Tak dinafikan kuasa pelukan mempunyai magis yang tersendiri. Ia mampu memberi ketenangan emosi dan mengeratkan lagi hubungan terutamanya buat suami isteri. Bagi pasangan yang tinggal bersama ia tidak menjadi satu masalah untuk berpelukan setiap hari, namun bagi suami isteri yang berjauhan ia menjadi satu cabaran untuk memenuhi ‘keperluan’ ini. Sehinggakan ada yang sanggup mengupah ‘Jurupeluk’ Professional.
Mungkin pelik dan agak janggal apabila seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Lebih memeranjatkan, suaminya tidak kisah akan hal tersebut.
Guna Khidmat Jurupeluk Profesional
Wanita dikenali sebagai Saskia itu menggunakan khidmat jurupeluk menerusi Cuddlist iaitu sebuah platform yang menawarkan khidmat pemeluk profesional.
Saskia berkata, dia menggunakan khidmat Cuddlist selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.Perpindahannya menyebabkan Saskia berjauhan dengan suaminya, Arthur untuk satu tempoh yang lama.
Keadaan itu menyebabkan Saskia kesepian, lantas mengupah pemeluk profesional untuk memenuhi nalurinya dengan bayaran AS$80 (RM332) sejam.
Ads
“Ramai menganggap perkara ini pelik kerana saya seorang wanita yang sudah berkahwin.
“Namun, saya tidak hiraukan cakap-cakap orang kerana saya sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya,” ujar Saskia dalam program televisyen Love Don’t Judge.
Isteri Suka Sentuhan
Sementara itu, Arthur berkata, meskipun dia dan isterinya menjalani hubungan monogami, dia tidak menganggap aktiviti Saskia melanggar integriti hubungan mereka.
“Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.
Ads
“Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan, jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya. – Agensi
MW: Suami isteri berpelukan setiap hari memang beri kesan baik untuk emosi dan mengeratkan lagi kasih sayang. Namun bila berpelukan dengan orang asing, memang rasa janggal malah sangat dilarang dalam agama iya.
Sungguh.. nak menjadikan seorang anak itu menjadi manusia, bukanlah kerja mudah untuk mak ayahnya. Banyak yang perlu dikorbankan, tapi jangan sampai mak ayah tak sedar yang anak juga berkorban untuk mak ayahnya.
Perkongsian Da’i Hamidah ini banyak benarnya. Mak ayah claim, mereka sudah mencurah segala-galanya. Mahu anak-anak iktiraf pengorbanannya. Walhal anak-anak juga ‘kehilangan’ masa dan belaian kasih sepanjang perjalanan itu.
Anak sebenarnya cuma mahukan perhatian mak ayahnya.
Pengorbanan Anak
Kita selalu berbicara soal pengorbanan ibu bapa terhadap anak. Tapi jarang kita sentuh pengorbanan anak kepada ibu bapa. Sedangkan dalam memastikan segala urusan ibu ayah selesai dengan baik.
Anak-anak lah yang banyak berkorban. Mereka terpaksa mengikut rutin harian kita yang kadang kala mereka kurang ada masa dan perhatian dari kita. Mereka anak kecil yang punya perasaan tetapi sukar untuk meluahkan perasaan melainkan hanya dengan menangis.
Lama kelamaan mereka akan senyap dan terpaksa berusaha membiasakan diri untuk menerima realiti. Realiti terpaksa berjauhan dengan ibu ayah yang punya kesibukkan tersendiri.
Oleh itu kita sebagai ibu bapa jangan sia-siakan pengorbanan mereka. Andai kita rasakan pengorbanan mereka terlalu kecil nak dibandingkan dengan pengorbanan kita yang terpaksa keluar mencari rezeki, maka kita kena renung kembali andai mereka tidak memberi kerjasama yang baik, maka sudah tentu segala kerja kita juga akan jadi berantakkan.
Pendek kata hargailah mereka, utamakan masa dengan mereka kerana mereka kian membesar dan proses itu tidak akan berulang kembali. Paling penting kita kena tahu bahawa semua anak- anak inginkan belaian kasih sayang, perhatian dan pendidikan dari kita untuk menjadikan mereka hamba yang diredhoi Allah.
Anak Menjadi Atau Tidak, Bergantung Usaha Mak Ayah Dengan IzinNya
Sungguh tanggugjawab ibu bapa terlalu besar. Anak- anak menjadi atau tidak ia bergantung dengan usaha ibu bapa dengan izin Allah dan sesungguhnya Allah Taala menilai setiap dari usaha kita.
Andai kita meletakkan matlamat kita untuk menjadikan mereka khalifah Allah yang berkualiti di atas muka bumi ini nescaya kita akan lupakan perkara remeh temeh yang lain.
Akhir kalam setiap ibu bapa akan disoal kelak tentang anak- anak yang mereka lahirkan. Semoga Allah Taala memberi kekuatan untuk kita mampu menjadi ibu bapa yang terbaik, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.
MW :Masih belum terlambat untuk menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Terutama anak isteri.
Kebanyakan isteri atau sesiapa sahaja merasakan dengan meluahkan di media sosial dapat melegakan dan melepaskan tekanan yang dihadapi. Bukan sahaja menceritakan tentang ketidakpuasan kawan-kawan sekeliling tetapi lebih teruk membuka aib tentang pasangan sehingga berbalas-balas komen antara satu sama lain.
Memang benar, dalam rumah tangga banyak dugaan dan cabaran yang berlaku. Boleh jadi ia bermula dengan isu kewangan tidak stabil dan berlarutan sehingga isu dalam kain. Semuanya dilempiaskan di media sosial. Akhirnya, mereka yang sukakan ‘gosip’ atau ‘membawang’ teruja untuk berkongsi dan membuat ramalan tersendiri.
Tahukah anda, perkara-perkara ini boleh dikaitkan dalam mahkamah syariah kerana ada kaitan yang jelas boleh berlaku sama ada dalam kes penceraian atau selepas bercerai. Ini kupasan yang diberikan oleh Tn Khairul Fahmi Ramli, Peguam Syarie Penang, Kedah, Perlis dan Perak, Tetuan Khairul Fahmi & Associates dan Timb. Setiausaha PGSM Kedah tentang topik ini.
Semasa Perceraian
Bagi seseorang yang suka mengaibkan suami atau isteri di media sosial, ia boleh dinilai sebagai wujudnya pertengkaran atau pergaduhan yang serius antara suami dan isteri. Ia disebut dalam Bahasa Arab adalah ‘syiqaq’.
Pergaduhan yang mencapai tahap syiqaq ini boleh dibuktikan dengan kata-kata kesat sesama suami isteri yang bertengkar di media sosial.pastinya perkara ini sukar utuk dinafikan bahawa rumah tangga sudah mula retak angkara mengadu di media sosial. Jadi, penceraian itu secara hakam dapat diteruskan dengan mudah sekiranya wujud perkara ini.
Buka Aib Boleh Nusyuz
Perbuatan membuka aib suami atau isteri akan terarah kepada perlakuan nusyuz seorang isteri atau suami. Perbuatan inilah turut mendorong kepada isteri enggan bersama dengan suami atau melarikan diri dari rumah kerana berkecil hati.
Bagi suami pula, mungkin boleh berlaku nusyuz apabila memukul isteri hanya kerana menceritakan aib suaminya pada orang lain. Walau bagaimanapun, membuka aib sesuatu yang buruk tentang pasangan tidaklah sampai ke tahap nusyuz di sisi syarak, cuma ia boleh mendorong kepada perbuatan nusyuz baik suami atau isteri sehinggalah mereka kembali bertaubat kembali.
Pesanan Untuk Isteri
Majoriti yang berlaku untuk mendedahkan isu dalam kain ini selalunya melibatkan golongan isteri dan wanita. Tak dapat dinafikan, wanita memang mempunyai perasaan yang perlu untuk diluahkan dan sukar untuk disimpan di dalam hati.
Sebagai seorang isteri,cuba didik diri agar tidak meluahkan perasaan yang negatif khususnya berkaitan dengan hal ehwal rumah tangga. Contohnya, memaki suami sendiri di media sosial kerana malas bekerja. Pada hakikatnya, memang marah itu akan timbul bila ada suami malas. Tetapi, media sosial bukanlah tempat untuk membuat teguran tersebut. Lebih baik tegur secara berdepan atau pun mengadu pada ibu bapa atau saudara mara.
Jadi, elakkan mengadu masalah dalaman di media sosial atau menulis apa-apa perkara yang mungkin boleh menimbulkan persoalan kepada orang lain yang melihat status anda. Sebaiknya, mengadulah pada bahagian kaunseling pejabat agama, ahli keluarga atau peguam syarie. INGAT! Status anda di media sosial menggambarkan peribadi anda di mata masyarakat.
Pesanan Untuk Suami
Sebagai seorang lelaki, menjadi tanggungjawab yang sangat berat untuknya memelihara maruah isteri dan anak-anak. Ini adalah amanah yang diletakkan kepada seorang lelaki bergelar suami.
Selalunya suami mungkin tidak banyak ceritakan hal ehwal rumah tangganya dalam media sosial. Cuma, mungkin yang selalu dilakukan oleh suami adalah memberitahu rahsia rumah tangga mereka pada kawan-kawan secara peribadi.
Sebagai suami, kita tidak seharusnya menceritakan kepada sesiapa khususnya rakan media sosial. Mungkin kita tidak letakkan di status sosial secara terbuka, tetapi menceritakan pada orang yang tidak dikenali tidak memberi jaminan bahawa cerita kita tidak akan tersebar.
Sebagai seorang suami, ambil tindakan untuk berbincang dengan baik dan jangan sesekali lari daripada masalah. Elakkan daripada masalah rumah tangga diketahui oleh orang lain khasnya orang yang bukan dari kalangan saudara atau kawan baik. Ini amanah yang berat untuk dipikul.
Ingatlah, tanggungjawab suami isteri ini selain daripada berbuat baik, adalah menjadi kewajipan juga bagi suami isteri untuk memelihara aib atau maruah pasangannya daripada khalayak awam. Kecuali lah, untuk diceritakan kepada Hakim dan Peguam yang akan membawa kes di Mahkamah untuk diselesaikan.
Tidak perlulah semua perkara perlu diceritakan di media sosial. Kalu ingin mengadu, jumpalah kaunselor pejabat agama, ahli keluarga yang dipercayai seperti ibu bapa atau mentua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ingat tak, masa sekolah dulu, selalu kita tengok pelajar kelas belakang ni suka main-main, nakal dan ‘tak berapa pandai’, berbanding pelajar kelas depan yang memang kita dah tahu pandai.
Kadang-kadang bila dibandingkan macam tu terasa rendah diri sangat. Sementelah, kalau kelas depan memang tak berapa nak kawan dengan pelajar kelas belakang. Tak kurang juga yang perlekehkan. Tidak semualah.
Jangan pandang rendah pada pelajar kelas belakang. Kita tak tahu realiti hidup pada masa akan datang. Mungkin yang tak pandai itulah lebih berjaya.
Dalam perkongsian facebook Putera Nubhan turut memberi pandangan tentang perbezaan pelajar kelas belakang dengan kelas depan.
Tengah trending kat TikTok, ramai bekas budak-budak kelas belakang masa sekolah yang sekarang ini dah kaya atau berduit sikit post video dan gambar dengan kereta mewah sambil menyindir dan merendahkan budak kelas depan dengan ayat-ayat seperti,
“Mana semua top student? Dah jadi CEO ke tu?”, “Budak-budak target sekolah tengah bayar PTPTN ke tu?” dan sebagainya.
Bila ada orang tegur posting tersebut, ada yang mempertahankan, “Habis tu top student je ke boleh bangga dengan kejayaan mereka?”, “Biar lah diorang eksyen. Dulu top student tu eksyen boleh pulak?” dan sebagainya.
Penulisan ini bukanlah nak menghentam atau mempertahankan siapa-siapa, baik budak kelas depan, kelas tengah mahupun kelas belakang, cuma nak ajak kita berfikir, kenapa ia berlaku? Pernahkah kita cuba lihat dari perspektif semua pihak?
Pertama sekali, tak kisahlah kau budak kelas mana dulu, tapi kat media sosial ni kalau kau nak bangga ke, nak tayang kejayaan ke, nak tayang kekayaan ke, ikut suka kau. Orang suka ke tak suka ke, paling tidak dia cuma unfriends atau unfollow je. Tapi bila kau bandingkan kejayaan dan kekayaan kau dengan orang lain malah memperlekeh dan merendahkan orang lain pula, itu yang jadi masalah dan menimbulkan ketegangan.
Mahukan Pengiktirafan
Kenapa ada segelintir budak kelas belakang bila dah berjaya atau kaya terus rasa diri bagus dan pandang rendah pada budak kelas depan? Ia disebabkan dari zaman sekolah lagi mereka rasa bitter, insecure, cemburu, low self esteem, tidak dihargai terutama oleh pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan ahli keluarga. Mereka sering dipandang rendah, dipinggirkan dan dibanding-bandingkan dengan orang yang bijak oleh orang-orang dewasa pada zaman mereka sekolah.
Maka bila mereka dah berjaya dan kaya, mereka rasa mereka dah berjaya kalahkan budak kelas depan. Dan disebabkan rasa dendam, mereka lepaskan dengan menyindir dan memperlekeh budak-budak kelas depan yang rata-rata masuk universiti pinjam PTPTN dan kerja makan gaji.
Mereka mahu kejayaan mereka diakui. Mereka perlukan pengiktirafan dari orang lain. Kalau boleh mereka nak budak-budak kelas depan ni jumpa mereka ucap,
“Tahniah, kau dah berjaya kalahkan aku”, baru mereka rasa puas. Mereka lupa yang kehidupan ni sebenarnya bukan satu perlumbaan atau pertandingan.
Sedangkan hakikatnya budak-budak kelas depan ni pun biasanya takde rasa nak bertanding pun dengan budak kelas belakang. Budak kelas depan cuma buat hal mereka sendiri je. Malah dalam diri mereka sebenarnya, lagi tinggi mereka belajar, masuk je SBP, MRSM, universiti, perasaan insecure tu makin bertambah sebab mereka akan jumpa lebih ramai rupanya orang yang lebih pandai dari mereka.
Tambah lagi ibu bapa, makcik pakcik, abang, kakak, adik, cikgu, pensyarah, ramai orang dewasa letak expectation yang tinggi kat mereka. Mereka pikul banyak harapan orang menyebabkan mereka rasa semakin takut jika gagal akan kecewakan ramai orang.
Beza Pelajar Kelas Depan Vs Kelas Belakang
Sebab tu setakat ini, tak wujud lagi trend kat TikTok budak kelas depan tayang kejayaan mereka sambil menyindir dan merendahkan budak kelas belakang. Sebab mereka dah ketahui realiti dan hakikat, yang kejayaan mereka bukanlah untuk dibuktikan pada siapa-siapa. Selalunya ia hanya demi memenuhi harapan orang terhadap dia sahaja, yang turut disertai dengan tekanan, pinjaman pelajaran dan kekecewaan.
Budak kelas belakang jarang tahu struggle budak kelas depan. Mereka nampak budak kelas depan ni happy je, macam takde masalah pun, jadi pula harapan orang dewasa, tapi sebenarnya tak seindah itu.
Begitu juga budak kelas depan tak tahu struggle budak kelas belakang. Kadang mereka bukan tak pandai, tapi sebab tidak dapat peluang seperti budak kelas depan, seperti dari keluarga miskin, ibu bapa dah bercerai, bapak masuk penjara, pengaruh rakan-rakan dan masyarakat sekitar dan sebagainya.
Kadang-kadang budak kelas belakang anggap budak kelas depan ni eksyen, tak mau kawan dengan diorang. Tapi biasanya bukan sebab eksyen ke apa, tapi sebab path diorang tak cross each other. Kelas lain-lain, geng dan klik lain-lain, main sukan lain-lain, aktiviti masa lapang lain-lain, dah tu bila masa nak berkawannya. Tapi kalau budak kelas depan dan belakang tu jiran sebelah ke, tinggal satu taman main bola sama-sama ke, masuk kelab, unit beruniform dan sukan yang sama ke, mesti boleh berkawan juga.
Nak kata budak kelas depan ni masa sekolah hebat sangat pun, tak juga. Budak-budak yang berkuasa kat sekolah biasanya adalah budak kelas belakang, yang kuat, gagah, kaki sukan, yang ramai geng, school jocks.
Budak-budak kelas depan ni biasanya buat hal diorang sendiri je, malah diorang la yang biasanya kena buli dengan budak-budak kelas belakang. Hakikatnya jarang sangat la budak kelas depan yang skema dan nerd ni nak buli budak kelas belakang.
Akhirnya, yang mewujudkan pemisahan budak kelas depan belakang ni orang dewasa. Yang meletak harapan tinggi pada budak kelas depan ni orang dewasa juga.
Yang kata budak kelas belakang takde masa depan ni, biasanya orang dewasa juga. Jadi kalau budak kelas belakang dah berjaya dan jadi kaya ni nak lepaskan dendam dan perlukan pengiktirafan manusia, tujukanlah pada orang-orang dewasa yang dulunya selalu pandang rendah kat korang, bukan tuju kat budak kelas depan yang tak pasal-pasal.
Mereka tak pernah cari masalah dengan budak kelas belakang, mereka cuma nak survive dalam haluan mereka sendiri. Asal boleh hidup dengan tenang buat hal sendiri pun dah cukup buat mereka. Sebab at the end, lepas habis je zaman sekolah, tiada lagi cerita budak kelas depan atau belakang, yang ada cuma kehidupan dewasa yang perlu ditempuh.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak bandingkan. Semua telah ditentukan. Paling penting dalam terukan kehidupan mendatang kenalah usaha untuk berjaya.