Waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, bisnes online  naik mencanak-canak. Segala macam bisnes nak dilakukan, maklum sahaja masing-masing berkurung, nafsu dan keinginan membuat-buak bila tengok segala macam yang lalu depan mata tatkala melihat laman web dan facebook. Masing-masing laju menaip untuk membuat tempahan online.

Inilah realiti sekarang, makin makin sibuklah abang dan kakak Food Panda dan Grab Food memenuhi keinginan isi rumah yang lama menahan sabar menu pelbagai. Pos Malaysia dan swasta makin tidak terdaya memenuhi hantaran demi hantaran tempahan online. Ini tip dan nasihat yang boleh dikongsikan oleh Mohd Shariman bin Che Deris tentang suri rumah yang melakukan bisnes online.

Jangan Abaikan Tanggungjawab

Bagi suri rumah yang teror memasak dan sudah terbiasa melakukan bisnes online, gunakan peluang yang ada untuk membuat bisnes online. Manfaatkan sebaik mungkin waktu yang ada kekal buat bisnes online tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Jika dahulunya, suami dan anak-anak tiada di rumah jadi tanggungjawab itu lebih mudah dilaksanakan, waktu pagi selesaikan hal rumah di sebelah petangnya boleh tumpukan kepada bisnes online.

Sekarang, ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, segalanya berbeza, apa tidaknya sepanjang masa perlu menyantuni suami dan anak-anak yang sentiasa ada di rumah. Baru nak tengok telefon semak tempahan, anak sudah mula memanggil, baru saja nak melayan pelanggan, suami sudah memanggil minta tolong.  Tak dilayan mana boleh, nanti bisnes ke mana, tunggang langgang pula rumah tangga jadinya.

IKLAN

Kongsi Tip

Jika anda, suri rumah yang bisnes dan bekerja daripada rumah ada tip yang boleh dikongsikan ini untuk anda tetap cemerlang sebagai surirumah dan hebat dalam kerjaya.

  1. Bentuk muafakat dan persetujuan bersama suami dan anak-anak untuk ruang personal timebagi kerja-kerja bisnes atau urusan peribadi.

“Esok ibu ada meeting online dengan client jam 10 pagi untuk selama 2 jam, jadi kalau perlukan apa-apa daripada ibu sebelum jam 10 pagi ye”

  1. Jadualkan waktu pemisahan antara kerja rumah dan kerja peribadi, secara tetap dan maklumkan kepada suami dan anak-anak agar mereka memahami dan merestui. Maksudnya ini adalah waktu prime time untuk anda fokus bekerja daripada rumah.

 “Ibu ketika waktu PKP ini, jam 10.00 pagi hingga jam 12 tengahari dan jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang, ibu nak menjahit baju dan buat bisnes online ye.  Jadi anak-anak ibu nanti kena tolong untuk mudahkan kerja ibu”

IKLAN
  1. Namun gangguan tetap akan berlaku. Elakkan daripada meradang dan naik angin kerana kerja anda terganggu, santuni suami dan anak-anak dengan sebaik-baiknya ala-ala perempuan melayu terakhir gitu.

 “Kakak, tolong ibu kejap.  Adik nak makan telur goring tu.  Ibu nak siapkan tempahan pelanggan ni untuk 200 topeng muka”

  1. Belanja dan raikan keluarga dengan hasil pendapatan bisnes online dan kerja daripada rumah kita tu, dengan tujuan sharing is caring agar mereka merasakan bahawa mereka juga diraikan dan sebahagian daripada penyumbang kejayaan anda.

 “Ibu baru dapat payment daripada pelanggan ni, jadi ibu akan belanja sesiapa yang nak beli online kat Shoppe atau Lazada, maximum RM50.00 sahaja seorang.  Nak?”

  1. Menu masakan perlulah diperbagaikan ye, barulah suami dan anak-anak tidak terasa yang mereka kehilangan anda yang sibuk dengan urusan kerja sendiri. Kalau asyik menu yang sama berminggu-minggu mau nanti mereka beralih kepada Food Panda, tentu sekali anda tidak mahu tewas dengan Food Panda.  Betul?
  2. Pilih kerja daripada rumah yang bersesuaian agar ianya tidak banyak menuntut masa anda sehingga menjejaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang baik.
  3. Minta bantuan suami dan anak-anak, tujuannya agar mereka tahu kerja yang anda buat, bebanan serta tuntutan masa agar mereka lebih memahami dan menghargai.

 “Abang, boleh tolong ibu pegang kain ni, nak potong untuk ikut macam polar topeng muka ni, supaya tidak salah potong”

IKLAN

Apa yang paling penting adalah persetujuan daripada suami dan anak-anak, malah mereka tidak akan hanya bersetuju, mereka juga akan turut membantu anda, dengan rela dan reda.  Suis ini yang perlu anda petik sebagai isteri  yang juga seorang Super Housewife

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI