Selebriti yang baru saja mendirikan rumahtangga, Neelofa tampil memohon maaf berkaitan insiden perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) berkaitan majlis pernikahannya dan diikuti kontroversi rentas negeri ke Pulau Langkawi yang menjadi sebutan ramai.
Seperti mana yang dilaporkan Sinar Plus, isteri kepada PU Riz ini akui kesilapannya. Malah menerusi rakaman video berdurasi dua minit yang dikirimkan kepada media juga, Neelofa akui sepatutnya memberi contoh yang lebih baik.
Neelofa Mohon Maaf Seikhlas Hati
Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz pada selepas foto menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ketika majlis pernikahan mereka tular di media sosial.
Majlis pernikahan antara Neelofa dan Pu Riz mencetuskan pendebatan ramai mengenai pematuhan SOP majlis perkahwinan.
Neelofa dan PU Riz kemudian mencetuskan kontroversi lagi apabila memuat naik hantaran kunjungan mereka ke Pulau Langkawi, lantas menimbulkan spekulasi pasangan ini sedang berbulan madu.
“Saya seikhlas hati meminta maaf atas kesalahan SOP, dalam pengetahuan saya mahupun di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini.
Ads
“Saya tahu ada banyak perkara yang saya terlepas pandang dan saya sepatutnya memberi contoh yang lebih baik,” luahnya.
Neelofa & PU Riz Sudah Beri Keterangan Di Balai Polis
Terang usahawan dan selebriti popular ini lagi dia bersama suami dan kedua-dua belah keluarga sudah hadir memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan mengenai pelanggaran SOP dan menerima dengan hati terbuka tindakan daripada pihak berkuasa.
“Alhamdulillah, hari ini selesai (beri keterangan kepada polis). Saya dan suami pergi pada awal minggu ini, keluarga mentua beberapa hari lalu dan keluarga.
“Kami mengakui dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan oleh pihak berkuasa.
“Sekali lagi saya nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti perkara ini dengan semua,” sambung Neelofa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Tunku Azizah kembali bergelar mahasiswa di UIAM, “Back to school, doakan saya. Pada usia 64 tahun, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa Di UIAM
Baginda berkongsi khabar gembira itu di laman sosial TikTok @cmspahang sambil memuat naik foto memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization.
“Back To School, Doakan Saya” titah baginda di ruangan kapsyen.
Ekoran perkongsiannya itu, warga maya yang mengikutinya agak teruja termasuk memberikan kata-kata semangat buat baginda.
“Back To School, Doakan Saya
“Tuankuuu, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga kita dapat bersua muka di mana2 Kulliyyah nanti. Aminnn 🤭❤️
“Wahh good luck tuanku! moga ada rezeki kita konvo sekali Amiin.
“Menjadi contoh kepada anak muda di luar Tuanku untuk terus kekal bersemangat menuntut ilmu. Daulat Tuanku🙏🙏🙏
Bahkan ada yang berseloroh agar baginda jangan lewat buat assignment termasuk ada bertanya, adakah Tuanku ada memohon voucher buku?
Sekadar info, baginda mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tun Fatimah (1973-1979) sebelum Tunku Azizah kemudian menyambung pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Baginda kemudian menyambung pengajian Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) sebuah institusi penyelidikan dan pengajian pasca sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Status institusi ini boleh dikatakan elit kerana reputasinya sangat tersohor dikalangan ilmuan Islam moden dan juga kerana sumbangan ilmuan ISTAC-IIUM yang datang dari seluruh pelusok dunia.
Bahkan Baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
Baru-baru ini, baginda turut berkenan mencemar duli merasmikan Istiadat Konvokesyen UIAM ke-40 2024.
Moga ia menjadi inspirasi buat anak muda untuk terus belajar.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baik isteri orang mahupun anak dara, ketika bersembang dengan bukan muhrim mahupun suami orang usahakanlah agar menjaga batasan. Perasaan malu makin lama makin hilang. Mungkinkah gajet menjadikan wanita semakin berani?
Sudah semestinya mana-mana isteri akan ada perasaan cemburu pada suaminya. Jika rakan sepejabatnya bersembang keterlaluan, sampai bertepuk tampar pipi bagai. Apakah seorang isteri yang normal boleh menerima?
Perkongsian daripada Puan Sue Abdul Wahab ada benarnya. Bagaimana seharusnya adab dan pertuturan itu dijaga ketika bersembang dengan suami orang mahupun lelaki bukan muhrimnya. Ini termasuklah masa bersua muka atau sembang dalam media sosial.
Adab Berkomunikasi Dengan Suami Orang / Lelaki Bukan Muhrim
(Medium: SMS, Telegram, perbualan telefon, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya. )
Dah lama saya nak tegur kaum saya sendiri berkenaan perkara di atas.
Kesabaran, sangka baik dan menyerahkan semuanya kepada Allah memang menjadi perkara yang biasa si isteri buat. Tapi itu tak bermakna, dia boleh dipijak-pijak.
Teguran saya kali ini ditujukan terus buat kaum wanita yang masih belum berkahwin, tidak lagi berkahwin, apatah lagi yang sudah berkahwin.
⛔ Adab 1 : Jaga Lenggok Bahasa
Tak perlu guna ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami sendiri.
⛔ Adab 2 : Jaga Penggunaan Emoticon
? ???tak sesuai digunakan langsung. Apa perasaan anda kalau wanita lain guna emoticon ini pada suami anda? Come on, this is common sense ok?
⛔️ Adab 3 : Usah Berlebih-lebih
Lebih-lebih ambil tahu perihal suami wanita lain.
Ada kala berlebih dari segi ‘kalau bersembang/whatsapp dengan si suami amboi panjangnya berjela, kemain berbunga macam orang bercinta..panggil SAYANG…. BI..BABI la….
⛔ Adab 4 : Jika Nak bergambar, Jaga Jarak
Bab ni memang sensitif apatah lagi apabila suami seorang ‘public figure’. Tak salah bergambar. Kami si isteri faham kerjaya suami yang menjadi perhatian dan idola ramai. Hanya jaga adab ketika bergambar. Kalau bergambar berdua sahaja tetapi sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada…apa kes? Dah lama hidup ke?
Saya tak salahkan si lelaki saja. Kita wanita jaga lah diri. Syok sangat sampai boleh jadi fitnah, kan berdosa tu?
⛔️ Adab 5 : BIG NO To Any Kind Of Physical Contact
Yang ni wajib ditegur, sebab sakit mata melihat kaum sendiri yang kadang-kadang dah bergelar isteri orang pun, tapi tangan tak boleh nak kawal. Bertepuk tampar dengan suami orang, atau lelaki yang bukan muhrim.
Banyak cara boleh bergurau, pilih lah yang lebih bertempat. Jangan pakai redah ja dengan alasan ‘Anggap adik / abang’ dan sebagainya.
Yang terlupa hal ini, lepas ni beringat-ingatlah ya.
JAGA ADAB,JAGA KELAKUAN,JAGA BATASAN.
Janganlah Kecam!
Perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Bukan hanya bermaksud ‘dia tulis sebab jadi kat dia’ Jangan gitu sis.. saya ni suka share pengalaman saya. Umpama saya mencari pahala juga dengan menyebarkan PERINGATAN bersama.
I’ve done my part to say this out loud as a wife. It’s now up to you to choose how you respond to this posting.
Open up and learn.
-much love from me, SUE
Sumber/ Foto : Facebook Sue Abdul Wahab, EDtv blogger
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hujan yang turun di pagi Isnin, 7 Oktober 2024 menjadi saksi ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Selepas talak dilafazkan, Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu antara Fattah dan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40. Selesai menjatuhi talak, Juara Hero Remaja 2011/2012 kelihatan sugul sementara Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menangis kemudian memeluk ahli keluarganya.
Hakim Syarie turut mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perpisahan berkenaan.
Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah atau nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Meskipun butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia dikatakan mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya di kalangan pihak media.
Punca Perceraian
Fazura, 41, mendakwa tiga sebab menjadi punca penceraiannya.
Menurutnya, Fattah mengabaikan nafkah, curang dan tidak sefahaman sejak sekian lama.
“Saya sediakan rumah, makan minum dan belikan hadiah kereta Range Rover untuk Fattah,” kata Fazura.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.