Isu poligami adalah isu yang sentiasa panas dan menarik perhatian. Ramai lelaki akan suka dan kebanyakan wanita akan masam muka. Suka atau masam muka, amanah besar untuk suami yang berpoligami adalah berlaku adil.
Adil dalam poligami adalah KETETAPAN dan KEWAJIPAN, Bukan PILIHAN ATAU PERCUBAAN. Kemampuan untuk berlaku adil perlu diyakini oleh si lelaki sebelum berkahwin lagi dengan bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat.
Si wanita yang bakal masuk ke dalam rumah tangga seorang lelaki yang telah beristeri juga perlu yakin dengan kemampuan bakal suaminya. Kemampuan berlaku adil inilah yang terkandung dalam syarat kelayakan berpoligami yang ada dalam peruntukan undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.
Isu Besar Bila Tak Lalui Penapisan Kelayakan
Isu besar hari ini ialah banyak kes poligami yang tidak melalui penapisan kelayakan yang ditetapkan oleh undang-undang ini lantaran perkahwinan berlaku tanpa kebenaran undang-undang sama ada berkahwin di sempadan atau nikah sindiket.
Ads
Biar pun tidak ditapis, kewajipan berlaku adil adalah perlu dan jika ketidakadilan berlaku, para isteri yang terlibat mempunyai hak untuk mengadu ke Mahkamah Syariah dan si suami boleh dikenakan denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jangan Ada Antara Isteri Rasa Terpinggir
Adil yang dikehendaki dalam perkahwinan poligami bukan bermaksud sama rata atau sama banyak sebaliknya adalah sesuai dan munasabah kepada situasi berdasarkan syariat, bukan emosi, bukan jua pendapat masyarakat.
Adil yang dituntut agar dilaksanakan oleh para suami yang berpoligami adalah memadai tidak ada seorang pun daripada isteri-isterinya yang berasa dipinggirkan.
Menepati maksud ayat 129 surah an-Nisa’: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkapai-kapai. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Ads
Isu Nafkah Dan Giliran
Rasa dipinggirkan pula bukan berasaskan emosi wanita sahaja sebaliknya pelaksanaan tanggungjawab khususnya NAFKAH dan GILIRAN. Pembiayaan nafkah adalah tertakluk kepada keperluan dan kemampuan suami. Buat wanita dengan status isteri kedua atau ketiga atau keempat yang telah maklum dengan situasi kewangan suami sejak sebelum berkahwin lagi, anda tidak wajar mempersoalkan ketidakmampuan suami membiayai segala keperluan anda.
Kenapa tidak wajar? Kerana anda telah membuat pilihan untuk tetap menerima lelaki yang tidak mampu dalam kewangan sebagai suami anda. Namun, anda tetap BERHAK MENUNTUT bahagian yang sesuai dengan kemampuan suami. PASTIKAN TUNTUT biar sekadar seringgit! Agar suami sedar beban tanggungjawab yang sedang dipikul hasil keputusannya menikahi anda.
Suami Kena Usaha Lebih Keras Nafkahi Isteri
Buat si suami, anda tetap perlu berusaha memberikan perbelanjaan yang sesuai dengan kemampuan anda biarpun sikit kerana tatkala anda berani menerima qabul daripada akad untuk mengahwini seorang wanita, bererti anda juga perlu berani untuk berusaha menjaga kebajikan wanita tersebut termasuk membiayai keperluannya.
Pastikan anda terus berusaha dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan rezeki dan pembiayaan – tanpa menganiayai diri sendiri seperti tidak cukup rehat hingga menjejaskan kesihatan – dengan niat untuk ikhtiar melaksanakan tanggungjawab anda terutama apabila perkahwinan dikurniakan cahayamata. Anak atau anak-anak ini adalah tanggungjawab anda sepenuhnya sebagai seorang bapa!
Ads
Luang Masa, Bukan Sekadar Balik
Berkaitan giliran – bukan bermaksud perlu selang sehari atau ditetapkan setiap dua hari atau ditentukan perlu genap 24 jam tanpa kurang seminit atau sesaat. Giliran perlulah sesuai dan munasabah termasuk mengambil kira rutin harian suami dan perkahwinan yang sedia ada.
Giliran bukan sahaja hak isteri-isteri tetapi hak anak-anak. Paling penting GILIRAN BUKAN SEKADAR BALIK KE RUMAH tetapi tidak dipedulilan. Giliran mestilah BERLAKU LUANG MASA DAN WUJUD KOMUNIKASI POSITIF ANTARA SUAMI, ISTERI dan ANAK/ANAK-ANAK, jika ada.
Tanya Khabar
Sebagai contoh, suami dan isteri pertama menetap di Kuala Lumpur dan isteri kedua pula menetap di Alor Setar – tidak adil jika suami perlu ulang alik saban hari atau setiap hujung minggu. Luang masa waktu rehat hujung minggu tetap perlu mengambil kira hak isteri dan anak-anak yang sedia ada.
Dalam kes dinyatakan, giliran yang adil ialah si suami MASIH BERKOMUNIKASI dengan isteri kedua PADA HARI-HARI BIASA – BERTANYA KHABAR, MENGAMBIL BERAT DAN MEMBERIKAN PERHATIAN SEWAJARNYA tanpa mengabaikan isteri sedia ada dan balik ke rumah isteri kedua selang hujung minggu.
Giliran juga berkait dengan cuti raya, cuti sekolah atau percutian keluarga. Jika isu nafkah dan giliran ini ditangani sebaiknya, keadilan akan wujud dalam poligami!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wahai suami bila dah senang, yang lama jangan di buang! Tolonglah bahagiakanlah isteri tersayang.
Secara realitinya, ramai suami berubah hati bila sudah nikmati hidup senang dan mulalah mencari yang baru. Tolonglah wahai suami, ingatlah pengorbanan isterimu.
Sanggup susah senang bersama, sejak dari awal perkahwinan. Sudah tentu banyak suka duka yang dilalui bersama.
Perkongsian dari saudara Mohd Ezairol sememangnya memberi manfaat buat golongan suami di luar sana.
Paling penting belanjakan duit untuk kebahagian keluarga terutama isteri yang banyak berkorban dan mendoakan suami mereka. Malah menurut Ezairol lagi kaya yang sebenar adalah bila kita dapat hidup bahagia bersama dengan orang yang sayangkan kita ya dan bukan sebaliknya.
Bila Dah Senang, Yang Lama Jangan Di Buang
Aku dah banyak kali dengar pasal kes isteri kena cerai bila suami mula hidup senang atau naik pangkat. Ini benda realiti…Banyak dah berlaku.
Masa Aku jadi “government staff” dulu, orang-orang lama sering ingatkan dan pesan masa interview kenaikan pangkat.
“Dah naik pangkat nanti jangan lupa bini, jangan gatal pergi cari pula yang baru… Ingat tu!!!”
Itulah pesan yang sering berkumandang masa musim interview.
Tapi dalam pesanan tu ada juga kiasan orang lama yang agak “nakal ni”.😅
“Nak tambah cawangan baru ke apa, suka hati kome lah skuad…TAPI yang No.1 tu jangan kome buang pulak…suwei hidup kamu nanti”.
Tak tahulah kebetulan atau camna, banyak yang Aku tengok hidupnya jadi lebih teruk bila dia buang yang pertama…Mungkin itulah hukum karma.
Isteri pertamalah yang sanggup susah senang bersama. Dari duduk rumah sewa yang takde apa, naik motor berhujan panas temankan kita, makan pun bercatu tapi bila dah senang sikit, pengorbanan mereka kita lupakan. Mula pasang niat nak kawin lain…
Sebabkan perkara camnilah maka keluarnya quotes,
“kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…”
Buat para suami,
Bila dah senang, jangan lupa siapa yang bersama dengan kita waktu kita tidak punya apa-apa dulu…
Kita suami mudah lupa dengan siapa kita bina kehidupan kita sehingga kita dapat capai apa yang kita ada hari ini.
Kita lupa apa yang isteri telah korbankan untuk kita. Kadang-kadang doa dan kesabaran isteri yang buatkan rezeki kita melimpah ruah.
Sebagai suami kita kena ingat, yang baru tu belum tentu lagi mampu nak hadapi susah senang bersama macam yang pertama.
Apa-apa pun bila kita dah senang, bahagiakan isteri dan anak kita dahulu. Berikan rumah yang lebih selesa.
Belanjakan duit untuk kebahagian keluarga terutama isteri yang banyak berkorban dan mendoakan kita.
Kaya yang sebenar adalah bila kita dapat hidup bahagia bersama dengan orang yang sayangkan kita… Bukan sebaliknya,” kongsi Mohd Ezairol.
“Buang Yang Pertama Huru Hara Hidup” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang bersetuju dengan pendapat ini.
Kalau dah buat salah, sukar untuk seseorang itu nak mengaku salah. Sudah terang lagi tersuluh dan memang nampak apa yang dibuatnya tidak betul. Hakikatnya, di merasakan tindakan yang dilakukan itu langsung tidak salah baginya.
Begitu juga kalau dah berlaku curang. Mesti tak akan mengaku dan anggap itu kesalahan orang lain. Atau untuk kali pertama boleh mengaku salah, tapi adakah kesalahan ini akan berulang. Mungkin?
Kadang-kadang pelik dengan pasangan yang curang, bukan setakat susah nak mengaku salah tapi tak bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang ini. Pasangan cukup baik, ada anak dan bahagia, apa lagi yang dikejar.
Antara perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada betulnya. Curang itu pilihan, memilih untuk tidak mensyukuri kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Susah Nak Mengaku Salah, Pilih Untuk Abai Tanggungjawab
Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah.
Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.
Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara.
Ada ke patut?
Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah.
Banyak kes yang kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect, itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang.
Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan.
Bukan Paksaan Tapi Pilihan
Sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan.
Memilih untuk menyembunyikan. Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga. Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga.
Semua itu pilihan.
Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.
Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah.
Mingguan Wanita : Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau ingat anak bini yang setia di rumah, ia tak akan terjadi.
Andai kaum wanita lain cukup takut dan kecewa bila masuk dunia hidup bermadu, namun lain pula dengan rezeki kehidupan yang dilalui Datuk Nurulhidayah dengan suaminya Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff.
Ini terbukti apabila anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi kebahagiaan menerusi gambar di instgram miliknya ketika meraikan ulangtahun perkahwinan suami dan madunya, Datin Bahazanariah Baharudin yang ke 23 tahun dan hari lahir anak lelakinya, Akmal di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur.
Melihat setiap kepingan gambar yang dipamerkan, jelas terselit perasaan cinta yang cukup kuat dalam keluarga besar ini. Malahan umpama kakak dan adik, mereka berdua tak kedekut berkongsi rasa di akaun instagram.
Luahan Dari Sudut Hati Datuk Nurul Zahid
Menerima lamaran akak selepas akak berjumpa empat mata dengan Mak saya pada ketika itu, akak menyarungkan cincin dan kami berpelukkan.
Saya menangis, berdoa dan berjanji dalam diri saya akan menjaga akak selagi hayat saya dikandung badan. Itu janji saya kepada Allah untuk turut serta menjaga suami dan anak-anak sebaik mungkin. Inshaa Allah. Ujian demi ujian kami tempuh bersama. Kami menangis n gelak bersama. Ramadan ini saya akan meraikan usia perkahwinan ‘kami’ bertiga yang pertama.
My anniversary is not for two. It’s a special gift from Allah that I have to celebrate it only 3 of us every year, 25 Ramadan in Mekkah Al Mukarammah. Inshaa Allah. I can’t wait. I wish I can put it into words the feelings that I have for this marriage. Tabarakallah. Alhamdulillah ❤️
Kak Zana, Nurul tidak akan mengizinkan sesiapa merampas senyuman dan kebahagiaan akk, Sepul n anak-anak. Inshaa Allah.
Coretan Hati Dari Isteri Pertama
Terima kasih banyak buat Nurul dari hati akak yang ikhlas … ????? apa sahaja yang Nurul lakukan buat akak & sepul dan anak anak, hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya … apa sahaja yang orang luar kata mengenai Nurul tidak benar sama sekali. Akak dan sepul tahu dan Allah swt lagi Maha Mengetahui.
Sayang akak pada Nurul bukan lakonan semata, jika itu tanggapan manusia luar sana, silakan. Akak tak boleh melarang. In shaa Allah, andaikata akak menutup mata dulu, anak anak akak dalam jagaan orang yang akak percayai dan sayangi.
Terima kasih Nurul … love you with all my heart …. ????????
Bahagia Dalam Dunia Bermadu
Kasihnya Ibu membawa ke syurga, Kasihnya Ayah berkorban raga, Kasihnya MADU berkongsi suka dan duka. She deserved every happiness in this world. Inshaa Allah.
Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.
Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
“Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku” (Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda: “Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada.” (Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)
Doa Datuk Nurul Buat Madu Dan Suaminya
My endless love. Please protect them ya Allah.. Happy Anniversary kak @ciknana911 ? I love both of u so much! Thank u for having me n my kids in your marriage. Alhamdulillah ❤️ (SYAZANA – Saiful & Zana)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...