Di Malaysia, ramai wanita memilih untuk tidak ambil tahu tentang tanda- tanda awal kanser payudara kerana terlalu takut untuk mengetahui risiko atau kebenaran jika mereka benar-benar telah terkena kanser.

Menurut Pakar Bedah Am, Payudara dan Bariatrik, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Kirubakaran Malapan, Kanser payudara bermula apabila sel di dalam payudara mula tumbuh tanpa kawalan.

Sel ini biasanya akan membentuk tumor dan ia hanya boleh dilihar melalui x-ray atau dirasa seperti benjolan.

Tumor boleh mendatangkan kanser dan membiak ke dalam tisu lalu merebak ke kawasan tubuh badan yang lain.

Kanser payudara hampir selalu terjadi pada wanita, tetapi lelaki juga boleh mendapat kanser ini. Sel di setiap bahagian badan boleh menjadi kanser dan merebak ke kawasan lain.

Jadi ia sangat penting untuk anda pantau dan tahu tanda-tanda awal kanser payudara untuk memastikan ia dapat dikawal dan tidak merebak.

Berikut antara simptom-simptom yang wanita perlu ambil tahu: 

 

1-Sakit menusuk pada dada

2-Benjolan pada payudara

3-Benjolan di ketiak (lymph nodes)

4-Keluar lelehan cairan dari puting atau darah

5-Berat badan turun secara mendadak ketika di tahap yang sudah serius

 

Ads

Faktor-Faktor Risiko Kanser

 

1-Obesiti atau mengamalkan high fat diet (diet tinggi lemak).

2-Faktor genetic BRCA : bagi faktor keturunan, kehadiran gen BRCA1 dan BRCA 2 atau sesiapa yang memiliki gen yang tidak normal, biasanya hanya menyumbang 5-10 peratus daripada kes kanser (peratus yang rendah).

3-Tidak pernah menyusukan bayi

4-Tidak pernah mengandung

5-Mengalami haid yang awal sekitar umur 8 hingga 9 tahun

6-Merokok

7-Mengamalkan minuman alkohol

Ads

8-Mengamalkan pil perancang kehamilan

9-Menopaus awal

10-Makanan dan gaya hidup

 

 

Apa Wanita Perlu Buat Untuk Mengesan Kanser Payudara?

 

Jangan Ambil Mudah Kanser Payudara. Ini Perkara Wanita Perlu Ambil Tahu!
Dr Kirubakaran Malapan, Pakar Bedah Am, Payudara dan Bariatrik, Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Dr Kirubakaran menasihatkan wanita agar melakukan langkah-langkah berikut:

Ads

-Mengambil tahu mengenai aktiviti-aktiviti atau info mengenai kempen kesedaran mengenai kanser payudara.

-Membuat ujian saringan. Ujian saringan terdiri daripada ujian mammogram khusus untuk wanita 50tahun keatas. Tetapi kini, had umur telah diturunkan kepada 45 tahun.

-Ujian ultrasound payudara untuk wanita yang beumur 30 tahun ke atas sehingga  40 tahun.

-Jika bawah 30 tahun, kita akan mempraktikkan BSE atau basic self-examination tetapi perlu tahu bahawa BSE ini hanya ujian asas dan sebagai langkah permulaan untuk dilakukan di rumah. Ujian yang lebih tepat untuk mengesan kanser payudara adalah melalui biopsi.  Hasil ujian adalah 100 peratus betul.

Tip Mengelak Kanser

Dr Kirubakaran menasihatkan agar wanita sentiasa melakukan perkara berikut bagi mengelak kanser.

1-Amalkan diet yang sihat dan seimbang.

2-Melakukan senaman.

3-Jangan lupa minum air.

4-Lakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian saringan mammogram atau ultrasound. Jangan tunggu sehingga sakit dan jangan abaikan pemeriksaan jika sedar atau rasa sesuatu kelainan pada payudara atau pada keseluruhan badan.

Pemeriksaan kesihatan awal berupaya untuk mencegah sesuatu penyakit sebelum melarat. Oleh sebab itu terdapat pelbagai program kesedaran kesihatan mengenai kanser payudara dijalankan untuk memberi amaran dan peringatan awal kepada wanita agar lakukan ujian saringan bukan untuk mengubati, untuk diagnos untuk mengetahui adakah terdapat tanda-tanda kanser atau tidak.

Jika payudara anda menunjukkan perubahan yang ganjil ,anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI