Isteri MAUT Ditembak Suami Lebih Lima Das Pada Jarak Dekat Di Muka!Entah apa masalah mahupun pertelingkahan yang berlaku, seorang suri rumah maut selepas ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal di Simpang Empat di sini, hari ini.
Tembak Lebih 5 Das Jarak Dekat
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 pagi di dalam bilik di kediaman pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.
“Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya yang dikenali sebagai Safsufarnisya Salleh yang berusia 27 tahun.
“Suspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini.
Anggota polis sedang berkawal di hadapan rumah suspek di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar di mana seorang polis di dapati menembak isterinya sehingga mati.
Suspek Hanya Mendiamkan Diri
Katanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu bertempiaran lari meninggalkan rumah.
“Bapa mentua suspek kemudian menelefon abang ipar suspek untuk memaklumkan kejadian sebelum menghubungi polis.
“Polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada 7.26 pagi kemudian bertindak pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.
“Cubaan untuk meminta suspek menyerah diri bagaimanapun gagal apabila suspek hanya mendiamkan diri dalam rumah berkenaan dan apabila polis berjaya memasuki rumah berkenaan, didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya,” katanya.
Ads
Yusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.
“Beberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai berhampiran katil dimana mayat mangsa ditemui.
“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat,” katanya.
Ads
Masih Menyiasat Motif Pembunuhan
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan kerana didapati tidak berlaku sebarang pergaduhan atau pertikaian antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.
“Siasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.
“Pasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di IPK Perlis,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa setiap anggota polis boleh membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.
Ads
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kangar, esok untuk perintah reman.
Enaknya jika dapat nikmati kerang masak serai dengan keluarga malam-malam hari. Lagi-lagi kalau dapat kerang jenis besar dan gebu gebas. Memang tak menoleh kiri kanan. Sebab itulah mak-mak wajib cuba resepi sedap kerang masak serai ini.
Tidak ramai yang suka makan kerang, namun anda perlu mencuba resepi sedap Kerang Masak Serai. Dengan hasil yang digaul dengan serai, kerang yang mungkin pada mulanya tidak menarik di mata anda, akan bertukar menjadi salah satu resepi kegemaran. Lagi-lagi aroma serai membangkitkan selera anda, anak-anak dan seisi keluarga.
Nak masak kerang serai ini pun ada caranya dan step by steynya. Ikut langkah demi langkah yang diajar insyaAllah, anda yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Jom tengok resepinya!
Sediakan Bahan Kerang Masak Serai
1 kg kerang
2 batang serai
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah/cili kering
4 cm halia
3 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
50 ml air
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Kredit foto : saudagarseafood.com
Langkah Demi Langkah Ini Ikut Betul-betul
1. Bersihkan kerang terlebih dahulu. Kisar serai, halia, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun limau purut dan tumis lagi sehingga wangi
3. Selepas itu, masukkan kerang.Gaul rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan cili kisar, biarkan ia sebati dengan kerang.
5. Masukkan pula sos tiram.Tuang sedikit air dan tambahkan garam secukup rasa.Masak kerang sehingga terbuka kulitnya.Setelah masak, bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usia Masuk 40an, Sudah Lama Teringin Nak Seorang Lagi Anak “Suami Gembira Tahu Hamil”. Sarat hamil 6 bulan, ramai yang memuji Jihan Muse sejak mengumumkan dirinya kini sedang mengandung anak kedua. “Cantik sangat Jihan, berseri-seri ibu mengandung jaga diri ya”, itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.
Sememangnya pelawak dan juga pengacara Jihan Muse akhirnya mendedahkan dirinya kini sedang sarat hamil enam ternyata kelihatan lebih berseri-seri sejak mengandung.
Usia Masuk 40an, Sudah Lama Teringin Nak Seorang Lagi Anak
Pemilik nama sebenar Nur Jihan Musa, 39 akhirnya mendedahkan ketika mengetahui dirinya berbadan dua ketika melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur wajib untuk menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.
Bukan sekadar hasil ujian Covid-19 yang dilakukan mendapati dirinya positif virus ketika itu juga dia baru mengetahui dirinya hamil.
Dek kerana jangkitan Covid-19, juga dia turut dimasukkan ke hospital Sungai Buloh.
Ketika itulah Jihan baru mengetahui dirinya positif dua perkara iaitu Covid-19 dan hamil.
Tidak Alami Simptom Teruk
Seperti mana yang dilaporkan media, Jihan sangat bersyukur kerana tidak alami gejala teruk dan ketika itu dia ditempatkan bersama ibu lain yang sedang sarat mengandung.
“Saya juga melalui pengalaman ditempatkan bersama ibu-ibu lain yang sedang sarat hamil di dalam wad.
“Malah ada yang lebih teruk daripada saya.
“Berada selama 10 hari di dalam wad mengajar saya untuk lebih bersyukur menikmati kehidupan,” ungkapnya.
Rezeki Tambah Anak Dimakbulkan
Isteri kepada pelakon, Ungku Hariz dan juga ibu kepada Ungku Arsalan Haq itu juga gembira apabila doanya untuk menambah zuriat termakbul.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sudah lama menginginkan seorang lagi anak.
“Memandangkan umur saya pun semakin lanjut. Suami sangat gembira apabila mendapat tahu saya hamil,” kata Jihan.
“Memang Cantik Sekarang Ni Jihan” Netizen
Menerusi komen rakan artis dan warganet ramai yang mendoakan agar dipermudahkan Jihan sepanjang waktu mengandung dan melahirkan kelak. Malah ramai juga yang memuji Jihan yang kelihatan cantik, maklumlah seri ibu mengandung.
Pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim sememangnya memahami setiap kehendak pelanggannya. Dari rekaan veil perkahwinan Izara Aishah yang menarik perhatian ramai sampailah busana untuk jutawan hamil 7 bulan yang naik ke pentas terima anugerah ini.
Busana rona putih yang dihasilkan khas untuk Norhaili Ahmad Mokhtar iaitu penerima anugerah Champion Group Agency Manager (syarikat perniagaan unit amanah saham, Public Mutual Berhad) sememangnya lain dari yang lain. Wanita hebat ini juga telah meraih gelaran jutawan ketika usianya 25 tahun lagi.
Menurut Norhaili dalam instagramnya, sejak 10 tahun lalu, pereka fesyen ulung ini, Datuk Rizalman sentiasa memahami karakter dirinya. Beliau sampaikan yang sehelai dress itu nanti dapat menggambarkan perjuangannya meraih kejayaan untuk 10 tahun ini.
“I am not a girly type of woman. I was built to fight for my vision, to Break the Record, to Motivate my people & bringing the best of team to achieve the impossible. I want him to hide my 7 months of pregnancy belly. As for my team to always feel that I am at the peak of my energy.”
“YES ! It came out as exactly what I covet it to be! The Queen of EllyBillionaire – The one who Rules the Champion Stage for 10 years consecutively!”
Hebat tak hebat Norhailili atau lebih dikenali di instanya sebagai Elly Billionaire ini tahun lepas saja, agensi bumiputera di bawah pimpinannya berjaya menghasilkan sejumlah RM228,000,000.
“I give my life to fight for this Winning. It’s the winning that resulted of the hard effort, dedication and commitment of my team -EBWARRIORS. RM 228,000,000 in 2017 indeed an astounding figure for a Bumiputra Agency to WIN the fight in the Chinese belonging organisation.”
96 Jam Nak Siapkan Busana Jutawan Hamil 7 Bulan – Datuk Rizalman Ibrahim
Rupanya bukan mudah ya nak hasilkan busana untuk jutawan hamil ini. Seperti yang dikongsi oleh Datuk Rizalman sendiri, diberitakan bahawa tukang jahit yang menjahit baju ini telah mengalami luka-luka teruk di muka serta tangan beliau. Akibat tercucuk pelbagai net-net serta boning keras di dalam construction baju #hautecouturebyrizalman.”
Yang mana pakaian itu mengambil masa selama 96 jam untuk disiapkan.
Biarpun mengambil masa yang lama dengan segala kepayahan nak menghasilkan busana tersebut, Datuk Rizalman berbangga kerana dapat menghasilkan untuk jutawan Bumiputera yang berjaya ini.
“Ini seorang lagi Bumiputera kaum Hawa yang saya kagumi dalam meneguhkan ekonomi beliau khasnya serta orang bawahan beliau amnya. Seorang ahli perniagaan yang tak kenal erti jemu membimbing anak didiknya mencapai kejayaan.
“Malam ini ( waktu status ini dimuat naik ) ketika beliau ingin mengambil anugerahnya dalam keadaan sarat mengandung 7 bulan. Ini merupakan task saya yang paling mencabar untuk jadikan beliau kelihatan berwibawa serta unik pada masa yang sama.
“Kami di Rizalman selalu memastikan baju yang di reka ketika SESI FITTING (fitting sampai ke kereta) dapat melepasi ruang pintu serta muat duduk di dalam kereta, sebab kalau tak memang kena sewa bas.” Tulis Datuk Rizalman Ibrahim dalam instagram miliknya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...