Sumber Foto : Instagram Bella Astillah 

Isteri paling gembira Aliff juara GV8. Tahniah diucapkan buat penyanyi Aliff Aziz yang berjaya bergelar Juara Gegar Vaganza Musim kelapan (GV8). Kemenangan itu membolehkan Aliff, membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan piala.

Di sebalik kejayaan seorang suami, benarlah ada isteri di belakangnya yang membahagiakan dan menenangkannya. Begitu beruntung Aliff memiliki isteri bukan sahaja cantik tetapi pembakar semangat kepada setiap langkahnya.

Isteri penyanyi yang berasal dari Singapura ini, Bella Astillah juga merupakan individu penting dalam setiap kejayaan suaminya. Malah dia juga melindungi Aliff dari rasa tertekan. Apatah lagi ketika Aliff menyertai pertandingan GV8 selama 10 minggu.  

Isteri Paling Gembira Aliff Juara GV8 “Bangga Keberanian, Ketenangan. Berbaloi Penat Lelah Awak”

Isteri Paling Gembira Aliff Juara GV8

Malah menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Bella juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat suami tercinta. Malah kejayaan Aliff juga  membuatkan dirinya cukup berbangga bergelar seorang isteri.

“Syukur Alhamdulillah, Allahuakhbar. Tahniah @iamaliffaziz.

“Semasa awak mennyanyi semalam saya di belakang pentas (backstage).

“Sebab awak lain, awak perform lebih dari expectation saya. Masha-ALLAH, I am a proud wife!

Ads

“10 weeks kita kerah tenaga dan kepala, kadang-kadang sampai gaduh-gaduh kucing!

Isteri Paling Gembira Aliff Juara GV8 “Bangga Keberanian, Ketenangan. Berbaloi Penat Lelah Awak”

Rezeki Anak-Anak

“Saya sangat bangga dengan keberanian dan ketenangan awak. Berbaloi dengan penat lelah awak.

“Ayden pun hafal semua lagu awak dalam @gegarvaganzaofficial. Saya kadang-kadang sampai rasa pening dengar awak hafal lagu.

“Tengah drive, tengah makan, time nak tidur dan semua tempat. Nasib orang tak ingat awak gila.

Ads

“Dan inilah namanya rezeki dari-Nya. Rezeki anak-anak,” tulis Bella.

Baca Disini Juga : Bella Astillah Doakan Suami Menjadi Insan Yang Baik “Semoga Allah Merahmati Dirimu”

Bella Astillah Hamil Anak Kedua, Sudah Rujuk Dengan Aliff Waktu Dalam Eddah

Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat

Bella juga mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat.

Ads

“Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan kejayaan Aliff. Especially Umi dan ayah @fizaaziz , mama dan ayah @eina_astillah @ag.astillah , keluarga Aliff & bella, cikgu @cikgushafi dan cikgu @norynaziz , sahabat handai, dan semua  peminat.

“Thank you @hafizsuip masa korang practice dengan cikgu Shafi pun i mcm “oh no wonder lah Hafiz selalu menang vocal terbaik” sedap gila suara! You guys NAILED IT! Alhamdulillah,” ungkap Bella.

Mingguan Wanita :  Suka tengok sikap Bella yang sentiasa menyokong suaminya.

Sumber Foto : Instagram Bella Astillah

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI