Bila sebut hari raya aidiladha tentulah sekali dikaitkan dengan menyembelih haiwan korban. Ini sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.W.T.
Setiap tahun pasti akan ada binatang yang akan tumbang. Kebiasaannya tentulah lembu yang dijadikan korban pada hari tersebut. Kadang-kadang, sebelum menyambut hari raya aidiladha, ada saja gambar-gambar haiwan korban yang dikongsikan atau pun aksi yang mungkin boleh mencuit hati. Ini belum lagi pada hari penyembelihan haiwan korban.
Dek kerana terlalu seronok untuk melalui momen haiwan korban itu disembelih, ada saja gambar-gambar atau video yang ditunjukkan semasa penyembelihan. Namun, tanpa kita sedar ia seolah tidak menghormati sehingga menimbulkan persepsi negatif dan tidak menunjukkan keindahan Islam.
Jadi, apa yang perlu kita buat. Inilah yang dikongsikan oleh Kisah Zakat Malaysia tentang bagaimana untuk kita menjaga adab dan menghormati haiwan korban ketika hari raya aidiladha.
Antara adab sebelum / sewaktu / selepas menyembelih binatang korban yang secara sengaja kita terlupa kerana sangat ‘excited’, elok-eloklah diberi perhatian…
1. Merakam dan memuatnaik gambar (selfie) dengan binatang korban
2. Merakam dan memuatnaik video keadaan binatang korban yang dalam keadaan ‘nazak’
3. Merakam dan memuatnaik gambar (selfie) dengan kepala / bahagian tertentu binatang korban yang mungkin sensitif bagi sebahagian pihak / kaum lain
4. Merakam dan memuatnaik video keadaan2 yang mengaibkan semasa proses penyembelihan
Ads
5. Merakam dan memuatnaik gambar binatang korban yang telah disembelih dalam keadaan yang ‘menyiksakan’ …dan lain2 lagi.
Jika ingin juga…
Rakam dan ambillah gambar-gambar yang bersopan & boleh menunjukkan keindahan Islam, bukan yang boleh menimbulkan salah faham dan persepsi negatif.
Kembalilah kepada tujuan dan matlamat korban itu sendiri.
Petikan dari mufti Pulau Pinang:
Jangan Viral Aksi Binatang Yang Hendak di Sembelih
Umat Islam sepatutnya tidak menjadikan haiwan korban sebagai bahan lawak jenaka, demikian tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata demikian setelah kesal melihat segelintir pengguna laman sosial ‘memviral’ gambar lembu korban sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati orang ramai.
Ads
“Saya menyeru umat Islam supaya tidak ‘memviral’ gambar gelagat haiwan korban kerana bimbang menimbulkan salah faham serta tanggapan negatif di kalangan masyarakat terutama individu yang ingin memburukkan imej Islam di mata dunia.
“Pada pandangan saya, tindakan ini amat mengecewakan dan jelas masyarakat kita suka berhibur sehingga berlebih-lebihan,” katanya.
Wan Salim berkata, tidak wajar mengambil gambar haiwan korban dengan pelbagai aksinya ketika disembelih.
“Walaupun tiada dalil yg melarang, namun tidak wajar dilakukan kerana mungkin ada yang menganggapnya sebagai perbuatan kejam.
“Di samping itu cara menyembelih yang tidak mengikut etika atau peraturan yang ditetapkan dalam syariat juga mungkin menambahkan lagi salah faham mengenai ibadat ini,” katanya.
Jelasnya lagi, antara etika penyembelihan haiwan menurut syariat hendaklah dilakukan dalam keadaan haiwan tenang dan tidak menimbulkan rasa takut atau resah.
“Justeru disarankan supaya diletakkan pengadang antara haiwan yang disembelih dengan yang menunggu giliran atau dengan cara menutup penglihatannya.
Ads
“Kita ingin menasihatkan juru sembelih supaya terlebih dahulu memahami etika sembelihan menurut syariat supaya dengan itu imej Islam sebagai agama rahmat dapat ditonjolkan kepada umum,” katanya.
Ketahui Tujuan Ibadat Korban
Ibadat korban sepatutnya dilaksanakan secara serius dan menurut etika penyembelihan yang ditetapkan dalam syariat kerana tujuannya ialah untuk menghampirkan diri kepada ALLAH SWT.
Beliau berkata, individu yang menganjurkan ibadat berkenaan hendaklah menghayati hikmahnya daripada sudut sejarah dan sosial.
“Hikmah ibadat korban daripada sudut sejarah ialah penghayatan terhadap pengorbanan Nabi dua beranak iaitu Nabi Ibrahim yg sanggup menyembelih putera kesayangannya demi mematuhi perintah ALLAH SWT.
“Manakala hikmah ibadat korban daripada sudut sosial pula ialah memberi makan kepada golongan fakir miskin supaya mereka turut bergembira di hari raya yang mulia ini,” katanya.
Wan Salim mengulas isu berkenaan setelah beberapa pengguna laman sosial yang dilihat begitu seronok memaparkan pelbagai gaya lembu korban.
Menyedihkan apabila sesetengah gambar tersebut menimbulkan rasa lucu di kalangan pengguna laman sosial dan menjadikannya sebagai bahan lawak.
Mingguan Wanita : Tak salah untuk berkongsi momen semasa hari penyembelihan tapi biarlah gambar-gambar yang tidak ‘mengaibkan’ atau tidak menjadi bahan lawak bila melihatnya.
Pelakon yang aktif menghiasi kaca TV menerusi karya-karya drama lakonannya, Idris Mat Diah telah meninggal dunia. Arwah yang popular dengan watak ‘Pak Andak’ menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.30 pagi pada usia 61 tahun di kediamannya di Persint 9, Putrajaya.
Arwah Idris sewaktu membintangi drama 7 Hari Mencintaiku
Seperti mana yang diberitahu kepada Mingguan Wanita menerusi Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, anak Allahyarham, Alia menerangkan ayahnya disedari tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan setengah jam kemudian.
Tiada Selera Makan
“Sejak dua tiga hari lalu, arwah tiada selera makan, sebelum tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi,” katanya.
Dalam pada itu, Alia juga turut memaklumkan agar kenalan bapanya untuk menghubungi pihak waris, sekiranya arwah ada berhutang.
“Saya mohon jika ada ayah ada hutang sesiapa untuk hubungi saya,” ujarnya.
Dikenali Menerusi Drama TV
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 11 pagi tadi di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Allahyarham cukup dikenali menerusi drama TV dan sering memegang watak sebagai bapa yang penyayang.
Antara drama lakonannya ialah 7 Hari Mencintaiku, Menantu Bilal, Cucu Tauke Beras, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap dan lain-lain.
Doktor kongsi saat nazak menurut sains & islam! Jika ada tanda ini pada ahli keluarga tenat, masanya singkat.Ramai diuji dengan keuzuran khususnya bagi mak ayah kita yang umurnya mungkin sudah lanjut.
Di saat kita mendoakan keduanya dipanjangkan usia tetapi ajal maut, jodoh pertemuan sudah ditetapkan oleh Allah sejak di luh mahfuz lagi. Sebagai anak atau diuji dengan ahli keluarga yang sedang sakit tenat, ada baiknya kita belajar sedikit ilmu dari sudut sains dan islam yang dikongsikan oleh seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahim dari Klinik Abdul Rahim, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Ilmu yang patut anda fahami. “Tahukah apa tanda-tanda nazak menurut SAINS dengan ISLAM?”
Doktor hurai cara detail saintifik tanda-tanda penting unttuk kita semua tahu ketika menjaga pesakit yang kita sayangi sebelum dijemput Illahi supaya kita dapat pelajaran darinya. Tanda ini tidak sama bagi setiap orang dan ia hanya sebagai panduan sahaja untuk sahabat semua.
Doktor Kongsi Saat Nazak Menurut Sains & Islam
Waktu kematian sudah ditetapkan Allah sejak azali lagi. Dari sudut sains ketika nazak, ini yang perlu kita ketahui.
Apa tanda-tanda sakaratulmaut/nazak kita dah hampir?
Dalam SAINS:-
1)Kita akan mula-mula sekali HILANG SELERA MAKAN. Tahu tak anda, sistem organ kita yang pertama yang “menutup” tugasannya adalah sistem pencernaan bila nazak kita dah hampir.
Pencernaan banyak sekali mengguna tenaga kerana banyak kerja usus kena proses makanan kita tiap hari! Dalam beberapa minggu terakhir kita, sebenarnya usus tak perlu memproses makanan kerana tak diperlukan badan kita lagi untk membina sel baru sebab kita dah nak tinggalkan alam ni.
Hilang selera makan & minum. Perut mula kembung. Tenaga kita menurun mendadak. Kelemahan fizikal amat ketara. Kita akan banyak TIDUR daripada terjaga kerana keletihan. Najis makin tiada sebabkurang makan dan minum. Ini permudah orang yang urus mayat kita ketika mandikan mayat nanti & tak payah tekan-tekan perut kita untuk keluarkan najis kita.
Nota : Manusia memerlukan makanan & air untuk terus hidup. Sekurang-kurangnya 60% badan orang dewasa terdiri dari air. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama 3 minggu tapi boleh bertahan selama 3-4 hari tanpa air.
Pernafasan cetek & tak teraturKetika saat kematian semakin hampir, pernafasan orang kita sayangi menjadi perlahan dan tak teratur. Mungkin berhenti dan kemudian bermula semula atau berhenti yang panjang di antara nafas pendek. Ia dikenali sebagai pernafasan Cheyne-Stokes. Ia bertahan untuk waktu yang singkat atau lama sebelum pernafasan akhirnya berhenti.
3 Blood pressure anda menurun & denyutan jantung/heart rate makin pantas tapi selepas tu makin lemah & perlahan.
Doc nak khabarkan bahawa bila pesakit menghampiri kematian, jantung tak dapat mengepam secara normal, tekanan darah rendah dan darah beredar dengan teramat kurang ke seluruh badan. Dengutan jantung makin perlahan dan susah didengar. Akhirnya di ECG tiada lagi impulse. ECG mendatar bermakna sudah tiada nyawa.
