Dalam hidup berumahtangga, tak perlulah kita banding kehidupan kita dengan pasangan lain. Masing-masing ada cara tersendiri terutamanya dalam melayan dan membahagiakan pasangan.
Kalau kita asyik banding kehidupan kita dengan orang lain, memang tak pernah rasa puas dengan apa yang kita. Sepatutnya, kita suami isteri layanlah pasangan seadanya.
Baik pasangan kita itu berharta atau hanya mampu bawa berjalan-kalan dengan motorsikal sekali pun, ia sudah cukup membahagikan. Jangan sesekali banding kehidupan dengan orang lain.
Isteri kenalah layan suami selayaknya dan begitu juga suami. Susah, senang, gembira atau sedih sekali pun. Asas bahagia sebuah rumahtangga adalah layanan buat isteri dan suami. Jangan banding kehidupan pasangan lain. Inilah yang dikongsikan oleh Normaliza Mahadi tentang cerita rumahtangga.
Cerita rumahtangga ini makin lama makin mengelirukan terutamanya kepada pasangan yang tiada pendirian dan keliru pula definisi sebenar tentang kebahagiaan.
Sejak kebelakangan ini, ramai yang termenung panjang mengenang perkahwinan yang rupanya begitu banyak perbezaan bila mula dibandingkan dan banyak cerita yang digemburkan tetapi tidak pula ada panduan. Panduan yang mana satu harus jadi ikutan! Pening dan membingungkan.
Isteri!
Apa sahaja khidmat kalian terhadap suami adalah semata kerana mengharap redhanya Allah Penguasa Sekalian Alam.
Saya menulis post ini kepada 90% isteri yang hidup dalam kehidupan yang aman dan tenteram. Isteri yang duduk dalam perkahwinan yang normal dan menyenangkan. Bukanlah kaya tetapi ada. Atau kadangkala tiada juga tapi hati perlu sentiasa redha.
Perkahwinan biasa yang banyak kali bangun dan sudah tentu ada masa jatuh terlentang. Inilah perkahwinan. Tapi ini bukan panduan untuk perkahwinan yang penuh dengan maki hamun dan sepak teranjang.
Ads
Bukan!
Pesanan Buat Isteri
Berbalik kita kepada pesanan untuk isteri
Khidmat dan layanan isteri kepada suami tidak akan mampu dibalas oleh suami. Tidak mungkin. Kehamilan isteri sahaja sudah tiada bayaran yang mampu suami jelaskan.
Kesakitan isteri melahirkan tidak dapat diganti semula dengan kesakitan yang sama. Mana mungkin? Menyusukan bayi juga ada kesakitan dan pengalaman yang tidak mungkin suami boleh pulangkan. Tiada!
Maka semua layanan baik isteri kepada suami adalah dengan mengharapkan redha Allah semata. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Tiada mahkluk lain selain Allah sahaja.
Dan layanan baik bukan bergantung kepada tahap kekayaan suami. Kononnya jika suami boleh sediakan rumah yang besar maka layanan lebih baik. Suami boleh sediakan pembantu, layanan jadi bertambah, boleh belikan kereta besar maka layanan berganda dan suami kaya maka layanannya roti dan butter!
Bukan begitu.
Suami layak dilayan dengan baik walaupun hanya menyediakan rumah pangsa di tingkat 3.
Dia mendapat layanan baik walaupun suami hanya menunggang motor yang tayarnya telah rata.
Ads
Suami diberikan layanan yang mesra walaupun hanya ada selipar yang telah haus di tapaknya.
Dia dijaga hati dan perasaannya walau hanya mampu membelikan sepasang baju raya.
Suami tetap disayang walau hanya mampu membeli sebuku roti beberapa hari sebelum gajinya disalurkan.
Semua suami kaya atau miskin sama sahaja layanannya. Tiada beza.
Suami dilayan kerana statusnya bukan kerana wang ringit dan harta benda.
Lihatlah sahaja waktu pagi begini di jalanan, berapa ramai suami yang menaiki motor usang untuk mengejar waktu pekerjaan. Mencari nafkah yang halal untuk isteri dan keluarga tersayang.
Kadang berhenti di tengah jalan memakai baju plastik supaya tidak basah disimbah hujan.
Berapa ramai suami yang tersadai di atas jalan kerana kemalangan. Ada yang tidak lagi pulang dan ada juga yang patah tulang. Tidak layakkah suami ini mendapat layanan istimewa walaupun poketnya senipis kulit bawang?
Ads
Suami begini semua gajinya untuk seisi rumah yang pagi ditinggalkan dan malam baru kembali keletihan. Kasutnya yang berlubang sudah berbulan ditangguhkan pembelian. Hanya kerana harga kasutnya boleh membeli beras untuk makan setengah bulan. Suami tangguhkan keselesaan untuk keluarga yang diutamakan.
Come on semua isteri yang beriman. Jangan kita kabur mata hanya kerana melihat kehidupan orang yang kita sendiri tidak pernah berdampingan.
by NM
Mingguan Wanita : Baik suami atau isteri, layanlah pasangan sebaiknya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Setiap orang ada sikapnya tersendiri sama ada positif atau lebih ke arah negatif tetapi bila dah ramai anak macam-macam ragam itu biasa. Ini sedikit rahsia perangai anak yang mak ayah patut tahu.
Jadi kalau rujuk sini, anda sendiri kategori yang mana satu? Dan agak-agak ada yang tepat terkena batang hidung sendiri?
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa sampailah dia dapat adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada anak sulung:
* dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah punya perangai lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Tak suka dihalang tapi suka berdikari dan membuat hal sendiri.
Golongan anak tengah selalunya banyak mengalah kepada si sulung atas arahan atau dengan si bongsu sebab tak nak keruhkan keadaan. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Jadi anak tengah suka cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Pendek kata, nak apa-apa mereka akan usaha sampai dapat!
Ciri-ciri yang ada pada anak tengah:
* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah
Anak Bongsu
Selalunya ramai yang anggap anak bonsgu ni jenis mengada-ngada dan dapat apa saja yang dia nak. Malah sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja.
Golongan anak bongsu perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya. Itu yang jadi nampak manja dan dapat apa saja yang dia sebut!
Ciri-ciri yang ada pada anak bongsu:
* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, mungkin ramai nak menjadi anak tunggal dan anggap seronok memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Tak perlu berebut malah mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa.
Lagi teruja golongan anak tunggal tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. Cuma kadang rasa sunyi bila tak ada kawan bermain dalam rumah.
Ciri-ciri yang ada pada anak tunggal:
* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudah namanya pun manusia, manalah sempurna termasuklah pasangan kita. Jadi sebelum bandingkan pasangan dengan orang lain, check dulu kita sempurna ke?
Jangan nampaknya lebihnya pasangan orang lain hingga memburukkan pasangan sendiri di mata. Setiap manusia ini berbeza, kalau dia pandai memasak mungkin dia kurang cekap mengemas.
Tetapi itu tidak bermakna dia bukan pasangan yang baik. Sama-sama belajar untuk perbaiki kehidupan agar kehidupan berumah tangga lebih bahagia. Hargailah perbezaan pasangan.
Maka mulalah kita nak menyalahkan pasangan, tak nampak kebaikan pasangan dan rasa layak untuk dapat yang lebih baik lagi…
Sebelum kita bersikap macam ini, sebelum kita nak menghukum pasangan di atas “perbezaannya” dengan orang lain, tanya dulu diri kita, kita ini sudah cukup sempurna ke…
Kita tidak ada kekurangan? Kelemahan? Keburukan? Kita mungkin tak nampak sebab kita tak bandingkan diri kita dengan orang lain, kita cuma tahu untuk bandingkan diri pasangan kita sahaja…
Kita pun ada cacat celanya…
MW: Sebelum bandingkan pasanngan kita dengan orang lain, periksa dahulu diri sendiri di mana cacat celanya. Jangan hanya memandang kekurangan pasangan hingga diri sendiri tak sempurna tak perasan. Sebaiknya tak perlulah bandingkan pasangan dengan orang lain, tak puas hati berterus-teranglah.
Beg kecemasan, mungkin buni agak pelik tapi itulah hakikatnya wanita dan isteri di luar sana perlu tahu tentang ini. Kita memang mengimpikan rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat. Tanpa sedar, rupanya hujan di tengah hari.
Semasa hidup bersama pasangan, kita tak kisah sebab tanggungjawab di bahu suami. Segalanya diuruskan oleh suami. Tapi, bila berlaku perkara tak diingin, semua tempat bergantung hilang dalam sekelip mata. Macam mana nak teruskan kehidupan.
Bagi isteri kehilangan suami kerana kematian, adalah juga harta pusaka yang ditinggalkan, Tak banyak adalah untuk tampung kehidupan. Bagaimana pula dengan berpisah hidup. Hilang tempat bergantung dan lebih menyedihkan tiada apa yang ada untuk isteri.
Seba itulah, isteri kena ada beg kecemasan. Tak kisah suri rumah mahu pun isteri bekerja. Kena ada ini. Sekurangnya, wanita tidklah menangis merayu dan meminta bantuan sana sini. Kita sudah ada pilihan dan harta sendiri untuk teruskan hidup.
Apa yang dikatakan dengan beg kecemasan ini. Dr Azizul Azli Ahmad ada jawapannya.
1. Hidup ini tiada kepastian yang unggul, tak semua yang kita rancang baik akan berakhir dengan baik. Ada juga dirancang dengan baik, tetap dapat keputusan tak baik. Apatah lagi hidup tanpa perancangan.
2. Banyak kali saya dah tulis, wanita perlu ada pendidikan dan harta. Belajar baik baik, himpun harta untuk diri sendiri.
3. Mula kerja belajar bawa kereta agar mandiri, tidak harapkan bantuan sesiapa dan boleh berdikari.
4. Pasang impian ada rumah sendiri, kediaman kita beli sebelum jumpa ‘Abang Napi ‘ bukan harta sepencarian nanti. Ia milik sendiri.
5. Jika belum mampu beli rumah, belajar buat simpanan dalam ASB, penuhkan ASB hingga RM250,000 biar maksimum.
6. Jika tak minat simpan duit, belajar kumpul dinnar emas atau gold bar emas. Simpan baik baik untuk nilai masa depan nanti.
7. Bincang baik baik dengan suami, jumlah anak yang nak ada. Jangan ingat jadi wanita ini kerja beranak tiap tahun seorang anak, seperti yang dia nak!
8. Elakkan buat hutang untuk orang lain waima suami sendiri. Jika hutang ada nilai baik dan perlindungan takaful silakan, jika tidak baik lupakan.
9. Yakin pada Tuhan yang maha esa sahaja 100%, Jangan letak kepercayaan pada manusia sampai 100%. Simpan kasih sayang buat diri sendiri juga.
“Tak baik buruk sangka pada orang?”
Ini bukan buruk sangka, ini kepercayaan kita, yakinlah bahawa manusia baik macam mana pun mereka tak sempurna.
Kawan kawan,
Jika sebelum datangnya bencana, kita diminta sediakan ‘Bag Kecemasan”, begitulah juga dalam kehidupan.
Apa bag kecemasan yang kita telah ada dalam perkahwinan ini?
Bila kita kaya dan ada pendidikan, kita akan banyak pilihan.
Kita tak menangis merayu dan minta bantuan.
Kata William Shakespeare, Lelaki terbukti banyak berjanji, tapi sedikit mencintai.
Pesan Buya Hamka Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
Jadilah kaya dan mulia, agar banyak jalan jalan dan pilihan di hadapan kita.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...