tercucuk tangan kau pulak.
Kelebihannya :
Potpourri ini tahan sehingga 3 minggu – 1 bulan tanpa memburuk. Proses merempah semulajadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.
Awet bau ya. Bukan awet muda macam mokcik. Halah..halah..payah nak buang merepek ni.
Ni mokcik gantung kat bilik.air anak bujang. Kalau depa pi telan limau tu, saja nak kena cuci mangkuk tandas doblas bulan!
Boleh pacakkan batang kulit kayu manis juga sebagai tangkai. Baunya lagi perghh..lebih sedap dari bau ketiak ketika berpeluh menyental periuk kuali kat dapur.
Bau kesan masakan di dapur boleh dihilangkan.
Bau bilik tidur rasa tenang dengan nyalaan lampu malap-malap gitu, bukak pulak ekon. Huh.
Bau tandas paling best sebab tempat sejuk dan agak terkurung, so baunya berlegar di dalamnya sahaja.
Dah masuk cuti sekolah kan, tentu ada mak ayah yang dah mula rancang nak bawa anak jalan-jalan cari makan. Kalau lah dapat menikmati ikan bakar atau makanan laut bakar dengan harga berbaloi alangkah seronoknya.
Bagi Nadhirah Muhammad Arib percutiannya ke Tanjung Dawai, Kedah memberi kejutan kepadanya. Lagi-lagi bila dapat menikmati makanan dengan harga yang tidak dibayangkan.
Inilah ikan RM2
Kongsinya, “Makanan mahal terkejut, murah lagilah terkejut. Begitulah perasaan kami ketika misi JJCM ke utara minggu lepas.
Kat sini tau
Kat sini kedaiya
Kami mencari kedai di sekitar Tanjung Dawai, akhirnya berhenti dahulu di pasar untuk mencari ikan kering dan bilis. Tapi kami jumpa kedai makan yang mewah dengan sotong.”
Sudahlah sotongnya gemuk satu hal, murah pula tu. Adudu, teruja betul kami. Lagi terkejut ikan kembung bakar hanya dua ringgit seekor.
Masya-Allah tabarakallah nikmat manakah yang mahu kami dustakan.
Menu kami.
Ikan segar dengan harga murah memang bertambah-tambahlah kami makan.
“Betul ke dua ringgit ni?” Saya tanya kepada penjaga cashier.
“Iya, kalau boleh jual murah kami bagilah harga murah.” Responnya.
Ikan besar pun hadoi
Tak tahu nak pilih kononnya
Kenalah bergambar kat mercu tanda kan
Rasanya inilah kedai makan paling murah dan sedap sepanjang kami jjcm. Jadi gais jika ke Tanjung Dawai sila ke bangunan Arked ni. Kedai paling hujung sebelah surau. Makan sambil tengok bot nelayan.
Mingguan Wanita : Masa inilah seronok bila dapat bawa keluarga jalan-jalan sambil menikmati ikan bakar atau seafood sedap tepi laut. Dah boleh rancang percutian dari sekarang iya.
Santan memang banyak digunakan dalam masakan harian seperti kari, masak lemak, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Masakan menggunakan santan segar yang diperah boleh menyedapkan lagi rasanya berbanding jika gunakan santan segera yang didalam kotak.
Namun perkara yang sering menjadi masalah bagi santan segar ialah ia tak tahan lama dan mudah basi. Malah, jika di simpan di tempat beku didalam peti sejuk ia jadi berketul-ketul,cair dan mengakibatkan kuah pun jadi tak cantik.
Melalui perkongsian dari Radhiah Izzati, ada petua dan cara simpan santan yang tersendiri agar ia tahan lebih lama, tetap pekat dan kekal segar.
Menurut beliau, petua ini perolehi daripada seorang peniaga nasi lemak. Mak-mak bolehlah mencuba petua ini iya, jadi tak lah membazir kalau santan basi.
Caranya:
1.Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
2.Bungkuskan santan dengan helaian surat khabar tersebut.
3. Simpan di tempat beku dalam peti sejuk.
Hasilnya, kertas surat khabar dan santan tersebut membeku,tetapi santan kekal segar dan pekat selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah simpanan biasa yang terpisah kandungan santan di bawah, air di atas.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...