Keluaran volume dan warna kencing berubah
Fungsi ginjal secara beransur-ansur berhenti menghasilkan air kencing ketika kematian semakin hampir. Air kencing anda akan menjadi coklat gelap pekat atau merah tua. Juga, jumlah air kencing yg dihasilkan oleh buah pinggang berkurangan sehingga terhenti dihujung hayat.
Perubahan physical
Kelihatan edema/pembengkakan tangkungan cecair pd tangan, kaki, punggung & paru-paru bagi orang yang hampir mati atau BED RIDDEN kerana kekurangan zat makanan protein. Orang uzur hanya makan air dan nasi moi/bubur atau makan minum yang tak berzat atau berprotein.
Tangan & kaki sejuk & pinkish atau kebiruan atau pucat sebab kurang darah dan oksigen ke seluruh badan, maka tubuh badan jadi SAKIT. Seluruh kulit berbintik sebab yang sama.
Kekeliruan mental atau delirium/nyanyuk sebab kurang darah dan oksigen ke otak. Suhu badan tak terkawal sebab otak mula tak berfungsi maka kulit mereka sejuk, hangat, lembap, atau pucat tak tentu masa.
6. Organ kita yang mana akan DIMATIKAN dulu & yang terakhir bila kita MATI?
Wahai sahabat-sahabat Doc, mayat secara keseluruhan mungkin mati, tapi bahagian-bahagian tertentu di dalamnya masih HIDUP.
Otak adalah organ pertama yang mula2 rosak dan organ2 lain mengikutinya. Sebab sel otak dan saraf memerlukan bekalan oksigen yang berterusan ketika kita hidup dan akan mati di dalam beberapa minit, setelah berhenti bernafas.
2.Yang seterusnya mati adalah jantung, diikuti oleh hati, kemudian ginjal dan pankreas, yang dapat bertahan sekitar 1 jam.
Rahsia terakhir yang Doc nak share, yang harus anda SIMPAN & GUNAKAN ketika orang dikasihi berada di penghujung kematiannya /sakaratulmaut:
Tahu tak anda Deria Kelaparan adalah yang pertama akan hilang ketika nak mati. Kemudian deria dahaga hilang. Dituruti deria cakapan hilang & seterusnya diikuti dengan hilang penglihatan. Indera terakhir untk pergi kembali kepada Allah adalah SENTUHAN/ SENSORI SAKIT & PENDENGARAN.Maka Nasihat Doc:
Memang kita, rasa TERAMAT SAKIT ketika terakhir kita hembus nafas terakhir. DI SAAT roh telah dicabut daripada jasad dari kaki ke lutut ke perut dan dari halkum akan melalui saat sakaratulmaut & mengalami kesakitan yang amat sangat.
b.Dalam ilmu ni bahwa PENDENGARAN dianggap sebagai pengertian terakhir dalam proses kematian, jadi jangan sekali-kali menganggap orang tu tak dapat mendengar anda ketika nazak. Terbaik ajar si nazak MENGUCAP di telinganya nama ALLAH atau syahadah di telinganya sebelum nyawa keluar daripada badannya.
Oleh tu, sebaiknya mengajar orang yang kita sayangi yang hampir meninggal dunia denga kalimah suci “Laa Ilaaha Illallah” ketika sekaratulmaut kerana ia masih DENGAR kata-kata anda. Allahualam.
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Rangup, Masam Manis Selalu Buat Jualan! Jika selalu buah mangga yang banyak, kita makan begitu sahaja atau dibuat jeruk, rupanya boleh dibuat aiskrim juga. Memang sedap masam manis malah yang paling penting, buah mangga yang dijeruk tersebut tetap kekal rangup tak lembik.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Syidah Saiful ini, resipi Aiskrim Jeruk Mangga yang selalu dibuat jual.
AISKRIM JERUK PAUH@MANGGA
Selalu buat untuk jualan tapi lama dah tak buat sebab tak berapa rajin..ghisau.
Bahan-Bahan:
Mangga
Air
Garam
Gula
Cara Membuat:
1.Potong buah & rendam air garam semalaman (untuk buang getah & merangupkan).
2.Angkat ,bilas & toskan hingga tak ada air yang menitik.(Ni part penting tau, kalau tak lembik isinya nanti.
3. Masak air gula, kasi manis sikit ya. 1 bekas air yang saya buat tu 3kg gula @ 12 liter air. Sebab nanti bila proses menjeruk tindakbalas dari rasa masam & air dalam buah akan buat air jeruk payauuu kalau kedekut gula.Jadi tak ada rasa masam manis tu.
4. Bila air gula dah masak, biarkan BETUL-BETUL sejuk. Nak cepat, anginkan dengan kipas. Kalau masukkan masa tengah suam,jeruk akan lemau & lembik nanti. Taruk dalam bekas bertutup, peram 2 hari jadilah jeruk buah mangga.
5. Angkat mangga sahaja, letak dalam bekas@ besen dan isikan dalam plastik. Masukkan air jeruk, pintal dan bekukan.