Bukan untuk menunjuk. Itulah yang ingin dikatakan buat ibu kepada 2 orang anak ini. Bidang pekerjaannya yang sebelum ini dipelopori oleh golongan lelaki, kini, wanita pun mampu seiring demi mencari rezeki buat keluarga.
Bukan setakat seorang dua tapi ada ramai wanita yang telah terlibat dalam dunia ini, bawa treler untuk menghantar barangan. Bukan dekat-dekat, ada sampai merentas negeri lain dan ambil masa berjam-jam di atas lebuh raya sebelum sampai ke destinasi.
Mungkin ada lelaki yang memandang sinis bila melihat wanita yang membawa lori treler. Tak kurang juga yang memperlekehkan dan mengata. Namun, semua ini tidak melemahkan semangat Siti Hajar Mat Kasa, 36 tahun dalam mencari rezeki sebagai pemandu lori treler.
.
“Sebenarnya, saya masih baru lagi dalam bidang ini dan tak banyak pengalaman. Cuma bila menyingkap tentang pengalaman tak best semasa memandu treler, dah tentulah bila lori rosak. Terpaksalah tersandar tepi jalan sambil menunggu bantuan tiba.
“Tak kurang juga yang marah dan perlekehkan bila saya bawa lori ini. Selebihnya, pengalamanan yang biasa dialami seisapa saja jadi pemandu lori tentulah bila ditugaskan hantar barang pada waktu malam. Jalan sunyi dan ada juga masuk jalan kampung, jadi kenalah berhati-hati,” kata Siti Hajar tentang pengalamannya sepanjang bawa lori treler.
Walaupun masih baru, dia bersyukur kerana tidak pernah mengalami kemalangan dan sebolehnya dia cuba untuk elakkan agar tidak berlaku kemalangan jiwa,” katanya yang pernah mendapat bantahan daripada keluarga tentang pekerjaannya.
“Sebelum ini, ibu bapa juga tak benarkan saya memandu treler, malah mereka minta saya cari kerja lain tetapi akhirnya bersetuju. Pada saya ini usaha saya mencari rezeki halal,” katanya.
“Saya pun Boleh Lakukan” – Siti Hajar
Menurut Siti Hajar, sebelum dia mendapat pekerjaan ini, dia juga selalu melohat video wanita memandu treler di Tiktok. Jadi dia terfikir, kalau orang lain boleh kenapa dia tak boleh lakukan perkara sama.
Ads
Siti Hajar, 36, adalah pemandu treler yang menghantar barang hampir seluruh semenanjung Malaysia sejak enam bulan lalu.
Wanita itu juga selalu berkongsi videonya memandu kenderaan berat itu di TikTok dan mendapat perhatian warga aplikasi sosial itu.
Ibu kepada dua anak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu berkata, dia mendapat lesen E penuh Februari lalu, namun sudah belajar memandu kenderaan berat itu sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, semua itu dilakukan kerana minat dan mahu mencabar keupayaan diri selain mahu merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri.
Pernah Menjual Pencuci Mulut
Sebelum ini dia pernah berniaga pencuci mulut yang dihasilkan dan dihantar sendiri selama lima tahun secara kecil-kecilan. Walau bagaimanapun, dia cuba menjari pekerjaan baharu untuk mendapatkan penyata gaji kerana berhasrat membeli rumah sendiri.
“Itulah yang mendorong saya memilih kerjaya pemandu lori. Saya mulanya ikut rakan untuk belajar cara memandu, turun dan naik bukit dan di selekoh. Lesen memandu lambat diperoleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Ads
Siti Hajar berkata, treler yang dipandunya ketika ini adalah yang ketiga yang mana dua kenderaan berat terdahulu adalah jenis kontena dan hanya menghantar barang dari pelabuhan ke sekitar Johor serta selatan ke utara sahaja.
Katanya, sekarang dia membawa pelbagai muatan barang seperti makanan dan kayu ke seluruh Semenanjung kecuali Terengganu.
“Ironinya kerjaya ini mencabar walaupun orang melihat kami bekerja secara santai tetapi kami perlu menahan mata untuk perjalanan yang jauh lebih 200 kilometer (km) sehari, tidur pun di tepi jalan atau di hentian rehat, makan pun kadang-kadang tak sempat.
“Pada mulanya memang agak sukar nak pandu kenderaan berat tetapi selepas kita tahu cara yang betul itu tidak menjadi masalah asalkan kita ada keyakinan serta keberanian,” kata anak jati Kampung Cahaya Baru.
Kenangan Tak Boleh Dilupakan
Menurutnya, kenangan tidak dilupakan apabila pernah dimarah kerana mengambil masa lama untuk membuat pusingan U, dipertikaikan keupayaan memandu kenderaan berat, selain pernah dipuji kerana berani memandu treler.
“Ada juga yang terkejut kerana mereka ingatkan lelaki yang pandu dan saya juga kadang-kadang ada memakai baju kurung ketika ketika pulang menghantar barang sebab kurang sibuk dan tetap memakai seluar panjang di dalam kain.
Mengenai perkongsiannya di TikTok, Siti Hajar berkata, dia hanya mahu menyimpan kenangan dan bukan menunjukkan keupayaan memandu kenderaan berat itu.
Ads
“Sebenarnya sudah ramai kaum hawa memandu kenderaan berat dan ia bukan perkara baharu. Saya juga bukan untuk menunjuk boleh menjadi seperti lelaki sebaliknya hanya mencari rezeki halal,” katanya.
Mingguan Wanita : Kagum betul dengan keberanian dan kebolehan dalam bawa lori treler ni. Kalau ada yang berani dan berjiwa kental, bolehlah cuba ye. Tapi kena ambil lesen dulu la..ingat senang bawa lori besar-besar ni.
Sesungguhnya orang yang memiliki atau ada emas bukan orang miskin, sebaiknya gadai dulu jika hendak kategorikan diri itu susah.
Ramai lagi orang di luar sana masih susah dan harapkan bantuan serta tiada langsung duit untuk dimakan. Ini tidak, gelang, rantai dan cincin emas masih dipakai namun kerap mengeluh tiada duit untuk dimakan.
Inilah masanya untuk gunakan barang kemas kerana mak, ayah bukanlah orang miskin pun.
Ada EMAS Bukan Orang Miskin
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
“Orang yang ada emas (barang kemas), dia bukan orang miskin…”
Kalau sekarang dia rasa dia miskin, perlu bantuan, tidak ada apa yang boleh dimakan, dia kelaparan, maka dia kena gadaikan emas itu dulu, dapat duit, beli makanan dan keperluan harian…
“Alaa, sayang… Baru beli saja selepas ambil duit I-Sinar baru-baru ini…”
Kalau sayang? Rendam dalam air, minum air itu sampai kenyang… Kau bukan susah, kau cuma tak boleh hidup susah… Time nak riak, time nak update, kau tak fikir pula bab-bab masa depan sebab dalam otak itu, emas adalah pelaburan…
Pelaburan apanya beli bulan lepas, bulan ini kena gadai…
“Saya jenis tak boleh pegang duit dekat tangan, nanti habis… Sebab itu guna beli emas…”
Alasan, standard sangat sudah ayat itu… Kalau mak, ayah simpan dalam Tabung Haji, ASB (Amanah Saham Bumiputera), atau Akaun Simpanan anak-anak tak boleh?
Tidak Ada Pelaburan Jangka Pendek
Tidak ada sesiapa pun yang suruh letak dalam akaun sendiri kalau sendiri sedar yang diri itu tak boleh kawal nafsu berbelanja…
Apapun pelaburan, tidak ada pelaburan short term ya tuan-tuan dan puan-puan especially time Covid-19 ini… Yang short term ini semuanya MLM (multilevel marketing) penipu datang naik BMW tu…
Gadai emas dulu sebelum hendak kategorikan diri sendiri itu sebagai orang “SUSAH”…
Mingguan Wanita : Inilah masa terbaik untuk mak, ayah gunakan emas yang ada. Bukannya meminta bantuan sedangkan mak,ayah masih memiliki baerang kemas untuk dijual atau digadai.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Keluarga Nina Azahariyang terdiri daripada 11 orang semuanya, iaitu 6 dewasa dan 5 kanak-kanak dapat menikmati percutian bajet tanpa dirancang untuk 2 hari 1 malam dengan harga murah yak mat.
Bajet dalam RM395 mereka sekeluarga boleh tinggal dalam sebuah villa dekat Jalan Temoh Kampar, Perak yang dikelilingi alam semulajadi yang nyaman lagi privacy.
Kalau dicongak secara kasar pun kita dah tahu, betapa murah tak masuk akal harga percutian dengan penginapan 2 hari 1 malam untuk nilaian serendah itu.
Semua ini dijelaskan Nina dengan detail dan mak-mak yang plan nak bercuti itu boleh kutip pengalaman menarik bercuti penuh relaks dan santai keluarga ini.
Kos Dekat RM395 Stay 11 Orang Untuk 2 Hari 1 Malam
Kadang-kadang kita madam blur tak boleh fikir kat mana tempat bercuti yang sempoi dan relaks kat belah Perak ni kan?
Akhirnya trip tanpa dirancang Nina dan keluarga ini berakhir di Re Farm Leisure, Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, Temoh, Perak. “Tempat ini kat tepi jalan lama antara Temoh dan Kampar, Perak.”
Ini dia, tempat yang bagi saya paling relaks, cantik dan selesa dengan harga yang saya beritahu di atas. Harga tak sampai RM400 untuk 11 orang (6 dewasa dan 5 kanak-kanak).
Harga ini termasuklah penginapan, bayaran tambahan 2 dewasa dan 5 kanak-kanak masuk percuma saja. 4 dewasa lagi dah dapat masuk percuma sebab dah termasuk dalam tempat penginapan.
Macam mana famili ini boleh dapat percutian tersangatlah murah untuk 11 orang macam itu? “Kitaorang 11 orang decide stay kat villa.
“Sebenarnya muat untuk 4 orang saja. Tapi kami sumbat ja sampai 11 orang. Sebab besar sangat villa tu. Orang Malaysia kan selagi boleh sumbat, kita sumbat.
“So, tiket admission free untuk 4 orang saja. Lebih dari pada tu kena bayar. Ala tak mahal pun. Dewasa RM10, budak RM5.”
“Kalau susah sangat nak jumpa, waze je Re Farm Kampar.”
Apa Yang Heaven Dalam Percutian Bajet Ini
1. Tempat ini boleh mandi manda tanpa stay. Bayaran seingat saya RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak. Kalau nak stay ada 2 jenis kemudahan penginapan. Boleh Google jenis rumah yang diinginkan. Ada yang jenis private villa, villa dan ada jenis cabin farm villa (toilet di luar)
2. Dekat sini ada Leisure Farm / Taman Santai yang dibuka dari 9 pagi sampai 6 petang. (Isnin – Ahad. Tutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum)
3. Dalam Re Farm ini ada mini zoo, vegetable farm , kolam ada 3 jenis (2 untuk orang awam, 1 lagi kolam untuk private villa). Boleh jungle tracking, boleh main pedal boat, net fishing dan boleh berbasikal. Syok sebab tak ramai sangat yang tahu tempat ini.
4. Yang best lagi, ada satu kolam ini. Air dia dari sumber air bukit. So sejuk.. kita orang berendam pukul 7.30 pagi. Menggigil oooii!
5. Kalau makan pula, untuk yang stay villa macam kita orang macam biasa tapau saja dari rumah. Tak payah membazir. Tapi kalau nak makan di restoran diaorang pun boleh.
Cuma kita orang tak rajin. Kalau uols nak bajet lagi, boleh keluar ke Pekan Kampar. Tak jauh sangat. Tapi mesti ada keretalah ya.
6. Bagi kita orang, stay sini sangatlah berbaloi. Sebab rasa privacy dia tu. Tak ramai sangat orang dan dengar pula bunyi cengkerik waktu malam. Tu yang best.
Kalau mak-mak mash blur tak tahu nak belanja famili bercuti ke mana, Trylah pergi dulu. Kalau stay villa tu boleh BBQ kat situ. “Kita orang ini tak sempat sebab unplanned trip kan. Next time maybe.”
Siapa yang tidak mengenal susuk tubuh yang begitu gah dalam dunia penyiaran tanahair, sebut saja pemilik nama Zakiah Anas pastinya akan teringatkan rancangan kendaliannya iaitu 999 yang disiarkan di TV3.
Meskipun sudah mengucapkan selamat tinggal kepada program berkenaan, namun, ramai berpendapat sehingga kini tiada pengacara yang dapat menandingi kehebatan Zakiah meskipun wajah penyampainya banyak kali bertukar ganti.
Namun pada usia 54 tahun, figura ini kelihatan begitu anggun. Apatah lagi dengan bentuk tubuh yang kekal langsing.
Rupanya, Zakiah Anas menerangkan dia memang wajib lakukan aktiviti lasak yang digemarinya iaitu mendaki (hiking) sebanyak tiga kali seminggu bagi memastikan badannya sentiasa fit dan cergas.
Bercerita lanjut seperti mana dipetik menerusi SinarPlus, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Zakiah berkata, dia mendaki pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
“Memang wajib buat aktiviti tiga kali seminggu bagi memastikan badan saya sentiasa fit dan cergas.
“Makan dan minum pun kena jaga sebab bila sudah berusia 50-an, kena jaga pemakanan dan gaya hidup,” ujarnya.
Rahsia Kecantikan
Zakiah Anas juga berkongsi rahsia kecantikannya yang bagaikan tidak dimamah usia.
“Saya hanya amalkan penjagaan muka dengan produk lokal. Tiada rejim untuk menjaga kulit, tetapi mungkin saya tidak terdedah dengan cahaya matahari, kulit pun kurang pigmentasi.
“Sekarang saya banyak duduk di rumah. Kalau keluar pun hanya untuk promosi dan jualan busana,” ujarnya.
Sibuk Uruskan Perniagaan
Selain sibuk menguruskan hal rumahtangga, Zakiah Anas juga sibuk dengan perniagaannya.
“Sebenarnya, selain bersama keluarga, saya dan suami juga ada mengeluarkan busana dan kurta dengan label By Zakiah Anas sejak 2016 lagi. Alhamdullillah sambutan cukup menggalakkan.
“Namun yang sedihnya, tahun ini saya tak dapat buat jualan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana penularan wabak Covid-19, tetapi untuk Ramadan tahun depan, insyaAllah akan ada koleksi baharu,” katanya yang turut menyasarkan pelanggan dari Singapura dan Brunei.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.