Biasanya, kita akan beri pasangan hadiah, apabila tiba hari istimewanya, baik ulangtahun kelahiran atau ulangtahun perkahwinan. Itu pun boleh dikatakan setahun sekali. Kalau jenis pasangan yang faham, dapatlah tapi bagaimana pula yang buat-buat tidak ingat atau sebagainya.
Sebagai isteri terutamanya, hadiah kecil atau besar tidak menjadi persoalan, yang penting ingatan. Kadang-kadang kalau pasangan marah, apabila dihulurkan hadiah, mahunya tersenyum sampai ke telinga.
Bukannya pasangan ini mengharapkan hadiah semata-mata. Tapi semua ini tanda supaya dirinya dihargai.
Menariknya tentang perkognsian daripada Normaliza Mahadi adalah tentang cadangan untuk isteri meminta hadiah daripada pasangan. Tak perlu nak tunggu hari istimewa, bila-bila pun boleh.
Ingat, kalau nak minta hadiah daripada suami pun kenalah ikut kemampuan suami. Jangna pula minta emas sedulang pula.
Ulangtahun – Hadiah Tak Perlu Tunggu Hari Istimewa
Nak tunggu hadiah dari suami tak payah tunggu hari jadi mak-mak. Harijadi ini pun setahun sekali. Lama nak tunggu.
Jadi, bila terasa nak apa-apa, mintak aje. Tak payah tunggu hari jadi. Dia bukan ingat pun hari jadi kita bila.
Tak payahlah ‘hint’ itu, ini. Buat sakit hati aje. Mulalah ada yang bermasam muka, pecahkan pasu, baling pinggan, rosakkan blender, dia masih tak dapat tangkap yang hari ni hari jadi isteri dia.
Akhirnya, kita jugak kena bagitahu dia.
Ads
Jadi terasa nak apa-apa minta aje. Kalau dia tak nak bagi, beli sendiri. Tak payah tersenget hati. Lecehlah.
Tapi kalau dia bagi, anggap saja hadiah ini harijadi 15 tahun dulu. Jadi, tahun 2005 punya hadiah sudah selesai. Nanti minta lagi sampai cover 14 tahun lepas.
Leoas itu, perlahan-lahan, minta untuk tahun 2021 sampai 2025 pulak.
Janganlah minta yang mahal besar dan suami tak mampu. Minta yang sesuai dengan upaya suami yang dia tak payah buat pinjaman dan pening kepala.
Ads
Ramai suami kat luar sana yang baik dan sayangkan isteri serta keluarga.
Jadi kita bergerak ikut keadaan. Suami tak ingat hari jadi tak apa lagi, janji dia ingat nak balik rumah ikut jalan mana.
by NM
MW: Baiklah, mula hari ini mintalah apa-apa hadiah daripada suami, dapat yang kecil pun jadilah.
Setiap perkahwinan yang dibina pastinya mengharapkan ia berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Susah senang dilalui bersama, dugaan dan ujian diharungi berdua.Namun panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Kesetiaan seseorang itu boleh dilihat apabila pasangannya menerima ujian. Di sinilah kesetiaan teruji sama ada memilih untuk terus menghadapi ujian susah senang bersama mahupun ambil jalan mudah meninggalkan pasangan.
Cinta Luar Biasa Edika Yusof
18 tahun usia perkahwinan pelakon Edika Yusof, 54 dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 44 bukanlah satu tempoh yang sekejap. Rumah tangga pelakon Edika Yusof diuji saat isteri disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan diri lumpuh separuh badan pada 2005.
Selama tempoh 16 tahun menjaga isteri sakit, Edika tetap setia dan tidak pernah sesekali terdetik hati meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya dengan mencari pengganti lain. Mengharungi susah payah bersama isteri tanpa pernah merungut.
Borak Kelamin Episod 7
“Isteri kita adalah soulmate dan bukannya maid,” pesan Edika Yusof.
Ada sebabnya ayah kepada dua orang cahayamata ini beri pesanan sedemikian.
Nak tahu lebih lanjut boleh saksikan Episod 7 Borak Kelamin yang menampilkan kisah Cinta Luar Biasa Edika Yusof disebalik pengorbanan beliau dalam menjaga isterinya yang lumpuh. Perkongsian yang ternyata membuka mata sesiapa sahaja yang menonton dan beliau membuktikan yang cinta sejati itu masih wujud walaupun sedang diuji.
Cerita Dalam Kain pula mebawakan kisah tentang seorang isteri yang menghidapi masalah buah pinggang kronik namun dijaga dengan penuh kasih sayang oleh si suami.
Saksikan Borak Kelamin, membincangkan tentang topik Cinta Luar Biasa, Isnin 12 April jam 9 malam, di Astro Ria & On Demand. Ulangannya pada Jumaat, jam 12 tengah hari di saluran yang sama.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Ada pasangan suami isteri yang berbelas malah puluhan tahun menanti kehadiran cahaya mata. Namun, rezeki anak itu Allah masih belum kurniakan. Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini banyak tangani kes-kes ikhtiar hamil suami isteri yang mahukan cahaya mata.
Macam-macam juga cerita yang ditemui sepanjang merawat pasangan yang dalam ikhtiar untuk hamil. Mendepati ujian Ilahi untuk memperoleh cahaya mata inilah, pasangan suami isteri tak boleh berhenti dari ikhtiar. Jangan mengalah, teruslah berusaha dan berdoa.
Ini petua yang dikongsikan Ustaz Mujahidin untuk mereka yang hendak ikhtiar hamil. Ada dua cara yang boleh diikut.
Ikhtiar Hamil Cara Pertama
Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.
Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Cara Kedua Untuk Mengandung
√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x
√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.
InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah.
Dahsyat ya, kalau kurang sentuhan pada anak perempuan mereka boleh menjadi orang yang dahaga kasih sayang dan suka tarik perhatian. Sebab itulah mak ayah kena didik anak perempuan dengan cara yang betul, jangan sampai anak perempuan itu mula dekat dengan lelaki bukan mahram dalam hidupnya.
Nak mudah, mak ayah boleh semak beberapa cara yang dikongsi kali ini. Sebaiknya didiklah waktu anak perempuan itu masih kecil…
Tip Didik Anak Perempuan
1. Beli Telekung Solat
Ajar anak tentang solat sejak kecil. Sebagai galakan beli telekung solat yang comel untuk mereka. Walau belum pandai tentang bacaan tapi biasakan mereka tentang kewajipan ini. Begitu juga dengan mengaji al-Quran.
2. Cerita Pasal Aurat
Didik anak perempuan agar menutup aurat dari sejak kecil, jelas dengan tepat kenapa mereka perlu menutup aurat. Jangan biarkan mereka pakai ikut suka.
3. Ajar Bercakap Dengan Lembut
Ajar mereka untuk sentiasa bersopan santun dan berlemah lembut. Tapi anak belajar daripada sikap ibu bapa, jadi andalah yang terlebih dahulu perlu bercakap sopan dan lemah lembut supaya anak mengikut.
4. Dedahkan Anak Tentang Haid Dan Dunia Perempuan
Yang satu ini, biarlah diserahkan kepada ibu. Tapi bapa juga perlu maklum ya. Bila anak perempuan memasuki usia 9 tahun, ajarkan mereka tentang haid, cara mandi wajib, nifas, pendek kata hal-hal perempuan apabila mereka sudah akil baligh.
5. Kaitkan Dengan Anak-anak Nabi
Ceritakan kepada anak perempuan tentang wanita-wanita solehah supaya dapat dijadikan contoh seperti Siti Khadijah dan Siti Fatimah, isteri dan anak Rasulullah saw mahu pun Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim.
6. Jaga Pergaulan
Apabila anak perempuan memasuki usia persekolahan, jelaskan kepada mereka batas pergaulan dengan rakan lelaki. Terangkan kepada mereka bahagian-bahagian tubuh yang harus dijaga dan tidak boleh disentuh oleh orang lain.
7. Didik Buat Kerja Rumah
Tak nak lah anak perempuan hanya pandai dalam mata pelajaran, biarlah anak reti buat kerja rumah tanpa disuruh. Beri galakkan untuk anak perempuan membantu ibu buat kerja rumah, agar mereka tidak rasa kekok untuk buat kerja-kerja rumah. Sebenarnya pada usia 7 tahun seharusnya anak perempuan sudah boleh mengemas rumah. Paling kurang, dah boleh basuh pinggan mangkuk dan menyapu sampah.
8. Jangan Lupa Puji!
Berikan pujian kepada anak selain kecantikan dan rupa paras mereka. Puji tentang perkara baik yang mereka lakukan. Tetapi sebaiknya jangan fokus pada kecantikan luaran saja, cuba ubah pujian ke arah yang lebih membina supaya mereka tidak terlalu fokus terhadap kecantikan luaran.
9. Ayah Kena Rapat Dengan Anak Perempuan
Biasanya anak perempuan suka meluah dan pastinya dia sangat memerlukan pendengar yang baik dari seorang lelaki untuk dia berkongsi tentang rasa dan bermanja. Jadi inilah peranan seorang ayah! Nah, rebutlah hati anak perempuan sekarang sampai dia rasa tak perlu cari lelaki lain untuk berkongsi tentang rasa seawal remaja.
Tak ada lah sukar mana jaga anak perempuan kalau semua perkara di atas anda dah buat. Dan akhirnya sekali tolong pastikan anak perempuan anda mendapat kasih sayang yang mencukupi dari seorang bapa agar mereka tak mencari perhatian dan kasih sayang dari lelaki lain sebelum tiba masanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...