
Isi Kandungan
ToggleKomunikasi diantara suami isteri sangatlah penting dalam hubungan perkahwinan. Tak kiralah apa juga topik, penting atau remeh rajin-rajinlah ringankan mulut berborak dengan pasangan. Isteri akan lebih gembira bila suami saling berkongsi cerita dengannya. Ia membuatkan isteri rasa lebih dihargai, dipercayai dan disayangi berbanding orang lain.
Perkongsian daripada Dr Mahyuddin Mohamed ini boleh dijadikan panduan pasangan suami isteri;
Teman 80:20
Malam ni saya berborak dengan isteri. Berkongsi cerita & mengenang kisah lama.
Ada suami yang tidak suka berborak dengan isteri. Lebih suka berkongsi dengan kawan. Dengan isteri, semuanya RAHSIA.
Pada saya itu adalah kesilapan yang besar. Jika kita ada masalah, berkongsilah dengan isteri. Wanita ni lain fikiran dia. Dia pasti ada sisi pandang yang berbeza. Ada masanya isteri kita nampak penyelesaian yang kita tak nampak.
Jadi Pendengar Yang Baik
Buat para isteri pula, jadilah pendengar yang baik. Elakkan daripada menyampuk atau membebel pula. Hargai suami anda yang berkongsi kisah atau masalah beliau.
Paling tidak pun, berkongsi dengan isteri ni therapeutics. Lega bila dah luah perasaan. Percaya cakap saya. Isteri gembira bila anda berkongsi dengannya. Beliau rasa dihargai, dipercayai & disayangi.
80:20
Saya ingat pesanan Prof. Muhaya, suami ni dia berkehendakkan 80 peratus hormat daripada isteri & baki 20 peratus lagi ialah kasih sayang. Isteri pula sebaliknya. Isteri perlu 80 peratus belaian kasih sayang. Jadi suami perlu zahirkan dengan ucapan & belaian.
Hubungan suami isteri yang berkasih sayang akan melahirkan suasana rumahtangga bahagia yang kondusif untuk pembesaran anak-anak yang sihat emosi & berakhlak mulia.
Pesan saya, berkongsilah dengan suami dan isteri anda jika anda ada sebarang masalah. Itulah perkahwinan. Jika anda hadapi sendiri kelak memakan diri sendiri nanti.

Baca Lagi Di Sini:Isteri Jadi Wanita Paling Bahagia Bila Suami Rajin Layan Bersembang
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat para suami, rajin-rajinlah berborak dan berkongsi cerita dengan isteri.Memang ada benarnya, ia mampu buat isteri bertambah bahagia dan lebih gembira.
Sumber: Dr Mahyuddin Mohamed
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cincin Kahwin Itu Simbolik Cinta, ‘Sekali Ia Hilang’ Berminggu Pun Tak Boleh Lupa, Tindakan Suami Ini Buat Isterinya Menangis

Seorang isteri seharusnya menjadi pasangan jiwa yang begitu istimewa di hati suami. Ketika isteri bergelora dengan masalahnya, suami sepatutnya ada di sisi menenangkan mereka. Barulah isteri kuat dan tak gundah hatinya. Begitulah simbolik cinta yang dipasakkan pada sebuah cincin perkahwinan. Ia membawa makna yang besar buat pasangan suami isteri.
Apabila berlaku bencana kehilangan, tentulah kesannya cukup dirasai. Terutama isteri yang tanpa sengaja menghilangkan permata yang cukup berharga itu. Kesedihannya boleh membawa berminggu-minggu lamanya. Tindakan suami Puan Rajiah Nasir (Adlil Rajiah), Hafify Zulhaimy Hashim membuktikan betapa istimewanya seorang wanita bergelar isteri dalam sanubarinya. Ikuti perkongsian manis ini.
Few months ago—
I lost my wedding ring.
Kaum-kaum bini faham lah macam mana rasa bila hilang cincin kawen.
Macam hilang anak kot.
7 tahun pakai kat jari, and suddenly it’s no longer there.
Rasa ralat sangat.
Rasa empty yang payah nak describe.
It was super hard to accept,
and I cried like a baby for a week!
Bukan mengenangkan cincin tu atau harganya sangat.
Tapi the sentimental values and memories yang seolah-olah hilang bersama cincin tu.
7 tahun punya kenangan wei.
Banyak sangat cerita dia.
I cried when telling my husband about the loss.
He was disappointed, of course.
Tapi kata dia–
“Takpe lah. Dah bukan rezeki kita lagi. Lagipun it’s just a ring. And you’re still my wife. Takde apa yang berubah pun.”
Indeed.
Takde apa yang berubah.
Tapi tulah.
Dah nama pun pompuan.
Memang dramatic cemtu lah sampai ke tua.
Sejak kehilangan tu,
berkali-kali saya minta maaf pada suami (for being careless and losing the ring) walaupun dia sebenarnya okay je.
Dan berkali-kali juga saya berharap keajaiban akan berlaku dan cincin tu akan jadi milik saya semula.
Sampai setiap hari bangun tidur mesti terdetik dalam hati—
harap2 doa aku semalam akan termakbul hari ni.
Minggu demi minggu berlalu,
still takde apa-apa berlaku.
Hati semakin boleh terima bahawa cincin dah takde kat jari.
Walaupun kadang-kadang bila ambik wudhu macam ternampak-nampak je cincin tu kat jari.
Pastu bila basuh pinggan asyik nak terpegang jari manis untuk betulkan cincin (dah jadi habit).
Dan setiap kali tu lah tetiba rasa sebak semula.
Itu baru hilang cincin.
Tak boleh bayangkan orang yang hilang insan tersayang.
Mungkin terbayang-bayang orang tu lalu-lalu dalam rumah,
orang tu duduk kat dalam bilik, kat meja makan, dalam kereta, etc.
Pergh.
Semoga Allah terus beri kekuatan.
Yang aku ni baru hilang cincin je pun dah boleh nangis teresak-esak kat sinki basuh pinggan.
Tapi sepanjang kehilangan cincin tu,
I realize, sikit pun tak beri apa-apa perubahan pada suami saya.
He is still as loving as ever.
He still helps me in the kitchen every day.
He still helps me doing house chores and cleaning the bathrooms.
He still kisses my cheeks before he goes to work.
He still surprises me with special treats once a while.
He still massages my feet when i lie down.
He still holds my hand while driving.
He still wraps my waist while walking in the mall.
He is still the same person I married 7 years ago!
Lepas beberapa bulan kehilangan cincin kawen tu,
baru saya faham maksud suami saya —
“It’s just a ring, and you’re still my wife. Takde apa yang berubah pun.”
It really is.
Takde apa yang berubah.
Walaupun cincin yang jadi simbolik ikatan cinta itu dah takde,
tapi cinta itu masih ada.

Malah lebih kuat daripada hari pertama cincin itu disarungkan ke jari saya.
This loss not only taught me to be more cautious, but it made realized that—
love is not in the wedding ring.
It’s in the heart.
It should be manifested through deeds and attitudes.
And romantic isn’t merely about buying rings or expensive gifts.
It’s about the thoughtfulness, showing unconditional love and affection.
There’s no romantic in the ring.
It’s in the gestures.
Alhamdulillah,
I learned my lesson.
And today—
my husband surprised me with a new ring.
Saya happy dan bersyukur, of course.
But not because of the ring anymore.
Because of the true meaning of love and romance my husband taught me.
He said —
“Ini cuma hiasan kat jari. Tak melambangkan apa-apa pun. Our marriage should be symbolized by ourselves. Peluang beli cincin ni ada banyak. Tapi peluang untuk “kita” cuma sekali. Asalkan kita jaga hubungan ni dengan baik, insyaAllah everything else will fall into place. Papa harap cincin baru ni boleh buat Mama happy semula.”
Anddddddd I cried a river again.
So apa beza hilang cincin dengan dapat cincin baru kalau dua-dua pun buat kau nangis? ?
Terima kasih Pa for this new ring.
Walaupun bukan senang nak cari cincin untuk bini yang jari manis nya sama saiz dengan ibu jari kaki.
I love you.
Sumber/Foto: Adlil Rajiah via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Rugi Berbuat Baik Dengan Isteri, Akhirnya Mudahkan Urusan Suami Ke Syurga Juga

Isi Kandungan
ToggleUsah hiraukan pandangan orang pada kita dan pasangan, abaikan saja bila ada mulut-mulut jahat yang katakan kita seorang yang takut bini. Lantaklah.
Sebenarnya ketahuilah ayah-ayah di luar sana, tak rugi berbuat baik dengan isteri, Akhirnya mudahkan urusan suami ke syurga juga. Betul kan?
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik penjelasannya:
Tak rugi pun buat baik dengan isteri…
Orang nak kata kena rantai dengan isteri ke, takut isteri ke, kena nasi kangkang ke, pedulikan dan teruskan saja berbuat baik dengan isteri… Apa yang mereka cakap itu, benda yang tak betul… Bila sudah tak betul, jadi fitnah…
Dosa fitnah ini, Allahu… Macam membunuh ooo…
Kenapa tak rugi? Pertamanya, kerana kita ini sebaik-baik manusia… Eh, tak kan kot… Iyalah, kan Rasulullah s.a.w kata sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya…
Berbuat Baik Dengan Isteri Dapat Pahala
Kedua, kita dapat pahala sebab ikut sunnah… Kita baik dengan isteri, kita layan isteri dengan penuh tolak ansur, kita menggauli isteri dengan makruf, kita tak menyakiti dan melukai hati isteri sama macam apa yang Rasulullah s.a.w buat dulu…
Ikut cara peninggalan dan amalan Rasulullah s.a.w, dapat pahala sebab Rasulullah s.a.w dah tunjuk contoh, then kita ikut…
Ketiga, hidup di bawah redha Allah SWT dan Allah suka dengan apa yang kita buat… Memandai saja kan… Laa, tengoklah suami-suami yang baik terhadap isteri, macam mana kehidupan dia…
Tenang, tenteram, tak sulit pun kehidupan dia, tak sukar pun urusan dia… Rezeki pun murah sentiasa… Buat apa dalam hidup pun semuanya berjaya…
Baca Juga Di sini:
Tak Jatuh Maruah Suami Buat Kerja Rumah, Suami Pun Nak Pahala Bahagiakan Isteri
Pengharapan Pada MANUSIA Buat Kita KECEWA, Letaklah HARAP Pada Allah, Dia SEBAIK Pemberi
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Ini tandanya Allah bagi nikmat dan rahmat pada suami yang baik terhadap isteri…
Dalam Al-Quran pun Allah sudah perintahkan untuk berbuat baik pada isteri kan…
Bila kita ikut perintah Allah, Allah redha dengan perbuatan kita… Bila kita tak ikut perintah Allah, Allah tak redha dengan perbuatan kita…
Hidup dalam ketidakredhaan Allah SWT ini susah… Hati tak tenang, fikiran kusut dan serabut…

Ada saja yang tak kena dalam hidup dia… Buat itu tak jadi, buat ini tak jadi… Asbab, tak tunai apa yang diperintahkan Allah SWT untuk dia buat…
Amanah dari Allah itu dia tak galas dan pikul dengan sebaiknya… Allah murka dekat dia…
Akhirnya Mudahkan Urusan Suami ke Syurga
Keempat dan yang terakhir ialah bila kita baik terhadap isteri, bila kita tunaikan semua hak isteri, secara tidak langsung, kita sedang mempermudahkan jalan kita ke syurga…
Kita tidak ada berhutang apa pun dengan isteri dan isteri redha dengan kita… Nanti dia tak akan tuntut apa-apa depan Allah SWT sebab kita ini seorang suami yang baik… Bahkan kalau boleh, dia nak kita jadi suaminya dalam syurga…
4 faedah berbuat baik kepada isteri ialah :
1- Sebaik-baik manusia.
2- Dapat pahala sebab ikut sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Hidup dalam redha Allah SWT
4- Memudahkan urusan untuk ke syurga.
Tak caya? Tak caya sudahlah… Sapa yang amalkan dan praktikkan dalam kehidupan hariannya sahaja yang dapat manfaatnya…
MW: Buat ayah-ayah yang ingin ke syurga, jangan berhenti berbuat baik pada isteri. Insyallah ayah-ayah akan mendapat balasan yang setimpal.
Sumber: Firdaus Shakirin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Pernah DiSuruh Kahwin Lain, Tapi Tetap Setia.” Selepas 7 Tahun, Allah Kurniakan Anak Kembar

Isi Kandungan
Toggle‘Pernah disuruh kahwin lain, tapi tetap setia.” Selepas 7 tahun, Allah kurniakan sepasang anak kembar. Indah sungguh perancangan Allah SWT.
Bayangkan dalam masa tujuh tahun pelbagai onak dan duri pasangan ini lalui dalam memperolehi cahaya mata dan akhirnya Allah makbulkan impian mereka. Allahuakbar!
Artikel Berkaitan: “Orang Hina Mandul, Saya Tetap Sabar.” Syukur Disahkan Hamil, Jadi Hadiah Anniversary Terbesar
Pernah DiSuruh Kahwin Lain
Biarpun pernah diberi keizinan untuk berkahwin lagi, Mohd Zulmadi Sedek memilih untuk setia dengan isterinya, Norihan Dir.
Kesetiaan Mohd Zulmadi, 34, terbukti apabila sentiasa bersama Norihan, 34, untuk menjalani pelbagai rawatan moden dan tradisional bagi mendapatkan zuriat.
Berkat kesabaran, pasangan yang menetap di Kampung Tepoh, di sini, dikurniakan anak kembar tahun lalu, selepas tujuh tahun menunggu.
Tapi Tetap Setia
Kisah mereka tular selepas Norihan berkongsi video menceritakan kesetiaan suaminya di TikTok baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Mohd Zulmadi mengakui isterinya pernah mengesyorkannya berkahwin lagi kerana dia terlalu lama inginkan cahaya mata.
“Saya tak ambil serius kata-kata isteri itu dan buat tak endah saja. Nak kahwin bukan senang kerana kena jaga anak orang dan belum tentu dapat zuriat jika berkahwin lagi.
“Lagipun, saya sudah berjanji dengan diri sendiri walau apa yang berlaku tetap akan bersama isteri. Cuma biasalah, ada kawan terdekat usik dengan syorkan saya berkahwin lagi,” katanya lagi.
Baca Di Sini:
Jangan Mengandung Kemudian Buat Sombong, Meremehkan Orang Yang Tidak Direzekikan Hamil
Hamil Luar Rahim Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan, Sedih Tiada Rezeki Timang Anak Ketiga
Selepas 7 Tahun
Menurut Mohd Zulmadi, dia tidak pernah mengira wang belanja dikeluarkan sepanjang tujuh tahun berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Apa yang pasti, Mohd Zulmadi sudah lakukan pelbagai cara daripada rawatan tradisional hingga moden termasuklah rawatan kesuburan inseminasi intrauterin (IUI) dan persenyawaan in vitro (IVF).
“Kami sudah pergi merata tempat untuk berikhtiar menjalani rawatan termasuk bertemu dengan ustaz iaitu pengamal perubatan Islam di Kuala Lumpur dan Melaka.
“Tiga ke empat kali juga ke sana namun tiada rezeki juga dapat anak sehingga berhasil selepas menjalani IVF.
“Jujurnya, saya tidak tertekan kerana sentiasa ingat dan percaya rezeki daripada Allah. Kalau tak reda macam tak terima takdir jadi sabar saja dan syukur apabila Allah akhirnya makbulkan doa kami dengan beri anak kembar sekali gus,” katanya.
Allah Kurniakan
Sementara itu, Norihan berkata, dia syorkan suaminya berkahwin lagi sebelum ini kerana enggan pentingkan diri memandangkan masalah kesuburan berpunca daripadanya.
Dia juga tidak nampak harapan untuk mereka menimang zuriat sendiri memandangkan pelbagai ikhtiar sudah dilakukan tetapi tidak berhasil.
“Saya tawarkan suami berkahwin lagi kira-kira dua tahun lalu dan ia (cadangan berkahwin lagi) tidak diketahui sesiapa melainkan kami.
“Ikutkan tak mahu tapi saya sedih sebab tahu dia (suami) nak anak memandangkan kami sama-sama berjuang dan dia pun positif dengan ikut saja ke mana saya pergi (menjalani rawatan).
“Suami senyap selepas dengar cadangan saya itu sebelum bersuara dengan mengatakan jika kahwin dua tidak dapat anak takkan nak kahwin lagi untuk kali ketiga dan berikutnya.

“Dia juga ingatkan saya soal anak rezeki daripada Allah jadi kena reda. Alhamdulillah, selain keluarga, ibu mentua banyak beri sokongan walaupun tiga kali gagal rawatan IUI pada 2017 dan hanya berjaya dapat zuriat selepas kali ketiga menjalani IVF,” katanya yang bakal menyambut ulang tahun pertama anak kembarnya, Noah Mateen dan Nuha Medina pada Ahad ini.
Anak Kembar
Mengenai perkongsiannya di TikTok, Norihan berkata, niatnya sekadar untuk memberi semangat buat pejuang garis dua yang lain supaya terus berusaha dan jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat.
“Saya pernah tiga kali menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst dan tiup fallopio tersumbat hingga doktor kata payah untuk hamil normal.
“Apabila reda, akhirnya dapat juga (zuriat) jadi jangan putus semangat dan saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan saya selepas kisah dikongsikan tular dan semoga yang baik juga untuk anda semua,” katanya.
Mingguan Wanita : Buat mak ayah di luar sana yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, jangan sesekali berputus asa. Berusahalah selagi mampu dan serahkan segalanya pada Allah.
Sumber : myMetro
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI