Buat kerja rumah memang tak pernah habis, tambah penat bila isteri seorang yang ‘menghadap’ benda sama. Nak minta bantuan suami, rasa tak sanggup atau tak sampai hati pula.

Dalam rumah tangga, kerjasama suami isteri sangat penting lebih-lebih lagi dalam buat kerja rumah. Tak boleh nak mengharapkan isteri sahaja, sedangkan suami hanya mampu duduk goyang kaki.

Keadaan ini, bila isteri sahaja yang buat kerja, suami mulalah jadi ‘raja’ di rumah. Inilah yang membuatkan isteri boleh ‘burnout’.

Tak salah pun, isteri biasakan suami buat kerja rumah, sekurang-kurangnya dia ada rasa tanggungjawab dan jangan sesekali isteri rasa kasihan bila nak meminta bantuan suami. Seperti apa yang dikongsikan oleh Kartini Sulaiman ini, biasakan suami buat kerja rumah supaya ada rasa tanggungjawab.

Baca Artikel Lebih Menarik Di Sini: Suami HEBAT Faham Kalau Kerja Rumah Tak Siap, Asalkan Isteri Tidak Merungut, Mengungkit

Biasakan Anak Lelaki Buat Kerja Rumah, Bila Dewasa Tak Kekok Urus Keluarga Sendiri

Info Lebih Menarik DI SINI

Buat Kerja Rumah – Tahu Erti Tanggungjawab

Kadang-kadangkan, bukan sebab mak ayah pada suami yang tak biasakan dia dengan kerja rumah atau tak ajar erti tanggungjawab. Itulah yang membuatkan dia jadi “raja” di rumah.

Kita tak perasan sebab semua ini turut berlaku kerana sikap kita juga. Sikit-sikit kasihan pada suami.

Ads

Isteri sikit-sikit nak berkorban untuk rumah tangga. Ada masa, isteri pula kata:

“Tak apa bang, saya boleh buat”,

Sikit-sikit “Eh, tak pe bang, saya ada duit lagi.”

“Eeh, guna duit saya lah bang”

Ada juga, sikit-sikit “eh, tak pe bang, tidurlah. Biar saya jaga anak demam.”

Ads

Jadi Kebiasaan

Lama-kelamaan, suami jadi biasa, suami pun hilang common sense dan hilang rasa tanggungjawab.

“Benda semua ini, isteri aku boleh settle. Aku tak tolong pun dia okay. Tak ada duit pun nanti isteri aku boleh cover”

Sekali-sekala okay je mak-mak. Tapi bukan selalu. Takut-takut bila kita letih, mulalah mengungkit. Kita mula rasa useless jadi isteri, rasa terbeban. Paling takut apa kita buat jadi dosa sebab kita merungut dalam hati.

Sia-sia mak-mak.

Libatkan Suami

Kalau suami nak bagi duit, ambil. Tak pakai, sila simpan. Hari ini tak pakai, esok lusa mungkin kita ada keinginan nak beli sesuatu atau boleh jadi kita perlu untuk cover suami tak cukup duit hujung bulan.

Ads

Kalau suami kata nak tolong, bagi saja. Tak perfect pun tak pe. Yang penting biasakan. Lama-lama mungkin lebih baik dia uruskan rumah dan anak-anak berbanding kita.

Libatkan suami dalam semua hal supaya dia rasa dia diperlukan. Termasuk dalam hal pendidikan, sakit pening kita dan anak-anak. Kita pun tak adalah rasa sorang-sorang macam tak bersuami.

Tak perlu jadi kuat, tak perlu berkorban pun. Rumah tangga ini bukan tentang pengorbanan. Tapi sebenarnya, rumah tangga ini kita nak penuh dengan ketenteraman, ketenangan dan kasih sayang. Masing-masing main peranan.

MW: Kena ada rasa tanggungjawab sebab itulah nanti anak-anak akan buat dan ikut.

#selfreminder
#kartinijourneytoselfmastery

Sumber: Kartini Sulaiman

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI