Lumrah wanita, suka dimanja-manja, ambil berat tentang dirinya dan menjadi pendengar yang setia. Isteri manja, begitu juga bila dah kahwin, lagilah menjadi-jadi manjanya.
Isteri manja, ada tahapnya. Kalau suami dah cakap terima kasih dan puji sedikit pun buat dia berbunga-bunga. Tapi, bayangkan kalau setiap hari semua urusan rumah langsung tak dibantu suami, yang manja pun boleh bertukar jadi tarzan atau singa.
Sebenarnya, setiap isteri manja kalau suami pandai memanjakannya, lebih-lebih lagi kalau ringan tulang bantu urusankan rumahtangga. Itu pun dah cukup.
Isteri yang manja datang dari suami yang memanjai. Tak adanya nak manja dah kalau hari-hari, isteri minta mandikan anak, tak buat.
Anak berak biarkan tunggu isteri buat. Pinggan kotor tinggal sahaja atas meja.
Ads
Baju kotor campak merata-rata. Tuala basah letak atas katil.
Solat ditinggal-tinggal. Tak pernah ambil tahu urusan anak-anak.
Tak masak dan tak tolong kemas juga.
Inilah puncanya isteri yang asalnya manja, lemah lembut gemalai pun boleh jadi singa.
Itu baru bab urusan kerja di rumah, kalau ditambah dengan campur tangan orang ketiga. Bukan singa dah, jadi dinosour hijau terus!
Ads
Suami Isteri Usaha Manjakan Pasangan
Isteri yang manja perlukan modal besar dari suami, sama juga dengan suami yang manja. Ia tak akan datang secara tiba-tiba, perlu dua-dua berusaha untuk mengekalkan kemanjaan masing-masing.
Kalau perasan isteri kalian dah kurang manja, cubalah para suami:
1. Sentiasa ambil tahu perihal anak, jangan letakkan tanggungjawab jaga anak di atas bahu isteri sahaja.
2. Hargai pengorbanan isteri, ucap “terima kasih” pun dah buat mereka berbunga-bunga.
3. Jadi pendengar yang baik, selalu dengar mereka bercerita.
4. Beri isteri ruang dan masa untuk cantikkan diri sendiri, jangan biarkan anak-anak ganggu ketika isteri mandi atau pakai “skincare”.
5. Jarang-jarang isteri jadi singa bila suami sedang basuh pinggan atau vacuum rumah.
Kalau dapat suami yang sentiasa memanjakan isteri, jangan isteri pula yang tidak hargai suami. Kena sama-sama berusaha barulah harmoni.
Setuju?
Ads
Semoga Allah kekalkan kemanjaan dalam rumahtangga kita semua.
Mingguan Wanita : Kurang kasih sayang pun boleh buat isteri jadi singa. Kena faham tu. Isteri dah penat buat kerja rumah, peluk dah ucap terima kasih pun dah bahagia.
Tiada seorang pun wanita yang sanggup bermadu dan dimadu. Mungkin manis bagi seorang yang bergelar suami, tapi pahit bagi mereka yang bergelar isteri. Namun, tiada siapa yang mampu menolak, jika itu sudah takdirnya untuk dia berkongsi kasih.
Redha dan terima dengan apa yang telah ditetapkan. Walaupun tak semua wanita dapat menerima dengan hati terbuka, sehinggakan ada yang sanggup pilih jalan nak berpisah sebab tak dapat terima kenyataan suami nak kahwin lain ataupun dah dimadukan dalam diam.
Sejujurnya tak semua orang boleh melalui proses kehidupan seperti ini, tidak mudah untuk melalui semua ini tanpa ilmu hati yang betul. Jadi, sebagai wanita yang dimadu jangan pernah persiakan diri sendiri kerana kita masih layak untuk bahagia dan dicintai.
Ada beberapa tip yang dikongsikan oleh Diyana Tahir, pakar Hubungan Dan Keintiman, jika rasa hati tidak mampu untuk berkongsi kasih atau tidak dapat merelakan apa yang telah terjadi. Ini cara untuk cari kebahagiaan dalam hidup anda.
PENERIMAAN
Ramai isteri bila suami dah pun berkahwin lain mereka tidak boleh menerima kenyataan tersebut. Pasti akan satu pengharapan di mana mereka mahu suami kembali kepada asal yang mempunyai satu isteri sahaja.
Sejujurnya bila anda berada dalam kondisi penafian, itu yang menyebabkan anda merasa lagi teraniaya dan terseksa. Bila anda berada dalam energi negatif yang terlalu lama, hal ini mungkin boleh menyebabkan energi negatif itu berubah menjadi “energy sihir” tanpa anda sedari.
Sebagai contoh, bila suami tak beri perhatian, mula timbul perasaan negatif (marah), yang akhirnya mula melepaskan marah pada anak-anak Akhirnya, suami akan melebihkan madu.Bila suami merasa tidak tenang di sisi anda, suami akan mencari tempat lain yang buatkan mereka merasa tenang.
Mengapa ramai tidak boleh menerima hakikat sebab dalam diri ada persoalan yang belum
terjawab iaitu “kenapa aku?, apa salah aku? apa silap aku?”. Bila anda boleh menerima, mudah untuk anda mengubah emosi negatif kepada ketenangan dan orang yang tenang akan menang. Sedar atau tidak sebenarnya anda sedang dipilih dan kekuatan cinta anda sedang diuji.
FOKUS
Ramai yang bila diuji saat dimadukan tanpa rela sering kali terlalu fokus pada benda yang anda tak nak seperti “tak nak suami lebihkan madu”. Bila anda terlalu fokus pada perkara yang anda tak nak, anda sedang membina takdir anda. Lagi anda tak nak perkara itu terjadi, lagi benda itu akan menjadi kenyataan. Jangan mencari kesempurnaan, cipta kesempurnaan dari kekurangan dan kelebihan pasangan. Perkahwinan adalah proses perjalanan ke destinasi, akan ada dugaan di tengah-tengah. Bila anda mula menyayangi diri anda, bahagia akan datang.
Sejujurnya orang yang tenang akan menang. Isteri harus beringat yang suami akan bersama orang yang membahagiakan dan menenangkan mereka, bukan yang sebaliknya. Jadi mula ubah fokus anda dari apa yang anda tak nak kepada apa yang anda mahukan dan harapkan. Tukarkan perasaan sakit, takut kehilangan dan takut tidak disayangi kepada perkara yang anda mahukan.
Contoh bila anda sedih tukarkan kepada perasaan syukur. Anda sebenarnya bukan melupakan perasaan itu tapi menyembuhkan perasaan itu. Anda bukan tak layak merasa bahagia, tapi anda cuma tak ada ilmu sebab itu sangat penting untuk anda mengubah sudut pandang dan cara anda berfikir. Berhenti fokus pada hal-hal yang negatif dan sebaliknya fokus kepada hal yang ingin anda capai.
MERAWAT HATI
Penting untuk anda merawat hati dulu kerana dengan merawat hati anda dapat menaikkan hormon cinta dalam diri. Ramai orang terlalu fokus pada ‘apa yang mereka tak mahu? dengan terlalu obses memikirkan tentang madu.
Anda keliru dengan apa yang anda inginkan, anda sayang suami tapi anda terluka. Sebab itu penting untuk anda melepaskan perasaan negatif dalam hati. Perasaan negatif dalam hati akan membuatkan anda sentiasa ingin mencari salah suami. Yang kesannya akan membuatkan suami merasa terganggu kemudian mencari tempat untuk merasa tenang iaitu dengan madu anda.
Ramai wanita tak tahu cara nak mengendalikan konflik rumah tangga sebab gagal mengurus emosi. Bila wanita gagal mengawal emosi, ianya membuatkan keadaan menjadi semakin buruk. Sebab itu penting untuk mulakan dengan proses penyembuhan.
Rawat hati anda yang sedang rasa sakit, sedih dan kecewa itu. Para isteri harus beringat yang suami akan bersama orang yang membahagiakan dan menenangkan mereka, bukan yang sebaliknya.
Jadi mula ubah fokus anda dari apa yang anda tak nak kepada apa yang anda mahukan dan harapkan. Tukarkan perasaan sakit, takut kehilangan dan takut tidak
disayangi.kepada perkara yang anda mahukan.
Contoh bila anda sedih tukarkan kepada perasaan syukur. Anda sebenarnya bukan melupakan perasaan itu tapi menyembuhkan perasaan itu. Seperti kisah salah seorang peserta saya yang mana dia tak dapat menerima kenyataan saat dia dimadukan tanpa rela. Paling menyakitkan hatinya bila dia telah dimadukan dalam diam hampir setahun, sejak dari itu dia berubah menjadi seorang yang sangat miserable setiap hari hanya bersama air mata dan emosi yang tak stabil.
MW: Memang susah untuk terima tetapi kalau suami mampu dan tak abaikan tanggungjawab, terimalah takdirNya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua.’ Jangan sampai yang tinggal hanya penyesalan. Lupakan segala sengketa dan dendam, pulang berhari raya bersama orang tua.
Mak ayah kita meniti hari-hari tua dan belum tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita. Apa saja yang berlaku, maafkan saja dan binalah bahagia untuk untuk orang tua.
Kongsi Rohana Saad & Bik Garage Zambri Bik, tidak ada mak yang sempurna.
Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.
Luangkan Waktu Bahagiakan Orang Tua
Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.
Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya.
Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang.
Apabila bergelar mak ayah, kehidupan kita sudah tak sama seperti masa bujang dulu. Apatah lagi bila dianugerahkan rezeki dengan memperoleh anak-anak sebagai penyambung keturunan.
Anak inilah rezeki yang ditunggu-tunggu oleh setiap mak ayah. Malah, boleh dikatakan masa anak kecil, segala keperluan anak diutamakan dahulu. Segalanya untuk mereka.
Mungkin itu, semasa anak seorang. Tapi, anak semakin bertambah, itu pun dipanggil rezeki anak-anak. Tak perlu takut memikirkan duit tak cukup atau sebagainya sebab semua itu Allah sudah aturkan siap-siap.
Cuma apa yang membuatkan mak ayah mula ‘naik angin’ dengan anak bila mereka makin membesar dan peel pun sudah macam-macam hingga boleh hilangkan kesabaran buat mak ayah.
Sebenarnya kita sebagai mak ayah kena fikir, semua ini adalah rezeki. Dikurniakan anak-anak yang macam-macam perangai pun rezeki. Tak perlu mengeluh sebab anak kita tak sama seperti orang lain.
Bersyukurlah dan redha sebab mak ayah diuji dengan pelbagai bentuk termasuklah dengan perangai anak. Baik buruk anak-anak inilah yang menjadi tiket kita ke syurga nanti. Percayalah.
Perkongsian daripada Mohd Fhais ini sangat menyentuh kalbu buat mak ayah. Segalanya apa yang mak ayah miliki anak tak kira bijak, pandai, lasak, kurang bijak dan sebagainya, semua itu adalah rezeki.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia...