Sumber Foto: Instagram Wawa Zainal

Figura pasangan merpati dua sejoli, Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal pasti tidak asing lagi di media sosial kerana sering menjadi contoh pasangan suami isteri yang romantis.

Malah pasangan ini juga sering berkongsi kisah kehidupan dan juga perniagaan mereka. Terbaru Wawa meluahkan rasa di mana dia sentiasa memaafkan suaminya andai melakukan sebarang kesilapan.

Isteri Terbaik, Wawa Zainal Tak Simpan Dalam Hati Sentiasa Maafkan Aeril

Wawa Zainal Sentiasa Maafkan Aeril

Bercakap jujur dari hati, Wawa akui dirinya begitu ikhlas dan sentiasa terbuka hati memafkan suami tersayang.

Isteri Terbaik, Wawa Zainal Tak Simpan Dalam Hati Sentiasa Maafkan Aeril

Isteri Terbaik, Wawa Zainal Tak Simpan Dalam Hati Sentiasa Maafkan Aeril

“Aeril jika dia ada buat silap, wawa niat dalam hati walaupun dia tak minta maaf pun lagi. Ok Wawa dah maafkan dia.

“Wawa niat dalam hati, ok aku maafkan dia dan tak nak rasa dendam dalam hati ini. Sebab Wawa tak nak rezeki tersekat,” luah Wawa menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

Isteri Terbaik, Wawa Zainal Tak Simpan Dalam Hati Sentiasa Maafkan Aeril

Ads

Biasanya Akan Berbincang

Cerita Wawa lagi dia dan Aeril biasanya akan berbincang jika punya sebarang masalah.

“Kami selalu berbincang.
“Sayang ni nak gaduh-gaduh ke? Nanti rezeki kita tak murah.
“Kalau ada gaduh pasal bisnes pun kita tak boleh begini sebab rezeki tak akan dipermudahkan,” kata Wawa sambil didengari suami yang berasa disisi.

Baca Disini Juga:

Wawa Zainal Minta Isteri Jangan Lukai Suami Sebaik ‘Anas’

Attar Speech Delay, Wawa Zainal Akui Silap Dedahkan Gajet Seawal Usia

‘Wawa Amat Menjaga Solat’ Di Sebalik Tragedi Murid Maut Terjerut Baju Hujan

Ads

Ungkapan Wawa Zainal Dipersetujui Warganet

Isteri Terbaik, Wawa Zainal Tak Simpan Dalam Hati Sentiasa Maafkan Aeril

Apa yang diungkapkan oleh Wawa sememangnya ada logiknya. Seorang isteri yang baik akan sentiasa memaafkan suaminya. Malah ramai yang memberi komen positif.

thekakyong
Betul, boss wawa dengan aeril pernah pesan supaya cuba jangan bergaduh sesama suami isteri selama setahun. Mesti rezeki tu dtg berlipat kali ganda. saya follow hampir 3 tahun Alhamdulillah rezeki saya tak pernah putus!! Thankyou boss nasihatkan kami

fezolznina
Ingat lagi masa seminar, lady boss (wawa) pesan, jgn masam2 muka dgn suami. Kalau gaduh cpt mtk maaf. N kena ikhlas maafkan. Mcm tu jugak suami. Sbb utk kelancaran rezeki, dipermudahkan rezeki, rumahtangga dan pasangan tu kena sentiasa berkasih syg.. sampai sekarang melekat dalam hati dan minda pesanan tu dan bEtul alhamdulillah.. mmg terbukti

Ads

Wawacosmeticsbatugajahperak
Terbaik lah boss kte. Nie boleh jadi contoh kepada yang lain. Terima kasih share boss

aeenbeautyventure.co
So sweet

wawacosmeticsbyamirah
masyallahh, saya nk kawin gak

zubaidahgurlz_
Sama lah ️ bila nak terasa hati mesti pkir dosa rezeki tkut Allah sekat rezeki suami

Sumber Foto: Instagram Wawa Zainal

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI