
Wanita memang unik. Selalunya faktor isteri meminta cerai apabila suami bertindak kasar, abaikan tanggungjawab, curang dan sebagainya.Namun sebaliknya kisah seorang isteri di India ini.
Gara-gara tidak pernah bertengkar dengan suaminya, seorang wanita di India nekad menuntut cerai selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.Gulf News melaporkan wanita yang identitinya tidak didedahkan itu berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya.
“Dia sering memaafkan saya setiap kali saya melakukan kesalahan. Dia tidak pernah menjerit atau buat saya rasa kecewa atau sedih dengan sebarang isu.
“Kadangkala dia memasak untuk saya dan membantu saya membuat kerja rumah. Saya tidak perlukan hidup yang suami sentiasa bersetuju dengan segala perkara. Saya mahu bergaduh dengannya,” rungut wanita itu.
Keputusan Semberono
Mahkamah Syariah bagaimanapun menolak tuntutan cerai tersebut dan menggelar ia sebagai keputusan yang semberono.Ketika pihak mahkamah mengajukan soalan sama ada dia mempunyai sebab lain untuk berpisah dengan suaminya, wanita itu gagal mencari alasan baharu.
Susulan itu, mahkamah meminta pasangan terbabit menyelesaikan masalah mereka secara bersama.Selepas kes itu ditolak oleh mahkamah, wanita tersebut dilaporkan mengemukakan tuntutannya kepada badan pemerintah tempatan yang juga enggan mengendalikan kes tersebut.
Sementara itu, media tempatan melaporkan suaminya sangat menyayangi wanita itu dan mahu memastikan isterinya sentiasa gembira. – Agensi

Baca Lagi Di Sini:
Sekiranya Failkan Perceraian Adalah Langkah Terakhir, Ini Prosedur Yang Isteri Perlu Lakukan
Bergantung Suami 100 Peratus, Tiada Pekerjaan, Anak Ramai & Bakal DICERAIKAN, Ini Wanita Perlu Buat!
MW: Macam macam hal. Kes macam ni pun ada. Sikap suami terlalu baik pun, boleh jadi punca isteri tuntut cerai.
Sumber: Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kajian Biologi: Wanita Lahirkan Ramai Anak Lelaki Miliki Jangka Hayat Lebih Pendek!

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ada sesetengah pasangan hanya memiliki anak perempuan dan tidak mempunyai anak lelaki.Rupanya ia ada hikmahnya yang tersendiri. Ini kerana terdapat kajian daripada aspek biologi mendedahkan bahawa melahirkan ramai anak lelaki boleh memendekkan jangka hayat si ibu.
Perkara ini dikongsikan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar daripada Parent Connect Consultancy sebagai rujukan;
ANAK LELAKI MEMENDEKKAN USIA IBU. BENARKAH?
Dua buah kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari University of Turku, Finland iaitu Helle dan Lummaafound, mendapati bahawa ibu-ibu yang melahirkan anak-anak lelaki mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu yang melahirkan anak-anak perempuan.
Jangka hayat ibu-ibu didapati berkurang selama 34 minggu jika mengandung dan melahirkan anak lelaki. Kajian juga mendapati semakin ramai anak lelaki, semakin pendek jangka hayat si ibu.
Jika melahirkan anak perempuan, jangka hayat ibu didapati lebih panjang.
Satu lagi kajian yang dijalankan di Denmark berpandukan data dari tahun 1980-2010 dari Danish National Register pula mendapati bahawa ibu-ibu yang melahirkan anak lelaki lebih berisiko untuk terkena serangan jantung, osteoarthritis, arthritis, barah ovari, barah payudara, diabetis type 2 dan obesiti setelah berusia 45 tahun.
3 Punca Utama
Antara penjelasan yang diberikan oleh Birgitte Hollegaard dari University of Copenhagen tentang keputusan ini adalah
1) Ketika mengandungkan anak lelaki, tubuh ibu memerlukan lebih banyak tenaga ataupun kalori berbanding ketika mengandungkan anak perempuan. Ini menyebabkan ibu lebih berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan apabila usia meningkat.
2) Kebanyakan bayi lelaki dilahirkan dengan berat yang lebih berbanding anak perempuan. Ini juga memberi bebanan yang lebih kepada fizikal si ibu.
3) Penghasilan susu ibu untuk anak lelaki juga didapati memerlukan lebih banyak tenaga dari ibu. Walau bagaimanapun dapatan dari kajian ini adalah pelbagai.
Mengandung dan melahirkan anak bukanlah satu proses yang mudah. Trauma yang dialami oleh fizikal, emosi dan mental seorang ibu ketika mengandung dan melahirkan tidak dapat dibayangkan dan tidak dapat diungkapkan.
‘Post partum depression’ juga adalah sebahagian dari trauma ini yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang ringan. Ia berlaku tanpa disedari dan tanpa boleh dikawal oleh si ibu.
Para bapa perlu berada di sisi ibu sepanjang masa untuk memberi sokongan. Para bapalah yang perlu menjadi ‘DOULA’ kepada si ibu kerana anak-anak adalah tanggungjawab bersama dari mula kejadian sehinggalah dilahirkan dan dibesarkan.

Anak lelaki ataupun anak perempuan, kedua-duanya adalah ujian walaupun mungkin cabaran yang diberikan adalah berbeza. Hidup, mati, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT. Walau bagaimanapun kita perlulah berusaha untuk menjaga tahap kesihatan fizikal, emosi dan mental supaya amanah untuk membesarkan dan mendidik anak ini dapat dipikul sebaiknya. Ini memerlukan usaha bukan hanya diam menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa usaha. Dapatkan nasihat pakar tentang kesihatan.
Semoga kita dapat mendidik anak lelaki dan anak perempuan kita menjadi anak soleh dan solehah yang dapat mendoakan kita satu hari nanti. Semoga kita juga dapat membimbing mereka agar dapat menyumbang kepada keluarga dan masyarakat dengan kelebihan masing-masing, tidak kiralah panjang atau pendek jangka hayat kita di dunia yang fana ini.
Oh ya, kajian-kajian yang dijalankan tersebut juga mendapati walau si ibu melahirkan anak lelaki atau anak perempuan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas jangka hayat si bapa.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
MW: Sesungguhnya urusan jodoh, anak dan ajal kematian merupakan ketentuan daripadaNya.Bersyukurlah dikurniakan anak tak kira lelaki mahupun perempuan, persiapkanlah diri mereka agar menjadi anak yang soleh, solehah agar mampu menjadi ‘bekalan’ dan saham akhirat buat kita bila telah tiada nanti.
Sumber: Parent Connect
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Menghukum Pasangan Lebih Daripada Kesilapannya, Seolah Diri Sendiri Tak Pernah Buat Salah

Isi Kandungan
ToggleSesungguhnya, jangan menghukum pasangan lebih daripada kesilapannya, seolah diri sendiri tak pernah buat salah. Sebaiknya setelah suami berusaha pelbagai cara untuk jernihkan keadaan, sambutlah cara baik.
Kesabaran dan kesungguhan suami sudah tentu ada batasnya, jangan ego. Bimbang sikap mak-mak akan membuatkan suami tawar hati dan memilih untuk membawa hati.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik mengapa tidak digalakkan kaum wanita bersikap demikian bila sang suami gigih memujuk rayu itu dan ini:
Jangan Dingin Untuk Jernihkan Hubungan
Orang boleh putus asa kalau setiap kali percubaan dia hendak jernihkan hubungan itu, disambut dengan kedinginan…
Seorang suami ini luah dekat saya, hubungan dia hambar dan dia hendak ceriakan dan gembirakan semula hubungan itu…
Baca Juga Di sini:
Bila CURANG, Pasangan Cipta SEJUTA Alasan Hanya Untuk MENEPIS Kesalahan Sendiri
24 Jam Bersama PASANGAN Nampak BANYAK Sangat Kesalahan, Cuba UBAH Fokus
Pasangan Tak Perlu Tunjuk Diri Hebat, Rendahkan Ego Barulah Rumahtangga Bahagia
Tapi di setiap percubaan dia, semuanya disambut dengan kedinginan… Hendak tak hendak saja…
Endah tak endah… Layan tak layan… Dia ikut sudah satu persatu yang isteri hendak, tapi tetap gagal memuaskan isteri dia…
Seolah-olah, apa yang dia buat itu, effort dia, kesungguhan dia untuk menjernihkan keadaan, tak dipandang isteri…
Jangan Menghukum Pasangan Lebih Daripada Kesilapannya
Kalau tawar hati, kalau tak nak terima, berpisah lebih baik…
Tapi tak nak pula berpisah dan dalam masa yang sama, tak nak jugak terima kesungguhan suami untuk memperbaiki keadaan…
Bila orang sudah cuba, sambutlah dengan berlapang dada dan terbuka… Tunjuk something yang boleh bagi dia harapan yang percubaan dia itu ada hasilnya…
Seolah Diri Sendiri Tak Pernah Buat Salah
Orang yang mencuba ini, harapan di setiap percubaan dia itu agar ada sinar perubahan… Kalau kita still hendak keras hati, maka orang tidak akan setiap masa mencuba… Sampai satu masa, dia akan mengalah dan malas hendak mencuba lagi…
Yang saya tak fahamlah kan, kita suka sangat menghukum seseorang itu lebih daripada kesilapan dia… Seolah-olah kita ini tak pernah buat salah dalam hubungan itu… Dia silap, dia mengaku silap dia, dia nak berubah, maka support dia… Bukan hukum dia lagi dan lagi…
Orang yang hendak berubah perlukan kasih sayang kita… Kalau kita nak terus menerus membenci dia, maka tak perlu kita teruskan hidup dengan dia… Kita ada dia dengan tidak ada dia sama saja…
Kita nampak silap dia lagi besar daripada usaha dia…
MW: Memang tak mudah melupakan kesalahan yang suami lakukan, namun jika suami mula sedar serta menyesal dengan segala perbuatan dia. Cubalah maafkan biarpun tak mampu melupakan sama sekali.
Sumber: Firdaus Shakirin
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aplikasi Ini Sekat Masa Anak Leka Guna Phone, Tanpa Gertak Mereka

Isi Kandungan
ToggleSusah hati kan mak ayah bila, anak dah mula kenal dengan gajet terutama handphone. Ini zaman mereka, nak tak nak anak terdedah juga dengan penggunaan handpone. Geramnya, bila dah bagi kebenaran waktu cuti sekolah itu, anak pula main tak ingat dunia.
Leka menghadap phone. Bila minta anak serah semula phone, merayu-rayu.. ‘kejap lagi ibu’ ‘sikit lagi ayah’. Yang nakal sedikit itu siap bawa lari menyorok lagi. Mak ayah tak perlu pun nak gertak atau takut-takutkan anak-anak. Apa lagi nak lukis mata hitam kat anak.
Sebenarnya ada cara lebih bijak untuk mak ayah sekat masa anak yang leka guna phone. Dengan bantuan aplikasi yang ada di Play Store ini boleh selamatkan rasa geram mak ayah itu. Ini yang dikongsikan Afiza Aziz.
Menjerit Anak-anak Bila Telefon Masing-masing Kena Block
Tengah kusyuk menulis, tiba-tiba terdengar jeritan kecil.
“Alamak!”
“Alahhhhhh”
Terkejut mak! Ingatkan kenapa. Rupanya telefon masing-masing dah kena block sebab saya dah setkan masa sampai pukul 11 malam.
Dalam hati saya tahan tawa. Saya buat bodoh, buat tak tahu macam tak ada apa yang berlaku.
Tapi pelik juga. Kenapa lagi seorang tak ada respon.
Pelan-pelan saya capai phone dan buka apps untuk check setting. Oh, rupanya seorang lagi terlepas setting block pukul 11.30 malam. Jadi saya terus tukar setting ke pukul 11.00 malam juga.
Tak sampai beberapa saat, terdengar jeritan dari bahagian atas rumah. Kali ini lebih kuat dari jeritan pertama dan kedua tadi.
“Alahhh ibuuuuu”
Hahaha.
Anak-anak Pun Tak Boleh Nak Buat Apa
Kali ini jeritan Kak Long yang tak puas hati telefon kena block ketika tengah syok menyanyi sambil dengar headphone ketika dia tengah gosok baju.
“Alah ibu. Kak Long nak dengar lagu je pun. Bukannya guna internet“, dia bersuara lagi, tak puas hati.
“Ibu tak buat apa-apa la Kak Long. Memang setting dia macam tu“, jawab si adik yang phone dah kena block lebih awal.
Saya tak menjawab apa. Diam je sambil mata konon-konon terus menghadap laptop.
Lepas tu si Abang bersuara, “Abang nak tengok tv la ibu. Nanti Abang naik“.
“Nak Ibu pasang apps kat tv keluaq time for bed jugak ka? Ka nak bagi keluaq time to go to school?” tanya saya selamba.
Hahaha. Pecah berderai ketawa dua beradik tu. Yang lagi seorang kat atas tu entah apa cerita. Dah jadi muncung cencerut agaknya.
Aplikasi Bijak Ini Sekat Telefon Anak Ikut Ketetapan Masa Mak Ayah
Saya memang tak bagi anak-anak pegang telefon pada hari persekolahan, kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dirasakan munasabah. Mereka cuma akan dapat telefon pada hari sabtu atau cuti umum, dan kena pulangkan semula pada hari ahad malam sebelum pukul 11.
Ataupun pada hari mereka perlu keluar tanpa saya atau suami, saya akan berikan telefon tapi syaratnya, kena pulangkan semula sebaik sahaja mereka sampai ke rumah.
Itu pun selalunya terlajak jugak. Bila mintak, jawapannya kejap, kejap. Bila ibu dah jadi hijau barulah masing-masing kelam kabut nak bagi balik. Haha.
Bagus juga ada apps ni. Untuk mak bapak yang ada anak-anak yang bila dah pegang phone, tak ingat dunia atau buat-buat tak ingat bila nak pulangkan balik, apps ni sesuai untuk korang.

Ini apps yang korang boleh cuba install :
1. Pergi ke Play Store dan cari Google Family Link for Parents. Install ikut arahan.
2. Pastikan telefon anak yang nak di link ada dengan korang dan korang tahu apa email yang mereka guna untuk log in Google beserta dengan password.
Kalau tak ada password pastikan korang minta dengan anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ada hak untuk tahu password setiap akaun yang mereka ada.
3. Pada telefon anak – buka Play Store dan install Google Family Link for Children & Teenagers. Masa ni email dan password akaun anak diperlukan.
4. Bila dah siap install, korang dah boleh mula setting apa yang patut dan boleh add bilangan akaun sekiranya ada lebih dari seorang anak atau telefon.
Kelebihan apps ni pada saya memudahkan untuk set masa penggunaan telefon anak-anak. Antaranya limit penggunaan berapa jam sehari, waktu penggunaan telefon dan mengenalpasti lokasi anak melalui gps.
Walaupun apps ni tak boleh nak kawal penggunaan telefon anak-anak sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya dapatlah membantu sedikit sebanyak. Kata orang, bolehlah dari tak ada langsung. Kan?
Korang macam mana? Ada guna apa-apa apps untuk monitor phone anak-anak?
Sumber/Foto : Afiza Aziz
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI