Jadilah suami mithali dambaan isteri “latih diri memuji, menghargai buatlah dia terasa disayangi”. Dalam kehidupan berumahtangga suami dan isteri perlu saling menyayangi.
Bukan sekadar isteri saja perlu mengambil hati pasangannya, namun suami juga perlu mengorak langkah dan membelai isteri.
Jika sang suami ringan tulang membantu isteri walaupun dalam hal yang kecil dan dianggap remeh namun isteri akan rasa sangat dihargai dan perkara itulah paling romantik buat isteri sebenarnya.
Jadilah Suami Mithali Dambaan Isteri
Menerusi perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, telah berkongsi 10 petua terbaik untuk menjadi para suami menjadi mithali dan dambaan bagi para isteri. Semoga perkongsian dari Haji Mohd Fadzilah ini memberi manfaat buat pasangan suami isteri.
- Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan kalian sentiasa dicontohi dan dibanggakan oleh ahli keluarga.
- Memperbaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan solat taubat, istighfar, memaafkan dan sentiasa minta maaf.
- Berkawan dengan orang yang baik-baik. Yang sentiasa berpesan pada kebaikan dan mengajak kepada ke arah kejayaan dunia serta akhirat.
- Sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan yang sudah pastinya berkat. Rajin memberi sedekah pada isteri dan anak-anak. Membantu orang yang memerlukan dengan ikhlas dan tanpa banyak bicara.
- Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suamilah pendidik agama. Perlu beri peringatan dan membimbing isteri walaupun dia tahu hal keagamaan. Kadang kita tahu, tetapi terlupa.
Maka mendidik bukan sahaja mengajar hal yang tidak kita ketahui tetapi memberi bimbingan dan menyedarkan kita tentang hal yang kita telah tahu.
- Latih diri memuji dan menghargai isteri. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Carilah peluang untuk sentiasa memuji.
- Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Isteri basuh baju, kita jemurkan. Isteri kemas dapur, kita buangkan sampah. Hal itu meringankan dan menyejukkan hati seorang isteri.
- Tunjuk kematangan yang tinggi. Orang matang ni dia sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana dan dapat buat keputusan serta cekap selesaikan masalah.
- Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Kadang ada yang lebihkan kawan main futsal banding dengan isteri. Hehe. Elakkan kesilapan ini.
- Sentiasa berubah secara positif dan konsisten. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu. Apabila suami berubah, semua sistem dalam kekeluargaan akan turut berubah.
“Ketahuilah wahai suami,
“Hal-hal kecil yang kita anggap kecil dan remeh tu, jika kita buat setiap hari, itulah hal paling romantis untuk seorang isteri tau.
“Perlu selalu bijak dalam memberikan yang terbaik untuk rumahtangga. Semoga bermanfaat ya,” kongsi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
View this post on Instagram
Baca Disini : Bila Suami ‘Terpaksa’ Bergantung Ehsan Isteri, Berterima Kasih, Berbuat Baik, Jangan Nak Selesa Sangat!
Jadilah Isteri Paling ‘Sweet’, Gedik Dengan Suami, Jangan Sampai Orang Lain Penuhi Cinta Pasangan
Tegur Jika Buat Kesilapan, Azhar Sulaiman Berterima Kasih Pada Isteri Didik Anak-Anak
View this post on Instagram
Mingguan Wanita : Bagusnya bila suami prihatin memang rasa sangat dihargai.
Sumber : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Sumber Foto : Gambar Hiasan TV3 Drama Melur Untuk Firdaus
Sumber Foto : Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI