Ternyata inilah keputusan yang terbaik buat masa ini mengenangkan keadaan isterinya belum stabil. Kini isteri ditidurkan hingga stabil dan suami pula ambil keputusan untuk rahsiakan kehilangan anak hingga tiba masanya.
Bapa tiga kanak-kanak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara petang semalam seboleh-bolehnya mahu merahsiakan kematian itu daripada isterinya.
Muhammad Alhafis Mohamad, 29, berkata, isterinya Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, masih belum sedarkan diri dan belum mengetahui nasib menimpa ketiga-tiga anak mereka.
“Bila isteri sudah sedar, mungkin saya akan tunggu masa yang sesuai untuk beritahu mengenai kematian anak-anak… seboleh-bolehnya saya tak nak beritahu dulu,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Ads
Dia yang kelihatan lemah ditenangkan dan dipapah ahli keluarga ke bahagian ruang pekarangan forensik.
Keadaan lebih sayu, apabila kedengaran tangisan Muhammad Alhafis dan ahli keluarga yang tidak mampu menahan sebak atas pemergian ketiga-tiga mangsa. “Saya minta maaf… saya minta maaf… semua dah tiada,” luah Muhammad Alhafis.
Rahsiakan Kehilangan Anak Hingga Tiba Masanya
Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik HRPB apabila keluarga hadir menunggu proses bedah siasat ketiga-tiga jenazah bermula jam 2 petang.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang itu, Nur Aimi Nadiah parah, manakala tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, maut di lokasi kejadian selepas Perodua Axia dipandu terbabas dan melanggar belakang treler di laluan kecemasan.
Kemalangan membabitkan kereta dan dua lori di Kilometer 272.5 PLUS arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang dekat Ipoh, Perak.
Ads
Kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.
Sementara itu Muhammad Alhafis menafikan dakwaan bahawa Nur Aimi Nadiah ke Melaka atas urusan mahkamah bagi menyelesaikan isu peribadi antara mereka, sebaliknya isterinya itu datang bercuti.
“Bukan urusan mahkamah, dia memang bercuti dan berjumpa dengan saya atas urusan keluarga, saya memang tinggal dan bekerja di Melaka,” katanya.
Menurutnya, jenazah tiga anaknya akan dibawa pulang dan dikebumikan di Kampung Sungai Putat, Melaka.
Isteri Ditidurkan Hingga Stabil
Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam nahas di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kelmarin kini ‘ditidurkan’ sementara menunggu keadaannya stabil sepenuhnya, bagi membolehkan pembedahan dilakukan.
Ads
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah, berkata kecederaan dalaman dialami Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, termasuk pendarahan di bahagian hati membuatkan beliau kini perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan.
Kemalangan yang menyebabkan Nur Aimi Nadiah mengalami cedera parah itu difahamkan turut mengakibatkan tulang rusuknya patah.
Nur Aimi Masih Tak Sedarkan Diri
“Mangsa masih tidak sedarkan diri dan keadaannya kini dipantau rapi oleh pasukan perubatan. Pembedahan ke atas Nur Aimi Nadiah hanya akan dilakukan selepas keadaannya dipastikan benar-benar stabil.
“Buat masa sekarang mangsa ‘ditidurkan’ sementara menunggu keadaannya stabil sepenuhnya sebelum pembedahan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi media hari ini. Semalam, media melaporkan Nur Aimi Nadiah berada dalam keadaan stabil dan sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pagi semalam.
MW: Pastinya sebagai suami dan bapa inilah keputusan terbaik buat Nur Aimi Nadiah memandangkan keadaannya yang masih belum stabil. Semoga Allah memberi kemudahan kepada Nur Aimi Nadiah untuk kembali pulih dan kuat untuk berdepan dengan ketetapan Ilahi.
Misteri yang dialami oleh seorang wanita dari Selatan Tanahair yang berusaha untuk hamil akhirnya terjawab. Sebelum ini, setiap kali beliau check guna alat penguji kehamilan ada 2 line positif mengandung. Tapi bila buat pemeriksaan doktor, katanya tak hamil
Menurut perkongsian Ustaz Mujahidin Al Banjaridari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, pesakitnya itu sudah berkahwin 2 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Beliau juga ada buat pemeriksaan doktor. Scan pun dah dilakukan. Doktor mengesahkan beliau ada cyst.
“Apa yang pelik bil pergi scan contoh bulan ini, cyst beliau 7 cm. Selang 2 bulan, sekali lagi beliau buat pemeriksaan semula. Ia jadi 2 cm pula.
“Lepas 1 bulan beliau tak puas hati. Lagi sekali buat pemeriksaan. Tiba-tiba cyst membesar balik 6 cm. Doktor pun berasa hairan kerana cyst yang membesar dalam masa yang amat singkat.”
Semasa beliau buat scan terakhir, ternampak sesuatu di perut beliau. Beliau bertanya pada doktor. Doktor pun tak tahu apa. Saya ada bulatkan di gambar (rujuk gambar scan).
Bukan Mengandung.. Ada Yang Menumpang Di Perut
Risau dengan apa yang berlaku, beliau datang buat rawatan untuk ikhtiar hamil. Ternyata ada yang menumpang di perut beliau.
“Jin tersebut tinggal di perut beliau sudah lama. Beliau mengalami gangguan saka keturunan. Setiap kali beliau buat upt beliau dapati 2 line positif mengandung. Bila buat pemeriksaan doktor, doktor kata tak hamil.”
Seolah-olah ada yang lindung pula.
Balik buat check air kencing semula. Tiada lagi 2 line, dah negatif.
Itu lah yang berlaku pada beliau.
Bila datang haid perut sakit seperti di hiris-hiris, angin banyak dalam badan, kepala kerap sakit, kerap sesak nafas, kerap sakit belakang, tengkuk bahu belikat rasa lenguh berat, rambut banyak gugur.
Bila malam, gelisah tidur. Rasa seperti orang perhatikan, kerap nampak kelibat dalam rumah, kerap mimpi budak, bermain dengan budak, menyusukan budak, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi orang kejar nak bunuh, mimpi binatang berbisa, mimpi tempat kotor, mimpi bersalin dalam kesakitan, mimpi suami curang, mimpi orang meninggal.
Itulah yang berlaku pada beliau..
Bila di ruqyah menjerit kesakitan.
Makhluk itu menumpang di dalam perut memakan benih zuriat dan haid beliau. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah jin yang menumpang dapat dikeluarkan.
Betul Ke Ustaz?
“Ramai yang tak percaya tentang gangguan makhluk halus ini. Bila baca status saya di atas.”
Ramai yang bertanya saya, betul ke tanda Ustaz tulis tu? Kebetulan la kot, mana ada makhluk halus zaman sekarang ini. Mengarut je lah.
Itulah keluhan pada orang yang tak percaya. Hanya yang mengalami dan pernah alami sahaja memahami semua ini.
Beliau ada memberi gambar scan kepada saya.
Di bawah gambar scan yang diberi dalam bulatan seolah seperti makhluk bermata. Kebetulan di situ lah perut beliau kerap sakit.
Mungkin hanya kebetulan (Semua itu hanya gambar scan sahaja), sah atau tak hanya Allah yang tahu.
Mungkin yang lebih pakar lebih tahu dalam hal ini.
Saya hanya bantu mana yang mampu. Yang menyembuhkan semua atas izin Allah. Moga dijauhkan perkara di atas berlaku pada diri kita dan family kita.
Sebenarnya ini cerita lucu yang dialami نور إيفا أشكين نتشا (Zaki Zauj) dan suami. Bila mana petua yang dikongsi penjual siput minta calit kapur di keliling baldi, tak mendatangkan kesan pun pada geng siput sedut dalam baldi.
Peristiwa lucu yang dialami suami isteri ini berlaku di penghujung tahun 2018. Katanya, “Memang sangat-sangat kelakar yang pernah jadi kat kami berdua.”
“Dan sampai sekarang memang tak boleh nak lupa. Kalau saja-saja duduk tu mesti akan teringat lepas tu tergelak.”
“Selamat tinggal salah satu kenangan. Semoga tahun 2019 akan wujud 1000 lagi kenangan yang indah.”
Ini Cerita Lucu Siput Sedut Serang Rumah
“Sis selalu kalau beli siput sedut, mesti terus masak hari tu juga. Tak pernah simpan esoknya. Petua ni mak tanya kat penjual tu, “kalau nak masak esoknya macamane?”
Penjual di pasar itu beri petua, lletak siput dalam bekas/baldi. Lepas itu calit keliling bekas/baldi dengan sedikit kapur. Nanti siput itu tak merayap keluar dari baldi.
Dengan senang hati, dia praktikkan petua penjual itu.
Terkejut bila bangun pagi, siput merayap merata rumah. “Termenung sekejap tengok siput-siput tu. Lepas tu pandang muka suami, pandang siput.”
“Tak boleh tahan nak gelak. Macam nak pengsan laki bini tak boleh berhenti dari ketawa.”
“Can’t brain. Dah lah jalan slow. Ada hati lagi tu nak larikan diri.”
Sekali.. Siput Ajak Geng Larikan Diri Dari Baldi
“Dia ajak semua geng-geng dia. Tak ada satu pun yang tinggal dalam baldi.”
“Ni kalau biar lama sikit, confirm kat dinding pun dia manjat. Silap-silap sampai naik tangga tingkat 2.”
Ini kesudahan kisahnya. “Kutip siput dalam rumah ya. Bukan kat hutan bakau. Satu rumah bau lumpur. Lepas dah kutip semua terus bersihkan dan rendam dengan air garam dulu.”
“Dah siap bersihkan rumah, baru masak. Berejam juga lah.. tu yang sampai tak sempat tunggu nasi masak.”
Anak Mesej Tak Ada Wang Belanja, Mak-Mak Jangan Risau Setiap Kali Anak Minta Duit Insyaallah Allah Ganti. Sememangnya sebagai seorang ibu kebahagiaan anak-anak sememangnya yang paling didambakan.
Walau susah bagaimana seorang ibu pasti akan dipenuhi permintaan anak-anak. Apatah lagi bagi mereka yang bergelar ibu tunggal.
Menerut perkongsian dari Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkefli ada rakan yang mengadu kehidupan hari ini memerlukan wang yang banyak. Apatah lagi apabila anak-anak sudah meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Anak Mesej Tak Ada Wang Belanja
Nasihat dari ibu tunggal ini begitu berkesan di hati mak-mak. Sebenarnya dia mendidik anak hidup berdikari dan susah namun apabila anak perlukan bantuan dia akan menghulurkan pada kadar termampu.
Kata-katanya, “Setiap kali anak minta duit, kita beri sahaja. Pada jumlah yang kita mampu dan berpada. InsyaAllah Allah ganti. Kadang segera… serta merta Allah ganti. Kadang lambat. Tapi yakin Allah ganti….” Begitu terkesan di hati. Ikuti kisah yang dikongsikan.
“Suatu hari seorang teman saya berkata…
“Aku kadang rasa seram bila anak aku mesej. Bukanlah seram apa, tapi aku macam boleh rasa bila anak aku nak minta duit. Ni mesti takde lain, duit dah habis. Aku bukan tak boleh bagi. Tapi kau tahu lah business aku tak bagus macam dulu lagi.
“Aku bukan tak bersyukur. Aku tahu orang lain lebih sudah dari aku. Tapi kan, belanja untuk anak-anak sekarang sangat tinggi. Engkau pun tahu kan. Kau lagi lah, anak kau semua belajar (merujuk kepada saya dan anak-anak saya). Aku tak tahu macamana nak cakap. Aku tengok kau ni relaks je. Macamana nak buat ya…”.
Saya faham benar perasaan kawan saya itu. Dia seorang ibu yang berkerja keras bagi membantu ekonomi keluarga. Memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya. Mengenepikan sakit demam untuk membuat keluarganya bahagia. Dia berkata demikian bukan kerana tidak suka bila anak minta belanja. Dia masih ada simpanan yang baik biarpun perniagaannya sedang diduga.
Hanya dia merasakan belanja anak-anak kini terlalu besar. Sudah jauh beza dengan dulu. Dia hanya mahu meluah rasa. Kerana dia tak mahu ada perasaan “tak best” bila perlu keluarkan wang yang banyak untuk anak. Atau ketika terlihat mesej dari anak meminta wang belanja…
Saya jawab…
“Sebenarnya anak-anak saya pun serupa. Tapi saya mengajar anak untuk belajar hidup susah sedikit. Anak-anak saya tak ada kereta. Mereka kena berjalan kaki atau naik bas atau grab untuk ke kuliah. Memang ada orang kata, jika hendak dikira, kos untuk naik bas, grab semua tu lebih kurang bayar ansuran kereta sebulan. Bukan kereta besar, tapi kereta Malaysia yang murahlah. Cuma bagi saya, “surviving skill” yang mereka belajar melalui kepayahan itu yang tak dapat kita beli. Saya nak anak-anak jadi lebih berdikari. Belajar untuk menjadi kuat mental dan hati…
Saya beritahu kawan saya lagi…
“Setiap kali anak minta duit, kita beri sahaja. Pada jumlah yang kita mampu dan berpada. InsyaAllah Allah ganti. Kadang segera… serta merta Allah ganti. Kadang lambat. Tapi yakin Allah ganti….
“Lepas tu kawan saya kata lagi…
“Memanglah aku tahu Allah ganti. Tapi kan duit tu macam air kan. Dulu duit aku banyak. Sekarang dah tak merasa lagi macam tu…”.
Saya jawab…
Tak apa… Fokus pada perkara yang baik-baik sahaja yang masih ada. Sebenarnya, banyak mana pun wang yang kita ada dan mampu belanja, kena ingat… Boleh jadi, suatu hari nanti duit yang kita rasa kecil hari ini akan menjadi jumlah wang yang besar yang kita harap masih kita miliki nanti – ketika kita memerlukan. Masa tu duit tu dah tak ada…” Dzuriasikim.