Memang ada benarnya untuk menjadi wanita solehah istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna bukanlah semudah yang disangka. Namun ia tidak mustahil untuk dilakukan dan bergantung pada diri sendiri.
Tuntutan kewajipan menutup aurat dengan sempurna ini merupakan perintah Allah. Cuba perhatikan cara kita menutup aurat selama ini, adakah benar-benar telah mengikut syariat.
Berikut antara cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat.
1. Tukar gambar Profile Picture
Tukar atau buang gambar ‘profile picture’ di media sosial yang tak menutup aurat dengan sempurna serta gambar yang menggoda.
2. Biasakan Menutup Aurat
Belajar menutup aurat meskipun diri rasa ‘terpaksa’. Biasakan pakai tudung, handsock (sarung lengan), stokin ke mana-mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan kita sedang mahu menuju ke Syurga. Tanamkan dalam diri, rasa ‘malu’ apabila aurat terdedah dan tidak ditutup sempurna.
3. Dekatkan Diri Dengan Perkara Baik
Berusaha dekatkan diri dengan perkara-perkara yang baik dan tinggalkan perkara yang munkar. Berkawan dengan sahabat yang mendekatkan kita pada kebaikan. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Sertai kuliah, usrah dan kelas agama serta dengar ceramah di you tube pun boleh.
4. Dekatkan diri pada yang Esa
Ini yang paling penting, berdoa pada Allah dengan mendekarkan diri pada yang esa agar ditetapkan iman di dalam hati, supaya kuat dalam perubahan ini. Ia tak mudah namun tak mustahil.
Moga istiqamah selamanya.
Bergantung Pada Diri Sendiri
Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi- mimpi.
Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri.
Ads
Jika tiada USAHA, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah “wanita solehah”. Kita yang perlu mencari.
HIDAYAH tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari-bidadari syurga.
“Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik.”
Bukan isu baik atau tak. Tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat.
PERGELANGAN TANGAN itu dah aurat. Nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan.
KAKI pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.
TUDUNG tu tak kisah nak pakai jenis yang macam mana pun. It’s up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah.
Ads
Masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda Islam, tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustazah, atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA. Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita. Biar cantik pada pandangan Allah, indah dimata manusia.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, nak istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna tu tak mudah, namun ia tak mustahil. Kena banyak berdoa dan cekalkan hati untuk menjadi wanita solehah dan ‘cantik’ pada pandangan mata Allah.
Menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, setelah berkahwin pelbagai nama panggilan diberikan buat pasangan. Ada suami yang selesa panggil isteri dengan nama ‘Ibu, Mama, Ummi’ dan sebagainya. Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat ia tak wajar dan boleh dikaitkan jatuh hukum Zihar.
Untuk penjelasan lanjut, jemput fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti daripada rancangan Pencetus Ummah, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali PU Azman hukum berkaitan isu ini di laman instagramnya.
Berikut perkongsian tersebut;
Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahram seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.
Apakah maksud zihar?
Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.
Contoh suami cakap kat isteri, “Punggung awak sama macam punggung mak saya”.
Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.
Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak.
Hukumnya HARAM dan berdosa besar.
Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.
Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.
Sebahagian ulama mengatakan MAKHRUH kerana bimbang sama macam zihar.
Tapi sebahagian ulama lain mengatakan HARUS dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah;
Panggilan kasih sayang.
Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang.
Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.
Kesimpulannya, suami BOLEH panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.
Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.
Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.
MW: Semoga perkongsian ini memberi penjelasan dan pencerahan bagi yang masih keliru dengan panggilan ini. Tiada masalah, hukumnya harus.
Ingat ya mak-mak, hospital ini bukan rumah kita sendiri yang boleh kita tayang aurat ikut suka. Lagi-lagi wad perempuan. Nama saja wad perempuan, petugas di dalamnya ada doktor lelaki mahupun jururawat lelaki.
Bagi mak-mak yang sememangnya menutup aurat, memakai tudung. Biarpun dalam wad perempuan, kadangkala mak-mak begitu mudah mendedahkan aurat yang sepatutnya dipelihara.
Dr Nur Hanisah, pegawai perubatan yang bertugas di negeri Kelantan mengakui realiti sebegini sememangnya berlaku. Semoga mak-mak yang membaca tulisan ini akan ambil ikhtibar dan sedar akan kesilapan yang dilakukan ketika diuji sakit fizikal.
Selama saya bekerja di hospital, saya lihat, begitu ramai pesakit wanita yang ambil lewa soal aurat.
Kalau masuk ke wad perempuan, betapa ramai yang asalnya memakai tudung, namun ditanggalkan.
Betapa ramai yang membiarkan kaki terselak sehingga ke paras betis.
Paling saya hairan, semasa bekerja di posting sakit puan. Ada yang menyusu bayi dengan badan menghadap koridor tempat orang berjalan.
Tak Boleh Tayang Aurat Ikut Suka
Puan-puan, ingat ya!
Hospital bukan rumah kita. Para doktor bukan ahli keluarga yang boleh kita tayang ikut suka.
Bahkan, dengan ahli keluarga yang bukan mahram pun kita masih perlu menjaga, bukan?
Para suami mithali, ingat perkara ini. Ajarkan isteri yang kalian tanggung dosa dan pahala.
Sakit bukan alasan untuk mendedahkan maruah (aurat) diri.
Sakit bukan permit untuk doktor melihat apa yang tak patut.
Hospital Pun Bukan Tempat Berkampung
Oh, ya. Peneman pesakit pun begitu juga.
Hospital bukan tempat kita berkampung ikut suka.
Masa melawat, pakai tudung. Habis waktu melawat, berpakaian sarung.
Sekali lagi.
“Puan-puan… Ingat ya! Hospital BUKAN rumah kita!”
Doktor dan misi lelaki ada di mana-mana. Mereka juga ada mata dan fitrah seorang manusia. Hormatilah mereka.
Hormati diri kita.
P/s: Sebarkan peringatan ini kepada isteri dan adik-beradik perempuan kita sekali, supaya mereka tetap menjaga aurat diri walau di mana saja mereka berada nanti.
Ramai wanita yang kecewa bila ‘cuti’ atau datang haid dalam 10 malam terakhir Ramadan. Rasa rugi sangat kerana terbatas nak lakukan ibadah. Sebenarnya ada cara untuk wanita mengumpul pahala.
Mira Filzah berkongsi cara wanita ‘cuti’ mengumpul pahala menerusi Instagramnya. Semua perkongsian ini berdasarkan IG Live Ustazah Asni Mansor yang mengupas topik tentang wanita ‘cuti’ mengejar Lailatul Qadar. Sila hadam perkongsian ini.
1-Sebut Alhamdulillah Walaupun ‘Cuti’
Tak semua wanita ‘cuti’ setiap bulan. Ramai wanita yang tidak datang haid setiap bulan disebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, sebut Alhamdulillah meskipun haid datang pada 10 malam terakhir Ramadan atau ketika sedang menunaikan umrah dan sebagainya kerana ini adalah pemberian Allah dan Alhamdulillah kita sihat.
2-Pahala Diganda
Apa sahaja amalan yang kita lakukan pahala diganda 1000 bulan. Simple amalan contohnya hidangkan makanan untuk orang berbuka seperti suami, mak abah dan keluarga.
3-Bersedekah
Bersedekah sikit pun tak apa. Ikut kemampuan.
4-Berzikir
Isi masa dengan berzikir, banyak zikir yang boleh kita amalkan.
5-Doa
Doa paling hebat adalah minta ampun pada Allah. Doa lah, tadah tangan dan berdoa meskipun dalam Bahasa Melayu. Kalau Allah ampunkan kita maka tertunailah hajat kita di dunia dan akhirat.
6-Amalkan doa hari pertama datang haid. (rujuk gambar di bawah).
Doa hari pertama datang haid.
7-Kalimah Hebat
Berat lagi timbangan kalimah ini daripada timbangan bumi dan seluruh isinya.
Amalkan doa ini.
8-Empat bacaan hebat, zikir dan doa yang perlu diamalkan dan dibaca ketika 10 malam terakhir. ( Rujuk gambar di bawah).
Amalkan pada 10 malam terakhir Ramadan.
9-Doa ‘BORONG’ Ustazah Asni Mansor kata. Doa seperti di bawah yang bermaksud, “Ya Allah, berikan lah kepada kami kebaikan di dunia, berikan lah pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka”.